Thursday, July 28, 2011

...mencari sakinah...

.:ASSALAMUALAIKUM:.

"Lihatlah bagaimana Allah membahagikan nikmat-nikmatnya"

"Jika Allah hendak memberi kebahagiaan kepada seseorang, dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa sekalipun"

"Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang, dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun"

"Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas, kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah"



"Ya Allah aku serahkan urusan ini kepadaMU Ya Allah"

"Bukan salah untuk mengharapkan yang belum ada, tapi jangan lupa yang telah ada"

Wednesday, July 27, 2011

...#6 WORDLESS WEDNESDAY...



Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan..=)

Tuesday, July 26, 2011

...sanah helwah...

.:ASSALAMUALAIKUM:.

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah Yang Maha Berkuasa menghidup serta mematikan makhluk-makhluk ciptaanNYA.

Hari nie BESDAY adik aku yang ke 19 Tahun. Tapi, aku malas nak wish. Hahaha. Tepat jam Doblas malam tadi, aku antar mesej camnie kat dia..

"Salam..abang malas nak wish..sekian, terima kasih..haha"

Kejam tak aku??? 

hahaha...kat FB pun aku wat camtu gak.


See!!

Last2 yang wish, akak sepupu aku ngan abang aku...hahahahaha

Bukan apa, ramai dah kot duk bagi ucapan camnie kat dia

"SELAMAT HARI LAHIR KE 19"

Siap ada yang upload video camni ag kat wall dia,


Kire ok la kan kalo aku tak wish?? Takde la effect apa2 pun kan? Dia still 19 tahun gak kan? hahaha. 


Akak aku pun dah wish berjela2 camni, orait la tu..bermacam2 bahasa lagi tuh, ada gaya Mahadzir Lokman lak akak aku nih..haha



Ok la, tu je nak ngarot kat sini. 




Ni la adik aku tu. Nama dia Khairun Hanisah Bt Abdul Halim. 


Tengah belajar kat Institut Pendidikan Guru Malaysia kampus Perlis. Bakal Ustazah nie. Alhamdulillah  ^_^

Monday, July 25, 2011

...kampungku...

.:ASSALAMUALAIKUM:.

Alhamdulillah..masih lagi diberi peluang oleh Allah untuk bergelar hamba nya yang hina lagi dina di dunia ini. Moga-moga segala perlakuan dan perbuatan aku dapat dikira sebagai ibadah.

Hari ni nak berkongsi aktiviti aku join minggu lepas. Ni lebih kurang macam orientasi la. Hahaha.

Program: Pengenalan kepada bendang dan pokok nyiok

Tempat: Bendang Pak Su kat Nibong Tebal, Penang
Masa: 5.30 petang
Pengarah Program: Mak dan Abah

See! Nampak sangat aku ni berlagak orang bandar sampai mak n abah wat aktiviti bersifat kekampungan camni kat aku. Haha. Tapi best kot. Macam2 leh blajar. Tapi malangnya, tyme aku pegi tu, sume padi dah abes. Dah masak pun. Dah jadik beras dah pun. So, tyme tu tanah bendang kering. Tengah nak gembur balik. 


Dah takde padi dah. Yang ada rumput ngan rumput. Nseb bek aku kenal lagi padi tu camne, so, takde la tak tercapai objektif mak abah aku. hahaha



Panjang giga kan lalang?? Lalang betol! Sian kat mak n adik aku. Terperangkap dalam lalang. Mak aku suh aku datang menebas. Tapi seperti biasa, aku akan menolak perlawaan mak aku tu dengan bersopan. 

Bukan apa, kalo aku tolong tebas, kesian kat pak cik yang selalu menebas tu takde keje dah. Camne nak cari sumber pendapatan kalo camtu kan?? Betol tak??


Ni pokok padi kan?? Ke lalang?? Tapi macam padi je aku tengok. Sebab orang tua-tua selalu cakap,

"Ikut resmi padi, makin tunduk makin berisi.."

So, kalo tengok betol2, pokok kat gambar tu tengah "menunduk" kan?? So, confirm la padi kan?? Ke aku salah?? 


Ni lak?? Cer teka, cer teka...hahaha

Eh2,lupe lak tujuan asal datang sini. Actually, mak, abah, aku dan adik nak cari buah nyiok (buah nyiok ni sama maksudnya ngn buah kelapa). Nama asal buah ni adalah Buah Nyiur..Tapi, disebabkan telah di"utagha"kan perkataan ni, jadilah Buah Nyiok...sedapkan bunyi nyer??

So, tyme ni aku belajar buah muda, buah separa tua, buah tua, buah tua tua. Hahaha. Buah Kelapa Muda, air nya leh diminum. Sedap o0o. Tambah sejuk2. Isi pun lembut. Buah Kelapa Tua lak isinya leh wat santan. Santan leh masak gulai. Sedaappp!!


Mak aku cakap dulu, kat sini masa kecik2 mak aku berkelah lepas penat kat bendang. Mak aku kata syiok tengok air yang jernih, ikan lompat2, sambil angin bertiup sepoi2 bahasa melayu. 

Tapi kalo skang?? Kalo la mak aku ajak berkelah kat sini, sah2 akan ku tolak perlawaan mak aku tu dengan baek. Sebab nya, permandangan tatkala hari ni adalah amat menyayat hati. Tapi geram je tengok ikan keli, ikan haruan duk lompat2. Macam mengejek aku je tak dapat tangkap depa. Ceiitt!!


Akhir nya, jumpa pun sasaran kami. Malangya, setelah penat mencari, dapat la empat biji kelapa ni. Yang laen semuanya dah dikebas. Tapi, Alhamdulillah, ada la jugak kan. Naseb bek ke"empat-empat" buah ni elok. So, takde la terkilan sangat. Alhamdulillah.

So, lepas dapat hasilnya, kami terus menuju ke Pasar Malam untuk membeli belah. Mak aku cakap lepas ni aku kena tolong ayah aku "pecerah bendang". Aku pun taktw kena buat apa, tungguuu dan lihaattt je...hehehe..

Sunday, July 24, 2011

..cerita dari bumbung..

.: Assalamualaikum:.

Kali ni AM tak berapa sihat nak menaip panjang berjela *demam
So, gambar ni tolong ceritakan untuk AM. 
AM ambik gambar ni dari tempat parking JUSCO, tingkat 4
Ade sawah padi kat sebahagian kawasan nie, dalam 6 petak. Di sebabkan limited view, tak dpt capture untuk tatapan anda semua. Sejuk je mate memandang.

p/s: Doakan AM cepat sembuh ye~~! 

Friday, July 22, 2011

..Membuang di negara orang.. Part 2


:Assalamuaikum:.


InsyaALLAH, hari ni AM akan sambung entry Membuang Sampah di begara orang. Part 1 klik sini.

Seperti yang telah di janjikan, AM akan terangkan penggunaan jadual buang sampah. AM rasa lebih sesuai bagi nama Jadual Kitar Semula.


Antara warna yang terdapat kat jadual ni merah, kuning, oren, pink, biru, dsb. Salah satu warna adalah hijau.
Kategori hijau
Contoh sampah dalam kategori hijau
Note: Gambar sebagai hiasa, rugi la buang semua ni, banyak lagi tu...
Okey sebelum tu, jangan lupa buka penutup botol tu ye.
Ada arahan kat jadual, maaf je, gambar jadual tu kecik sangat
Meh check jadual bile AM boleh lupuskan sampah-sampah ni..
Note: Baris 1: Bulan ; Baris 3 (hijau): Tarikh.
Mengikut jadual, sampah diatas boleh dilupuskan pada 1 ogos 2011.
Semudah itu orang jepun dididik / diterapkan nilai kitar semula. AM tak pasti berapa lama kaedah ni dipraktikkan. Bagi AM ianya suatu yang praktikal untuk di amalkan.

Kat Malaysia pon ade jugak, cuma pendekatan yang berbeza.
  • Rajin asingkan sampah, rumah besepah sekejap, jual kat tempat kitar semula, dapat duit, tersenyum puas dapat pelihara alam sekitar untuk warisan.
  • Rajin asingkan sampah, tak rela rumah bersepah, hantar kat tong2 kitar semula, tersenyum puas dapat pelihara alam sekitar untuk warisan
Jepun pon ada tong sampah kitar semula, tapi tak de warna khusus. Tong sampah ni mudah di temui di supermarket, hypermarket, kedai 24 jam dsb. Alang-alang nak shopping barang dapur, bawak sampah sekali.




Kebetulan time AM pergi shopping, pekerja supermarket tenggah punggah sampah dari tong kitar semula. Menangis orang kitar semula kat Malaysia tengok ni, banyak kot. Masyuk2.


p/s: Ramadhan kian tiba.

Thursday, July 21, 2011

..Membuang di negara orang.. Part 1

.:Assalamualaikum:.

Alhamdulillah, Diberi peluang dan ruang untuk melihat dan merasai serta mendalami cara hidup di tempat orang. Maaf kepada yang tertunggu-tunggu entry dari AM.

AM nak cerita pasal sampah. Ya, sampah. Membuang Sampah di negara Orang.
Cara buang sampah kat Malaysia ngan Jepun lain sangat. AM nak fokus kepada sampah domestik, iaitu sampah yang kita hasilkan sepanjang kita buka mata di waktu pagi hingga kita tutup mata di waktu malam. merujuk kepada sampah yang dihasilkan dari rumah

MALAYSIA
Jika di Malaysia, kebiasaanya jadual pungutan sampah 3 x seminggu. Segala jenis sampah di longgok. Sampah diletakkan di halaman rumah, dan lori sampah akan memungut sampah tersebut untuk di bawa ke tapak pelupusan sampah. Semudah itu.

JEPUN
Sama juga seperti di Malaysia, sampah akan di punggut 3x seminggu (Note: Hanya sampah yang di hasilkan di dapur) , tetapi, tidak semua sampah boleh di buang pada masa yang sama. Kat sini, setiap rumah akan di edarkan jadual punggutan sampah yang telah di asingkan mengikut kategori.
Jadual buang sampah mengikut kategori
Sampah-sampah telah diasingkan mengikut kategori dan warna-warna tertentu. Jadi kalu buta huruf macam AM, boleh la menghayati jadual yang warna-warni ni. Pertama kali tengok, AM tak sangka ni jadual buang sampah. Siap bagitau cara nak buang. Sebelum pegi lagi detail pasal jadual ni, AM citer balik pasal sampah domestik.

Sampah domestik= sampah dari dapur, ok ni teori AM.. Sebut je dapur, tempat paling kerap kita kunjung adalah singki. Singki kat jepun ada penapis, nak habaq kat hang, biji cabai (cili) pon tak lepas penapis ni. Dapat bayangkan tak betapa bersihnya air yang mengalir kat longkang!.. Menurut sumber yang boleh di percayai, tujuan penapis ni, untuk 'tos' / keringkan sampah-sarap sebelum dibuang dalam tong sampah.Dapat bayangkan tak betapa keringnya sampah kat jepun! 

Ada beza ka ada penapis dengan tadak? ADA. AM bagi contoh mudah. Jika sampah kering, Tiada air sampah dari lori sampah, Jadi tiada pencemaran bau dari air sampah! berguna sungguh penapis ni, Memelihara air yang mengalir dari rumah.
Singki style jepun. sumber klik sini AM paham yang tulisan melayu je, jangan tanye lebih..
Sampah-sampah ni perlu dihantar sendiri oleh tuan rumah ke check point lori sampah. See, awak buat sampah awak buang la sendiri. Menurut sumber, masa nak pindah rumah, kita akan di beritahu check point untuk hantar smpah.
Rumah + check point buang sampah
Rumah sampah tidak berair & tidak berbau
Nasib la dapat check point dekat, buat nye dapat yang jauh, contoh macam kat bawah ni, tak de rumah pon kat kawasan sekeliling ni..
Siap ada penyapu dan penyodok untuk bersihkan lagi.
Dan yang penting tak pernah dicuri /diambil  orang
p/s: Entry akan datang AM bagitau cara guna jadual warna-warni ye!

...(contest #2) anda bagi gambar, prince bagi RM50!!...


.:ASSALAMUALAIKUM:.

Alhamdulillah..masih lagi diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk mengerjakan Solat Subuh pada hari ini. Moga-moga, masih berkesempatan untuk mengerjakan Ibadah Puasa pada tahun ini. InsyaAllah.


Kategori: Gambar Bersama Kawan Baik

Sepanjang Tiga Tahun aku di UiTM, aku ada ramai kawan. Tapi, for sure, kawan-kawan baik aku adalah mereka2 yang tinggal satu umah ngan aku. Ktorang siap ada Group sendiri lagi. Tak berdaftar lak tu. Sah2 la lepas ni kalau buat perhimpunan, kena tangkap punya. hahaha..


Ni la nama group ktorg..COTA..Ktorang ada sepuluh ahli termasok aku. So, aku ada 9 orang kawan baek la..ramai tak??? Best o0oo~


Aku bersama sembilan orang kawan baek aku. Baru habes maen bola secara maen2..lepas abes maen bola, makan spaghetti lak..masak sendirik tu~


Ni ketika fly..haha..gambar ktorang g seludup masok ke satu bagunan ni secara rahsia tanpa keizinan mana2 pihak pada jam 3pagi..haha..


Beratur nak naek ke puncak bangunan tu..haha..masing2 otak giga2...huhu


Tyme berbuka puasa. Masak BBQ ag tu. Muka semua tengah lapar ni. Lambat bebenor Pak Bilal azan nih..huhu

 

 Pada mulanya plan nak bergambar ala-ala tugu negara.tu yang muka serius tu. Tapi camni la hasilnya..haha


Maklomlah, masa kecik2 tak sempat nak maen semua benda ni. Nak pergi playground jauh giga dari umah. So, bila dah besar, baru la berpeluang melepaskan gian di payground..  ^_^


Ktorang kat mana2 pun susah nak berenggang. See! Even program Fakulti pun mesti ada yang sekali. Hahaha. Tyme ni nak decorate booth Fakulti Kejuruteraan Mekanikal untuk Ekspo Pendidikan UiTM. Alhamdulillah, menang la booth terbaik  ^_^



Gambar paling aku suka..ala2 old school tu..Semart je. N seperti biasa, aku la yang paling smart...hahaha


Akhir sekali, semoga ukhwah kami berkekalan dan dibina hanya kerana Allah.

~UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA~

p/s: Special THANKS to Fareez, Irfan, Zubir, Fitrie, Aziim, Luqman, Aie, Naufal, Shafiq for the meaningful friendship ^_^

p/s/s: bukan sekadar untuk join contest, tapi untuk share yang aku ada kawan yang baik di dunia ni  ^_^

...(contest) anda bagi gambar, prince bagi RM50!!...

.:ASSALAMUALAIKUM:.

Alhamdulillah..masih lagi diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk mengerjakan Solat Subuh pada hari ini. Moga-moga, masih berkesempatan untuk mengerjakan Ibadah Puasa pada tahun ini. InsyaAllah.


Kategori: Gambar Ketika Melancong

Ramai orang berpendapat, melancong itu adalah pergi melawat ke tempat-tempat yang menarik. Namun, bagi aku, aku lagi suka definisikan melancong itu adalah pergi ke suatu tempat yang baru untuk menenangkan fikiran.  *perghh! bermadah lak..haha

So, kebanyakkan tempat melancong aku adalah ketika aku "melancong" ke Gunung-gunung atau Bukit-bukit yang terdapat di Malaysia. "Melancong" sambil menjalankan aktiviti outdoor. Menarik wook! hahaha..


Bergambar di puncak GUNUNG DATUK, REMBAU, NEGERI SEMBILAN. First tyme aku mendaki. Panciiittt! hahaha. Tapi best sebab dapat tengok Sunrise. Ktorg azan dan Solat Subuh Berjemaah kat puncak. Mesti pelik kan, nape ktorg pakai baju melayu?? hahaha. Sebab sajejep nak pakai baju melayu. Melayu la sket..haha


Ini lak ketika aku dan kekawan laen "melancong" ke GUNUNG NUANG, SELANGOR. Gambar ni masa tengah mendaki. Ni rehat kejap. Alang-alang rehat, tangkap gambar dulu. haha. Masa turun dari gunung ni semua berlumba-lumba. Sebab nak terjun dulu dalam sungai yang ada kat base camp. Malam kat Gunung Nuang ni best, nyaman je~~


Motif utama tyme ni adalah nak pegi amek TV kat umah kawan aku. Tapi, alang-alang umah dia dekat ngn BUKIT BROGA,SEMENYIH,SELANGOR..so, terus ktorg g melencong eh2 "melancong" ke sna. Bukit ni ramai giga orang. Kena beratur-atur sebelum sampai puncak. Alahai~~ Tapi, Subhanallah, lawa kot pemandangannya  ^_^


Gmbar ni lak ketika "melancong" waktu exam. Exam kan ada gap sket, so, ktorg g la "melancong" menenangkan fikiran kat SUNGAI GABAI, SELANGOR. Sg Gabai ni popular dengan tempat berkelah. Air Terjun dia best. Siap leh slide ag. So, ktorg pun bermalam kat sini semalam. Tapi ada peristiwa pahit kat sini. Ahhh, malas dah nak ingat! huhu


Ni gambar yang membuktikan aku pertama kali jejak ke Negeri Kelantan. Aku "melancong" kat GUNUNG STONG, KELANTAN. Subhanallah, cantek giga tempat ni. Air Terjun kt sini adalah yang tertinggi kat Asia Tenggara. Memang kalo sekali tergelincir, alamatnya, tak balik la kau. Semart kan?? Biru je semua..haha


Mesti korang dapat cam aku kan? Aku la yang lompat paling tinggi tu. Ni saje2 je g CHERATING,PAHANG untuk melompat-lompat.hahaha. Tyme ni aku tengah praktikal. So, ni g ngan kawan2 se"praktikal" la ni. Ni gak ketika nak g antar kawan aku yang kena transfer kat Terengganu. Kira macam "melancong" sambil mengucapkan selamat tinggal la..haha


Gambar terakhir ni ketika aku "melancong" ke BUKIT TABUR, SELANGOR. Sebelum aku cuti. Tengah buat shortsem kat UiTM. So, alang-alang aku baru jumpa ngn bestfriend aku tu, terus ajak dia melancong kat sini. Kat puncak ni boleh nampak UIAM ngan Bandaraya Kuala Lumpur. So, takde la menarik sangat view nya..hahaha

Dah habes dah gambar2 aku ketika "melancong"..haha..ada je gambar melancong kat tempat-tempat menarik. Tapi bagi aku tak menarik nak dikongsi sebab tempat-tempat menarik ni, kau google pun leh jumpa. Hahaha. Ramai sangat orang pergi. ^_^

Wednesday, July 20, 2011

...luahan perasaan...

.:ASSALAMUALAIKUM:.

Alhamdulillah...segala kesyukuran dirafakkan kepada Allah atas segala nikmat yang telah diberikan. 

Alhamdulillah, hari ni jugak dapat aku publish entry ketiga. Rajen la plak aku ni ber"belog". hahaha.

Actually, entry kali nie lebih kepada luahan perasaan. Aku dah penat tanggung hal ni sorang2. Aku perlukan seseorang untuk dengar segala cerita aku. Aku dah tak terdaya nak simpan benda ni sorang. Aku harap lepas korang baca entry ni, korang akan support aku. Korang akan lebih faham tentang aku. Korang akan sedar yang aku tak minta semua ni. *apehal macam emo lak mamat ni?? haha

Hari Isnin lepas, aku teman mak aku g beli tudung. Aku la yang bawak kereta. Laju jugak la. Tapi takpe, bukan kawasan speed trap or ada polis pun. So, aku pun pecut la Ok, tersasar dr landasan cerita sebenar. Then, sampai kat kedai tudung, aku pun duk belek2 la tudung2 tu. Takde la aku nak try2 sebab sah2 kena lempang ngan mak aku bertubi2.

 Mak aku lak dah rambang mata nak pilih yang mana satu. Kejap2 g test tudung kaler merah jambu Puteri UMNO kat depan cermin, pastu kaler hijau bendera PAS, berani gak mak aku g try tudung kaler kuning BERSIH. Hahaha

Sementara tunggu mak aku memuaskan hati beliau, aku pun mengelamun la. Takde la jauh mna aku  mengelamun. Just terbayang, kalau la bini aku pun suka beli tudung macam mak aku, aku dah ada pengalaman teman mak aku kt kedai tudung. erk~ gatal! 

Tengah duk mengelamun tu, tibe2 aku disapa oleh seorang pekerja kedai tu berpangkat mak cik. Mak cik tu ada bertanya satu soalan yang mengguris hati aku ini dan menimbulkan kegusaran di hati aku.

"Adik ni  ________ ke???"

Pergh!! Nak mengalir air mata aku. Tapi demi mak aku yang sedang bersuka ria tu, aku rela berduka. Kang, kalo aku nanges, tibe2 mak aku perasan kang, bergaduh lak ngn mak cik tu. So, aku sekadar mendiamkan diri sambil senyum terpaksa..huhuhu

Balik dari kedai tu, aku buang segala ingatan di kedai tudung tu. Segala soalan dan sangkaan bertubi2 makcik tu aku lemparkan jauh2. Aku balik kampung ni nak bersuka ria. Nak mengembangkan badan aku yang duk mengempis ni je. So, Alhamdulillah, saban hari, aku berjaya menghapuskan memori silam itu dari sejarah hidup aku.

Tapi, malangnya, benarlah kata orang,langit tak selalu cerah. Hari ini, memori silam itu menjenguk aku kembali. Orang kata, sejarah itu tidak boleh dipadam. Tepat sama sekali. Tatkala aku pergi ke pejabat sekolah mak aku untuk menolong mak aku yang menyuruh aku bekerja sebagai kerani (nanti aku share dalam entry berikutnya), sekali lagi, sangkaan yang sama dari mak cik kedai tudung dilontarkan oleh rakan sekerja atau dalam orang putihnya colleague mak aku.

"Adik ni _____ ke??"

Ya Allah, kuatkanlah hatiku ni. Aku tak berdaya lagi untuk tidak menidakkan sangkaan2 mereka yang tidak mengerti aku yang sebenarnya. Aku sangat sedih. Sedih sesedihnya..Maka, hari ini, aku ingin menepis segala sangkaan melulu mereka terhadapa aku. Beberapa keping gambar di bawah bakal membuktikannya...


Gambar #1


Gambar #2


Gambar #3

Jelas bukan?? 

Gambar #1 ketika aku berusia 15 Tahun. Aku dalam Tingkatan Empat dan merupakan seorang student Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang. 

Gambar #2 pulak, inilah gambar terbaru aku. Baru diambil 2 minggu lepas. Hensem kan?? haha. Ketika ini, usia aku baru duplohsatutahunsetengah...

Gambar #3 lak, gambar ketika aku berusia 13 Tahun. Aku di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kurau, Bagan Serai. Ketika ni aku Form 2. Baru balik sekolah. Tengok2 akak aku tengah try kamera, so, aku terus g photoshoot tu. Hahaha.

So, beza kan aku ketika sekolah dan alam dewasa di Universiti??? Aku harap lepas ni takde dah sangkaan2 yang menyangkakan aku ni budak sekolah yang selalu ponteng sekolah. Takde dah soalan yang berbunyi...

"Adik ni tak pergi sekolah ke???"
(jawapan bagi tempat kosong dalam perenggan2 diatas)

Aku juga mahu bebas merayau menghabiskan cuti 2 bulan aku. So, janganla pandang aku sebagai budak sekolah yang tengah ponteng sekolah sambil membawa dua henset dan menaiki kereta yang dipandunya sendiri. hahahaha. 

Budak2 sangat ke muka aku ni??? Risau lak aku nanti, tyma aku nak kawen kang, tok kadi taknak nikahkan aku lak. Yer la, kalau makcik2 tu boleh ingat aku ni budak sekolah, sah2 la tok kadi tu juga berfikiran sedemikian rupa. Haishh~ Minta dijauhkan. Aku nak kawen~~ hahaha

Teringat satu hadis Rasullullah SAW;

 “Apabila penghuni syurga memasuki syurga, pembuat pengumuman akan mengumumkan: (engkau telah dijanjikan Allah bahawa) engkau akan hidup di dalamnya dan engkau tidak akan mati; engkau akan hidup sihat di dalamnya dan tidak akan jatuh sakit; engkau akan sentiasa muda dan tidak akan menjadi tua; engkau akan sentiasa dalam kedamaian dan tidak akan berasa sengsara” [ Riwayat Muslim ]

p/s: So, kalau nnak selalu jadi muda, kenalah masuk syurga. Kalau nak masuk syurga, kenalah berusaha dari sekarang!!

...tq...

...mengarut...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...