Monday, October 31, 2011

click.and.see.

Assalamualaikum.Saya MC.

Saya ada gambar.Ini dia.




Bersolat kat satu masjid di Jaipur,India.Pengalaman berharga.Mungkin takkan lupa sampai bila2.


Bersusah payah untuk berwudhuk.
Menumpang tumpang kilang sebelah masjid sebab tempat wudhuk disitu TERsangat terbuka.
Bersusah payah untuk memakai telekung.
Bersusah payah untuk pakai tudung.
Terpaksa bersolat di tempat yang sangat terbuka sebab tiada tempat untuk jemaah perempuan.
Segala-galanya agak payah berbanding di negara sendiri.
Ini perkara biasa kalau merantau ke negara orang.
Alhamdulillah,masih tersemat rasa syukur di hati.
Tiada peluru atau askar untuk dirisaukan.
Rasa selamat untuk bertemuNya.


Hanya perlu tabahkan hati.Semuanya hanya keranaNya!
Buatlah segala yang terbaik untuk menyempurnakan tuntutanNya.
InsyaAllah,kalau ikhlas dan sabar,Allah akan permudahkan!




Wassalam.




pictures taken by : my friend.Edited by me.



Thursday, October 20, 2011

...Cube Try...

.:ASSALAMUALAIKUM:.

Pertama sekali, aku nak mintak maaf sebab lama tak update belog. Walaupun sekarang baru minggu 6, tapi sibuknya, hanya Allah je yang tahu. So, aku takde la bahan nak update, tapi just nak try share something kat korang. Mesej ni dari member aku. So, aku mintak maaf sekal lagi kalo ada salah silap atau terguris hati mana2 pihak.

***

Cara Buat Kredit RM10 Anda Tahan Lama, Menjimatkan!

hmm..org kata pkai line lg save dr prepaid..

tp korg msti trperanjat dgn ape yg bakal aku citerkan ni..

top-pup RM 10 tp blh tahan smpi 1 bulan tak kira la klau korg brgayut brape lama 

skalipun,hantar brape juta sms skalipun..

... mgkin rezeki aku aritu,pg la jmpa makcik bau2 bacang ngn aku, 

dia ajr camne nk crossing account,

coz dia keje kt bhgn System Development Telecom.

kekadag aku tlg gak memenber trdekat topup, tp amik untung sket aar..
Ok, secara simplenya aku terangkan kat korg, tp INGAT JGN BUAT LBIH DR 3 KALI untuk 1 

nombor, coz system akan auto detect & batalkan no korg..

timing nya, korg blh topup pertengahan ujung bulan between 25 hb keatas dlm kul 3am 

keats. coz dlm tempoh ni, system akan di selenggara, so ada loopholes. kene try&error..
1) beli topup RM 10… gesek & ready.
2) korg type < ** REC 10 > , then send to 09901
3) tgu reply, kat skrin akn kuar satu serial number 6 digit, korg salin tau.
4) pastu korg type < ** REC 10> <123456> msuk kan 6 digit td, send 09902
5) pastu diorag akn reply “insert ur topup num”, so korg type 14 digit topup number yg korg 

beli cntohnya;
<01234567891023> send to 09903
6) tak lama pastu diorg akn reply;
“huish, mana ada topup free kt dunia ni. msuk toilet pun kene byr 20sen, ni kau nk topup 10 

hengget nk pkai seumur idup plak!! bnyk cantik muka kau”:P

sila control + A

***


Wednesday, October 19, 2011

..menggembara seorang diri..

.:ASSALAMUALAIKUM:.

Alhamdulillah AM curi sedikit masa untuk mengarang..berhajat untuk berkongsi pengalaman perjalanan penggembaraan ke negara orang.

Alhamdulillah AM di beri peluang dan ruang untuk ke Jepun..dan AM pergi seorang, dr KLIA ke Narita,Jepun..dan ini merupkan pegalaman ke-2 menaiki kapal terbang (pengalaman pertama penerbangan domestik)..

:Kisah 1:

Kebiasaannya sebelum check-in gate ke kapal terbang, kena lalu imigresen dulu, scan pasport, then baru g check-in gate..AM tak pernah tahu imigresen untuk warganegara ada laluan khas, tak perlu beratur sekali dengan international pasport..so, mata dok meliar la mencar dan membaca sign board..

Bila da sampai kat imigresen, bagi la pasport kat pegawai kat kaunter tu, ingat da selesai dan boleh terus menuju ke gate..tapi rupenye ade satu mesin, yang kite perlu masukkan pasport dan thumb print..kat mesin tu ade jugak tempat utk masuk ic..So, di sebabkan AM pertama kali jumpe mesin ni, bersusah payah la korek ic dlm hand luggage..pastu masuklah kan pasport ngan ic kat tempat2 sepatutnye..kebetulan takde pegawai imigresen yang dok kat situ..dlm 5 minit jgk la tersekat kat situ tak tau nak buat ape..Ade la Puan pegawai ni pelik, apesal la tak lepas2,  pegawai kata tak yah masukkan ic..dengan muke tak bersalahnya AM ckp "OOoo..ye ke.."(sengeh panjang)

Ni la mesinnye.

: Kisah 2 :

Perjalanan dari KLIA ke Narita ambil masa dalam 8 jam..kebetulan flight tengah malam, dan sampai hari berikutnya..Masa cek in luggage, mintak kat pengawai tu nak dok sensorang, kononnya seat sebelah dan sebelah dan sebelahnya kosong (Ikut nasihat orang berpengalaman)..AM ingat saje untuk selesa duduk, ye la sensorang kan..mane nak tau..bile da makan dinner, mata pon ngantuk..sangat2 tak selesa kot nak tdo dlm kapal terbang, tdo dlm bas lagi selesa kot..so, AM tak tau cam ne nak selesa tdo.. dok tengok keliling,ade sorang kakak ni baring..(2-3 seat)..barulah tau space kosong kat sebelah AM ni gunenye utk tdo dengan selesa(baring)..tapi da terlambat, sbb perjalanan berbaki 4 jam..tak best pulak tdo sekejap2..tapi tdo jugak akhirnye..sbb da penat sangat..(tdo2 ayam je)..

: Kisah 3:

Bile da sampai ke destinasi, sepanjang dari Narita ke rumah..tido je la..tak sempat nak menikmati pemandangan hari pertama kat negara orang..hampir 4-5 jam jugak la dok dlm train sebelum sampai rumah..puas tido..hu3

ok selesai..insyaALLAH sambung lagi..Fiaminillah 

Thursday, October 13, 2011

...kita ini bercintakah??...

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah, masih diberi sedikit masa untuk berkongsi.

Sekadar mahu berkongsi madah dari saudara Hilal Asyraf "Langit Illahi"


Puisi Awak, Kita Ini Bercintakah?

Awak,

Kita tidak berpegangan tangan seperti mereka,
melafaz kata cinta berbalas-balasan,
bahkan sering ada jarak antara kita,
dan wujud pelbagai batasan,

Kita ini bercintakah?

Awak,
Kita ini tidak sering berhubungan,
tiada bicara manis,
dan masing-masing sibuk dengan diri untuk dipersiapkan.

Kita ini bercintakah?

--------------------------------------------

Ya,
Kita ini bercinta,
cuma bukan dengan definisi mereka.
Tetapi dengan definisiNya.

Belum waktunya untuk melangkaui batas yang ada,
sekarang adalah masa untuk mempersiapkan diri kita.
Manis hubungan bukan pada pegangan tangan,
juga bukan pada bicara kata,
tetapi dengan hubungan kita terhadap Tuhan,
dan sejauh mana kita menjaga pasangan dari neraka.


Nanti bila bersama,
kita bukanlah keluarga biasa,
bahkan pasangan yang siap untuk menembus syurgaNya.

Awak,
bukankah itu adalah cinta?

~Hilal Asyraf~
1238
111011
Irbid,
Jordan

ps: Pernah cakap pada diri, kalau mahu jadi jiwang, jadi jiwang yang luar biasa.
 — 



Aku suka baca Langit ILLahi punya site, Alhamdulillah, banyak input dan selalunya memang 

kena ngan aku..so, korang try la ke site ni;




Sunday, October 9, 2011

..Jom berubah..

ASSALAMUALAIKUM

Mulakan hari minggu dan hari-hari mendatang dengan senyuman
InsyaALLAH senaman 17 otot muka ini akan menceriakan hari anda


Bagaimana reaksi anda apabila berada dalam situasi berikut:

  1. Ketika anda menjawap panggilan telefon/ ketika anda bertemu@terserempak dangan rakan-rakan?
  2. Ketika menerima pemberian dari orang lain?
  3. Ketika berpisah dengan rakan-rakan?
  4. Ketika menyaksikan perkara luar biasa?
  5. Ketika menerima pelawaan rakan-rakan untuk menghadiri majlis kesyukuran?
  6. Jika rakan bertanyakan khabar?
Semua jawapan yang di berikan adalah betul belaka

Hampir setiap hari kita di ajukan / berhadapan dengan pertanyaan di atas

Selain daripada jawapan yang biasa kita berikan, Adakah jawapan lain yang bersesuaian dengan setiap situasi di atas..?

Jom kita tengok kat bawah ni


Instead of Hello or Hi, Say ASSALAMU ALAIKUM
● Instead of Thanks, Say JAZAKALLAH
Instead of Bye Bye or Take Care, Say FI IMAANILLAH 
● Instead of Wow or Great, Say SUBHANALLAH
● Instead of Okay, Say INSHALLAH
● Instead of saying I am fine, Say ALHAMDULILLAH


Jazakallah sudi baca sampai abes, 
InsyaALLAH sehingga kita ketemu lagi, 
Fi Imaanillah (^.~)

Wednesday, October 5, 2011

..kenangan itu..

Assalamualaikum

Alhamdulillah, syukur masih di beri peluang berblogging..Tiada perkara menarik yang AM ingin kongsikan..atas desakan "kerja" sebagai penulis blog bersama, so, AM sertakan beberapa keping gambar untuk tatapan gambar bersama..


Keretaapi menuju ke stesen Fukushima

Kapal terbang yang membawa AM pulang ke Malaysia

JOM berlepas!

p/s: Maaf la ye..AM kekurangan idea utk update blog ni..insyaALLAH next entry gempaQ punye


Saturday, October 1, 2011

...The Sepuluh...

.:assalamualaikum:.


Alhamdulillah..segala puji agi Allah SWT atas segala nikmat yang dikurniakan.


Entry kali ini sekadar satu luahan. Luahan perasaan barangkali. Luahan rasa kecewa juga mungkin.


Sebelum itu, just nak share satu video. Video lama ni. Video lagu "Sepuluh Budak Hitam". Masa kecik2 dulu femes gak lagu ni. Siap hafal ag. Kalo maen tyme petang2 tu, mesti nyanyi lagu ni ramai.

video


So, selain dari dapat ingat balik lagu ni, apa yang korang dapat dari lagu ni?? Mula2 nampak macam Kesepuluh-sepuluh budak hitam tu adalah kawan baik. Tapi bila sorang-sorang ditimpa masalah, masing-masing biarkan je kawan dorang. Takde sebarang usaha untuk menyelamatkan kawan2 dorg.


Bile bicara tentang PERSAHABATAN, FRIENDSHIP, UKHWAH aku mesti tersentuh. Sebab sampai skang, aku masih rindukan kawan2 aku masa kat KISAS ngan KMK. Mereka memang memberi kasih sayang persahabatan sepenuh jiwa.


Kat KISAS, ktorang ada 5 Uniques in KISAS. Mase mula2 register, ada senior tanya aku. Aku dah la tengah homesick, blurr2 lak tu, sah2 la tak dapat jawab. Then, senior tu suh aku cari 5 Uniques in KISAS. Adehh. Penat mencari, last2 jumpa kat dinding asrama aku gak. hahaha..melalut dah ni..haishh~ Tapi nak cerita antara 5 Uniques in KISAS adalah FRIENDS and UKHWAH. 


Mungkin disebabkan FRIENDS and UKHWAH tu Unique kat KISAS, so, skang aku rasa amat payah untuk rasa manisnya persahabatan dan ukhwah yang dasarnya kerana ALLAH. Barangkali, aku tidak memberi sepenuhnya. Atau barangkali aku tidak menerima sepenuhnya. Atau aku, kamu dam kamu sekadar membaca DOA RABITAH bukan untuk memahaminya.


Teringat perkara2 asas dalam persahabatan. Pertama, Ta'aruf (perkenalan). Kemudian, Tafahum (memahami/mengetahui). Akhirnya, Takaful (membantu). Kalo dulu di KISAS, kami bukan sekadar perlu tahu NAMA, ASAL, SEKOLAH LAMA sahabat2, kami juga bakal disoal perihal kegemaran2 mereka. Maka, untuk lebih mengetahui tentang seseorang, kita perlu lebih mengetahuinya. Itu hukumnya.


Agak kecewa bile ada yang sudah berada dalam sistem-sistem tertentu tapi masih lagi belum menghadam rukun2 yang menguatkannya. Entah. Sangat kecewa bila antara ahli-ahlinya perlu ada kerahsiaan yang melampau. Atau perancangan persendirian. Seolah-olah sudah meletakkan satu penghadang (barrier) antara satu sama lain. Mana mungkin kita bisa rapat. Mana mungkin kekuatan itu akan tetap utuh.


Benar! Kekadang aku juga pernah kurang berkongsi. Tapi, sekadar perihal remeh temeh itu bukan satu yang perlu dihebohkan. Bukan untuk menghias kesalahan dengan keindahan, tapi, sekadar menukar istilah salah kepada kebenaran. Sangat berbeza bila kita berahsia mengenai sesuatu yang oleh mengeratkan aku, kamu dan kamu. Sangat berbeza!


Seolah-olah aku tidak bersama kamu-kamu. Ya! Tersisih. Terasing dalam ketawa. Bukan satu bentuk uzlah syu'uriyah. Tapi, telah di"uzah"kan oleh kamu, kamu dan kamu yang sudah faham apa itu hakikat syahadah. Ingat, aku juga insan. Insan itu punya hati. Hati insan pula mudah berbolak-balik. Diri perlu bijak kawal hati. Diri yang lain juga perlu faham hati-hati yang lain. 


Sepuluh tidak akan pernah jadi sepuluh kalo tiada satu. Usah dicanang serata dunia kita telah bersatu andai kita sendiri sudah buangkan "satu" dari pakatan kita. Ingat! Dua tidak akan pernah bertukar tiga selagi satu tidak ditambah masuk. Empat akan selama-lamanya jadi empat andai empat sendiri menjadi penghalang untuk menjadi lima. Lima pula tidak akan terus berkembang andai tidak bersedia terima satu untuk jadi enam. Enam tidak akan bertukar ganjil andai tidak mahu berubah menjadi genap. Tujuh tidak akan pernah menjadi lapan jika tidak mengajak satu untuk bersama. Lapan tidak akan terus kuat andai satu disingirkan. Sembilan pula masih perlukan satu untuk menjadi sepuluh. 


Sangat cemburu dengan UKHWAH mereka-mereka yang dalam sistem yang sama. Semuanya seakan berada dalam diri masing-masing. Kuat bonding mereka. Mungkin, amat menghayati sejarah tentera-tentera Islam yang syahid selepas masing-masing lebih mementingkan sahabatnya ketika masing-masing amat memerlukan air. Aku, kamu dan kamu juga tahu kisah ini. Namun, betul kata mereka, amat beza antara "FAHAM" dan sekadar "TAHU".






~UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA~









...tq...

...mengarut...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...