Tuesday, September 11, 2012

...B.Eng (Hons) Mechanical [Year 1 - Part 1]...

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah, setelah sekian lama menyepi, aku (kata ganti diri pertama diri pertama yang sama erti dengan aku", "saya" atau "ana" -sumber disini) kembali menulis. It has been quite a long since aku last wrote here. Maklumlah, busy sebagai final year student yang mempunyai thesis telah dirasai. hehe. I am so sorry for those yg menyinggah tapi belog ni still remain not updated since Jun. So, hari nie nak cerita tentang kenangan sepanjang 4 tahun bergelar mahasiswa di UiTM.



...Bachelor of Engineering (Honours) Mechanical, Universiti Teknologi Mara Malaysia [Year 1 - Part 1]...

Tamat Matrikulasi

Lepas je tamat Matriculation Program-MOE kat Kolej Matrikulasi Kedah (KMK) selama setahun dalam jurusan Biological Science dengan result yang tak berapa cemerlang menyebabkan cita-cita untuk menjadi doktor adalah sangat tidak dapat dicapai sekiranya aku melanjutkan pelajaran di IPTA Malaysia, haha, so, lepas abes je, aku terus isi UPU dengan pilih 8 options dalam bidang biological science yang sangat aku minati. haha. 

Tak pernah stop gelak bila tengok gambar ni. Itukah aku??? errrkk~ haha


Then, sementara tunggu keputusan tawaran UPU, aku kena g PLKN. Ceitt. Bukan   aku tak suka tp macam agak menyusahkan  aku sbb  aku kan baru lepas matriks. So, sebab  aku kena g PLKN, byk benda utk masuk U  aku tak dpt settlekan sendiri. Sian mak, ayah n adek beradek  aku sbb kena settlekan untuk sa. 

So, time  aku kat PLKN tu,  aku dapat call dari akak  aku , dia kata  aku dapat offer UiTM Shah Alam, course Engineering. Mula2 through fon tu  aku dengar macam  aku dpt Chemical Engineering. Mula2 agak bangga la (haish, tak baik ni) sbb dpt Chemical even result Chemical time Matriks n SPM takde la flying colours tahap giga pun, haha. Then, time hari nak blah dari PLKN tu, aku tengok la offer letter yg di faks oleh abah, rupa2nya  aku dpt Mechanical Engineering. What derr??? hahaha. Disebabkan nak sangat masuk U,  aku pun terima tawaran tu dengan hati yang tak sangat terbuka. 


*Tawaran

Dah la dapat course yg out of my options tu, sah2 la takde kawan. Baru  aku teringat, ni mesti masalah teknikal time  aku apply UPU hari tu. On the last day kena isi UPU,  aku minta tolong best friend aku finalizekan  aku nyer options.  aku minta tolong dia susun options yg  aku pohon tu according to priority yg  aku nak. Nak dijadikan cerita, camne ntah, options  aku yg tertukar dgn dia. Dia dh la Physical Science student. Dah la sume options dia letak Mechanical Engineering. haha. Memang naseb  aku la. So, aku rase sbb tu la kot  aku dpt offer tu. 

Back to the registration day kat Kolej Meranti aku dah la sorang2. Tak kenal sape2. Memang agak bosan la. Dah la time tu hujan lebat ala2 kucen dan anjing (sile baca: raining cats and dogs) dan lagu2 di radio seolah2 memerlikan sa, agak sedih gak la. Tetbe  aku terlihat kelibat roomate  aku kat Matriks yg sah2 la  aku mmg tak pernah rapat ngn dia. Dia budak Physical Science. So, tak terkejut la dia dpt course tu gak. Jumpa2 je sa, dia terus gelak kan sa. Apa jenis sapaan kah ini?? haha. Dia cakap kat sa, 

"Penat2 ja hang menghafal bio tu tiap2 hari, last2 amek fizik jugak" 

Itulah kata2 semangat untuk sa. errkkk. haha. Lepas jumpa mantan roomate  aku tu,  aku jumpa sorang lagi kelibat manusia yg  aku pernah kenal kat KMK dulu.  aku rasa dia ni budak bio gak ni. So, macam spesis tersesat gak la ni. haha.  aku pun tegur dia, tp dengan hampanya dia macam tak kenal sa. Ceiit. Wat malu je. Dah la tegur depan mak ayah dia. Dia leh wat macam tak kenal  aku je. Mana nak letak muka ni?? haha. aku pun takde la kenal sangat. Seingat sa, ktorg pernah bercakap sekali je. Tu pun dalam masjid kt KMK.  aku ada benda nak bincang pasal program. Dia ahli Peers, aku ahli Pusat Islam. Program ktorg ada bertembung tempat. So, nak settlekan la. Dats why  aku  jumpa dia. Sekali tu je la jumpa dia kt KMK. haha. 


*Kawan

On the first day masuk kelas kat sana, tak sangka plak  aku sekelas dgn budak yg  aku tegur tp dia wat tak tau je tu. hahaha. Nama dia Fitrie. So,  aku dah jumpa geng la. Terus geng ngan dia. Tapi dalam masa yang sama disebabkan  aku tak berapa menerima offer ni dengan hati yang sangat terbuka, so, aku pun berusaha la untuk tukar course. 
Cer teka mana fitrie?? haha

1st time gak la  aku g settle sume2 urusan sorang2. Pergi Bahagian Pengambilan Pelajar sorang2. Pergi Pejabat Fakulti Kejuruteraan Mekanikal orang2. Jumpa Kaunselor sorang2. Jumpa Pegawai kat Fakulti yang  aku nak tukar tu sorang2 gak. Dah la takde transport sendiri. Nseb bek ada driver yg selalu bawak Bas Rapid T603 tu. haha. Kira mcm bestfriend gak la ngn bas tu sbb selalu gler naek bas tu. haha. Tapi Allah knows the best for us. Kita kena yakini tu! So,  aku tak dapat jugak tukar course.  aku dinasihatkan untuk stay 1 semester, then, baru leh tukar. Itu procedure katanya. Hmmm..so,  aku pun agak redha la. hehe.

So, aku pun stay je la ngn course tu untuk satu sem. Siyesly, tak paham apa2 pun. Bosan. Ngantok. haha. Tapi nseb bek ada geng. Masa semester 1, aku rapat dgn Fitrie sbb dia lah org pertama yg s aku jumpa, then,  aku rapat ngn Fareez, ktorg selalu g kuliah sama2. Seawal 7.45pg ktorg dh gerak ke kuliah. Padahal kelas start 8.30pg. Semangat tak?? haha.  aku pun kenal ngn Aziim. Dia roomate Fitrie, kuliah mate  aku gak. Tapi takde la rapat sangat. 



*Subjek

Semester 1 ni subjek yg  aku amek ni sume aku macam tak paham apa2 pun. Haha. Siyes no0b tahap giga kan?  Dah la dapat sorang lecturer yang sangat2 pelik perangainya. Memang teramat tensyen la. Lagi membuak2la semangat nak tukar course tu. Ni subjek2 yang  aku amek masa semester 1:-



aku paling tak suke subjek ketiga tu, Basic Mechanics. Memang takleh score. Ada lebih kurang 9 chapters. Yg betul2 aku faham, 2 chapters je. Boleh pass ke camtu?? What do you expect?? haha. Subjects len tu ok la. Calculus tu mcm Maths, walaupun kat KMK dlu Maths tu adalah subjek kebencian sa, tapi kat U ni power la aku ngn  Maths (errr~)

Fareez banyak ajar  aku wat Engineering Drawing. Ada problem je ngn Engineering Drawing,  aku mesti g ketuk bilik dia. haha. Materials Science lak  aku suka gak la belajar sbb mcm belajar Chemistry. Kena menghafal. Ok la. Lgpon lecturer tu bersifat keibuan. Terasa amat bersalah kalau takleh score. haha. Yg workshop tu best. Siyes! Sbb ajar wat benda hands on. Walaupun takde la belajar details sgt tp ok la. At least tak ngantok macam dalam kelas.  aku paling suke wat lab report. Ini siyes!  aku geng ngn Fitrie, mmg senang la keje ngn dia. Mesti siap cepat n berkualiti punya la. Selalu jadi sumber rujukan. Errr. hahaha. 

Itu Fareez


*Peristiwa itu incident

Time semester 1 ni jugak la macam2 jadi. aku hampir tiap2 minggu pergi lepak umah akak  aku kat Melaka. Sanggup habiskan RM 28.60 tiket bas Transnasional pergi balik. Mana taknya, bosan tahap giga kot duk Shah Alam tu. Biler weekend sume kawan2  aku wat hal masing2. Mmg  aku sorang2 la. Nseb baek ada akak sa, leh la lepak umah dia. Lgpon dia sponsor tiket. Takde masalah la. Siap dapat duit poket lagi. Sayang akak sa. hehe. 

1st time  aku pergi Melaka,  aku kena tipu. Dah la dapat bas tambahan. Bas sekolah buruk tahap giga lak tuh. Tiket mahal nak mam*os. RM30.00 sehala. Ada ke patot? Tiket kata pukul 10.00 mlm, tengok2 pkul 12.00 mlm baru bertolak dari KL. Mmg hangin la satu badan. Tapi hangin sorang2 je la sbb kat KL kan. Takot gak. haha. Yang ni je la cter yang  aku  paling ingat. Haha. 


*Pengakhiran

Oh, before aku abeskan cerita ni, Alhamdulillah, sem 1 ni result  aku boleh la tahan. Alhamdulillah. So, tak jadi la tukar course. Lagipun dah serasi dengan kawan2. Kira macam dah wat geng la. hehe. Tapi ada satu perkara yang  aku  agak menyesal time sem 1. Akak  aku yg kedua ada kontek kawan dia suh ajak  aku masuk usrah. Tapi  aku pergi sekali je. Then, macam tak besh je,  aku pun melarikan diri. Jahat kan? Biler tak join usrah  aku rase mcm tak besh je. Kira macam hari2 tu kosong je. Dats why  aku selalu melarikan diri ke Melaka. Yer la, dah terikut ngn kitaran robot (ada orang cakap kitaran bodoh). Tapi Alhamdulillah, Allah tunjukkan jalanNYA juge. Kawan sa, Aziim, dia yang ajak  aku masuk usrah. Kire akhir2 semester 1 baru  aku join usrah. Ishh3..





p/s: Kawan  aku kata masa sem 1, aku dpt ranking ketiga. Ntah la betul ke tak. kalo betul, Alhamdulillah.

p/s/s:  "...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" (2:216)

p/s/s/s:  aku dah decide yg  aku teruskan dengan Mechanical Engineering nie. Bukan lama sangat pun, 4 tahun je. Errr. haha. Lgpon,  aku kena yakin, Allah dah aturkan yang terbaik untuk sa. Bukan  aku tak berusaha untuk tukar course, tapi  aku rasa Allah nak  aku stay ngn course tu juga. Itulah, bukan semua benda yang kita rasa baek elok untuk kita sebenarnya baek untuk kita. Dan bukan semua benda yang kita tak suke tu buruk untuk kita. Apa2 pun boleh terjadi. Allah Maha Kuasa. Tapi dari kejadian tu, aku dapat banyak pengajaran, antaranya  aku kena lebih bergantung sepenuhnya kat Allah lepas aku berusaha.  aku pun kena sentiasa berlapang dada dengan apa yang terjadi dan yang paling penting kesabaran tu. Yer la, aku ni kan jenis tak penyabar sket. errr.




...tq...

...mengarut...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...