Saturday, May 12, 2012

...jangan LUPA!...

assalamualaikum

Alhamdulillah...seinfiniti kesyukuran di"rafak"kan pada Allah SWT atas kurniaan nikmat2NYA khususnya nikmat Iman dan Islam. Selawat dan Salam buat Rasullulah SAW kerana atas perjuangan dan semangat juang banginda, Islam itu tersebar ke hampir seluruh dunia..Alhamdulillah..

Alhamdulillah juga, dapat juga aku menghapdet belog ni. Lama giga dah tak berhapdet belog ni. Maaf kepada sesiapa yang follow dan terasa hampa kerana tiada sebarang proses penghapdetan yang berlaku. Maaf banyak2 kerana aku punya time management yang agak teruk. Sedang cuba membaikinya.

Mesti korang pelik kan, nape la tetiba malam ni aku menghapdet. Sah2 la aku ada benda nak tulis kan. Haha. Hmm..tibe2 aku rasa rindu balik zaman rajen berbelog dulu. Bila ada masalah je dulu, aku share kat sini. Bila aku rase gembira je, aku kongsi kat belog. Bila aku nak marah je, aku tulis kat belog. Bila aku gembira sekalipun, aku share ngn belog. Tapi tu dulu..n mungkin aku nak berpatah balik kepada dulu..

 So, aku start hapdet pertama aku dengan tulis cerita hati aku *cewahh . Ntah nape malam ni, aku dah tak berapa nak kuat hadapi apa yang aku tengah hadapi ni. Ini siyes. Tapi pelik gak, nape perlu malam ni?? Nape tak malam semalam ke..malan dua minggu akan datang ke..malam merdeka ke..nape perlu malam iniiii???

Jawapannya, ALLAH sahaja yang mengetahui.

Barangkali Allah nak tegur aku jangan terlalu gembira sehingga bisa lupakan DIA. Mungkin, Allah sedang mengajar aku betapa manusia itu punya hati yang sentiasa berbolak-balik. Mungkin juga Allah nak ingatkan aku bahawa hanyalah Allah lah sebaik-baik tempat bergantung..

Mungkin before this aku amat bergantung kepada manusia. Terlampau dan teralu bergantung kepada manusia. Hinggakan aku terlupa, sampai bila dia boleh mendengar semua rintihan aku. Sampai bila dia bisa memahami aku. Sampai bila dia akan datang kat aku bila aku perlukan dia. Sampai bila dia akan teman aku bila aku sendiri takleh "teman" diri aku.

Tapi..aku terlupa..aku terlupa yang ALLAH tak pernah hampakan hambanya. ALLAH tak pernah tinggalkan hambanya yang sedang dalam kesusahan. ALLAH tak akan pernah mengeluh kerana asyik dengar rintihan kita. ALLAH tak pernah jemu "teman" aku tatkala aku sendiri takleh "teman" diri aku..

Ya..aku punya kawan, aku punya sahabat..tapi aku sangat pasti betapa mereka2 itu bukanlah yang kekal. Aku juga ada ALLAH, ALLAH YANG ESA, dan aku tersangat pasti bahawa ALLAH KEKAL SELAMANYA KERANA ALLAH MAHA KUASA. 

Maka, kenapa aku perlu bersedih tatkala mereka tiada upaya bersama aku. Mengapa aku perlu kecewa tatkala mereka tidak memahami aku. Kenapa aku perlu bermurung durka tatkala aku bukan seperti mereka..

kerana sesungguhnya ALLAH sentiasa bersama aku, kamu, kita...


...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. [2:216]

...Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita.. [9:40]


p/s: bukan tidak mahu, tapi tidak mampu. Maka sebaiklah jagalah hati mereka yang tidak mampu ini kerana kamu tidak merasa seperti apa yang dirasainya...

Sunday, February 5, 2012

...Ibu - ost Hafalan Shalat Delisa...

assalamualaikum

Alhamdulillah..seinifinit kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana memberi kita peluang untuk terus berada di dunia ciptaan Allah. InsyaAllah, marilah sama2 kita mempertingkatkan diri dalam usaha menjadi seorang mukmin yang diredhai.

Selawat dan Salam juga ke atas Nabi Muhammad SAW yang telah banyak berkorban n berjuang demi agama yang diredhai Allah SWT ini iaitu Islam. Sekadar peringatan bahawasanya hari nie adalah Hari Keputeraan Baginda. Maka, seeloknya perbanyakkan lah selawat dan harus diingat kita mengingati baginda bukan sekadar hari nie, tapi setiap hari insyaAllah.

So, bagaimana cara nak ingat Rasullullah SAW setiap hari? Maybe, ada yang akan dengar nasyid2 tentang Rasullullah seperti lagu2 nie. Boleh juga macam tu. Tapi ada satu cara lagi yang senang, iaitu dengan mempraktikkan sunnah2 Rasullullah.

Maka, antara sunnah2 Rasullullah ialah menghormati ibu dan ayah. Dalam Al Quran pun dah jelas menjelaskan tentang tanggungjawab anak kepada ibu dan ayah nya. Actually, hari nie aku nak kongsi satu lagu yang sangat best. 

Lagu nie bertajuk IBU which is OST of HAFALAN SHALAT DELISA. 




Lembut kukenang, kasihmu ibu
di dalam hati ku kini menanggung rindu
kau tabur kasih seumur masa
bergetar syahdu, ooh di dalam nadiku

9 bulan ku dalam rahimmu
bersusah payah, oh ibu jaga diriku
sakit dan lelah tak kau hiraukan
demi diriku, oh ibu buah hatimu

tiada ku mampu, membalas jasamu
hanyalah do’a oh di setiap waktu
oh ibu tak henti kuharapkan do’amu (2x)
mengalir di setiap nafasku (2x)

ibuuuuuuuuuuuuuu……….. (3x)
Lembut kukenang, kasihmu ibu
di dalam hati ku kini menanggung rindu
engkau tabur kasih seumur masa
bergetar syahdu oh di dalam nadiku

indah bercanda denganmu ibu
di dalam hati ku kini slalu merindu
sakit dan lelah tak kau hiraukan
demi diriku, oh ibu buah hatimu

tiada ku mampu, membalas jasamu
hanyalah doa oh di setiap waktu
oh ibu tak henti kuharapkan doamu (2x)
mengalir di setiap nafasku (2x
ibuuuuuuuuuu…….. (3x)

“Allahummaghfirlii waliwaa lidayya warhamhumaa kamaa rabbayaanii shaghiiraa”



"Firdaus sayang mak kerana Allah"

...tq...

...mengarut...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...