Saturday, April 2, 2011

...HARAM weyh!...

.:ASSALAMUALAIKUM:.

Alhamdulillah, sekali lagi diberi kesempatan untuk hidup dalam dua nikmat terbesar which are ISLAM n IMAN. Post kali nie nak share tentang kejadian KONTROVERSI yg berlaku ketika aku di Matirks Kedah kire2 3 tahun lepas....
***

Di dalam sebuah masjid, di sebuah kolej matrikulasi terkemuka di pinggir Kedah, kelihatan lima orang pemuda yang serba hensem plus macho sedang asyik menelaah pelajaran Biologi tatkala peperiksaan finale sudah mule menjengah. Seorang demi seorang kelihatan khusyuk mengulangkaji sehinggakan lintasan seekor cicak pun tidak mereka sedari.



Tibe2, kedengaran ke"vibration" henpon2 mereka serentak. Mereka tergamam, lalu masing2 membaca isi kandungan mesej yang baru mereka terima. Suasana suspens mule menyelibungi. Masing2 sibuk membuat andaian. Adakah ini soalan2 bocor? atau SMS berantai yg bakal menhabeskan kredit mereka yg lurus?? Pelbagai persoalan mule berlegar di dalam kotak fikiran mereka. Lantas, dengan penuh keyakinan bersulam ke"cuak"an, mereka pn membca mesej2 mereka....

"Wahai Sahabatku, ketahuilah, telah disepakati bahawasanya HARAM 
menikahi gadis satu kampung"

(isi kandungan mesej tersebut)

Seorang demi seorang memberi reaksi yg pelbagai. Ada yg mula menampakkan ketidakpuasan hati. Ada yg tersenyum lega barangkali (sbb tanak dgn pilihan mak dia yg berkenan ngn gadis satu kampung). Ada yg terus mengulangkaji (hampeh! takde feeling langsung). Ada juga yg mula menyelak kitab2 hukum hakam Islam dalam bab penikahan. Masing2 tidak bersuara. Kaku! Kecewa! Frust!

Maka, ada yg mula berkira2 untuk melupakan niat meminang anak jiran satu kampungnya. Ada juga mahu menulis surat kepada Majlis Fatwa meminta ini di revise semula. Ada juga yg mula kelihatan mahu menangis akibat terlalu kecewa dengan mesej yg baru diterima ini. Ada juga yg terus mengulangkaji.
Lantas, seorang yg boleh dikatakan hensem plus jambu pun bersuara.

"Betul ke mesej nie??"
"Tak pernah lak aku dengar..hmm, kalo macam ni, susah la..mak aku dah carikan..hmmm..ala...camne ni..."

Balas seorang sahabat yg memahami isi hatinya.
"Ko takpe lagi, baru nak berkenalan. Aku nie, satu kampung dah taw aku syiok kat dia...nak wat cmna ni.."

Sampuk seorang sahabat yg agak sehat badannya.

"Naseb bek aku just suke kt dia je. Takde express feeling lg ni. Takpe la, takde jodoh ku ngn anak Pak Cik Fulan tu nak wat cmne kan. Cari yg lain la."

Seorang lagi terus berlari keluar, mule bergayut barangkali. Maka, tinggal seorang lg yg sedang asyik mengulangkaji. Sesekali dia tersenyum. Giler hape, belajar BIO pun leh gelak. huhuhu

Kemudian, beberapa lama selepas itu, mereka didatangi lagi dgn satu khidmat pesanan ringkas. Kali ini berbuyi;

"Woit, bacalah bagi habis mesej tu!"

Lantas, mereka mule mebca kembali mesej yg diterima mule2 td..

"...Fatwa ini dikeluarkan dengan dalil dan hujah yang amat kukuh. 
Masakan boleh berkahwin dengan gadis SATU KAMPUNG, sedangkan ISLAM hanya membenarkan seorang lelaki berkahwin empat orang shj,
itupun sekiranya memenuhi syarat2 yg ditetapkan..
jangan tensyen2 study, ikhlas dr aku yg duk sebelah korang ni..haha"

Lantas, keempat mata2 tertumpu kpd seorang hamba Allah yg leka study td. 
Rupenyer dia lah dalang disebalik mesej ini. Masing2 meluku kepalanya sehingga dia terlupa apa yg dia belajar td. hahaha~

Kenangan di Matriks~
***
MORAL OF THE STORY;
1. Jangan cepat melatah! <---siasat dlu berita2 yg kita terima, kaji dengan teliti.
2. Jangan stress2 belajar <---kpd sesiapa yg bakal amek finale~
3. Jangan sebuk nak kawen je..belajar rajen2 dlu <----takyah la kapel2 ni, kawen je terus :)



Friday, April 1, 2011

...seDetik LeBih...

.:ASSALAMUALAIKUM:.

Alhamdulillah, ada lagi kesempatan untuk ber"belog". 
Entry ni macam entry pembukaan bulan April. Skang kat opis aku ni, sume duk dengar lagu OST Hikayat Merong Mahawangsa which is Sedetik Lebih by Anuar Zain. 
So, aku pun mengambil kesempatan yang sma untuk mendengar lagu tu. Sedap la gak. 
Tapi lagu AZ nie style dia same je. Hahaha. Naseb bek lagu ni leh tahan gak la layan nyer.

Disebabkan ke"popular"an lagu tu, maka dengan itu, aku selalu gak la pasang lagu tu sambil "mimimg". hahaha. Dengan secara tibe2, member sebelah aku nie membuat satu teguran yang agak bilhikmah;

"Haish! Lagha-lagha~"

Muke biler kena tegur~ hahaha

Padan Muke aku! Kene sebijik. Aku rase dia nak ckap;

"Ko nyanyi tak sedap langsung!"

Tapi mungkin dia sedang menjaga hati mbek2 hitam yg bakal bertukar warna ni, dia pun menggunakan unsur berlapik. Hahaha. Ok2, faham maksud tersirat ko! Namun begitu, aku yang tidak mudah tewas ni pn meng"argue" balik dia;

"Mane ada lagha..lagu nie Islamic kot. 
Kalo Anuar Zain tak nyayi, sah2, Maher Zain take over"

Balas aku dengan amat yakin lagi saksama <----maksudnyer apa eh??  
Maka, selaku tukang menegur, member aku pun tergugat dengan statement aku tadi, 
lantas meminta bukti dikemukakan. Dah macam dalam mahkamah lak, sket2 bukti je. 
Sekali lagi, dengan penuh keyakinan dan kesaksamaan, aku pun me"revise" each of the lyrics and extract them in Islamic View. Hahahaha. 

Maka, terimalah......
 
                                                        "SEDETIK LEBIH"
Anuar Zain yg nak transform jd Maher Zain


 
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkan MU

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkan MU

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu...




 
Ni adalah rangkap pertama n kedua lagu ni. So, jom kita tengok betul2. Secara amnya, part nie nak sampaikan betapa setiap saat, setiap masa, setiap detik tu dia selalu ingat akan orang yang disayangi. Maka, bukankah kita sebagai seorang hamba kpd Allah, perlu sentiasa ingat kepadaNYA. Maka, setiap amalan pekerjaan dan perbuatan kita akan sentiasa berlandaskan syariat Allah. Jom tengok nie jap;

“Iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau di dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi lalu berkata: 
Ya Tuhan kami sesungguhnya tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, 
Maha Suci Engkau, maka peliharakanlah kami dari siksa neraka”. 
(Surah Al-Imran, Ayat 191)

Jelas bukan. Jom tengok kat sini lak;

“Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah sahajalah hati akan menjadi tenteram”.
(Surah Ar Ra'd, ayat 28)

So, jom la kita sama2 usaha untuk membiasakan lidah dengan  zikrullah. Hmmm, mungkin susah sket kan. Maka, start slow2. Mule2 kita kurangkan gune word yg tak besh je dengar. Tyme keje ni, macam2 "perkataan" dah belajar. Kekadang tergune gak. Macam dah biasa. Astaghfirullah. Jom2, kita biasa mulut kita dgn perkataan yg baek. Orang pun akan respek kan. Takde la suspect kita. Hahaha.

Aku ada jumpa satu recommendation nie. Tapi aku honestly takleh follow. Tapi, jom sama2 berusaha ke arah itu;


 Elakkan satu saat yang berlalu begitu sahaja tanpa zikrullah. 
Pastikan setiap saat terisi zikrullah demi memperolehi bekalan taqwa serta rahmat 
dan keampunan Allah.



piousISsoleh
~bisakah ku gapai~

...tq...

...mengarut...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...