Thursday, April 14, 2011

...Pesanan kepada Ir Firdaus...

Assalamualaikum

 Wahai Muhammad Firdaus Bin Abdul Halim yang hensem, hendaklah kamu sentiasa bersyukur dengan nikmat2 yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu. Berbaktilah kepada kedua ibu bapa kamu, kaum keluarga kaum dan juga umat Islam.
 
Wahai Muhammad Firdaus yang semart, ingatlah, pada suatu hari nanti, dengan izin Allah, insyaAllah, kamu akan menjadi seorang engineer yang berjaya. Maka, tatkala itu, hendaklah kamu sentiasa ingat akan asal usul kamu serta amanah kamu di muka buni ini. Ini adalah untuk memastikan kamu tidak terpesong pada landasan keretapi yang sebenar.



Wahai Muhammad Firdaus yang comei, disini ada beberapa pesanan kepada kamu selaku bakal engineer kelak. Pertama, janganlah kamu mengabaikan amanah yang diberikan. Ingatlah, amanah itu adalah satu benda yang wajib ditunaikan. Maka, lakukan segala tugas2 kamu semampu dan sebaik mungkin. Kemudian, sentiasalah memohon pertolongan dan perlindungan Allah.

Wahai Muhammad Firdaus yang kiut, Ingatlah, kerja kamu adalah tanggungjawab kamu. Sekiranya kamu tidak berupaya melakukannya, mintalah pertolongan mereka2 dengan cara yang berhikmah. Janganlah disakiti hati dan perasaan orang lain kerana mereka juga mempunyai perasaan. Jikalau sekadar ingin membuat spine, front page dan print, lakukanlah dengan kemampuan sendiri. Simple je kot benda2 tu.

Wahai Muhammad Firdaus yang tampan, Janganlah kamu sentiasa menyusahkan orang lain semata2 untuk menyenangkan diri kamu. Kerana sesungguhnya kamu telah menzalimi orang lain. Ingatlah, doa orang yang dizalimi dimakbulkan Allah.
Wahai Muhammad Firdaus yang kacak, Biasakanlah lidah mu untuk mengucapkan "Terima Kasih" kepada mereka2 yang membantumu. Dan janganlah sesekali lupa untuk memohon maaf di atas segala kesalahan mu kepada orang lain. Kerana sesungguhnya, kamu akan sentiasa berada di pihak yang salah sekiranya kamu tidak mengaku kesalahan mu. Ingatlah jua, orang lain juga berhak dihargai. Maka, tunaikanlah hak2 mereka.

Wahai Muhammad Firdaus yang ganteng, Janganlah kamu sesekali mendekatkan diri kamu kepada sumber2 yang haram. Kerana sesungguhnya apa yang kamu makan dari sumber yang haram, akan terbentuklah daging2 yang busuk dalam dirimu. Tatkala itu, hati mu juga akan menjadi busuk. Lantas, suruklah seluruh dirimu. Jagalah dirimu sebaik mungkin. Carilah kawan2 yang sentiasa mendekatkan dirimu kepada Islam.

 

Wahai Muhammad Firdaus yang baek, Janganlah kamu memaki hamun orang di depan khalayak ramai. Kerana sesungguhnya, kamu akan mengaibkan serta menjatuhkan maruah orang lain. Jagalah juga hati dan perasaan mereka. Tegurlah mereka secara berhikmah kerana itulah yang disarankan oleh Islam.


Akhir kalam, wahai Muhammad Firdaus yang semua diatas, Ikhlaskan dirimu dalam melakukan segala pekerjaan. Kerana dengan keikhlasan itulah yang akan membantumu menempuh alam pekerjaan yang penuh dengan ranjau. Semaikan sifat penuh kesabaran dalam dirmu kerena dengan sabar itulah yang akan mengawal marahmu. Dan carilah rezeki yang halal, keranan dengan cop halal itulah akan menjadikan jiwamu tenteram.

...Sekian...


12 comments:

MinahSpekMerah said...

x....bole....blahhhhhhhh!!!

MFbAH said...

@Ir Yan

erk?! ada poblem kah??

MinahSpekMerah said...

ya..byk..sume y ko garis2...konfiden nmpknya...zzzz

MFbAH said...

@Ir Yan

hahahaha~

Penyu said...

perghh.. rupanya kau bakal enjinkereta. cis.. memang hebat la kawan aku ni.

yang semua kau garis tu, takleh blah kau kan? haha.
19hb ni mini gath. jum ah balik Perak !!

sengihzone.com said...

yang garis tu sepatutnye tak perlu digaris...~~~

Anonymous said...

may rabb bless ya in all things that you do, :)
moga nasihat itu penjadi perisai bagi dirimu :)

MFbAH said...

@ Fadil

ko lagi hebat kot..aku nie baru student..19 April?? Selasa.. Kalo ada transport dr KL ni nak sgt aku follow. Aku nak gak pow ko..blanja aku air lak..haha

MFbAH said...

@ capek

haha...humble kot..tu yg garis tu~

MFbAH said...

@ Cik Aufa

ameen~

anamizu said...

kekonfidenan yg sangat bagus ^^

tieya fathiyah said...

incik IR angkat bakul nmpknyer..hihi..:)

...tq...

...mengarut...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...