Thursday, February 2, 2012

...Hafalan Shalat Delisa...

assalamualaikum

Alhamdulillah, seinifiti kesyukuran kita rafakkan kepada Allah SWT kerana masih membenarkan kita untuk terus hidup dan InsyaAllah terus menjalankan tanggungjawab2 kita sebaik mungkin.

Selawat dan Salam juga kepada junjungan besar Nabi Muhammad kerana atas kesugguhan dan usaha baginda dan sahabat2 baginda, Islam berjaya tersebar hampir ke seluruh pelusuk dunia.

Hari nie aku nak share satu cerita yang sangat best. Aku baru lepas tengok. Siyes, sangat banyak pengajaran. Aku tengok trailer ni tahun lepas. Tyme org duk kecoh2 psal Ongbak Rindu, tetbe terjumpa lak trailer cerita nie.


HAFALAN SHALAT DELISA

Delisa seorang budak perempuan yang periang, tinggal di Lhok Nga,pantai Aceh, mempunyai hidup yang indah. Sebagai anak bongsu dari keluarga Abi Usman dan Ummu Salmah, Delisa kerap bermanja pada ibu dan kakak-kakaknya ketika ayahnya bekerja. Delisa sangat manja dengan ibunya yang dia panggil Ummi, serta ketiga kakaknya iaitu Fatimah,dan si kembar Aisyah dan Zahra.

Delisa menghabiskan masanya dengan bersekolah, bermain bola, dan belajar mengaji. Delisa kena menghafal bacaan Solat untuk ujian praktikal solat, yang sering dilakukan di sana. Semua kakak-kakak Delisa sudah melepasi ujian tersebut, dan setiap kali seorang anak lulus ujian 
praktikal solat, Ummi akan memberikan hadiah berupa seuntas rantai yang dibeli dari Pak Cik Acan

26 Desember 2004, Delisa dan Ummi sedang bersiap menuju ujian praktikal solat. Tiba-tiba terjadinya gempa bumi. Gempa yang cukup membuat ibu dan kakak-kakak Delisa ketakutan. Selepas gempa berhenti, Delisa ditemani Ummi bersama teman-teman lainnya pergi ke ujian praktikal solat. Ketika Delisa sedang khusyuk melakukan ujian praktikal solat tiba-tiba tsunami datang membadai.

Tsunami melanda Aceh,seluruh dunia terpaku dengan bencana ini. Bantuan segera disalurkan ke Aceh, termasuk kapal induk Amerika yang membawa Smith dan sukarelawan antarabangsa antaranya Nurse Sophie. Abi Usmansegera pulang terasa amat sedih mendengar berita tentang tsunami, dan mengetahui Fatimah, Aisyah, Zahra dan Ummi sudah terkorban.

Delisa berjaya diselamatkan Smith. Namun begitu, luka parah di kaki kanan Delisa menyebabkan kakinya terpaksa dipotong. Smith dan Sophie sentiasa berada di sisi Delisa untuk menggembirakan hatinya. Delisa berjaya bertemu dengan ayahnya dan terus tinggal bersama ayahnya. 

'Delisa cinta Ummi karena Allah'

***

Try la tengok citer ni. Sangat best. Banyak pengajaran.


Scene ni memaparkan Aishah yg tengah iri hati dengan Delisa. Aku suka tyme part dia pujuk dia. Sangat terkesan..

"Jangan mudah iri hati dengan barang2 yang bukan milik kita"



Ni la part biler Ummi dorang wat ala2 tazkirah lepas solat berjemaah kat umah. Subhanallah, so sweet. Ni yang sepatotnya kita sume kena wat kat umah khususnya pada ibu2 dan bakal2 ibu  ^_^



Arghh!!~~ nie part paling sedih. Lepas abes dengar pengisian dari Ummi, Delisa terus peluk Ummi sambil cakap,

"Saya sayang mak kerana Allah"

Jom kita try wat kat parent nie  ^_^


Nie lak lepas abes kelas mengaji. Ada pengisian sedikit dari ustaz tentang khusyuk dalam solat. Cara penyampaian ringan je tapi banyak pengisian n pengajaran yang dapat. Yang nie pun patot kita contohi. ^_^


Kejadian ketika gempa. Semua anak2 Ummi berada dekat dengan Ummi. Sesuai dengan "ibu" itu sendiri, anak2 merasakan berada dekat dengan ibu akan rasa lebih selamat n tenang. 

 

Ketika tsunami membadai Acheh. 


Nie pun antara babak yg menyayat hati. Ayah dorang pulang ke kampung n tengok2 umah dorang dah hanyut di bawa badai tsunami. Sob3~ Menangis ayah dia. Sedih o0o0o. See! Ayah dia yang laki pun nanges. Makanya, lelaki tu bukan takleh menanges, tapi jangan la kerap sangat n mengada2 nak nanges. Tahan la sket. Depends on situation. hehe. Ada ke patot orang kata lelaki yang menangis tu jambu. Haish~



Delisa masih bersyukur kerana masih punya sebelah kaki. Dia tak berasa terlampau sedih pun dengan kehilangan sebelah kaki nya. Cekalnya budak nie. So, kita pun kena kuat! Kena tabah dengan segala ujian yang Allah berikan. Kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.


Uncle Smith n Auntie Sophie menceriakan Delisa ketika di hospital. Part ni dia nak share adab2 menziarahi pesakit. Antaranya kena berusaha gembirakan pesakit. ^_^


Saat dimana Delisa bertemu ayahnya. Tyme part nie mata aku masuk habuk. Adeh~



Ayah juga menjadi tempat kurangkan rasa takut bagi anak2. Maka nya, hendak jadi ayah kena persiapkan diri betul2. Be brave bro! ^_^


Delisa yang sedang rindukan ibunya. Sob3~


Ustaz yang sedang belajar dari kecekalan Delisa. Ini membuktikan hatta kita ni ustaz pun bukan bermakna kita dah cukup ilmu, taknak dengar nasihat orang lain. Kekadang dari budak kecik pun kita leh dapat pengajaran. Maka, berlapang dada ye rakan2  ^_^


Tadi ibu, sekarang untuk ayah pula..

"Saya sayang ayah kerana ALLAH"


Ayah Delisa sedang pujuk Delisa yang sedang bersedih kerana merasakan dia keseorangan. Sweet giga ayah dia. Pandai pujuk anak dia. Nie gak antara skill yg perlu ada untuk jadi seorang ayah. So, yang takde lagi, belajarlah dari sekarang termasuk lah aku. haha


Ustaz Rahma yang sedang berbicara soal ikhlas. 

"Kita buat sesuatu untuk mengharapkan balasan/ganjaran,maka sebenarnya kita tidak punya keikhlasan dalam melakukan amalan itu."


Nie nak dekat ending dah. Delisa jumpa dengan mayat ibunya yang masih memegang rantai lahir untuk Delisa. Arghhh!!~~ Banyaknya habuk kat bilik aku nie. hahaha

Dah abes pun review cter ni. Sape2 yang berkesempatan, sila lah tengok cerita nie. Bukan sekadar tengok ye. Amek ibrah dan pengajaran sekali ye. ^_^






3 comments:

mc said...

nak link please.nk download.

hafiz hafizol said...

peh. rajin ko p.screen.. herher

yad'z said...

suka suka suka!!!!!!!!!!!

#baru nak up entry pasal ni, tahu? tapi tak nak lah, nanti abg cakap adek tiru abg lagi. hahahaa.. tapi cite ni memang best.. novel pun ade.. tapi tadi cari tak jumpe, jumpe penulisnye jek, tapi buku lain.. huhu....

...tq...

...mengarut...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...