Friday, September 30, 2011

...ini matlamat kita...

.: assalamualaikum :.

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah kerana masih hidupkan aku, kamu dan kamu dalam Iman dan Islam. Moga-moga keimanan kita akan terus bertambah dan amalan-amalan kita selari dengan ajaran Islam.

Uwaaaa...rindu nya kat belog. Dah hampir sebulan tak berupdate. Terima kasih kat AM sebab tolong update kan belog bos hari jumaat lepas dengan ENTRY ni. Dah lama tak menulis, rasa kekok lak. Rasa macam tengah luahkan kat orang yang baru aku kenal. hahaha. 

Actually, taktaw nak share apa. Kalo nak cerita semua yang berlaku sepanjang sebulan menyepi, rasa nya boleh publishkan lebih 100++ entry ni. Tapi memandangkan aku ni nak update sehari satu entry pun malas, so, takkan berlaku kot benda tu. Hahaha

Hmm..tetibe teringat lak nak share something. Biasalah, kalo lepas cuti panjang, biler start belajar rasa malas sangat. Rasa macam jiwa masih kat umah, jasad je kat tempat belajar. Maklomlah, umah kan jauh. Nak balik tiap2 weekend mmg takleh la. So, the first two weeks tu ada la rase ke"homesick"an tu sket. hahaha. 

Mengade2 lak kan nak homesick2 ni. Dah finale year pun nak homesick ag ke..haha..ok2, balik pada homesick tadi, bg aku biasalah kan, lagi2 yang manja macam aku. hahahahah. Tapi kena pandai kawal la, jangan nak melebih2 lak. Nanti terbawak2 dalam study. So, kita je ada kunci camne nak kawal homesick kita.

Salah satu cara lagi yang aku akan wat untuk tidak merasa homesick lagi adalah dengan compare keadaan kita dengan kawan2 kita yang study kt oversea. So, sape lagi layak nak rasa homesick? Yang duk Shah Alam ke or yang duk Nottingham?? Dia yang kehilangan ayah dan belajar di luar negara atau aku yang masih punya kedua ibu bapa dah  tinggal berjauhan dengan mereka hanya dengan jarak 4jam perjalanan?? 

So, bler aku compare diri aku dengan mereka2 ni, memang tanpa sebarang syak wasangka, aku tak perlulah nak melebih2 untuk homesick. Better aku focus kat study aku ni yang insyaAllah akan ditamatkan pengajian degree pada tahun depan. Aku kan nak jadi engineer muslim, so banyak sangat benda nak belajar. Instead of belajar ilmu2 engineering which is a part of ilmu2 Allah gak, aku kena gak mendalami lagi ilmu2 agama. Kerana biler faham ilmu2 agama, aku akan sentiasa sedar matlamat hidup aku. 


Bukan setakat aku sahaja, kamu, kamu dan kamu juga perlu sedar dan faham hakikat dihidupkan. Tidak sekadar suka-suka. Kita punya pelbagai matlamat. Tunduk dan Tadbir. Mudah dihafal tapi kurang yang menghayati. Ramai orang jelas, Allah menciptakan kita, basically dari tanah. Tapi ramai yang lupa, kita hidup keranaNYA. 


Hidup keranaNYA?? Lantas, tanya soalan ini pada diri kita. Kenapa kita hidup? Barangkali, kerana dihidupkan. Ada yang mungkin menjawab hidup kerana ingin menjadi kaya lantas bisa menolong mereka yang susah. Ya! Nampak mulia "tujuan" hidup anda. Namun, itu bukan satu matlamat yang tepat.


Kita hanya punya DUA tujuan hidup. Dan setiap orang wajib sama. Pertama, untuk BERIBADAH KEPADA ALLAH. Sila jelaskan pemahaman kita  dalam Surah Az-Zariyat, ayat 56-58. Kemudian, sila rujuk pada Surah Al-Baqarah ayat ke 30. MANUSIA ITU SEORANG KHALIFAH DI BUMI. See! Kita tunduk pada Allah dan dalam masa yang sama kita perlu tadbir bumi.


So, jom re-tune balik matlamat hidup kita. Benar, kita mahu berjaya dalam pelajaran, agar semua orang bisa nampak, Muslim itu hebat kerana Islam itu hebat. Benar, kita mahu berjaya dalam perniagaan, agar semua orang bisa nampak, Muslim itu pandai berniaga kerana Islam itu tersusun. Tapi, itu dan itu adalah sekadar alat untuk kita capai matlamat hidup kita.









     ~AKU SEORANG YANG PELAJAR MUSLIM ???
ATAU 
SEORANG MUSLIM YANG BELAJAR???~

Friday, September 23, 2011

..Perempuan Rajin Ulangkaji..

::ASSALAMUALAIKUM::

Alhamdulillah, syukur, keberkatan penghulu segala hari telah menggerakkan AM untuk mengupdate blog En Bos yang penuh dengan habuk. Hampir sebulan di tinggalkan.


Mengimbau kemali kenangan ketika di matrik, AM teringat satu perbualan antara rakan se-praktikum

Abu: Budak perempuan memamng rajin belajar ek..?
Linda: Asal ko tanye cam tu lak..?
Abu: Tak de la, semalam ak usha blok budak perempuan..
Linda: eh..jap2, apesal ko usha2 blok perempuan plak..
Abu: Sabar la. ko ni, cube dgr ak ckp smpai abes dulu..
Linda: Ok, sori.
Abu: Ak usha dari bilik je a..ak tgk banyak lampu menyala, even da pukul 1 pagi..
       Ak ckp ngan mmber ak, "Rajin betol bdk2 ni stadi..jom kite tgk smpai pkl bpe dorang stay up"..
Linda: ko tunggu sampai pukul pe?
Abu: Sampai pagi kot, sampai layu la mata aku..setiap jam ak ngan mmber2 usha, kot la lampu da padam ke ape..
Linda: Ha..tu la ko, tak tau.. meh ak bgtau..bukan semua org bleh tdo dlm gelap..silap besar la ko tunggu sampai pagi..lampu mmg menyala sampai dorang pegi kelas kot..
Abu: La ye ker..igt stidi sampai lebam..
Linda: hahaha..tak pe la, at least ko da stadi byk mlm tadi..

okey, tu je citer pagi ni..



...tq...

...mengarut...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...