Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang..
Minggu lepas aku pulang ke kampung,
Minggu pertama balik selepas bekerjaya,
Pertama kali memandu sorang-sorang,
Perjalanan yang mencabar dan mendebarkan..
Cuti hujung mingu tak panjang mana,
Tapi cukup dan puas dapat meluangkan masa dengan keluarga,
Ahad tiba,
Bermula perjalanan pulang ke kotaraya,
Dari kampung ke kota ambil masa sejam setengah (tolak-tambah),
Tapi masa yang di ambil dekat dua jam.. T.T
Jalan Jem..
Berhenti di masjid berhampiran untuk solat maghrib,
Tak biasa dengan kawasan tersebut,
Mintak bantuan Encik Navi..
Alhamdulillah selesai solat maghrib..
Meneruskan perjalanan ke rumah,
Tiba-tiba seruan alam memanggil..
Argh..perutku.. -.-"
Misi terpaksa di ubah..
Cari stesen minyak/ masjid/ surau terhampir..
Jumpa akhirnya..
Tanpa berlengah, pakir kereta, kunci kereta, Zoom...
Alhamdulillah..
Cari kunci..TAK ADA.."Ah, sudah..mana pulak kunci ni.."
Berbekalkan lampu hp, cek kat kereta,
SAH, tertinggal dalam kereta.. -.-"
Argh..serabut2...nak mintak tolong kawan serumah,
Rumah dengan kawasan kejadian agak jauh..
"Allah kan ada...solat kat sini, lepas tu mintak tolong kat jemaah"
Agak gelisah..takut..cuak..sangat2 berharap ada orang sudi bantu..
Seusai solat isyak..terus keluar dan minta bantuan salah seorang jemaah yang ada
Alhamdulillah Pakcik Abu sudi tolong
Tapi ak tak berapa yakin dengan kesungguhan Pakcik Abu ni..
(Maaf pak cik saya buruk sangka dengan pak cik)
"Pakcik balik rumah kejap, carik SENJATA.."
Aku tinjau kawasan sekeliling,
Ada satu bengkel kereta, Tapi tutup..
Tanya kedai sebelah.."Kadang-kadang pomen tu bukak malam2, cuba telifon"
Tanpa berlengah, terus dail dan menyatakan hajat..
Pomen tengah solat, aku cuma tinggalkan pesan..
Dan terus berdoa "Mintak-mintaklah pak cik pomen bukak malam ni.."
Alhamdulillah Pakcik Abu datang semula dengan SENJATA..
Alhamdulillah, berbekalkan senjata Pakcik Abu dan ilham yang ALLAH berikan kepada kami,
Kereta berjaya di buka kurang dari 10 minit...
Terima Kasih ALLAH,
Terima Kasih Pakcik Abu,
Terima Kasih Pakcik Pomen,walaupun tak dapat datang..
p/s: Alhamdulillah ALLAH pertemukan dengan pakcik Abu yang pernah alami situasi yang sama untuk membantu aku. Alhamdulillah Pakcik Pomen sangat perihatin, sebab return call aku.
Tuesday, January 29, 2013
Sunday, January 6, 2013
...statistik dan azam...
ASSALAMUALAIKUM
Alhamdulillah, Allah SWT masih lagi memberi kesempatan untuk aku, kamu, dia dan mereka untuk terus bersama-sama memenuhi tujuan sebenar disebalik penciptaan manusia which stated clearly in Al-Quran.
Tujuan hidup aku, kamu, dia dan mereka yang bergelar manusia:
1. Al-Baqarah, 2: Ayat 30
" Sesungguhnya Aku akan menjadikan manusia sebagai KHALIFAH di muka bumi"
2. Az-Dzaariat, 51, Ayat 56
“ Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia kecuali untuk berIBADAH kepada-Ku”
***
Statistik and statistic
Demikianlah sekadar peringatan pendek sebelum aku merujuk kepada tajuk post aku pada hari ini. hehe. Maka, tajuk post adalah perkara yang dirujuk...
Masuk ke tahun baru masihi yang ke 2013 ni, aku terbelek-belek la belog aku. Then, aku terus ternampak beberapa angka yang tidak berapa best. All the numbers represent the number of posts yang ada kat belog aku ni dari tahun 2009 - 2012. Very dissapointed! hahaha. Tersangatlah tidak "konsisten" penulisan aku dalam belog ni.
Try tengok statistik ni:
Jadual 1.0 : Bilangan "post" mengikut tahun (2009 - 2012)
Seeeeeee!!! Teramat lah tidak "konsisten" bilangannya. Cuba try test korang tengok graph kat bawah ni. Dah macam ular diketuk bertalu-talu yang menjadikannya beralun-alun....
Graf 1.0 : Bilangan "post" mengikut tahun (2009 - 2012)
According to the Table 1.0 and Graph 1.0, the highest number of posts is recorded in Year 2011. The increment of the number increases drastically as compared to the previous years ( 2009 and 2010). However, in Year 2012, the number of posts drops to only 10 and it is recorded as the lowest number of posts for the total four years.
There are a lot of reasons why such thing happened. But, I am not interested to explain it. haha. I am quite lazy to write it and such not in a good mood to do so. And i also believe that you (as readers) are not having the interest to know it right? haha
See, acutually from the stated reasons above, dah leh tahu kan nape la penulisan aku kat belog ni tak "konsisten" langsung. Not at all.
***
Azam itu resolution..New Year is Tahun Baru
Maka, aku berasa teramat malu dengan diriku ini. haha. Yer la, orang lain pun ada jugak belog, tapi takde la macam aku. Belog ditinggalkan bersawang-sawang. Siap dah ada jin bergolek-golek sedap bertenggek. Jenuh (makna: susah, payah) nak bersihkan balik.
Orang kata, cara nak hilangkan sawang, selain dari buangkannya, kena la rajin menjenguk juga. Bagi nampak macam ada orang yang bernyawa. InsyaAllah...that in one of my resolutions. But, actually, everytime aku online, mesti terlintas untuk menulis but due to some disturbance like Facebook, Twitter, Insta, Youtube n games, menyebabkan niat itu terus terbantut dan terus tinggal menjadi niat tanpa sebarang usaha (cewwaaahhh..haha)
Tapi InsyaAllah, aku sangat2 bersemangat (as per 1520, 06012013) untuk menulis. Banyak sangat aku nak share ni. Nak sambung cerita ...B.Eng (Hons) Mechanical [Year 1 - Part 1]... . Cerita ada ada sampai Part 8 sebenarnya. Lepas itu sambung cerita "Orang kata Problem Solver" ...Haaa, nantikannnn~~~
Ni pun azam aku tahun ni...hahahahhahahahahah..#ehh, kursus kahwin tak pergi lagii..Borang Baitul Muslim belum lengkap diisi...Apakah azam tahun ini akan sekadar menjadi satu cita-cita yang idak tercapai lantaran kurangnya momentum usaha yang perlu pecut bersama...Apakah? InsyaAllah tidak sebab saya sudah bersedia mengambil dia sebagai zaujah dan umi kepada anak-anakku (#ehh, aku bukan duda ye..)
Subscribe to:
Posts (Atom)
...tq...
...mengarut...
-
Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang.. Minggu lepas aku pulang ke kampung, Minggu pertama balik selepas bekerjaya, ...
-
.:assalamualaikum:. Alhamdulillah..masih lagi bernyawa. Dan Alhamdulillah juga, belog aku juga masih bernyawa. Seinfiniti Terima Kasih kepa...
-
PRE-REGISTRATION & REGISTRATION OF COURSES FOR JULY – NOVEMBER 2009 IMPORTANT REMINDER 11 AUGUST 2009 Students will be str...