piouSpdosH

.:ASSALAMUALAIKUM:.




Alhamdulillah..seinfinit kesyukuran aku panjatkan kepada Allah SWT kerana tatkala ini masih memberi aku peluang untuk bernafas dalam dua nikmat terbesar which are nikmat ISLAM dan IMAN. Selawat dan Salam buat junjungan Rasullullah SAW serta seisi keluarga baginda dan juga sahabat2 baginda yang sama2 berjuang untuk menyebarkan agama Allah yang benar ini di muka bumi.


Sedikit perkenalan dari aku. Alhamdulillah, anak ke4 dari pasangan Abdul Halim Bin Saad dan Che Zainab Bt Md Hassan ini diberi nama Muhammad Firdaus Bin Abdul Halim. Menyambut ulangtahun kelahiran pada setiap 3 April bagi tahun Masihi dan 8 Ramadhan bagi tahun Hijri. Dilahirkan di Sungai Buloh, Selangor, namun, menetap di Bagan Serai, Perak. 


Seawal usia 5 tahun, sudah bersekolah di Madrasah Tarbiyah Islamiah Ad-Diniyah Kem Syed Putra, Ipoh. Mengenal lebih ramai kawan2 di TADIKA KEMAS Kem Syed Putra, Ipoh. Memulakan persekolahan rendah di Sekolah Kebangsaan Tambun, Ipoh dan juga Sekolah Kebangsaan Matang Gerdu, Bagan Serai. Kemudian, bersekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kurau, Bagan Serai dan juga Kolaj Islam Sultan Alam Shah, Klang.


Seusai Sijil Pelajaran Malaysia, meneruskan pengajian di Kolej Matrikulasi Kedah dalam jurusan Sains Hayat. Dan kini merupakan pelajar Bachelor's Degree of Mechanical Engineering di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam.


piouSpdosH


pious adalah satu perkataan bahasa inggeris yang bererti soleh. Manakala pdosH adalah hasil dari gabungan namaku dan juga ayahku. (pdos = firdaus, H = Halim).


Mula berkecimpung dalam dunia blog ini sejak dari tahun 2009. Dan kini mempunyai rakan2 yang sudi menyumbangkan idea2 mereka untuk sama-sama berkongsi dalam blog ini. 


Terima Kasih 


Terima Kasih khususnya kepada MC dan AM yang merupakan antara peyumbang entry untuk blog ini. Terima Kasih kepada rakan-rakan follower yang sudi untuk menjeguk blog ini




InsyaAllah..moga2 mampu untuk bergelar anak yang soleh, jurutera muslim yang soleh, suami yang mampu untuk memimpin isteri yang solehah.


~JOM BERUSAHA JADI SOLEH~

...tq...

...mengarut...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...