Saturday, February 4, 2012

...Rasullullah SAW...

assalamualaikum

Alhamdulillah, bersyukur sesyukur-syukurnya kerana kita masih lagi dihidupkan oleh Allah SWT di dunia yang sementara ini.

Selawat dan Salam buat junjungan besar Rasullullah SAW kerana dengan kesungguhan baginda dan sahabat2 baginda, Islam tersebar di serata dunia. Semperna Hari Keputeraan Rasullullah pada 12 RabiulAwal, jom sama2 kita perbanyakkan selawat kita bukan hanya pada hari nie, tapi diamalkan setiap hari tanda kita benar2 mengingati Rasullullah SAW.

Hari nie just nak berkongsi beberapa lagu nasyid yang mengisahkan tentang Rasullullah SAW. Moga2 kita leh mengingati kembali sirah2 Rasullullah SAW dan sekaligus memarakkan lagi kecintaan kita pada banginda. Dan InsyaAllah "merajinkan" kita untuk mengamalkan sebanyak mungkin hadith2 Rasullullah yang sahih ^_^

1. Rasullullah - Hijjaz


Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela


2. Cahaya Seluruh Alam - Al Mawlid


Ya Nabi Salam ‘alaika
Ya Rasul Salam ‘alaika
Ya Habib Salam ‘alaika
Solawatullah ‘alaika

Cahaya telah menerangi
Ke seluruh penjuru alam
Setelah kelahiran
Nabi junjungan yang mulia
Lafaz dan ucapan salam
Bagimu wahai Baginda
Sollallahu ‘alaihi wa sallam

Ya Nabi Salam ‘alaika
Ya Rasul Salam ‘alaika
Ya Habib Salam ‘alaika
Solawatullah ‘alaika

Sollallah ‘ala Muhammad
Sollallahu ‘alaihi wa sallam
Sollallah ‘ala Muhammad
Sollallahu ‘alaihi wa sallam

Pujian dan kerinduan
Kaulah pembawa kebenaran
Selawat yang berpanjangan
Tanda cinta yang takkan hilang

Kaulah Rasul yang terpilih
Terpuji dan sungguh pengasih (oooh.. pengasih)

Ya Nabi Salam ‘alaika
Ya Rasul Salam ‘alaika (oooh.. Mustofa)
Ya Habib Salam ‘alaika (oooh..)
Solawatullah ‘alaika

Sollallah ‘ala Muhammad (cahaya yang wujud)
Sollallahu ‘alaihi wa sallam (oooh.. yang turun kepada)
Sollallah ‘ala Muhammad (kita ummah.. ya Mustofa)
Sollallahu ‘alaihi wa sallam

Kau bagaikan cahaya bulan purnama
Kekasih yang mulia sungguh sempurna
Cahaya seluruh alam

Ya Nabi Salam ‘alaika
Ya Rasul Salam ‘alaika
Ya Habib Salam ‘alaika (Ya Habibi)
Solawatullah ‘alaika (Ya Rasul)

Solawatullah ‘alaika
Sollallah ‘ala Muhammad
(ku perlukan bimbingan darimu)
Sollallahu ‘alaihi wa sallam
(ku perlukan syafaat darimu)
Sollallah ‘ala Muhammad (Muhammad)
Sollallahu ‘alaihi wa sallam (Nabiyallah)

Ya Nabi Salam ‘alaika
Ya Rasul Salam ‘alaika
Ya Habib Salam ‘alaika (aku rindu padamu)
Solawatullah ‘alaika
(sambutlah salam dan rindu dalam hatiku)

Sollallah ‘ala Muhammad
Sollallahu ‘alaihi wa sallam
Sollallah ‘ala Muhammad
Sollallahu ‘alaihi wa sallam

Ya Nabi Salam ‘alaika
Ya Rasul Salam ‘alaika
Ya Habib Salam ‘alaika
Solawatullah ‘alaika

Sollallah ‘ala Muhammad
Sollallahu ‘alaihi wa sallam
Sollallah ‘ala Muhammad
Sollallahu ‘alaihi wa sallam


3. Dia MUHAMMAD - InTeam


Awwalul kalam dengan salam,
Buat junjungan Khairal Anam,
Dalam selawat yang disulam,
Alun zikir memuji Sohibul 'Alam

Lembaran sirah pun berperi
Riwayat insan yang terpuji
Bersalasilah para nabi
Keturunan Quraisy yang molek pekerti

Ahmad, itu nama yang tersurat
Dalam Injil juga Taurat
Apatah lagi kitab Al-Qur'an

Dia Muhammad 
Penutup sekalian nabi
Penyampai risalah suci
Islam agama yang diredhai
(Dia pembela di mahsyar nanti)

Dari gelita jadi cahaya
Dari derita jadi bahagia
Kerana dia pembawa rahmat
Kerna dia juga pemberi syafaat

Huwa Muhammad,Huwa khatimunnubuwah,
Huwa balighurisalah, Huwa saiyiduna wa imamuna

Dia Muhammad
Dia tauladan utama
Sunnahnya jaminan syurga
Berlandaskan wahyu yang Maha Esa

Waimma cerca ataupun hina
Hatta dihunus pedang kuffar durjana
Namun baginda beralah tiada
Kerna percaya Allah tetap bersamanya

2 comments:

MinahSpekMerah said...

satu lagu lagi, pemergianmu.

AnakPakZohar said...

setuju. lagu pemergianmu sangat menyentuh hati.

lagu yang kat entry ni, selalu nyanyi time sekolah dulu. hehe..

#cantek header baru. ^^

...tq...

...mengarut...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...