Monday, January 30, 2012

...orang kata tanahnya tinggi...

assalamualaikum

Alhamdulillah..sudah mendapat sedikit kerajinan untuk menulis. hehe. Tak la terbuang masa aku yang agak lapang ni. Alhamdulillah.

Alhamdulillah juga tahun lepas ktorang satu family dapat berkumpul melancong. hehe. Walaupun just dalam Malaysia, tapi tersangat la seronok sebab dapat berkumpul ngan family.

Walaupun aku duk sebuk ngan sem 7, tapi aku still pegi gak. haha. Mana leh aku tinggal. Sah2 la nanges. haha.


Zahra ngan Zafran yang tak pernah sejuk

Ktorang g tanah tinggi. Sejuk~~ Orang duk kata tanahnya tinggi. So, ktorg nak pegi la test ketinggiannya. Maka, jawapannya adalah sangat tinggi. Mabuk aku mendaki dan menuruni. Abah pun leh muntah, inikan aku. hahaha. Camne la orang leh suka g sna. Adoyai~~

Tapi dua budak comel atas ni steady je. Nak je aku gigit dorang. Aku tengah mabuk leh lak kaco2 aku. hahaha. Dah la tak sejuk langsung. Kalo adek tu tak kisah la, tengok badan bersalut lemak. Penebat haba terbaek tu. hehe. Abang tu yang aku terkejut. Kurus kering bak melayang2 andai ditiup angin tu pun leh tak sejuk. Huish~~


Maaf ye mak, terblock la. hehe. Comei giga Fikri jeling aku camtu. Mesti dalam hati dia duk cakap, "Hensemnya abang aku ni" hahaha


Fikri tengah pujuk aku suh beli strawberry..sorry la ye adik, abangmu ini tidak punya ongkos..haha


Tyme ni nak g beli barang2 cameron. Siyesly, aku tak suka shopping tempat ramai2 ngan sesak2 camni. Sesak nafas aku. hahaha. Kalo nak ajak aku shopping, ajak g tempat takde orang je. Walau seronok jalan2..*demand


Dua orang minah mana ntah tetibe suh aku tangkap gambar dorang. hahaha. Yg belah kiri yang muka sebijik cam aku tu adalah akak aku. Dah berpunya. Maka hendaknya tawaran untuk menjadi abang ipar aku sudah ditutup. Yang baju ungu muka ala2 cina bermata sepet tu adik aku. Kata nya single lagi. Maka sekiranya saudara2 berkenan dan sudi menjadi adik ipar aku, contact la aku. Kita slow talk. haha


Pelik giga mamat nih. Sehat ke tak?!~ 


I love my family. Uhibbukum Fillah ya Usrati  ^_^


Kalo g Cameron tak g Ladang Teh cam tak lengkap. Ni proof yang ktorang dah menjejak kaki ke Cameron Highlands. Tapi aku still blurr n confuse, apa yang menarik sangat kat Ladang Teh ni. Aku tengok cam biasa je. Anybody could explain it???


Alahai...tak terkata aku tengok gambar ni. Hmmm..Indahnya ciptaan Allah!  =.="


Ok, nie aku tengah marah sebab dorang nak bergambar sangat ngan aku tyme hujan2. Ada ke patot. haha. Banyak ag masa nak bergambar ngan aku, ni tyme2 ujan jugak la duk wat kalut. Aduiyaiii~~~


Ini Strawberry dan ini fakta. Harap tiada sebarang bantahan. Jika ada sebbarang kekeliruan, sebaiknya tuislah surat bantahan bertaip dan hantar kepada saya dalam tempoh 30 hari bekerja. Terima kasih.


Aku seorang abang yang sweet. Ini pernyataan dari adek aku. Aku taktaw la kat mana ke"sweet"an aku. Malu aku. *blushing*


Sila abaikan orang di belakang. hahaha. Aku taktaw motif gambaq nie. Maybe nak wat muka comal kot. Tapi..ntah..no comment...hahahahahahahahahhaah!

Penat dah aih menulis nie. Sehingga jumpa lagi. Jangan lupa solat on time! Jangan lupa spend time ngn family!

^_^

p/s: Kalo dah kawen, siyes taknak honeymoon kat cameron. Hahaha.
p/s/s: selamat datang ke CAMERON HIGHLANDS~

...reasons...

assalamualaikum

Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran pada Allah SWT kerana masih memberi kesempatan kepada kita untuk terus hidup pada hari ini.

Selawat dan salam keatas junjugan besar Nabi S.A.W serta ahli keluarga baginda kerana dengan usaha baginda dan sahabat2nya, kita Islam telah tersebar di serata bumi.

Salam takziah kepada keluarga Allahyarhamhu Syukor Taufiq, member satu batch aku kt Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, UiTM Shah Alam, yang telah pergi menghadap Illahi. Al-Fatihah.

Dah lama tak menulis. Dah lama jugak tak berupdate. Agak lama tidak mengunjungi belog aku nih. Maka dan jika maka, dah jadi routine kpd beloger2 yang baru nak update belog setelah lama menyepi *bajet ada follower ,nak share REASONS nape belog ni bersawang...haha

1. SEMESTER 7 yang busy
Siyesly, sem 7 sangat perit. Bukan setakat menangis je, meraung, menjerit, mengilai, menyendiri semua dah buat. haha. Patot la senior2 suh duk pesan be prepared la sem 7, baru la aku dan ktorg sedar ke"azab"an sem 7. Walaupun aku dah wat CONTROL ENGINEERING tyme shortsem dgn harapan leh meringankan bean di sem 7, namun, ternyata penarikan itu tidak mendatangkan apa2 kesan dan impak yang besar. Sebaliknya akulah insan ter"busy" dalam umah tu. Letih oit! huhu

2. DESIGN 2
Ni antara subject yang sangat penat. Kesinambungan dari design 1. Design 1 ni ktorg kena design a new product. So, ktorg wat "HURDLE" *jangan tanya apa benda ni yg berada dalam SPort Device nyer category. Deisgn 2 lak, kena fabricate SENDIRI product dlm design 1 tu. Maka, akibatnya, bermukimlah kami di dalam bengkel selama 14 minggu tanpa rehat. hahaha. 

Group aku kena duk bengkel on Monday started from 1400 till infiniti. Maksudnya, waktu tamat duk bengkel takde, depends la kt group korang. haha. Aku lak ditempatkan dalam "COMPOSITE" department. Sangat penat mem"fabricate" composite. Maen ngan fiberglass, epoxy plus hardener yg selepas beberapa penggunaan hardener tanta sebarang precaution, baru ktorg diberitahu yg hardener ni BAHAYA! Alhamdulillah, takde apa2 terjadi walaupun pada awal pengetahuan tu tersangat la cuakkkk~~~

Design 2 ni selain dari penat physical, mental ngan emosi pun penat gak. Yer la, nak berdepan ngan kerenah2 manusia. Kekadang nak je sumpah dorang jadi batu. Mana tak nyer, derhaka tak bertempat. haha. Selaen tu, ktorg diuji dengan khabar angin yg buruk pasal product ktorg. Ada kate design BODOH la, ada kate product yg leh siap sehari je, ada kate tak layak difabricate. Huish, emosi kena kuat bro!! hahaha

3. DYNAMIC SIMULATION OF HUMAN LOCOMOTION
Haaa, subject ni aku suke. Ni tajuk final year project (FYP) aku. Aku wat pasal biomechanics. Best o0o0o~ Tapi ni gak penyumbang nape aku jarang update belog. Yer la, tiap2 minggu kena update LOGBOOK, so, kesan daripadanya adalah memang terabai la belog aku tu. Haish~ Tak istiqamah kan aku ni. Beloger apa la camni. Sob3  =.=



Nie antara content dalam FYP aku. Kena kaji Human Locomotion Cycle. Subhanallah! Sangat2 menarik. Siyesly, kita nie (manusia) tak mampu wat apa2 tanpa kehendak dan keizinan Allah. Ini fakta! Just belajar Locomotion Cycle dah leh nampak dengan jelas kebesaran Allah. Cuba bayangkan, dalam satu step (langkah) ada masanya kita sedang terbang. Siyes! Maksudnye, none of our legs are touching the ground. Tapi kita sangat tak sedar rite?? Sebab benda ni berlaku sangat pantas. Maka, sehendaknya..

"Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya 

engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak 

akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang. (17:37)"




3. FIRE PRECAUTION SYSTEM
Uwaa~~ Ni subjek yang agak sakit. Assignment nyer melampau. hahaha. Dengan TEST yg sangat susah. Tapi siyesly, belajar subjek ni baru la aku nampak aplikasi ke"engineering"an..haha. Mini project nyer pun mencabar giga. Dah la aku antara the lucky one utk present mini project depan kelas. Giga! hahaha. Kira macam proposed fire precaution system kat selected building. huhu. Disebabkan terlampau sebuk dengan Assignments and prepared for all the Tests menyebabkan aku tak dapat nak meluangkan masa untuk menghapdet..maaf la ye followers sekalian *bajetretiss


"The world’s largest fires can be extinguished by pouring a cup of water at the right time."


4. FINITE ELEMENT METHOD
Nie antara subjek favorite aku. Disebabkan lecturer aku suka sangat bercerita di dalam kelas, aku takkan miss kelas ni sebab takot tak dapat dengar cerita2 dia. haha. Walaupun lecturer ni tersangat la strict, tapi cerita2 dan celoteh2 nya membuatkan kami gembira. cewwaahh~~  Tapi malangnya, subjek ni tersangat la banyak test nye. Selang dua minggu je ada test. Sampai dah tak cuak la nak g exam. hahaha. Mini project subjek ni pun melampau gak. haha. Ada ke suh g analysis jambatan. Ktorg mekanikal la encik, bukan civil. haha. Maka apabila budak mekanikal wat keje structural, banyak giga la masa ter"spend" kat situ. Haaa~ So, ni gak penyebab belog aku tak berupdate! huhuhu



See! Jambatan ktorang kuat. Tak runtuh pun even dah applied load seramai 444 orang dengan average berat around 60kg - 70kg. Hahaha. Sape2 nak wat jambatan lepas ni, panggil la ktorang ye. hahahaha.

Ok la, malas dah nak taip. Tapi ni antara sebab2 belog aku tak berupdate. huhu. Ada lagi, tapi nanti2 la aku tulih. Malas.hahaha. Anyway, thanx banyak kepada sesiapa yang sudi singgah kat belog buruk nie. Maaf andai mengecewakan ye~

^_^




Saturday, January 28, 2012

...keputusan peperiksaan UiTM 2011/2012...

Assaamualaikum

Alhamdulillah..bersyukur ke hadrat Allah kerana masih memberi keizinan dan kesempatan untuk kita terus hidup di muka bumi ini. Maka, sepatutnya kita kena check balik diri kita sama ada telah/sedang/masih belum menjalankan tanggungjawab sebagai manusia.

So, jom sama2 kita ingat balik tanggungjawab dan tugas kita.

1. Beribadat kepada Allah (51:56)

Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu

2. Khalifah Allah di muka bumi (2:30)
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat “Aku hendak menjadikan khalifah di bumi.


So, for sure Allah akan tanya sama ada kita dah berjaya melaksanakan tujuan2 hidup kita atau tidak. Cuma kita still tak tahu bila Allah akan tanya sebab hari Kiamat, hari Akhirat adalah antara rahsia2 Allah. Tugas kita sekarang adalah get ready dan jalankan tugas2 kita yang sepatutnya sebaik mungkin.

Actually, nak share ngan korang tarikh result exam utk student UiTM. Maklumlah, baru lepas exam. Maybe ada yang nak tau bila tarikh keluar result. Nak wat persediaan mental ke,nak get ready emosi ke. Apa2 je la. Aku tak amek kisah sangat pun. Sebab macam tak menarik je nak amek tau. haha

So, InsyaAllah, tanpa sebarang halangan, result akan dikeluarkan pada 22 FEBRUARI 2012. 

Buktinya??

Tengok ni


All da best semua! Tawakal pada Allah. Berlapang dada dengan segala kemungkinan. Allah knows the best!

p/s: yang intro tu ala2 mukaddimah la. Tazkirah sket. hehe. Walaupun takde kesinambungan sangat tapi at least aku dah sampaikan.  :)

...Ahlan Wasahlan 2012...

Assalamualaikum

Actually, aku baru sedar yg aku takde entry baru untuk 2012. Haha. Wat malu je. Patot la ada orang duk tegur suh g buang sawang kat belog aku ni. Rupe nyer bukan setakat berhabuk, dah tebal pun sawang menyawang ni. Adoii~~

So, as the first entry of 2012..

"AHLAN WASAHLAN 2012"

"SELAMAT TINGGAL 2011"

Cepat je kan masa berlalu. Aku rasa baru je aku masuk degree kat UiTM, pejam celik dah nak abes dah degree aku. InsyaAllah bulan Julai nanti.Leh la kawen lepas ni. yezza~!

InsyaAllah, banyak gak benda yang aku nak share. Tapi nanti2 lah. hahaha. Macam malas je nak menaip. 


"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian 

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan

dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar" (103:1-3)

...tq...

...mengarut...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...