Wednesday, March 30, 2011

...akulah "mbek-mbek" berwarna hitam...

.:ASSALAMUALAIKUM:.

ALHAMDULILLAH..masih ada kesempatan untuk meng"update" belog. 
Terima Kasih banyak2 kpd yg sudi follow. 
Dan terima kasih banyak2 kepada mereka2 yg tolong wat header aku. 
Aku ni dah la tak kreatif, tak pandai pakai bermacam2 software bagai. 
Tapi kalo Microsoft Office aku dah EXPERT. hahaha..

*30 MARCH 2011* 

Dah setahun berlalu..Namun, luka itu masih belum sembuh sepenuhnya. Siyes, kalo boleh, aku nak langkau je 30 March. Dan pagi ini, aku masih terjaga dalam 30 March. Maka, terpaksa lah aku laluinya.

Pagi di opis masih seperti biasa. Meneruskan rutin2 biasa. Memohon agar hari ini terus ceria. Namun, harapan itu terus menjadi harapan. 

Pagi2 Manager sebuah Department panggil aku, dia MINTAK TOLONG aku, suh aku TOLONG dia complete kan keje dia. So, kapasiti aku sebagai orang yang MENOLONG. Manager ni orait je, baek hati, tp a bit slow sket dlm wat keje. Tp tak kesah, aku selesa cara dia bekerja. Bawah dia ni ada sorang mamat, assistant dia la. Mamat ni kekadang bagus, kekadang aku rase cam nak cekik je. Hahaha.. Mula2 semuanya ok je TOLONG kedua2 mereka meyiapkan kerja mereka.

 "Nie kna submit pkul berape?" 

"Sebelum Pkul 2"

Siyesly, Manager itu sangat baek. Aku sangatsangatsangat senang kerja dibawahnya. Tapi mamat tu ntah la. Dan tadi, biler keadaan semakin menghampiri jam 2ptg, keadaan sudah menjadi kelam kabut. Ada yg tertinggal utk di print, ada yg masih di edit, ad yg tersalah compile, tbe2 mesin photostat kehabisan ink, line wireless internet sgt slow menyebabkan printer tak dpt berfungsi dengan baik, dan mcm2 lg "bencana". Dan seperti biasa, Manager itu sangat tenang. Maka, aku amat menyukai ketenangan itu. Takde la tertekan walaupun nak submit dh.

Tbe2, bilik ktorg dipenuhi dgn "Supervisor2" barwajah garang dan muram. Seakan mahu mensaiko aku barangkali yg amat busy plus kelam kabut men"compile". Aku masih tenang. Masih berupaya meng"ghaib"kan supervisor berwajah garang dan muram itu.

Dan tbe2 lagi, masuklah mamat itu dgn muka yg agak cuak plus bongkak. Maka dia bersuara;

 "Apa lagi masalah ko nie?"

"Banyak lagi ke tak siap??"

Aku BLUR! Mamat ini masuk secara tibe2 dan terus bertanya. Bukan bertanya bagi aku jikalau nadanya seakan2 memaki. Apakah?? Aku kah yang melambatkan segalanya??? Barangkali dia terasuk seketika, lantas terlupa, aku sekadar MENOLONG. Atau sengaja dia mahu berlakon HERO  di depan supervisor2 berwajah garang dan muram itu?? Maka segala kelambatan itu semata-mata kerana aku. Barangkali dia juga terlupa, aku sedang menunggu dia seawal pagi2 lagi hanya kerana mahu menerima beberapa helai dokumen penting untuk di"compile"kan sekali.

Dan aku, adalah seorang insan yg amat pantang dimaki tanpa sebab. Terus masam mencuka lantas membalas makian dengan sekadar sebutir permintaan;

"Ko nape?? Jangan serabut leh tak?"
Dan sekali lagi mata2 supervisor2 berwajah garang dan muram merenung aku. Lantas, mamat itu sekali lagi seakan2 mahu menunjukkan betapa HERO nye dirinya, terus mengambil alih sebahagian kerja2 aku. Aku lega. Tak perlu lagi berkelam kabut. Namun, kelegaan itu sementara. Hanya kerana sedikit kesalahan, dicanang olehnya di depan mereka2 seakan2 aku melakukan segunung dosa2 besar (pergh, metafora giler ni..hehe).

Dan baru aku sedar..akulah "mbek-mbek berwarna hitam". Terima kasih kpd nya. Dan kini, aku benar2 dpt menilai penilaian org2 lain kpd nya. Dan selama ini aku cube mem"back up" sesorang yg "sering" mem"back up" aku biler aku memerlukan "back up".

Dan seperti biasa, Manager itu yg menceriakan aku kembali. Aku masih bisa tersenyum tanpa sebarang kata2 makian keluar dr mulutku. Aku masih boleh tersenyum sambil menikmati kuih muih sarapan pagi yg tergendala akibat menghulurkan sebuah pertolongan itu. Terima Kasih Manager krn berjaya membuatkan aku lupa seketika akulah mbek-mbek berwarna hitam.



Monday, March 28, 2011

...corrosion...

.:ASSALAMUALAIKUM:.

Alhamdulillah..masih lagi diberi kesempatan untuk menulis di Belog. Alhamdulillah juga, FOLLOWER dah makin bertambah. Jazakumullah kepada sesiapa yang sudi membuka piouspdosh. Skang nie dah kat opis, tengah pening wat projek tentang CORROSION kat dalam piping system. 

Biasanya, biler minyak mentah tak di tapis dengan betol, maka, akan wujud kehadiran air..ni la faktor2 yang leh menyebabkan corrosion kat dalam piping. Since, ini berlaku kat dalam, ia digelar "INTERNAL CORROSION".

Tapi, kes yang selalu terjadi is "EXTERNAL CORROSION". 
Corrosion yang berlaku kat luar paip. 
Biler ada corrosion, maka, ketahanan dan kebolehupayaan paip akan berkurang. 
Maka, dah boleh menjejaskan tugas dan peranannya selaku oil transporter...

*REFLECT*

Jom, kita reflect corrosion2 ini dalam diri kita. Leh ke kita ni ber"corrosion". Kalo metal, faktor2 dah menjadi pemangkin corrosion adalah Air ataupun Udara. 
Maka, andai kedua2 faktor corrosion ini juga sama pada manusia, sudah pasti kesemua manusia di muka bumi ni akan "berkarat". 
Sebaliknya berlaku..kedua2 faktor in merupakan keperluan asas manusia. 
Subhanallah, indahnya ciptaan Alah. 


Namun, tahukah kita betapa manusia juga bisa berkarat?? Sama seperti pipe, kita juga boleh mengalami "INTERNAL CORROSION" dan "EXTERNAL CORROSION". 
Cuma faktor2 pemangkin itu mungkin berbeza.

INTERNAL CORROSION
Since, ianya disebut "Internal", sudah semestinya datang dari dalam diri.

Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging.  Apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota.   
Dan apabila daging itu rosak, maka rosaklah seluruh anggota, 
ketahuilah itulah hati.”

Ya...hati juga bisa berkarat. Apabila hati berkarat, bermakna ia sudah mula rosak. Maka, berjaga2lah, mungkin diri juga bakal menyusul untuk menjadi rosak. 
Benarkah hati boleh berkarat?

"Sesungguhnya hati itu berkarat (sebagaimana berkaratnya besi)"

Rasulullulah SAW pernah bersabda seperti diatas. Maka, amatlah benar bahawa manusia juga bisa mengalami "Internal Corrosion". Jika dalam piping system terdapat Internal Corrosion, perkara ini adalah amat paling dibimbangkan. Begitu juga manusia. Amatlah dirisaukan jika terdapat Internal Corrosion dalam diri ini. Kerana, disebabkan corrosion yang sedikit itu, bisa memusnahkan seluruh sistem dalam diri.

Percaya atau tidak?? Hati yang berkarat boleh menyumbang kepada karatnya pemikiran. Pemikiran yang karat pula boleh membawa kepada karatnya diri. Bagaimana karatnya pemikiran? Bagi aku, pemikiran yang karat adalah pemikiran yang tidak berupaya membezakan antara yang benar dan salah. Apabila ini berlaku, maka tindakan yang dilakukan juga boleh menjadi karat. Apakah perilaku yang karat? Sudah tentu perlakuan yang berunsurkan maksiat dan berlandaskan larangan-larangan Allah. Nau'zubillah. Moga2 ini dijauhkan.


External Corrosion

External Corrosion ini lahir dari kesan Internal Corrosion dalam diri. Andai kata dalamnya sudah dipenuhi dengan corrosion, maka, ia merebak pula ke bahagian luar. Apabila seseorang itu melakukan maksiat ataupun menjadikan larangan-larangan Allah sebagai panduan dalam kehidapan. Astaghfirullah. Jelas sekali, External Corrosion ini berpunca dari Internal Corrosion yang tidak dirawat patah lagi dicegah. Bahaya bukan? 

Prevention is better than cure


Aku lebih suka bawakan pendekatan mencegah. Kerana untuk mendesign sesebuah pipe, kita perlu consider properties material yang digunakan. Maintenance juga perlu dilakukan dengan kerap. Apatah lagi observation untuk piping system itu, yang perlu dilakukan lebih kerap supaya lancar fungsinya. 



Maka, berbalik lah pada hati. Hati juga begitu. Perlu diisi dengan material2 kerohanian. Hati perlu dikuatkan supaya faktor2 corrosion tidak mampu untuk menembusinya. Susah bukan. Bagaimana pula dengan maintenance?? Kalau pipe, maintenance dilakukan twice in one year..Namun, maintenance bg hati wajib dilakukan setiap masa. 

 "Dengan memperbanyak Laa ilaaha illallah dan membaca quran"
Hati yang Mati

Ibrahim b. Adham sedang berjalan-jalan di negeri Bashrah. Penduduk Bashrah melihatnya segera datang, dan bertanya,

"Ya Ibrahim, mengapa doa kami tidak dimakbulkan, padahal Allah telah berfirman, 'Apabila hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka katakan bahawa aku dekat. Aku memakbulkan doa orang yang berdoa, apabila ia berdoa kepadaKu...'2:186."

Lantas Ibrahim menjawab, "Wahai penduduk Bashrah, hal itu adalah kerana HATI kalian TELAH MATI dengan 10 perkara. Jika begitu, bagaimana ALLAH akan memakbulkan doa kalian?" "Ya Ibrahim, apakah 10 perkara itu?" Tanya penduduk Bashrah....

Kalian kenal ALLAH tetapi tidak menunaikan hak-hakNYA.
Kalian membaca ALQURAN tetapi tidak mengamalkan isi-isinya.
Kalian mengakui cintai RASULULLAH tetapi tidak amalkan sunnahnya.
Kalian mengakui membenci SYAITAN tetapi menuruti ajakannya.
Kalian mengakui ingin masuk SYURGA tetapi tidak memenuhi syarat-syaratnya.
Kalian mengakui ingin selamat dari api NERAKA tetapi kalian menjerumuskan diri ke dalamnya.
Kalian meyakini kepastian KEMATIAN tetapi kalian tidak mempersiapkan diri untuk menghadapinya.
Kalian sibuk membicarakan KEBURUKAN ORANG tetapi kalian mengabaikan keburukan sendiri.
Kalian MENGUBURKAN orang mati tetapi kalian tidak mengambil pengajaran daripadanya.
Kalian mendapat NIKMAT ALLAH tetapi tidak pernah mensyukurinya.
(sumber disini)
 
Evaluate the level of corrosion

Jom..sama2lah kita mengesan tahap corrosion pada diri kita. Hanya dengan ini, kita bisa sedar yang kita sedang berkarat. Lantas, kita akan segera membuang kekaratan itu. Lihat sahaja pada sebatang paku yang berkarat, buruk bukan. Maka, kolaborasilah dengan diri kita. Buruk bukan kalo kita sudah berkarat??

Perisaikan hati sekuat mungkin dari Corrosion Factors yang antaranya adalah Ria', Takabbur, Bongkak, dsb~
~Jom buang karat~


piousISsoleh
~Bisakah ku gapai~

Sunday, March 27, 2011

..."aku REVIEW sambil SEDEKAH !"....

.:ASSALAMUALAIKUM:.

Alhamdulillah..masih lagi diberi kesempatan dan kelapangan untuk duduk depan lappy dan berbelog. Hari nie aku nak wat benda yang aku sendiri tak pernah buat which is REVIEW BELOG. haha.. so, belog yang dimaksudkan ialah;



 .:Khairul Fikri Saad:.

 First Impression aku biler tengok dia, aku rase mamat ni bajet hensem giler. Hahaha. Tapi, ternyata "pandangan pertama" aku adalah silap. Dia nie bukannya bajet hensem, apatah lagi buat2 hensem, namun, hakikat kejadian dia adalah memang hensem. So, to keyrull, I'm so sorry sbb terkutuk ko didalam lubuk hatiku ini.

 Then, aku rase semua orang akan sokong kalo aku cakap dia nie PEMARAH PERAMAH. Sbb kt SB tu, semua dia tegur. Mungkin sbb dia ni nak jadi artis, so, dia kna la rapat2kan diri dengan bakal2 fan n supporters dia kt SB (hanya andaian penulis).

 Tyme dia nak operation (tyme tu besday dia gak), aku takde la rapat sangat ngn dia. Masa tu pun baru jer berjinak2 dalam SB, so, cam malu2 lagi la. Terdetik gak la kat hati ni nak lawat dia. Tapi akibat kekangan masa dan wang rinngit, serta kekangan perasaan segan yang menebal dalam hati ni, aku melupakan hasrat aku. Tapi aku ada la kontek ngn Kak Ida (akak dia) via FB tanyakan tentang condition dia. Ada la gak buat satu entry yg TEMA nyer pasal dia, tp tak directly la kt dia. Nanti orang kata aku gay lak.haha

 .:Hidup Itu Seni:.

Nie la nama BELOG dia. Mule2 aku baca tajuk dia, aku cam nak argue je. Kat mna la seni nyer hidup ni. Aku tengok susah n serabut je hidup aku. Macam2 ada. Tapi biler baca entry-entry dia, baru aku sedar yang dalam hidup ini kita akan ada perasaan Suka, Duka, Kecewa, Marah, Rindu, Sayang, Serabut, Susah n dsbnya. 

Bukankah semua2 ini yang mencorakkan hidup kita? Maka, bukankah corak itu adalah salah satu seni?? So, Hidup itu Memang Seni. Faham tak?? Kalo tak sila tnya KLF sendiri.

Tapi seseni mana pun hidup kat dunia ni, kita perlu ingat, dunia ini hanyalah persinggahan dan for sure hanyalah sementara sahaja.


So, aku rase aku dah abes REVIEW. Ntah..banyak mengarot je. Anyway, aku harap kita semua leh jadi kawan. Bak kata orang ramai,
"Berkawab biar beribu, bermusuh biar satu"


"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."

(surah Al-Hujurat, ayat 13)




piousISsoleh
~Bisakah ku gapai~

...FOLLOWER BIRTHDAY LIST BY SYEDGRAPHIX...

.:Assalamualaikum:.

Alhamdulillah...masih ada kesempatan nak update ini belog. So, just nak join SyedGraphix punyer segmen.
Tadaa~




Muhammad Firdaus Bin Abdul Halim
piouspdosh
3rd April 1990
Sg Buloh, Selangor

Sepanjang 20 tahun aku menyambut BESDAY, ada la beberapa siri sambuatan yang dibuat. Antaranya kat Matriks Kedah, disambut oleh kawan2 aku dalam PUSAT ISLAM. Tyme malam tu, blackout. Aku ada dapat mesej dr ahli mentee aku, lawak giler dia wish;

"Sepanjang penubuhan Matriks Kedah, tidak pernah sekalipun berlakunya 
blackout yg bergitu lama. Maka, aku tidak tahu apakah kaitan blackout 
malam ini dengan besday ko. So, hepi besday!"

Sengal kan mesej dia. Hahaha. Tape2, yang beshnyer dapat makan kek dan dapat adiah lagi. Esok nya, kt dalam Dewan Kuliah, satu dewan nyanyi lagu besday kat aku. Serious terharu. Malu giler kot.Then, tyme 2nd Year kt U, ktorang nak pindah umah sewa. So, on my birthday tu ktorang kena kemas umah baru. Maka, celebrationnya adalah disimbah dgn air. Hahaha.

Tapi tyme umo aku genap 20tahun, aku dapat hadiah paling tak besh dalam hidup. Aku kehilangan seorang kawan baik. Bukan bermaksud dia dah takde kat dunia nie, tp ktorang dah tak rapat macam dlu. Cerita nyer cmnie;

Besday dia awal 3-4 hari je dari aku, so, ktorg plan nak celebrate kaw2 la besday dia. Kawan dia kt oversea yg jd Pengarah Program. Aku jd Timbalan dia je. So, kawan dia yg kt oversea nie kontek la aku tnya apa hadiah yang sesuai nak kasi kat besday boy ni. So, aku pun cadangkan lah. Maka dengan bersungguh-sungguh nya, kawan oversea ni mencari semua barang2 tu lalu diposkan kt MALAYSIA. 
 Aku pun bukak la dlu hadiah tu dgn PERMISSION org yg nak kasi hadiah ni. Tujuan aku bukak just nak check condition hadiah2 tu. Maka, hari yg ditunggu telah tiba. Setelah dibaling dengan telur dan tepung plus dimandikan dengan air, ktorang pn kasi la hadiah dari oversea. Dia pn bukak. Mula2 semuanya okeyh. 

Tp esok pagi nya ktorang sume dpt mesej dr BESDAY BOY, yg mengatakan dia betul2 kecewa dengan tindakan ktorg yg bukak hadiah dia. So, biler keadaan ini berlaku, semua orang tunding jari kat aku...bermulah episod kehilangan seorang "KAWAN BAIK". Hakikatnya, ktorang bukak hadiah itu bersebab dan atas kebenaran pengirim. Bukankah hadiah itu masih menjadi tanggungjawab pengirim lagi before hand over to receiver. Tapi, apakan daya...

So, untuk ke 21 tahun lak nie, aku nak "KAWAN BAIK" sebagai hadiah. Ada sape2 nak kasi??? 

p/s: aku takde jam tangan, aku nak adiah jam tangan leh?? hahaha

piousISsoleh
~Bisakah ku gapai~

Saturday, March 26, 2011

...masih ada yg rindu...

Assalamualaikum

Actually, aku tgh nak wat entry lain, tbe2 aku bukak FB, aku ada idea nak wat entry lain lak. Tajuk entry baru ni ialah;

"Masih Ada yang Rindu"
Sebenarnya, kat Fakulti Kejuruteraan Mekanikal , UiTM Shah Alam, aku join Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF). So, agak busy la. Kekadang tu buat2 busy..haha...tapi join persatuan tu sangat besh coz dapat knal rmai orang.


Aku join SMF tyme SEM 4 & 5, memegang jawatan sebagai EXCO KEROHANIAN & KAUNSELING. Tp sem 6 nie dah beralih kepimpinan. Tambahan lak aku tengah praktikal. Tapi, honestly, aku rindu sangat2 kt SMF, Bilik Kelab ( markas SMF ), orang pejabat ( yg kekdg sporting ), akak potostat, junior2 aku.. Tapi disebabkan jauh kan, so, sekadar merindui dalam hati je.

Kekadang kecewa plus sedih gak ngn dorg coz diorang dah macam lupekan senior2 diorang especially aku. Aku paling terase sbb aku lah yg paling rapat ngn diorang. Seriously. Aku rapat giler ngn junior2 aku. Kat mna2 aku g, mesti aku akan rapat ngn junior2 aku. Mungkin, aku nie terlampau baik kot. Haha.. 

Berbalik kepada terasa td, yer la, mana tak terasa kan. Dlu dah macam adik beradik. Skang dah macam melupakan aku lak. So, aku pun membawa la diri aku. Terus senyap dari mengambil sebarang perkhabaran dari mereka. Senang cakap tengah merajuk la. Ada la sorang dua yang rajen2 kontek aku. Diorang cter la keadaan kat sna. Besh dengar cter diorang. Lagi2 la rndu kat Fakulti..

Dan..tbe2 malam ni aku tgk FB Mr. Pres. Dia ada upload gambar BOOTH PREPARATION semperna Ekspo Selangkah ke UiTM (kpd lepasan SPM, datanglah). Kat dalam gambar tu, ada booth. Dekat ngn booth tu dorang letak Banting. So, selepas diteliti dengan amat telitinyer, tulah gambar aku..
Tu lah banting yg nak ditayangkan tu..


Aku yg duduk kanan skali tu





Ni la gambar asal..jumpa aku tak??


Waahhh! Aku amat terharu. Gambar aku untuk tatapan ramai. Hensemkah aku?? hahaha So, aku pun bertanya untuk confirmation...nie la jawapan dorang..aku sangatsangatsangat TERHARU!


Tak nampak lak, jap2, nak zoom~
 
Terharu weyh~
Expo Selangkah ke UiTM 2010 (apa la aku kelentong budak tu) 



salam ukhwah juga rindu kepada, Bayong, BangLong,Hasif, Rahman, Zaidee, Syafiq, Paan, Firdaus Yusuf Ain, A'in, Fifi, Pjan dan semua warga SMF

Friday, March 25, 2011

...cara-cara mem"FOLLOW" belog...

Assalamualaikum..
 Malam ni terasa macam nak kasi lecture je. So, tajuk lecture kita malam ini ialah;

"CARA-CARA mem"FOLLOW" Belog"
(sila ikut langkah-langkah yang disedia demi kemakmuran besama)

step 1: sila tulis link belog yg anda nak follow dengan lengkap diruangan yang sepatotnya;

1. Search belog yg hendak difollow
2. Masuk ke dalam belog tersebut

step 2: Masuklah ke belog tersebut. Bacalah entri-entri nya. 
Digalakkan untuk meninggalkan komen.

3. Senarai entri yg telah ditulis

4. Tinggalkan jejak anda disini
5. Komen lah diruangan yg disediakan.

step 3: tekan butang follow dan ikutlah step seterusnya.

6. Akhir sekali, klik button "FOLLOW"

*sila klik pada gambar untuk mendapat keterangan yang lebih lanjut*

Mudah bukan?? Maka apa tunggu lagi. Aplikasi dan amalkan lah ilmu ini dalam hidup anda.
Silalah mencuba. 

~Anda mampu "mem"follow" belog~


Thursday, March 24, 2011

...i'm just a trainee...

Assalamualaikum..Alhamdulillah, skali lg dpt gak bukak ini belog. Follower dah ler tak meningkat2..hahaha..tp takpe, berbalik pd tujuan aku wat belog, hanya nak luahkan sebanyak mungkin yg terpendam dlm hati. Maklomlah, takde sape yg sudi mendengar an. So, belog je la tempatnye..(ni tak sabar lak nak kawen ni, leh share ngn zaujah..haha)..

Malam ni nak cter sket psal praktikal aku. Ntah la. Kekadang best giler. Kekadang sengal giler. Ntah. Tp satu je psal company tempat aku praktikal ni. They treat us like a permanent staff. Aku tak taw la ni bagus ke tak. Tp aku rase kekadang bagus, but kekadang tu rase tertekan giler. Mengade2 giler kan aku ni. Ni la manusia, tak pernah berpuas hati. Astaghfirullah.

Tp actually, bnda2 cmni la yang aku akan hadapi biler tyme betol2 keje nnt. So, biler orang tnya aku,dah ready ke nak jd engineer, aku akan jawab, "InsyaAllah, dah bersedia". Mungkin korang beranggapan aku belom bersedia ag sbb sket2 komplen psal keje, tensyen lah, penat lah, mengeluh lah..tp bg aku bnda2 tu adalah normal bler bekerja nnt. So, aku dah leh rancang apa yang akan berlaku, maka, hendahnya aku kna la sediakan payung dlu sebelum hujan turunkan. Nseb bek ada setahun lg kt Fakulti, banyak bnda lg leh blaja..

Macam2 pengalaman la dapat tyme praktikal. Aku dpt tgk staff yg busybody ngn keje org len. Staff yg mengampu. Staff yg kaki kipas. Staff yg giler2 la wat keje. Staff yg banyak bersabar. Staff yg depan bos pijak kuman tak mati, blkg bos mem"fire" bagai la. Staff yg suke tgk org len kna marah. Staff yg suke kawan ngn trainee. Staff yg suke je cari salah org len. Staff yg mempergunakan org len. Staff yg bermcam2 lagi..

Aku bukan berniat nak kutuk sape2, tp just panduan n guidelines bg aku utk jd cmne. Choices in my hand. Kekadang kita rase kita dah buat yang terbaik, tp dimata orang, kita tak capai la tahap yang sepatutnya. Mungkin kita rase orang lain buat kerja seolah2 tak sempurna, tp itulah yang bakal duji lambung bagai. Itulah kehidupan sebenarnya. Inilah permainan dunia. 

Maka, apa tindakan kita?? <---aku barangkali
Aku amat tertarik dgn 50 work cultures kt Company ni. Yang paling aku suke adalah the first two cultures. Firstly, "GOD FEARING" and the second one is "IBADAH". Kalo kita sentiasa ingat dan takutkan Allah, maka, sewajibnya setiap tindakan kita is based on Jalan Allah. Makna kata disini, kalo kita wat keje tu, kita takde la nak tikam orang dr belakang. Nak aniaya orang lain. Nak kasi malu orang lain. Kalo betul2 kita hadam culture tu, kita akan sentiasa support orang tu. Kekadang, kita ni bukan la nak sangat orang puji keje kita, jauh sekali mengagungkan kerja kita, tp cukup lah sekadar menghargai dan menyokong orang tu. Kalo ada salah, tegurlah sehalus mungkin. 

Lagi satu, kalo lah kita tiap2 pagi niat yg nak gi kerja ni KERANA ALLAH, insyaAllah, kerja kita smooth je. Takde la rase nak marah2. Takde lah rase gabra semacam. Takde la rase nak buli org lain. Takde la nak mengeluh je setiap mase mcm aku tgh wat ni. Astaghfirullah. Kekadang bukan apa, dah fed up sangat, so, terpakse mengeluh juga. Walaupun hakikatnya tahu tak elok mengeluh. Tapi, aku ni manusia yang lemah. Maka tolonglah sesama manusia yang lemah ni. Baru la leh jadi kuat. Bukankah biler bekerja dalam jemaah itu akan lebih kuat??


Apa2 pun, inilah kehidupan alam pekerjaan. Maka bersyukurlah selalu. Mungkin, dengan pengalaman2 ini, dpt mebantu aku utk cepat get used dalam alam pekerjaan nnt. Aku guanrantee yg alam pekerjaan sebenar akan lebih mencabar. Terima kasih kepada Company ni sbb sanggup terima ktorg to be a part you. Yes, mmg teramat benar yg ktorg still tak reti wat kerja dgn sempurna, tp jangan lah lupe yg ktorang "just a trainee". Kekdang aku juga serinkali lupa yg "I'm just a trainee". Alhamdulillah, lecturer pn dah dtg visit. Harap semuanya akan OK. Akhir kata, "I'm Just a Trainee"....


so, untul entry ni sgt bosan sbb aku mengarut je..haha..okbai.

Monday, March 21, 2011

...HectiC WeeK...

Assalamualaikum..Actually, skang tgh amat2 sebuk. Tp memandangkan tgh tggu respond dr someone baru leg procees to the next stage, better aku berbelog jap..Minggu ni sangatsangatsangat sebuk plus penat plus moody plus bad mood plus tensyen sbb everything lies on this week. The 15th Week of my Industrial Training. Kalo ikut requirements dah abes pn, but, because of ktorg start awal, so, ada baki 3 mggu je lagi. Seriously, tak sabar nak habes. And seriously, aku betul2 dah dapat gambaran hidup seorang engineer. 

Actually, yang besh nyer, every sem mesti ada mggu yang amat derita n azab. Hahaha. Tyme ni la baru rase masa tak ckup, nak lagi masa. Tp sebelum2 ni bosan lak akibat lambakan masa terluang. Manuasia kan. Mana pernah rase bersyukur dan cukup. Aku pun dh tergolong la ni. Astaghfirullah.

~mY HecTiC WeEk~

Mournday
1. Prepared "something" and submit "something" by hand
2. Prepared "something" and finalised it
3. kena marah atas salah orang len sbb tak follow standard tyme prepared "something"
4.Prepared logbook

Tearsday
1.Finalise and prepare "something"
2. Submit that "something" via email, courier n soft copy
3.Prepare slides for presentation
4. Lengkapkan log book

Wasteday

Thirstday
1. Ingatkan leh lega, tp ready telinga bcoz busy body person akan take over monitor trainee
2. Prepare another "something"
3.Check that "something" with BOSS
4.takoott~

Fightday
1.Submit that "something"
2. Ready to prepare and submit another another "something"
3. G solat Jumaat besh!
4. Balik umah nak tidor puas2~


Maka, doakan aku agar dapat lalui semua ini dengan tenang dan sabar. Dan tolong ingatkan aku yang disebalik kesusahan ada kesenangan. Ingat, hidup manusia itu memang diciptakan susah.

Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi 
kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya)
(Surah Al-Balad : ayat 4)
Pernah tak kita terfikir nape kita selalu dihimpit susah. Jawapan yang selalu dengar ialah "Syurga itu Indah, maka, Jalan ke Syurga perlulah Payah, baru kita hargai". Namun, aku telah dapat satu jawapan yang amat2 memuaskan hati aku. Terima Kasih beliau;

" Mengapa hidup kita diciptakan diselubungi susah dan payah? Jawapannya amat mudah. Bukankah susah dan payah itu ciri-ciri seorang "HAMBA"? Pernahkahn kita melihat seorang hamba bergoyang kaki di rumah tuannya. Tidak Bukan. Hamba akan sentiasa bersusah payah demi mencari sesuap nasi untuk memuaskan keinginan diri sendiri. Maka, begitu juga kita. Bukankah kita Hamba. Maka, selayaknya, inilah perjalanan seorang hamba. Apabila sentiasa berada dalam susah payah, kita akan sentiasa ingat bahawa kita ini adalah hamba. Hamba Allah yang amat kerdil disisiNYA. Lantas, tidak akan ada Hamba yang berlagak seperti Tuan. Indah bukan aturan Allah. Peringatan Allah itu jelas. Maka, ikutlah aturanNYA. InsyaAllah, hamba ini bisa berjaya di negeri yang abadi"

 

...terkejut....

Assalamualaikum..

Baru sampai dar kampung..Terus membuka email, takut2 ada sesuatu yang penting..

TERKEJUT!!


Tidak pernah-pernah bisa sampai ke angka ini

Indahnya UKHWAH itu

Moga-moga ia terus subur dan kuat

Terima Kasih Sahabat-sahabat

Sahabat Blogger, Blogger Perak, Family Blogger, Kami Budak Skema, SASIC Gen51

Walaupun itu semua bukan untuk aku

Tapi cukuplah sekadar mengingatkan aku

Aku ada mereka....

...Juara itu makin tersungkur...

Sedang membelek Facebook (bukan nama sebenar Social Network), terlihat paparan-paparan sang juara berada di tanah asing. Terkesima. Bukan kerana terpegun dek kecantikan bumi hamparan tanah baru itu, tp seakan-akan terkejut kerana mengapakah bukan aku bersama juara-juara itu. Apakah aku belum cukup juara? Lantas, terus di hide segala post-post dr sang juara bukan kerana mahu memutuskan silaturrahim, tp dengan niat moga-moga dpt menjaga hati dari membenci.

Kemudian, ditempat kerja, berada di dalam bilik meeting. Semua orang telah dipuji dan di"back up" oleh individu masing2. Dan aku keseorangan. Seakan2 tiada apa yang aku lakukan sepanjang berada disini. Waah! Jelas sekali mereka adalah juara di mata-mata mereka. Aku?? Bilakah bisa menjadi juara seperti mereka. Apakah syarat2 kejuaraan yang perlu aku ada sehingga dapat bergelar juara. Down!

Terfikir sejenak, apakah aku masih belum juara? Bilakah aku bisa memegang takhta juara? Atau mungkinkah aku di larang menjejak podium khas untuk juara. Down! Mungkin syaitan berjaya menusup masuk ke jiwa ini. Honestly, itulah minggu "DOWN" aku. Sangat "DOWN". Ntah! Aku rase seakan-akan aku telah kalah. Penat barangkali. Sehingga terlupa aku pernah menjadi JUARA.

Terlupakah aku betapa akulah JUARA antara sperma2 yang lain yang 
bisa menembusi Ovum dengan susah payah?? 
Terlupakah aku betapa akulah JUARA tatkala aku bisa keluar dari 
rahim seorang ibu dengan kuasa Allah?? 
Terlupakah aku betapa akulah JUARA yang bisa berjalan dengan 
sendiri setelah melalui saat2 yang sukar apabila terpaksa meniarap,
merangkak, bertatih lalu terjatuh?? 
Terlupakah aku betapa akulah JUARA apabila bisa menyebut "ABAH" dan "EMAK" 
yang telah bisa menyerikan mereka?? 
Terlupakah aku betapa aku sentiasa dan sentiasa menjadi JUARA 
di mata emak dan ayah ku??

YA! Aku memang JUARA itu. Namun kini, Juara itu makin tersungkur. Hanya kerana tersusah seketika. Dilupakan seketika. Tidak dipuji seketika. Mengapa perlu dipuji wahai hati? Hanya kerana mahukan sekelumit penghargaan?? Apakah hati ini selalu memuji kepada kebesaran tuhanNYA? Apakah hati itu selalu memuji sedapnya masakan ibumu?? Apakah hati itu bisa memuji kekuatan bapanya ketika mencari rezeki?? Mengapa diharap pada pujian sedangkan diri ini kekedang terlupa memberi pujian. Atau mendambakan pujian semata mahukan "riak" itu berputik?? Nau'zubillah. Jauhkan itu dari hatiku kerana aku hanya dengan itu, aku menjadi kosong. Kosong dengan ibadah.

Mungkin JUARA itu terlupa bahawa rezeki mereka2 adalah berlainan. Setiap JUARA ada kelayakan mereka untuk menjadi JUARA. Maka berlapang dadalah. Benar, cemburu itu naluri. Kawallah cemburu itu dari terus merebak. Kerana hanya dengan sedikit cemburu bisa menerbitkan rasa kebencian. Dari kebencian akan hilanglah silaturrahim.

Wahai JUARA. Bangunlah! Dan terus lah menjadi JUARA. Kejarlah JUARA itu agar kamu bisa menjadi JUARA di negeri yang kekal abadi. Kejarlah menjadi JUARA di dunia yang susah payah ini, agar kamu bisa menjadi juara di sana selama2nya...

piousISsoleh
~Bisakah ku gapai~

Tuesday, March 15, 2011

...miSTeRi pKul 3...


***
Jam sudah menunjukkan tepat Jam 12.0o malam. Diluar sudah mula berembun. Sunyi. Sesekali terdengar bunyi kucing berkelahi. Mataku sudah berat untuk bertahan. Lalu, aku pun mula melepaskan roh aku pergi buat sementara.

Terkejut. Lantas aku terjaga. Seakan-akan ada orang lain di dalam rumah ini selain aku. Namun, aku hanya bersendirian di rumah ini. Mungkin perasaan sahaja. Mula melelapkan kembali. Terdengar lagi bunyi seakan-akan orang berjalan. Bukan seakan-akan. Tapi memang jelas. Bukan seorang sangkaku. Lebih dari seorang. 

Terus mulutku ligat membaca ayat kursi. Hati masih berdebar-debar. Takut barangkali. Apabila keadaan makin reda, terus ke melihat pd jam. Pkul 3. Hmm...bukan hari ini sebenarnya. Sudah lama berlarutan. Abaikan. Hanya mahu bermain sahaja. 

Terus teringat teguran seorang rakan mengatakan ada sesuatu yang sering bertenggek di ampaian. Gulp! Adakah dia berkata benar? Kemudian, bermain pula peristiwa seorang anak sedara menjerit ternampak kelibat itu.
 

Lantas aku bangon, berwudhuk. Bersolat. Memasang ayat-ayat Al-Quran. Kembali tenang. Tidor semula =)

***

Misteri ini masih belum dapat dirungkai oleh tukang cerita ini. Namun, beliau seakan-akan sudah biasa dengan perkara ini. Beliau akan terjaga tepat jam 3. Beliau sering berkata, "Aku tak keseorangan, aku ada Allah"..Bukankah sudah menjadi janji Allah bahawa "Dengan Mengingati Allah, jiwa akan tenteram". Maka, lebih Allah dalam setiap masa. Lebihkan ketakutan kepada Allah (balasan2 Allah terhadap perkara2 yg di larang) daripada terlalu memikirkan ketakutan kepada kelibat itu. 

Sekadar mengingatkan kepada diri dan rakan, kelibat itu juga Makhluk Allah. Telah disebut dalam Al-Quran;

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku." (Surah al-Dzariyaat, ayat 56)

Mungkin kelibat datang untuk "membantu" kita untuk bangun pada malam hari berqiamullail kepada Allah. 

Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. 
(Surah Al-Isra', ayat 79)
  
Dan..apabila kita ber"Qiamullail", kita telah meletakkan Allah benar2 dalam hati kita. Dan, bukankah janji Allah;

“Ketahuilah bahawa dengan mengingati ALLAh itu, hati akan menjadi tenang.”
(Surah Ar Ra’ad, ayat 28)

Apabila mendapat ketenangan yang abadi ini, InsyaAllah, setiap gangguan yang dihadapi, jiwa kita kan sentiasa tenang. Basahkan lidah dengan ayat2 Allah. InsyaAllah! Kita akan amat dapat merasai, Allah sentiasa bersama kita.
Terjumpa artikel dari Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Klik la di sini untuk bacaan yang lebih lanjut. Memang menarik.



piousISsoleh
~Bisakah ku gapai~

Monday, March 14, 2011

...baitul muslim...


“ Perkara Baitul Muslim ini, bukanlah kita fikirkan bila hampir nak kahwin. 
Sepatutnya hal ini kita fikirkan semenjak kita remaja lagi. 
Sebab perkara ini bukan perkara kecil. Perkara ini perkara besar”


Post ini sekadar perkongsian tentang konsep sebenar BaitulMuslim. Moga2 aku akan lebih memahaminya. Bukan kerana sudah tidak sabar untuk melaluinya, namun, sebagai satu persediaan ke arah itu. Moga2 ini juga bisa dikira sebagai ibadah. Amat menarik kupasan Al-Akh Hilal Asyraf =).

Bacaan lebih lanjut dengan kupasan yang ilmiah, sila klik di sini.

~Usrati~

p/s: Tahniah kpd abangku kerana sudah bertunang dengan seorang muslimah yang insyaAllah, bakal menjadi ibu kepada anak2 yang soleh & solehah. Moga2, sebuah lagi baitulmuslim terbina. InsyaAllah~

...Patut itu dihatiku??...

Assalamualaikum...alhamdulillah, diberi lagi kelapangan untuk mebuang sawang2 yang tertinggal kat belog ni. Actually, baru lepas terbace post terbaru dar seorang sahabat. Itu luahan dari hati dia, dan sebenarnya, itu juga yang lahir dari hati aku. Ntah! Mengapa rasa ini perlu hadir dalam diri. Apakah ini buktinya yang UKHWAH aku masih belom mantap dengan sahabat2 ku. Kalau ia benar, maafkan wahai kalian.


Orang cakap, cemburu itu mmg sebati dgn diri manusia. So, kalo macam tu, tak salah la kalo aku cemburu or jeles?? Hmm..tapi aku skang tgh cemburu dengan "kejayaan" or "kelebihan" orang lain. Orang kata bagus la ada rase mcm tu, sbb leh push diri kita utk lebih cemerlang. Tp nape aku rase lagi down je. Tak de lak semangat. Lagi down ada la..

Jahatkan aku?? Aku skali lagi terlupe untuk bersyukur dengan segala nikmat Allah yang dianugerahkan kepada aku. Astaghfirullah. Jauhkan aku dari perasaan ini. Aku mmg tak nak ada rase mcm ni. Sangat2 tak best. 

Aku sedang cube membaiki diri. Tolong ingatkan aku lagi wahai kawan2. Dan kepada kalian, maafkan aku kerana aku rase begini. Aku terjumpa satu artikel yg sgt besh dari al-akh hairil;



cemburu yang dibolehkan dalam islam adalah cemburu terhadap amal ibadah. 
"cemburunya aku, orang alim tu mampu beribadah itu dan ini". 
seperti syeikh ibnuwalidaini kata "jadikan perasaan cemburu tu sebagai hambatan untuk kita jadi lebih baik".

memang kita hanya manusia biasa, yang mempunyai hati dan perasaan. adalah normal untuk kita cemburu, untuk kita mahukan apa yang ada pada orang lain. tapi kita diciptakan setiap satu berbeza, kita adalah unik. apa yang orang lain ada, tak mungkin kita ada. dan apa yang kita ada, tak mungkin ada pada orang lain.

sesungguhnya Allah itu lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. dan Allah itu Maha Adil. ada orang tu, mungkin dia cemburu kerana nampak orang lain banyak duit. dia pun kerja, berusaha bersungguh-sungguh untuk dapatkan duit yang banyak juga. tapi akhirnya tak dapat juga. mungkin itu tarbiyyah dari Allah untuknya. pasti ada hikmah disebalik sesuatu. boleh jadi dalam dia mengejarkan duit, ibadahnya cukup makan saja. boleh jadi dengan duit yang banyak, dia akan menjadi tamak dan lalai.

kadang apa yang kita nampak kelebihan pada orang lain itu, tak semestinya kelebihan pada dirinya. boleh jadi dia tak mintak pun ia terjadi. boleh jadi juga dia tak hendak pun sedemikian. "kelebihan" itu juga boleh jadi suatu ujian dari Allah, samada dia akan bersyukur dengan kurniaan rezeki yang diberi.

kalau awak rasa "kelebihan" yang ada pada orang lain itu baik, menuju lah ke arah itu. kalau tak, boleh jadi itu ujian bagi awak. mungkin selama ni awak usaha keras sahaja, tanpa doa. awak terlupa yang Allah Maha Kaya, Maha Pemurah, Maha Pengasih, Maha Penyayang.

".. Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.. " 
Quran Surah Ar-Rad: 28

pujilah Allah bila nampak "kelebihan". sentiasalah ingat kepada Allah bila nampak "kelebihan". insha Allah, hati kan menjadi tenang.

wallahu'alam


...contest: PEREMPUAN/LELAKI MELAYU TERAKHIR...

 
Assalamualaikum...
 
Alhamdulillah..hari ni dapat lagi kesempatan untuk meng"update" belog yg orang tak pernah dtg ni. Tbe2 malam ni terase bersemangat waja untuk meng"join" contest ni.

Yer la kan, first tyme jumpa kontest yang mengetengahkan pakaian tradisonal melayu yang ayu lagi sopan tu.
 
Satu ag, mana nak taw kan, ada rezki menang, so, leh la kire macam hadiah BESDAY skali..hehe

Tapi...

nak letak gambar mana eh??  


Tolong2 aku cepat..nak letak yang mana..dah pening pikir ni~

ada idea nak letak gambar mana??
Jumpe yang ni je..itupun ngan anak sedara..ok kot~

Hmm...ni ok kot~ =)

Sebab apa aku join contest nie? Sebab aku tersangat yakin yang contest ini sangat menarik. 
Yer la, dalam kita bercontest, kita juga dapat mengetengahkan ke"ayu"an dan ke"sopan"an pakaian tradisional kita. Tapi jangan lupa, kita juga perlu menjaga batas2 kita sebagai seorang muslim =)

So, tagline aku untuk contest ni,
 
"Berperwatakkanlah seindah pakaian tradisional kita =)"

Hahaha..macam lawak lak tagline ni~

Kepada kawan2 ku, jom join contest nie;






...tq...

...mengarut...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...