Sunday, June 19, 2011

...Semoga Berjaya...

.:assalamualaikum:.

Alhamdulillah..masih diberi kesempatan oleh Allah untuk bergelak ketawa. Masih juga berupaya lagi untuk menggerakkan anggota2 pinjaman ini. Dan masih juga berkesempatan untuk memenuhi tuntutan sebagai seorang pelajar.

SEMOGA BERJAYA


Aku bakal menduduki paper CONTROL ENGINEERING pada hari Khamis ini jam 1415 till 1715. Maka, saya/aku/ana/i ingin memohon maaf andai pernah menyakitkan hati sesiapa sahaja.

Mohon doakan agar segalanya lancar dan aku bisa untuk mendapat keputusan yang memberangsangkan bak kata orang kampung aku, "pass with flying colour"

Tidak semua yang kita kehendaki bisa tercapai, kalau Allah tidak memberikan apa yang kita kehendaki, itu bererti ianya ditunda atau diganti 
dengan yang lebih baik... insyaAllah...


~USAHA.TAWAKAL.DOA~
p/s: Bakal mengHADkan masa meng"log in" BLOG,FACEBOOK,TWITTER dari saat ini hingga hari khamis nanti. Doakan ye ^_^ 


Friday, June 17, 2011

jgn susah hati.jgn pening kepala.

::..Assalamualaikum..::

Hye yoww!jumpa lagi.sori aku dh lama x menyibuk dlm blog bos aku ni.maklumlah sebuk bekerja mencari duit utk anak2.hahahaha.

Entry aku kali ni berkenaan dgn result.skrg ni kan org tgh dok sebok cite pasl result kan.haa.sblm tu,aku nak ucapkan tahniah kat bos aku a.k.a pemilik blog ni.sbb dia dpt result yg sgt best!alhamdulillah.smoga keputusan yg baik tu akan mmbuatkan bos lebih dekat kepadaNya.~lagi satu bos ni mmg bijak orgnya.no wonder la kan.hihi.

Bila ckp pasal result exam ada yang gembira dan ada yang berduka dgn hasilnya.
bagi aku la kan tak kisahlah brape yang kita dapat,apa yang penting jangan kita kira berapa yang kita dapat.tapi kiralah berapa banyak kita bersyukur kepadaNya.Allah maha Adil.Dia dh calculate dgn sgt sgt adil apa yg terbaik utk kita.kdg2 kita rasa apa yg kita dpt tu mcm tak patut dgn apa yg kita dh usahakan.jgn fikir mcm tu kwn2.sebenarnya result exam tu bkn semata2 jwpn kita diatas kertas je.tapi mcm mana usaha kita sepjg sem,mcm mana kita jaga hubungan dgn Allah,sesama manusia dan bende2 lain.ia merangkumi seluruh kehidupan kita.
Allah maha Adil kawan2!ingat tu!

Lagi satu,bila dapat keputusan peperiksaan je,ade muncullah sindrom2 susah hati atau rasa down sbb result kawan2 lagi tinggi dari kita.
Kawan2,xyah fikir mcm tu.jgn kita susah hati sbb result org lain lebih dari kita.tapi susah lah hati sekiranya result yg kita dapat tu tak memenuhi target kita.
kdg2 memikirkan org lain dpt tnggi dri kita ni peningkan kepala.baik pikir utk diri sendiri.buat target sendiri.capai trget sendiri.lepastu kita pon boleh happy.hehe.habis cite.setiap org ada kemampuan dan kelebihan masing2.
Allah itu maha Adil kawan2!ingat tu!

selain tu mcm ada sorg sahabat aku kata kehidupan kat universiti ni bukannya tentang persaingan antara pelajar atau kawan2.tapi sebenarnya kita bersaing dgn diri kita sendiri.kita boleh compare dan dapat improve kita punye performance dari yg sekarang dgn yg lepas.itu baru betul.hehehe.

okla.sebelum berundur,walau apa pon yg kita dapat,xkisahlah kita dapat bnyk atau sikit jadila org y bersyukur.sbb syukur itu bnyk pahalanya.dari korg memaki hamun result korg tu,lebih baik korg bnykkan istighfar,bnykkan doa.kan lagi tenang.kalau memaki hamun result korg hati pon tak teteram,setan pon suka,jiwa pon kacau.jgn jadi gila sudahlah.

oklah.tamat bebelan!wassalam.


gmbar hanyalah sekadar hiasan bagi mmbuatkan entry kelihatan bewarna warni.hahahaha.







-sekian.dari mc,utk anda.pembaca blog piouspdosh-



Wednesday, June 15, 2011

...#2 WORDLESS WEDNESDAY...


Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan..=)

...control engineering..

.:assalamualaikum:.

Alhamdulillah...sempat mengambil sedikit masa study untuk berkongsi sambil meluahkan.

Ada orang kata, subjek senang score dekat U mereka
Ada orang kata, antara penyebab ramai repeaters di fakulti mereka
Ada juga kata, tiada dalam senarai subjek pengajian mereka
Apa2pun, aku tetap kena hadapinya

"Control Engineering"



Bunyi semacam seram
Seakan-akan bakal meng"control" segala2nya selepas ini
Maka, logik akalnya
Mesti susah lagi payah bukan
Selari dengan takhtanya
Antara pemegang credit hours tertinggi
Minggu lepas, baru sahaja lepas ujian
Hanya 10 markah
Namun soalannya berjela-jela
Mungkin, tertinggi sekali hanyalah setengah
Andai rezeki itu milik aku
Moga-moga bisa genggam tujuh dari sepuluh

Sekarang
Kerja kursus berlonggok-longgok
Modelling sama itu lab report
Lab yang punya 111 helai lab manual
Pertama dalam sejarah barangkali
Memegang manual setebal itu

Kini, bersungguh mencari 20 markah itu
Namun, masih kabur
Apa motif ujikaji itu
Apa tujuan masuk ke dalam makmal robotik

Sekarang lagi
Sedang menelaah nota-nota lama
Berupaya memahamkan
Tapi malas lebih berkuasa
Lantas teringat pasal subjek ini

Dulu punya masalah yang sama
Namun, lebih bertenaga pabila dikongsi bersama
Mohon doa agar mendapat lapangan didada
Dan moga boleh terus berjaya


suke tengok video ni. Penuh makna. Sama2 la kita hayati. Ambil apa yang disampaikan =)

p/s: Doakan aku ye. Exam dah nak dekat. Tapi still macam blurr lagi.

Tuesday, June 14, 2011

...homesick...

.:assalamualaikum:.

Alhamdulillah..hari ini telah punya jiwa untuk menulis. Menulis untuk meluahkan. Barangkali bisa menjadi sebuah perkongsian. Perkongsian sebuah cerita biasa dari insan biasa.

Minggu derita sudah mula menjengah. 
Saat2 semua assignment WAJIB dihantar sebelum FINALE. 
Masa dimana lecturer mula mengajar bertalu2 demi menghabiskan silibus yang masih berjela2. Waktu dimana perasaan rindu pada masakan ibu telah muncul di kalbu. 

Teringat satu soklan wajib disuarakan pada mak tiap2 kali balik ke kampung..

"Mak, jom kita buat umah kat Shah Alam. Dekat sket ngan tempat abang belajar. Hari2 boleh jumpa mak"

Oh..bukan soalan barangkali. Lebih pada ajakan dan cadangan. Lantas, cadangan baik aku ini dibalas dengan jawapan baik dari emak..

"Penat la mak mcm ni. Adik suh buat umah kat tempat dia. Pijah pun sama. Ni abang pulak. Seminggu ada 7 hari. Sehari kat Johor, sehari kat Perlis, sehari lagi kat Selangor. Pastu, balik Perak untuk kemas umah sendiri sebelum beralih ke Penang menjenguk kampung mak dan abah. Seminggu tak rehat la mak"

Lucu jawapan emak. Halus. Tapi cukup untuk menyedarkan aku. Bukan aku seorang perlukan emak. Akak, adik, tok, tokwan, anak2 murid mak juga perlukanny 

Cemburu barangkali melihat rakan2 berbahagia pulang ke rumah tiap2 hujung minggu. Bisa makan masakan yagn enak2 Tdor atas tilam empuk penuh privacy. Minum pentang dengan jemput2 kesukaan.

Arrghhh~

.Homesick. 


Sekadar usikan emosi. Perkara biasa bagi mereka yang punya jiwa. 

Emak pesan..

"Kalo rindu pada umah, ngadu pada Allah."

Abah kata..

"Kalo rindu pada kami, bukalah Al-Quran"

Hmm..sudah kering idea. Sebelum berhenti sekadar mahu berkongsi satu lagi madah indah penuh makna..

"Hidup di dunia ini seperti yang panjang dan terlalu banyak perhentian sementara, hingga kadang2 terlupa sebenarnya diri ini hendak ke mana"

Sunday, June 12, 2011

...oh! Seronok Rasanya...


.:assalamualaikum:.
Alhamdulillah, sekali lagi diberi ujian kesakitan. Demam. Tapi tidak seteruk dulu. Rindu barangkali pada rumah. Mungkin, masih tidak tahan perubahan cuaca secara tibe2. Bisa juga akibat terbelit2 pemahaman subjek Control ini.
Dalam kesakitan fizikal dan hati, tibe2 teringat untuk melupakan "mereka2" seketika. Lantas, dilihat pada longgokan baju2 yang baru dibasuh..Adoii, banyaknyeeee~~


See! Banyaknyer baju. Camne nak lipat? Kalo kat umah, either mak tolong lipatkan or aku sumbat je dalam wardrobe. Hehehe. Tapi kat sini takde wardrobe sebesar kat umah. So, by hook or by crook mmg kena lipat. 


Rase cam nak hire maid je. Tapi maklomlah, ujung2 sem ni mana la ada duit. Terpaksa la wat sendiri. Kalo nak sangkut semua baju ni, takde tempat. 

So, sambil dengar lagu, tengok permandangan alam sekitar, ber"skype" bersama kawan, ber"posing" untuk menangkap gambar, akhirnya, satu persatu baju aku dilipat.

Kalo kat umah, mak lipat baju sambil tengok tv. Tak pun sambil sembang ngan ktorg. Kekadang aku tolong gak. Mak dah habes lipat 5 helai baju, aku baru siap satu. Lambat giga aku lipat.

So, mengambil pengalaman itu, aku pun berjaya melipatkan kesemua baju2 aku. Agak susah dan yang pasti agak lama. Hampir sejam setengah. Akhirnye terkemas gak baju2 aku.


Kemas kan?? Actually, seronok gak wat kerja2 camni. Bukan sekadar buat, tapi buat dan menghayati. No wonder la Rasullullah pun gemar tolong isteri2 nya membuat kerja rumah. Selain meringankan kerja2 isteri2 baginda, ia juga sebagai satu ajakan kepada para suami untuk sama2 melakukannya. Maknanya, kerja rumah bukan absolutely n totally hanya untuk isteri. Tidak sama sekali.

Aisyah r.a. pernah ditanya seorang lelaki yang bernama Aswad tentang apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w ketika dalam rumahnya? Maka Aisyah menjawab: Rasulullah s.a.w sentiasa membantu ahli keluarganya dalam kerja rumah. Dan apabila sudah tiba masuk waktu solat, baginda keluar untuk solat. (riwayat Imam Bukhari)

Rasulullah s.a.w itu adalah seorang manusia, baginda menjahit sendiri bajunya, memerah sendiri susu dari kambingnya, dan melakukan sendiri perkara yang diingininya.
(riwayat Imam Tirmizi)

Tyme2 bujang cmni la kena belajar banyak benda. Nanti dah kawen, tak kekok nak wat. Hahah. Dah start dah mood gatal ni..

Actually, dah takde idea nak update. Nak g siap2 Solat Maghrib lak. Kalo rajen, tengok la video bawah ni. Cawan Magic. Sampai skang aku tak paus hati ag ngan cawan ni. Sempoi sangat. Hehe


~JOM BELAJAR BUAT BENDA BAIK~

Saturday, June 11, 2011

...Rindu...

.:assalamualaikum:.

Alhamdulillah..
Allah masih lagi memberi peluang untuk aku mengerjakan Solat Isyak hari ini.
Alhamdulillah juga, baru selesai blogwalking meninjau rakan2 belog dari KISAS. 

Entah..
Tibe2 aku rindu KISAS
Teringat hari pertama menjejakkan kaki di Bumi Waqafan
Masih terbayang kali pertama ditinggalkan mak abah
Kali pertama juga berpisah dengan adik
Kali pertama berjumpa abang2 n kakak2 yang punya nur diwajah.

Aku rindukan Al-Mathurat lepas Subuh dan Asar
Aku rindu mencatit isi2 penting kupasan tazkirah para muzakkir
Aku rindukan minum petang selepas Asar
Aku rindukan Al-Mulk setengah jam sebelum hari esok

Aku rindu teman2 bersembang ketika prep
Aku rindukan Liqa' Al-bab
Aku rindukan Shabab Cergas dikala pagi hari
Berlari2 keliling bumi waqafan

Sayu..
Ya..masih sayu tika ini
Terima kasih sahabat
Terima kasih kerana jadikan aku sebahagian kisah kalian
Terima kasih kerana ajar aku makna Sahabat
Terima Kasih jua perkenalkan aku pada Ukhwah

Teringat aku pada Baju Melayu Kuning
Terbayang memakai Baju Batik Hijau
Serban, Jubah dan Celak di mata

Bertenggek dalam Surau Saidina Ali
Kekadang tawa disitu
Ada juga air mata pernah tumpah disitu
Bermasam muka itu adat berkawan
Namun, tak pernah berlarutan
Bukan semua orang membenci, perlu ada yang suka 

Mungkin kisah aku tidak sehebat mereka
Mungkin aku sekadar watak sampingan dalam ceritanya
Mungkin aku sekadar insan yang lebih biasa dari insan biasa

Namun, aku juga punya kenangan
Aku juga pernah tanamkan hati aku disana
Aku juga pernah merasai tautan hati itu
Maka, aku juga berhak merindu

Ya..aku masih rindu
Masih rindu mahu tidur di Omar
Masih rindu menyinggah di Ali
Masih rindu mencari teman di Khalid
Kekadang terlupa aku Thariq

Ya..kini aku sedar
Aku pernah jadi sebahagian dari KISAS


Kolej Islam Sultan Alam Shah (2005-2006)


p/s: Mahu Al-Mulk berseorangan. Perlu masa bersendiri agar aku bisa sedar, aku pernah berada di KISAS.
  

Friday, June 10, 2011

...Minum Petang...

.:assalamualaikum:.

Alhamdulillah..berkesempatan untuk menyertai muslimeen yang lain mengerjakan Solat Jumaat secara berjemaah.

Petang tadi lepas bangon dari tdor, tibe2 teringin lak nak makan cucur. Hahaha. Best lak rase kalo dapat makan cucur udang, pastu makan ngan sos kili kepci, minum bersama air teh yang panas2 lak. Sedapnyaa..haha

Tapi, malangnya, aku tak reti masak cucur udang. Wat air pun kekadang tak sedap. Naseb bek Milo 3 in 1, sedap la gak aku bancuh air milo. Hahaha.

Kalo kat umah, aku pernah tolong mak aku masak satu jenis kuih ni. Mak aku panggil kuih cara. Aku pernah tanya mak aku, nape nama kuih ni kuih cara, lantas dengan penuh confident nyer mak aku jawab, mak nak senang ingat nama uih ni, so, mak panggil la kuih cara. 

Ni kuih yang aku tolong mak aku wat tu..Pandai gak kan aku masak..haha



Sedap giga kuih ni. Aku suka makan tyme dia suam2. Sbb tyme tu kalo makan, gule kat tengah2 kuih ni akan cair. Manis! Sesuai untuk mereka yang nak menempah penyakit kencing manis. Hehhe. Tp nak masak kuih ni kena pandai la measure kandungan gula yang nak diletak. Nak letak benda lain pun leh, letak serunding ke, letak ubat ke, letak cili ke, ikot je citarasa korang. 

Ni lak Cucur Bujang. Kawan Baek aku masakkan untuk aku. Tyme tu aku memang teringin sesangat nak makan cucur, so, aku paksa dia masak. Hahaha


Ni lak namanya CUCUR BUJANG. sebab apa nama dia bujang?? Sebab for sure yang buat ni bujang or dalam erti kata laen, tak kawen lagi. Sebab laen lak, cucur ni adalah dibuat hasil campuran dari tepung, telur, air, garam,bawang. *ye ke? aku pun tak taw.

 Sebab yang terakhir ni aku baru discover lepas tengok gambar ni banyak kali. Cer korang tengok betol2. Agak berliku2 or bersegi kan shape cucur2 tu?? Sesuai la untuk bebudak lelaki mcm ktorg. Haha. Kalo untuk anak dara, cucur tu mesti shape nyer bulat2. Comei2 je. Berseni la katakan. Hahaha

Haish! Lapar lak. Nak g wat air milo 3 in 1. Leh makan ngan biskut mayat (biskut hap seng)..haha

Nak tengok CHEESECAKE yang sedap?? Cer tekan SINI.  =)

“Rasulullah SAW tidak pernah mencela makanan apabila baginda berselera, baginda memakannya. Sedangkan jika tidak suka (tidak berselera), maka baginda meninggalkannya.” (Hadis riwayat Bukhari no. 3563)


~JOM JAGA ADAB MAKAN~

...sunshine smile contest...

.:assalamualaikum:.

Alhamdulillah...masih lagi mampu tersenyum pada hari ini. 

Memandangkan hari ni aku suka senyum, so, aku pun belek2 la koleksi gambar2 aku yang tersenyum sambil tersenyum. Tiba2, aku dapat idea yang menyebabkan aku terus tersenyum. Idea tersebut adalah untuk join SUNSHINE SMILE CONTEST.



Aku yang tersenyum bersama adik aku yang sedang tersenyum. 

Mak Bedah selalu pesan kat aku;

"Senyum lah seindah suria. Sebab suria tu bagi cahaya kat orang. Biler orang lain dapat cahaya, dorg pun aku turut tersenyum. Bler dorang tersenyum, lagi banyak cahaya ada. Biler banyak cahaya, lagi ramai tersenyum."

Ustaz Mail lak selalu nasihatkan ktorg;

"Senyum tu sedekah. Biler kita senyum, kita dah senangkan hari orang yang tengok kita. Tapi jangan lak senyum menggatal :)  "


Ah Chong lak kata;

"yinwei xiao rong wo zhang de hen ying jun"
perasan Ah Chong ni..hehehe


Tibe2 teringat MR Thomas selalu cakap;


"If someone is too tired to give you a smile. Leave one of your own. 
Because no one needs a smile as mush as those who have non to give"


Aku nak ajak HAFIZ HAFIZOL, ADIK YAD'Z N NONIE untuk senyum skali ngan aku =)


***



SUNSHINE SMILE CONTEST STARTS NOW!!!!

Seperti yang dijanjikan, SUNSHINE SMILE CONTEST akan bermula HARI INI iaitu pada 22 Mei, 2011. HADIAH UTAMA BERUPA POLAROID INSTAX MINI 7S beserta INSTAX MINI FILM yang bernilai RM600.


CONTEST APE NI?


Sunshine smile contest ini adalah contest SENYUMAN PALING CERIA. Apa yang anda perlu lakukan untuk join contest ini hanyalah baca dan ikut syarat-syarat yang tertera dibawah. Contest bermula pada 22 Mei 2011 dan tamat pada 1 Julai 2011. Keputusan akan diumumkan pada bulan July 2011


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN


1. Sila follow kedua-dua penaja di link berikut:


http://mynameismyname-ashraf.blogspot.com/


http://aarrghitsme.blogspot.com/


2. Copy dan post entry ini di blog anda dan attach gambar (SATU GAMBAR SAHAJA. GAMBAR ANDA YANG SEDANG SENYUM) yang ingin dipertandingkan.


3. Senyuman mesti CERIA!! Ikhlas atau tak ikhlas belakang cerite..


4. Sediakan ENTRY khas contest ni dan link kan kepada saya di comment box entry ni:


http://mynameismyname-ashraf.blogspot.com/2011/05/sunshine-smile-contest-starts-now.html


5. AJAK minimum 3 orang rakan anda untuk join contest ni dan tag entry khas mereka di bawah gambar anda (kalau rakan follower sikit, boleh dikecualikan)


6. Untuk keselamatan jika blogger.com buat hal, sila link kan entry khas contest anda di:

http://www.facebook.com/pages/Sunshine-Smile-Contest/211819135518018?sk=wall


MUDAH KAN? HARAP TEPATI SYARAT DAN NANTIKAN PELUANG UNTUK MENANG =)


~JOM KITA SENYUM~

Thursday, June 9, 2011

...perkataan pertama...

.:assalamualaikum:.

Alhamdulillah...masih lagi mampu menunaikan Solat Subuh pagi ini. Sedang berkira2 mengerjakan Solat Dhuha. Moga2 diberikan kekuatan dan kesempatan.

Bangon pagi2 tadi, tbe2 terfikir, apa eh perkataan pertama yg aku cakap biler aku dah start pandai cakap. Agak2 la kan, korang ingat tak korang cakap apa dulu??

Teringin gak nak taw kan, yer la, it's like the first thing yg kita buat tyme kita kecik2 dulu. Aku pernah tanya mak aku dulu, tp malangnya mak aku tak ingat. Maklomlah, ada 6 orang anak, tambah lak, banyak benda lagi perlu diingat..haha..

Tapi kan, kalo aku ada anak nanti kan, aku nak record la perkataan pertama yang dia cakap. Mesti comel giga kan. Mesti ktorg (aku ngan wife aku) hepi giga2 tak ingat. Tapi depends la on apa perkataan pertama yg terkeluar. Kalo keluar benda2 tak elok, sah2 la itu jadi perkataan pertama dan terakhir dia *kejam giga


akak kesayangan aku tu ye  ^_^

Tapi tak logik la kan budak2 kecik comei2 tu nak cakap benda2 tak elok macam kita2 ni selalu cakap kan. Dah nama pun perkataan pertama, dah sah2 la only the simple one je kan..

"Ummi"

"baba"

"mamam"

Tak sabar lak nak dengar anak aku cakap perkataan pertama dia *ok, ni over! haha
Apa la reaksi aku biler dia dah pandai cakap kan..mesti macam ni....

FRIENDS season 2



kalo perkataan pertama baby comel atas ni aku ingat lagi. Dia cakap "mama". Tp tak taw dia panggil sape. Sebab mak dia bahasa kan diri dia as "ibu". Hahaha. Tp disebabkan budak comel bernama ZAHRA ni (gambar dia ada kat SINI), mak dia sanggop tukar jadi mama gak. HAHA.. lawak je  ^_^

So, kalo korang rajen tanya mak ayah korang apa perkataan pertama korang, share2 la kat sini. Hehe.


"Tidaklah hasil tuaian lidah manusia itulah yang telah 
menghumbankan muka mereka ke dalam neraka?"

~JOM JAGA LIDAH~




p/s: sejuk je hati kan kalo first word yg keluar adalah "ALLAH"

Wednesday, June 8, 2011

...#1 WORDLESS WEDNESDAY...




Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan..=)

...stay the same...

.:assalamualaikum:.

Alhamdulillah..I still have a chance to log in ..piouSpdosH.. 
It is June already and I have to prepare myself for my Intersession Final. It seems like two more weeks to go and after that I'm gonna be a full-time-holiday-student for at least two months before September.

Hmmm...after the morning class, i played all of my video clips collection. Then, i found a really sweet video clip that led me to remember the sweetest moment with my friends. Seriously and honestly, i do really LOVE MY FRIENDS. Because of them, i know what is exactly the meaning of UKHWAH.

So, to all my friends


This is a song by Joey McIntyre titled 
"Stay The Same"

I have no idea to whom i'm gonna dedicate this song. But, for sure it is for someone. It is not just a song actually. It is like a request coming from the bottom of my heart in order to get back my "old" friend. 

Yeah! Obviously, he's already changed. And everybody deserves for the changes right? But, it doesn't mean we have the right to change from a good person to a bad one. For me, i don't call it as CHANGE.

So, to my "old" friend, listen to this song because i just want you to be the way who you are. I really miss the "old" you.
Only the "old" you makes UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA




"your story may not have such a happy beginning, 
but that doesn't make you who you are. It is the rest of your story. 
Who you choose to be."





p/s: since i wrote this entry in english, i have to make it short. Hahaha. 

...tq...

...mengarut...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...