Thursday, February 24, 2011

...KanToi...

Assalamualaikum...Alhamdulillah..diberi lagi kesempatan untuk menulis. Actually, takde idea nak menulis, so, aku juz nak share some of the perkara2 lawak or memalukan aku tyme keje ni..hahaha..

1st Situation;
Company ni kalo nak berkomunikasi gune Skype. Memandangkan aku ni tekno lg la dr trainee yang len, aku dh ada account Skype n for sure aku sgt expert gune Skype..Ececeh..So, one day ni, dgn niat nak Show Off la kan, aku ajar Zubir (Trainee berkaliber dr UiTM) cmne nak transfer File/Document thru Skype. Aku ckap kt dia, bnda ni simple giler la..bla..bla..bla..padahal dia tak tau yang aku pn baru je discover cmne nak wat mcm tu less than 5 min before dia tnya aku..hahaha..then, aku dgn rse bangganye mengajar dia care transfer file. Aku pn amek satu Lagu Waheeda nak antar kt dia la konon2nyer. So, aku pn sent. Tggu pnyer la lma, tgk2 tak sampai2 ag kt Skype Zubir. Then, untuk wat speculation yang line kt Company hampeh. Pkai Streamyx kot. Hahaha..Tbe2, aku dgr sorg staff bising kt luar. Dia tnya aku,

"Apsal ko hantar lagu kat aku???"

Siyes, tyme tu merah kot muke aku. Sume trainee dah gelak kt aku..hahah..malu2..dekat dua hari gak la segan ngn brader tu. Tp lma2, aku wat bodoh je. 

Moral: Jangan berlagak, tak elok. Kan dah kena cash kat dunia.

Situasi Kedua;
Citer ni trainee lain tak taw. Aku simpan sorang2..One day tu, bos datang kt aku, mintak tolong aku compile kan some document. Memandangkan yang jumpa aku tu, BOS aku, merangkap CEO company lak tu, aku pn tunaikan hasrat n arahan dia dengan penuh berhati-hati dan berdedikasi. Aku pn ala-ala dm drama la kan, lari sna sini wat keje. Nak tunjuk betapa expert nyer aku wat keje ni. Hahaha..tgk tu, niat dah lari. Astaghfirullah. Tbe2, tgh2 lari kebelakang sambil membca dokument2 tersebut, aku terlanggar seseorang. Aku ni kan seorang yang panas baran, kalo budak trainee yang aku langgar ni, sah2 kt sni gak aku marah. Jahat giler. Alih2 kepala kebelakang, rupe2nyer insan yang aku langgar td adalah CEO which is equal to MY BOSS. hahahaha..

Moral: Jangan terlampau takut kt orang. Cukuplah sekadar menghomati dia. Takutlah hanya pd Allah. Lagi satu, jgn ler nak tunjuk yg ko tgh wat keje. Tak psal2 tak dapat pahala. Dah la tak dapat pahala, bermitosis lak kan dosa tu..nau'zubillah.

3rd Situation;
Ni berlaku tyme2 kebosanan, bukan sbb takde keje. Tp sebab keje yang byk. So, nak take 5 five konon2 nyer la, aku pun membuat video call dengan Zubir yg berada lebih kurang 4500mm dr aku..dengan membuat aksi2 terlarang dan dilarang (ketika di opis), ktorg pn ber"sengal"-"sengal'an antara satu sama lain. Tbe2 Zubir stop wat serang aksi, terus je menghadap laptop dan berlakon ala ala keje bertimbun2..haha..aku pun pandang la kat luar, skali, Manager Finance aka anak bos sedang memerhati sambil tersenyum melihat n memandang ktorg. Adeh! Malu giler kot. Tolong2..start pd hari tu, aku dah tak webcam tyme keje.

Moral: Jangan curi2 wat keje lain tyme wat keje. nanti kantoi. Ngan Allah sah2 la dah terkantoi. So, ingatlah, Allah Maha Melihat!



piousISsoleh
~Bisakah ku gapai~

Tuesday, February 22, 2011

...Syafahallah...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..diberi lagi kesempatan untuk menulis dan meng"update" blog yg tak seberapa ni. 
Malam tadi mendapat satu berita yang agak menyedihkan. 
Seorang Sahabat diberi satu ujian oleh Allah.
Agak berat juga ujiannya. Ditimpa dengan kesakitan yang bagi aku, 
Aku sungguh tidak bisa menanggungnya..
Namun, Allah Maha Mengetahui

"… dan ketahuilah, Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya…"
(albaqarah:286)

InsyaAllah..segalanya akan baik-baik belaka.
Sama2 lah kita doakan yang terbaik untuk beliau.
Dan, sekiranya beliau tersedar akan kewujudan post ni..
Pesan aku yang dipinggiran ni..
Banyak2 kan la bersabar..
Amalkan Selawat Syifa' ini
Kita hanya berusaha.
Segala2nya dari Allah.

“Ya Allah! Selawatkanlah ke atas penghulu kami (Nabi) Muhammad, 
penawar hati dan pengubatnya (hati), penyihat badan dan penyembuhnya (badan),
pemberi cahaya penglihatan dan pemancarnya, 
juga ke atas ahli keluarga dan sahabat Baginda serta berkati sejahterakanlah.”

p/s: Syafakallah ya KLF. Moga cepat sembuh dan kembali menceriakan SB =) 



piousISsoleh
~Bisakah ku gapai~

Friday, February 18, 2011

...ATEH...

Assalamualaikum..alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk ber"blog". Actually, hari ni sangat rindukan Auni dan anak2 sedara aku yang len. So, nak wat post pasal budak2 comei ni. Btw, dorg panggil aku "Ateh"..comeinyer je dengar..hahaha..

ATEH = PAK TEH
(so, isteri aku jadi mak teh la..hehe)

Anak sedara aku yang pertama. Panglima perang ni. Setakat ni still lg pegang gelaran "Kumbang Terhangat"
kt Nursery dia..bagus2..contohi Ateh dia.. =)

Nama; Dhia Zafran Bin Mohd Hisharuddin
Maksud: Sinaran Kebijaksanaan
Umur: 3 tahun 2 bulan 3 hari
Kecomelan:
  • Memanggil tokwan dengan "toowaan" 
  • Tak suke makan nasik
  • Suke belasah adik
  • Baek ngan acu dia
  • Boleh ditinggalkan tanpa kelibat mak ayah dia.


Puteri ni lak, yang kedua. Adik Zafran. Anak kepada akak aku yang sulung. Comei giler. Gemuk lak tu. Selalu kna gigit ngn aku..haha
Nama: Dhia Zahra Binti Mohd Hisharuddin
Maksud: Sinaran yang Berseri-seri
Umur: 1 tahun 8 bulan 13 hari
Kecomelan:  
  • Kuat makan. Berat dah lebih kurang ngan abang dia
  • Jual mahal ngan orang
  • Manje sangat
  • Suke panggil "Tok" sbb "Tok" suka suap dia makanan
  • Ada lesung pipit belah kiri
  • Kalo minum susu, mesti kna wat dua kali.





Ni puteri kedua family besar ktorg. Puteri sulung kepada pasangan Faridah dan Mohd Nabigh. Gambar ni diambil tyme besday dia yang pertama.


Nama: Auni Zinnirah Binti Mohd Nabigh
Maksud: Auni = Kelembutan
Umur: 1 Tahun 10 hari
Kecomelan:
  • Suke tengok zikir2 dekat Astro Oasis dengan sangat leka dan khusyuk
  • Minat tengok Tv sma ni, bak kate Pak Long dia.."Seimbang"
  • Sayang sangat kt adik dia ni. 1sy day adik dia lahir, dah boleh sebut "adik"
  • Minat makan ais krim walaupun badan tak sesuai 
Nie la puteri yang baru didatangkan ke bumi Allah ni. Adik kepada Auni.Anak kepada akak aku yang kedua.
     Nama: Nahwa Nazhurah Binti Mohd Nabigh
    Maksud: Pemimpin yang dihormati
    Umur: 8 hari
    Kecomelan:
    • Ada gaye mewarisi "pertumbuhan badan" akak zahra dia
    • Mempunyai suara yang lantang. Dikenal pasti ketika dia menangis =)




    Inilah bakal2 pejuang agama Allah, insyaAllah..doa2kan. 
    Moga anak-anak ini bakal menjadi anak-anak yang soleh n solehah. 
    Yang bisa berbakti kepada kedua ibu bapa (termasuk ateh nya) tanpa sebarang keluhan.
    Moga mereka didamping dengan hati yang suci dan indah, seindah makna nama2 mereka. 


    "Ya..anak itu ibarat kain putih..ibu bapa lah yang mencorakkan kain itu..
    Ada yang menjadi kain penutup aurat.
    Ada juga yang dicorakkan untukPertunjukan Fashion Islamik.
    Ada juga corak yang direka dengan gaya kontemporari.
    Asas corakan kain itu adalah dari pencoraknya.
    Dan kemudian, terpulang kpd designer untuk menentukan
    apakah fungsi kain itu...."

    " Berbaktilah kepada dua orang tua kamu (ibu bapa), 
    nescaya anak-anak kamu akan berbakti kepada kamu. 
    Dan peliharalah kehormatanisteri-isteri orang lain, 
    nescaya isteri-isteri kamu akan memelihara kehormatan mereka”
     


    piousISsoleh
    ~Bisakah ku gapai~



    Thursday, February 17, 2011

    ...6hr 32min 12sec...

    Assalamualaikum..alhamdulillah. Skali lg diberi kelapangan n kesempatan utk update ag blog aku yg tak besh ni. Teringat lak kwn aku ckap, "apsal blog ko takde follower" Terdiam aku..biasalah.. Sape lah aku an...hehe..Btw, alhamdulillah sekali lg, psal problem courier tu mcm dh nak solve. Tp mcm je la. Perhaps, everything will be ok.

    Actually, nk share psal pengalaman nek bas tyme balik CNY hr tu. Naek bas kt Hentian Duta (1st tyme naek kt stu), tbe2 ada org istimewa ni speaking BI kt tgh2 org rmai. Then, dia mcm kejar aku.. Adeh! Penat gak men sorok-sorok ngn pak cik tu. Aku tggu bus kt platform 11 utk nas EraMesra 9977, tbe2 ada satu bas Qatrulnada (mcm nma org) bernumbor 9977 parking kt platform 12. Kt platform 11 ada bas Eagle bernombor 9977. Adeh~ 

    C.O.N.F.U.S.E. 
    Org2 sekeliling aku dh bising, so, aku terus je naek bus Qatrulnada tu..haha..tnya sorg penumpang, dia nk g Parit Buntar gak. So, aku betul! haha..aku duk la single seat.

    Tggu la dlm bus tu for an hour. Besa la delay2 ni..haha..then, ada org last masok. Mcm satu fmily. Tepi aku ada kosong satu, dua baris depan aku ada kosong 2 set. So, si ayah dgn machonya sambil memegang paper duk la kt tepi aku. Aku dgn ramahnyer bersembang la ngn si ayah ni.

    Lepas lebih kurang sejam bas jalan, tbe2 slow. Arrgghhh! Tensyen! Jammed gler~~ Aku terjage. Tgk2 sebelah aku dah ada budak pompuan kecik duk senyum kt aku. Aku pn balas la senyum balik. Tbe dia stat conversation ngn aku;

    Budak kecik: Abang nk g mna?
    Aku: Parit Buntar
    Budak Kecik: Samalah kita...(diam kejap)...abg keje ktne?
    Aku: (dlm hati,1st tyme org tnya cmni ni, bange2) Abang keje kt KL, blkg KLCC.

    Start pd sni, byk gler soklan dia tnya aku. Kekdang dia cter psal dia. So, sume cter psal dia aku taw. Dia ada 4 org adek beradek. Dia kedua. Akak sulung dia meninggal sbb keguguran tyme bulan ke dua. Aku pelik jap, mcm mna leh tau akak kalo baru 8 weeks..adeh~ Then, dia kasi taw nma dia. Panjang gler. Ada 5 patah perkataan. Aku ingat Siti je. haha..dia cter mak dia keje apa, ayah dia keje apa, sape kwn ayah dia, dia kt sekolah join apa..besh gak la dgr cter budak2 ni. Macam2. Hepi je dorg an. Mcm tak de masalah..hehe..

    Dah lma dia bercerita, dia stop jap. Menarik nafas barangkali, tak pun mungkin ketipisan idea. Maka, aku pn mengambil peranan mengawal perbualan. Aku pn tnya la;

    Aku: Cita-cita adik apa?
    Budak Kecik: (sambil tersenyum lebar) Kite ada 6 cita-cita

    Mak aihh..banyak gler..
    1st : Penyayi
    2nd: Komposer
    3rd: Mak Andam
    4th:
    nak ada band

    5th: Artkitek
    6th: ustazah (lepasan Jordan) =)


    Gulp! Biler dngar dr satu sampai 4, aku terdiam. Bler dgr ke5, aku lega sket. Bler last skali tu dia ckap, alhamdulillah. Aku tersenyum kembali. Mule2 aku dengar cita2 dia ni, aku dah rse tak besh nyer budak ni. Nape la nk jd artis. Start la fikir pelik2 psal budak ni. Dlm otak start cari reka text ceramah motivasi dah ni. Konon2 nk guide dia ke jalan yang benar. Tengok2..dia yg sedarkan aku. Subhanallah. Budak berumur 12 tahun sedang mengajar aku.

    MENGAJAR

    Ya! Dia sedang menyedarkan aku yang dia dahulunya sehelai kain putih, suci lagi bersih. Namun, sekarang dia telah dicorakkan dengan corak2 dunia mengikut kreativiti pencoraknyer. Alhamdulillah, pada kain itu terselit satu corak yang amat indah, namun, mungkin masih lagi belum ter"highlight". InsyaAllah, akan corak itu bakal mendominasi corakan pada kain itu..(berbelit2 lak rase nyer)

    Maksudnyer, walaupun mungkin dia terdedah pada dunia hedonisme yang amat melampau tanpa sebarang kekangan, namun, bagi aku, dalan hatinya masih ada sinar jalan sebenar yang masih sirna lg. InsyaAllah, satu hari nnt, dia bisa manjadi penegak agama Allah kerana aku yakin, dengan keperibadian nya itu, dia bisa. Sedangakn Malaysia pn Boleh!, apatah lagi dia, mesti Boleh punya.

    DOA
    Teringat pesan ayahku..doakan agar the first five ambitions dia tu taj jadi. So, dia leh g Jordan. Amin~  

    p/s: sebelum turun bas, dia sempat ag ckap, "abg ni hensem la, macam pelakon"...tersipu2 aku sambil mengakui apa yang dikatakannya itu benar..hahaha


    "...sesungguhnya roh itu tumbuh dengan pendidikan yang lembut dan penuh kasih sayang..."


    piousISsoleh
    ~Bisakah ku gapai~

    Thursday, February 10, 2011

    ...INTERSESI...



    Assalamualaikum..hebahan untuk warga UiTM khususnya kpd mereka yang jarang update ngn student portal:


    "COURSE REGISTRATION FOR INTERSESI IS OPENED"

    "PENDAFTARAN KURSUS UNTUK INTERSEI TELAH BIBUKA"



    Sila LOG IN ke student portal.

    (untuk mendaftar dan mendapat maklumat lanjut)

    Buatlah pilihan yang bijak! Ramaikan lah kelas intersesi supaya kelas tak ditutup. Semoga Berjaya dalam EXAM!


    piousISsoleh
    ~Bisakah ku gapai~

    ...Minyak vs Air...

    Assalamualaikum…alhamdulillah, masih ada kesempatan utk berblogging jap. Hari ni (rabu) rase sgt sgt sgt tak besh! Dari pagi lagi rase tak macam selalu. Mathurat pun baca skip2 ngn tergesa2. Takde pn kejar pape. Tp ntah. Hati ngan jiwa ni rase tak brape nak semangat.

    Mule2 dah wat satu kesalahan. Turun umah antar akak, tp tak bawak kunci umah. So, dah buang mase nk naek amek balik. Then, tertinggal trolley kt tempat parking. Malam baru sedar. Naseb baek tak der org kebas. Hmmm…sampai tempat keje, terkejut coz courier documents penting yg n kantar ke Indonesia still tak sampai ag. Mule2 delay atas alasan tak lengkap isi invoice, skang ni baru nk gerak ke Indon. Then, check2 balik kt system, rupenyer alamat ada termiss. Allah! Siyesly MATI!

    Actually, project ni la boss paling suke. Aku tak pernah tgk beliau sesemangat ni. Then, bila dah jd mcm ni, satu hari tak tenteram. Hmm..sebenarnya, yg tulis alamat tu bukan aku. A fwen of mine. Tp aku taw, dia mmg tak sengaja. Siyesly tak sengaja. Sape2 pun tak faham yg salah tu adalah tak sengaje! Skang, doakan lah agar benda tu sampai ke tngan org yg sepatotnya. Allah yang mengatur segalanya. Allah Maha Mengetahui.

    ***

    Project ni namanya water injection. Jom aku citer sket. Biler kat reservoir minyak, volume minyak tu dah kurang, so, susah la nk sedut minyak tu kuar. Disebabkan itulah, kna kasi minyak tu tinggi sket dr level yang asal. Then, cara paling besh is dgn inject water into the reservoir. Tak kan nk kambus ngn tanah. Habes lak tanah kt Indon nanti. Air takpe la, dah 70% kat bumi, siap leh recycle balik. Berbalik pd air ngn minyak td, kita sume sudah tahu kan, sejak azali lagi, air ngn minyak tak leh mix together to perform a solution. So, atas sebab ini lah, air digunakan. Ketumpatan minyak yg lg rendah dr air, menyebabkan minyak akan berada atas air. Air la akan sentiasa menyokong minyak. Tak pernah lak ada air mogok lak ngan tolak minyak ke bawah dia. Baek kan air ni.

    So, jom kita reflect dlm hidup kita. Tak nak ke kita jadi mcm air ni. Sentiasa menyokong org len, supaya org yg kita sokong tu, leh tolong org len lak. Cube kita tgk,

    Air tu tolak minyak ke atas, biler minyak kt atas, orang leh sedut minyak tu kuar. Leh la pakai minyak tu kat kete g surau.

    Sma la macam kita. Tak kisah la org tak nampak kita wat jasa pun, biarlah kita jadi silence contributor pn, biarlah kita kat bawah pun, biarlah kita saket ngn letih sket pun, biarlah wang ringgit habes melayang2, asalkan kita tengah tolong orang len yang nak tolong org len lak. Tak ke dpt saham sket. Senang 2 je kan. Orang yg kita support tu pun, bukan nk g wat bnda yg leh rosakkan kita. Dia cume perlu bantuan kita untuk men”optimumkan”kan usaha dia. Then, dr situ, usaha dia akan lebih lancar. Dapat tak?? Firdaus Senang kata la, sama2 lah kita menyokong kepada mana2 usaha yang bermanfaat kpd org len. Macam kita dermakan kat surau tyme hr jumaat, duit tu org2 masjid utk deco-deco masjid gak. So, masjid tu lebih la selesa. Biler selesa, senangkan satu kampong yg dtg utk tidor dengar khutbah.


    ”Hendaklah kamu tolong menolong dalam kebaikan dan ketaqwaan, dan janganlah saling membantu dalam perbuatan dosa dan permusuhan. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat keras dalam hukuman-Nya.”




    piousISsoleh

    ~Bisakah ku gapai~

    ...tq...

    ...mengarut...

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...