Monday, April 4, 2011

...thanx,syukran,terima kasih, xiexie...

.:ASSALAMUALAIKUM:.

ALHAMDULILLAH, syukur kpd Illahi atas nikmat2 yg diberikan, tak dilupakan kpd Mak, Ayah, Family, Bakal Mertua, Bakal Isteri yg sentiasa tidak jemu2 menyokong sy. Terima ksih kpd Firdaus' Wardbrobe yg sponsor baju kemeja cokelat ngn suar saye ni. Terima kasih juga kpd BATA krn satu2 nyer brand kasut yg ada saiz sy. Tidak dilupakan juga kpd peminat2 sy n juga secret admire ye~

hahaha..dah macam ucapan biler dpt Award kt ABP <---- Anugerah Blogger Popular
Actually, entry ni khas untuk mereka2 dan juga kalian2 yg telah mendoakan dan me"wish" ulangtahun ke 21 perkahwinan kelahiran sy sbg seorang muslim. Siyesly, terharu sangatsangatsangat~ 

Ramai gak la wish kat FacebooK, Sahabat Blogger, SMS, Call...

so, aku balas balik dengan seinfiniti ucapan 
~TERIMA KASIH~



.:Sahabat Blogger.:

Entry dari HafizHafizol aka adik pjoe~


Ini dar Noorfatahiah aka ketua geng lolipop~
 ATIQ SALLEH, Amalina, n NADIAH YACOB, dan rmai lagi yg wish :)


.:FACEBOOK.: 

Ucapan dr kawan2 di FaceBook~
 .: SMS :.

Dari My best fwen, FAREEZ;
Salam Akhi, Selamat Hari Lahir. 
Semoga dirahmati olehNYA. Tahun ni, tahun keberapa daan dakwah?

erk?!! siap ada soklan lagi tu. Takleh jawab. sob3~ macam tak mule je lagi ni..huhuhu~
.: CALL :.

Nama dia Hafiz, aku panggil BAYONG~  


Abah n Emak pun call gak taw..

Nisah, Pijah, Eda, Akak n Adik pun wish gak..hehe~


kepada yg tak disebut, anda tetep didalam hat :)
*bajet popular..haha~

ingatan kepadaku~

“Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian, 
dan di akhirat kelaklah akan disempurnakan segala balasan. 
Barangsiapa yang diselamatkan dari api neraka,
dan dimasukkan pula ke dalam syurga, maka sesungguhnya dia telah beerjaya. 
Tiadalah dunia ini melainkan kesenangan yang menipu daya” 
(surah al-imran, ayat 185)

“Ya Allah, kurniakanlah aku taat”

Sunday, April 3, 2011

...aku dah leh ngundi...

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, malam ni ada sedikit lagi kelapangan untuk meng"update" belog lagi. 
So, mesti korang pelik apsal la tajuk entry aku psal mengundi kan??

Aku nie masih muda lagi, so, minggu depan baru la, insyaAllah melangkah ke alam dewasa. Hahaha..

InsyaAllah, minggu depan, on 3rd April 2011, genaplah umor aku 21 tahun. Kalo nak kawen nie dah leh dpt green light ni. hehehe. Mengundi PRU pn dah leh ni. Jadi calon pun dah leh ni. hahaha. 

Nak citer apa ag eh?? Hmmmm....tibe2 aku terpikir, selama 20 tahun aku hidup kat dunia ni, apa yang telah aku sumbangkan kepada Agama, Bangsa n Negara?? Tak yah tengok jauh pn, tgk apa sumbangan aku kt mak n yah aku je....Jom review jap;

.:1 tahun:.
Menyusahkan mak n ayah aku untuk pimpin tangan aku tyme baru nak belajar jalan.
.:2 tahun:.
Melambatkan waktu tidor mak n ayah aku coz mengamuk nak main power rangers.

.:3 tahun:.
Mengacau adik aku yang baru lahir sebab jeles dia lebih diberi perhatian.

.:4 tahun:.
Duk bermanje ngn mak aku, tak leh pisah langsung, kalo tak aku mengamuk~ <---manje giler!

.:5 tahun:.
Mengamuk kat mak n ayah aku sebab tanak gi tadika.

.:6 tahun:.
Memalukan mak, ayah, Tadika KEMAS Perak, sbb nanges atas pentas tyme 
Pertandingan Bercerita

.:7 tahun:.
Memaksa ayah aku menunggu aku sehingga kelas Darjah 1 abes. <---kalo ayah aku takde je, terus melalak~

.:8 tahun:.
 Membuat bising dalam kelas sehingga dirotan dikhalak ramai. <---padan muke!

.:9 tahun:.
Suke bangon lambat untuk ke sekolah <--- kekadang Subuh burnt! Terok gler~

.:10 tahun:.
Tidak tersenarai didalam top 5 ranking dalam kelas.

.:11 tahun:.
Keputusan UPSR ygtidak memuaskan. Mendapat B dalam Sains walaupun merupakan 
Pelajar Terbaik Sains Sekolah.

.:12 tahun:.
Menolak tawaran dan permintaan ayah untuk ke SMKA Kerian n MRSM.

.:13 tahun:.
Bergaduh ngn akak sbb pkai basikal aku. Basikal dia pancit tyme nak g skolah, dia rembat basikal aku. Akibatnyer, aku kna la berjalan. Hahaha

.:14 tahun:.
Gagal melayakkan diri Pertandingan Syarahan Agama PeringkaT Negeri Perak

.:15 tahun:.
Fail subjek Sejarah tyme Ujian Bulan Mac kt KISAS.

.:16 tahun:.
SPM yg teruk! <---confuse nak pilih course~

.:17 tahun:.
Tidak bersungguh-sungguh dalam Matrikulasi. <---tak dapat nak jd Dr. Gigi

.:18 tahun:.
Masuk UiTM dengan course yang salah. Akibatnye, usaha bersungguh-sungguh 
semata-mata mahu tukar course.

.:19 tahun:.
Selalu ponteng kuliah. <----nak cukupkan kuota je. Leh kan~

.:20 tahun:.
Masih tidak berupaya untuk membantu keluarga.


Mak aihh! Takde setahun pun yang aku benar-benar menyumbang. Haish!! Apa nak jadi nie. 
So, plan aku biler dah 21 tahun nie ialah

"Aku nak jadi penyumbang lak"

Tapi nak sumbang apa???

1. Aku nak mengundi kat PRU. So, aku dah sumbangkan satu kertas undi.
2. Aku nak wat BW lebih kerap. So, aku dh sumbangkan traffic korang.
3. Nak senyum selalu. So, aku dah sumbangkan kegembiraan kt orang yg tgk aku senyum.
4. Masih difikirkan~



“ Adakah dalam usaha membangunkan ISLAM ini, hanya orang yang mempunyai 
kefahaman ISLAM yang sebenar sahaja yang boleh menyumbang memberikan bantuan?”

Jawapannyer, klik disini.


piousISsoleh
~Bisakah ku gapai~

...tq...

...mengarut...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...