ini sudah kali keduanya, mimpi,perkara yang sama. atau adakah ini jawapan bagi doa doa itu? hanya Si Pemberi Mimpi yang tahu.
dua tangan ini, akan terus menadah, sebelum mata terus menerus terlena, agar suatu hari aku dapat melihat kau sesempurna itu. kau tahu kerana apa semua ini? kerana aku menyayangimu dgn sepenuh hati ini. kerana Nya.
Kau, dalam HIJAB itu, Sungguh cantik,comel,segak. Ia tidak limited di mata ini atau lain2 manusia, tetapi di mata Allah lebih utama!
setiap kali aku menyusuri jalan itu, dan setiap kali itu juga empat mata ini tidak lepas untuk melihat Ia. jalan itu jalan aku sehari-hari.
Ia nampak indah, tak kira ketika di baluti kabus pagi, tak kira ketika matahari perkasa sedang menguasai, tak kira ketika malam mula menyanyi lagu sepi, dalam apa2 waktu,keadaan atau apa sekalipun, Ia adalah indah. begitu indah. walaupun Ia berada jauh,jauh sekali dan tersangat lah jauhnya.
Ia indah, apabila hati ini menterjemah setiap pandangan itu, sehari2 aku, selama mana aku berada di jalan itu. senyum2 kita, ketawa2 kita, gelak2 kita, borak2 kita, secret2 kita, semua itu ter peta secara tiba2 satu per satu dalam kepala dan jiwa dan hati ni mulalah bermain dengan satu benda yang dinamakan, pe-ra-sa-an.
aku tahu aku tidak dapat lari, aku cuba buang jauh2, semua nya buntu. ini mungkin kerana.... jalan itu adalah jalan aku sehari-hari.
dari kotak kecil ini, aku hanya... memandang Ia, redup. dan itu lah mampuku. kali ini tiada mungkin lagi, aku pasti,
"bulatan dua" punya mereka yang pernah kesana dulu
Hakikatnya, "bulatan satu" itu makin rapat
Ya..tersangat rapat
Hinggakan terlupa mereka
Mereka yang bisa sama rapat
Hanya kerana berbeza "bulatan"
Lantas, mereka terabai
Ahhh...
Ini bukan lagi soal terasa hati
Ini bicara tidak pandai menjaga hati
Maafkan kami kalian "bulatan dua"
Bukan sudah lupa rapat dahulukala
Tapi, seakan terkabur tautan hati
Hati-hati dari "bulatan dua"
Hmmm...peristiwa besar sudah berlalu
Berlalu dengan mengajar
Mengajar bagaimana menjaga hati mereka
Jangan mudah menyangka
Jangan sukar bertanya
Cantik pengajaran tentang hati kali ini
Alhamdulillah..
Mula mengerti hati-hati kalian
Namun, seakan mula sedar
Hati kita tidak sekuat tautan dulu
Harapnya bukan kerana berbedanya "bulatan"
Tatkala mula faham dan mengerti
Apa yang terkandung dalam "Katakanlah"
Sekali lagi terlupa kalian
Astaghfirullah...
Sekali lagi afwan dipinta
Bukan berniat untuk meminggirkan
Tapi hanya untuk mengelak dari menzalimi
Barangkali kalian bertanya
Mengapa tidak terus berahsia
Hanya bersembang dalam kumpulan lima
Maaf sekali lagi
Tidak berupaya untuk menyimpan
Tatkala semangat membuak-buak
Maaf juga biarkan kalian dengan persoalan
Tidak langsung peka dengan dinding kalian
Maaf...
Oh..sudah mula kenal siapa berwatak ahli sihir
Siapa pula rahib yang taat
Susah melawan kehendak ahli sihir
Tatkala raja terus memaksa
Rahib pula terus menarik
Kumpulan berlima lantas punya amalan tambahan
Kalian menyangka kami punya kehebatan
Hakikat sebenar, kami sekadar punya kerendahan
Belajar untuk terus melawan ahli sihir
Dengan tautkan kepada si rahib yang taat
Lantas, kalian merasa punya martabat
"bulatan satu" lebih hebat
"bulatan dua" dari mereka yang terbuang
Maafkan kami sekali lagi...
Kamilah yang terbuang
Ya...hati lebih merasa diri ini terbuang
Terbuang tatkala tautan yang longgar terus kendur
Lantas, tautan baru yang lebih utuh
Dengan dia, dia dan dia
Maka, terbuang lah hati ini
Sekadar merenung dari jauh
Dengan satu senyuman kurang indah
Bersyukur sekadar menyedapkan hati
Oh..sudah terlupa
Hati ini punya "bulatan Satu"
Namun, tiada kimia yang kuat dalam kumpulan lima itu
Mengapa??
Mungkin terlampau lekat kuat dengan kalian
Hati dari "bulatan dua" Hingga kesan masih berbekas "bulatan Satu"... Ya..kalian sangat baik Namun, kalian tak punya nilai kerapatan Bukan tidak mencuba Tapi sekadar cuba-cuba Lantas, kesannya juga seakan biasa-biasa Lantas, cuba kembali ke "bulatan dua" Dengan harapan ada yang menerima Namun, sekali lagi tidak sedar Ada ahli baru dalam "bulatan dua" Ahli yang juga punya hati Lantas, hati itu juga perlu dijaga Maafkan kami... Sekali lagi terlepas pandang Barangkali terlampau menyangka Hati kalian sudah sama warnanya dengan hati kami Maafkan kami... Tidak mungkin akan berlaku selepas ini lagi Kerana kami sudah bisa berhati-hati Hmm.. Bicara soal kembali Kembali dengan harapan bisa diterima Namun, sudah punya titik hitam dalam "bulatan dua" Mana mungkin dengan hati terbuka Bisa menerima aku yang terbuang Ya... Perlunya usaha Usaha jaga hati sendiri serapi mungkin Lantas, bisa dengan mudah Menjaga hati-hati kalian Sudah tampak sinar itu Alhamdulillah.. Masih mahu menyatukan "bulatan satu" Satukan bersama "bulatan dua" Matlamat jangka pendek Dan perlu dicapai Kini... Ntah, seakan lemah Kerana merasakan, "bulatan Dua" lebih dihati Kumpulan Lima sekadar rapat Rapat tatkala bertemu rahib yang taat Amalnya kalian termasuk aku Sangatlah mengecewakan Mana pernah dalan sejarah "bulatan Satu" bertanya perihal makan Jauh sekali memegang kepala tatkala demam Ataupun mengucap selamat atas urusan Barangkali kurangnya amalan dari aku Lantas, maafkan hati ini Tatkala hati kalian sangat semangat dengan jalan si rahib Hati ini diminta seakan dibelai Maafkan...bukan belaian yang dipinta Tapi seakan mahu merasakan tautan hati "bulatan" itu Rasa yang sama tatkala "bulatan dua" bertindak dahulu Tanpa sebarang pinta Ya..itu ikhlas dari hati mereka Barangkali, hati ini lebih sesuai untuk "bulatan dua" Seakan mahu melambai tangan kepada "bulatan satu" Maaf kerana terlalu meminta untuk dilayan Maaf juga kerap menarik muka Maaf juga andai pernah terkasar bahasa Bukan sekadar sekali dua Namun, seakan kita tidak pernah mengambil ibrah Pengajaran yang mengajar Sebuah pelajaran bagaimana menjaga hati Aku sedar... Kalian punya logam itu Jangan biarkan terus lebur Ya...kuatkan tautan kepada si rahib yang taat Kerana ghulam itu bisa mengalahkan sang raja Maafkan aku andai melengahkan langkah kalian Tinggallah aku Agar bisa dikutip oleh mereka yang punya hati Mereka yang aku percaya Bakal menyusul dari kalangan "bulatan dua"
(^_^)v
p/s: dah lama tak menulis, macam tak best lak..haha p/s/s: Maaf..ayat sangat tidak dapat difahami..haha.. p/s/s/s: Jom sama-sama jaga hati :)
Bersolat kat satu masjid di Jaipur,India.Pengalaman berharga.Mungkin takkan lupa sampai bila2.
Bersusah payah untuk berwudhuk. Menumpang tumpang kilang sebelah masjid sebab tempat wudhuk disitu TERsangat terbuka. Bersusah payah untuk memakai telekung. Bersusah payah untuk pakai tudung. Terpaksa bersolat di tempat yang sangat terbuka sebab tiada tempat untuk jemaah perempuan. Segala-galanya agak payah berbanding di negara sendiri. Ini perkara biasa kalau merantau ke negara orang. Alhamdulillah,masih tersemat rasa syukur di hati. Tiada peluru atau askar untuk dirisaukan. Rasa selamat untuk bertemuNya.
Hanya perlu tabahkan hati.Semuanya hanya keranaNya! Buatlah segala yang terbaik untuk menyempurnakan tuntutanNya. InsyaAllah,kalau ikhlas dan sabar,Allah akan permudahkan!
Pertama sekali, aku nak mintak maaf sebab lama tak update belog. Walaupun sekarang baru minggu 6, tapi sibuknya, hanya Allah je yang tahu. So, aku takde la bahan nak update, tapi just nak try share something kat korang. Mesej ni dari member aku. So, aku mintak maaf sekal lagi kalo ada salah silap atau terguris hati mana2 pihak.
***
Cara Buat Kredit RM10 Anda Tahan Lama, Menjimatkan!
hmm..org kata pkai line lg save dr prepaid..
tp korg msti trperanjat dgn ape yg bakal aku citerkan ni..
top-pup RM 10 tp blh tahan smpi 1 bulan tak kira la klau korg brgayut brape lama
skalipun,hantar brape juta sms skalipun..
... mgkin rezeki aku aritu,pg la jmpa makcik bau2 bacang ngn aku,
dia ajr camne nk crossing account,
coz dia keje kt bhgn System Development Telecom.
kekadag aku tlg gak memenber trdekat topup, tp amik untung sket aar..
Ok, secara simplenya aku terangkan kat korg, tp INGAT JGN BUAT LBIH DR 3 KALI untuk 1
nombor, coz system akan auto detect & batalkan no korg..
timing nya, korg blh topup pertengahan ujung bulan between 25 hb keatas dlm kul 3am
keats. coz dlm tempoh ni, system akan di selenggara, so ada loopholes. kene try&error..
1) beli topup RM 10… gesek & ready.
2) korg type < ** REC 10 > , then send to 09901
3) tgu reply, kat skrin akn kuar satu serial number 6 digit, korg salin tau.
4) pastu korg type < ** REC 10> <123456> msuk kan 6 digit td, send 09902
5) pastu diorag akn reply “insert ur topup num”, so korg type 14 digit topup number yg korg
beli cntohnya;
<01234567891023> send to 09903
6) tak lama pastu diorg akn reply;
“huish, mana ada topup free kt dunia ni. msuk toilet pun kene byr 20sen, ni kau nk topup 10
hengget nk pkai seumur idup plak!! bnyk cantik muka kau”:P