Monday, May 30, 2011

...aku masuk tv...

.:assalamualaikum:.

Alhamdulillah, masih lagi diberi pelbagai nikmat2 dalam hidup di dunia ini. Moga2 aku bisa mengumpul sebanyak mungkin bekalan2 untuk dibawa ke negeri kekal abadi kelak.

Semalam, aku dapat bertubi2 mesej. Semua ini gara-gara mereka2 melihat dan menyaksikan kewujudan aku dalam satu program realiti tv terbitan TV3.

Maka, semalam, seolah2 artis, aku melayan segala macam persoalan-persoalan mereka yang dianggap sebagai peminat *perasan giga nih, haha 

Actually, aku lebih kurang dua bulan yang lepas, aku ada attend satu rakaman untuk program Sejuta Impian. Mesti pelik kan, nape aku leh join rakaman tu. Sebenarnya, ada sorang abang ni, dia join program tu, then, dia jemput ktorg (aku dan kawan2 aku) jadi supporter dia.

So, start lepas zuhur sampai pukul 11 malam macam tu la tempoh rakaman. Siyes, penat! Tu baru jadi supporter. Hahaha.

So, tngok la promo ni;

Promo Sejuta Impian Episod 3

Mesti korang tercari2 mana la aku dalam promo ni kan. So, untuk menyenangkan pencarian korang, sila lah tengok gambar2 ni. Ada la, dalam 4 keping gambar je yang "agak" nampak muka aku. Yang len, sume terlindung. Hahaah




So, kalo nak tau apa itu Sejuta Impian, sile la KLIK SINI. Kat SINI pun leh gak. 

Since, episod 3 ni dah ditayangkan kt tv3 semalam, kalau nak tengok, leh je tengok kat tonton.com.my

Waktu Siaran Sejuta Impian ni adalah setiap hari Ahad, jam 7.30 malam. Oleh itu, kalo ingin menonton nya, sila lah sembahyang Maghrib dulu di awal waktu untuk mengelakkan anda terbabas waktu solat.


Tbe2, teringat lak time waktu rakaman tu. Kamera ada bersepah2. So, setiap masa kena cover macho. Menguap pun tutup mulut. Kalo gelak sopan giga. Bercakap pun slow2. Pendek kata, semua tindakan aku baek2 je. Yer la, tanak nampak cacat biler kuar TV *even sebagai supporter


Kan bagus kalo aku sentiasa wat benda2 mcm tu dalam hidup aku. Maksudnya, segala tindakan aku dalam kehidupan seharian adalah berada dalam batas2 yang dibenarkan. Bukan aku tak tahu bahawa aku setiap masa diperhatikan. Allah Maha Melihat. Maka, aku sentiasa diawasi. Namun, kekadang, tindakan2 aku tersasar gak dari landasan sebenar. Kenapa eh? Kalo lah aku sentiasa ingat bahawa Allah sentiasa melihat perbuatan2 aku, mesti aku akan cover2 dan akan ikut setiap suruhanNYA. Maka teman2ku, sama2lah kita saling ingat mengingati supaya kita sentiasa sedar bahawa Allah Maha Melihat.

Sunday, May 29, 2011

...MO NAK BAGI HADIAH. HANYA BUAT ENTRY "AKU INGIN BERUBAH"...



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Sekalung aprisiasi kepada Cik Aimaa Shameera selaku pengacara majlis, Yang di Hormati, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana dari Laman Muslimah Optimis. Seterusnya sidang pembaca yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, saya diberi kesempatan dan kekuatan untuk menghadirkan diri dan jiwa saya bagi menyertai MO NAK BAGI HADIAH. HANYA BUAT ENTRY  "AKU INGIN BERUBAH"

Sidang pembaca sekalian,

Saya tertarik kepada satu firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd ayat yang ke 11, mafhumnya;

“….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu 
sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….”

Apabila ditanya tentang "berubah", saya amat yakin bahawa setiap dari kita mempunyai senarai perkara-perkara perubahan yang mereka inginkan. Saya juga tidak terkecuali. Saya juga adalah diantara mereka yang mempunyai niat untuk berubah.

Sebenarnya, apa itu "berubah". Dari segi bahasa, berubah adalah satu kata kerja yang melambangkan tindakan yang diambil untuk melangkaui tindakan-tindakan yang biasa dilakukan. Dalam bahasa mudahnya, berubah adalah untuk menjadi lebih baik atau lebih buruk dari sebelumnya. Sebagai contoh, seorang anak yang baik berupaya untuk menjadi seorang anak yang derhaka kepada ibu bapanya. Ini adalah perubahan yang buruk.  Namun, anak itu juga mempunyai kecenderungan untuk menjadi hamba Allah yang soleh. Ini adalah contoh perubahan yang baik.

Sidang pembaca yang dirahmati Allah,

Jika ditanya kepada saya, apakah perubahan yang saya ingin lakukan. Secara normalnya, saya akan menyenaraikan beberapa perubahan-perubahan yang saya sekadar impikan untuk dilakukan. Sebagai contoh, setiap pagi, apabila bangun dari tidur, saya akan berfikir bahawa hari ini saya ingin berubah untuk menjadi seorang pelajar yang produktif di dalam kelas. Namun begitu, apabila di dalam kelas, saya tetap menjadi seorang pelajar yang biasa. Maka, saya tidak berupaya untuk menunaikan perubahan itu.

Seperti yang saya katakan, terlalu banyak impian-impian tentang perubahan yang saya ada. Namun, saya baru sedar betapa selama ini, saya hanya "ingin" berubah. Dalam erti kata lain, saya sekadar mengimpikan sesuatu perubahan itu berlaku. Kesannya, saya tidak berusaha untuk merealisasikan perubahan-perubahan yang sepatutnya diperlukan dalam diri saya.

Oleh itu, sidang pembaca sekalian, saya mempunyai satu perubahan yang saya perlu lakukan untuk mencapai perubahan-perubahan yang saya inginkan. Saya perlu berhenti mengimpikan perubahan, sebaliknya saya perlu bertekad dengan seupaya mungkin untuk merealisasikan perubahan-perubahan itu. Inilah perubahan yang saya inginkan. 

Mungkin, rakan-rakan pembaca masih belum jelas dengan perubahan saya ini. Biar saya perhalusi di sini. Selalunya, saya sekadar meletakkan impian untuk berubah. Oleh itu, usaha saya untuk mencapai perubahan itu hanyalah sekadar melepaskan batuk di tangga. Kesannya, sudah banyak perkara yang saya perlu berubah, namun, kebanyakkannya tergendala.

Maka, dengan itu, saya ingin berubah dari sekadar menjadikan perubahan itu suatu impian dengan berusaha semampu mungkin untuk berubah. Kerana dengan ini, saya amat yakin dan percaya, perubahan-perubahan yang tergendala akan menjadi realiti satu hari nanti. Sesungguhnya, usaha itu tangga kejayaan. 

Sidang pembaca yang dikasihi sekalian,

Sebelum saya mengakhiri kalam saya, saya tertarik dengan satu ungkapan;

"The man that decided to change on the 12th hour dies on the 11th"

Maka, dengan ini, saya mengajak rakan-rakan pembaca sekalian untuk bersama-sama dengan saya, berusaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikan perubahan-perubahan yang kita inginkan. Orang yang berfikir untuk berubah itu adalah orang yang berjaya. Namun, orang yang berusaha untuk berubah adalah orang yang beruntung. Berubahlah sementara kita masih  mempunyai kesempatan.

Hari ini mesti lebih baik dari semalam.

Sekian, Terima Kasih. Assalamualaikum.







Saturday, May 28, 2011

mengapa berkahwin?

..:: Assalamualaikum ::..

Syukur padaNya.Kerana masih diberi peluang hidup di bumi dgn nikmat iman dan Islam.

Kahwin kahwin kahwin.
Semua orang pon nak kahwin.
Termasuk la bos.kan2?
Entry2 dia sebelum dh mcm2 yg dia plan.Plan itu plan ini.Auuw.Gatal gitu.
Besnye dpt kene kan bos kat sini.hahahahahaha.

Tapi bagi aku itu normal.
Sbb kahwin itu fitrah.Dan kita tak boleh nak lawan fitrah.
Sape yg lawan fitrah,dia mcm cuba utk melawan Allah.Betul tak?

Tapi,persoalannya kat sini,untuk apa sebenarnya kita berkahwin?
Aku sebelum2 ni tak pernah terfikir kenapa manusia berkahwin.
Kalau terfikir pon mesti aku fikir sbb alang2 dh suka sama suka,kawen je la.

Tapi,lepas je aku baca tazkirah ustazah aku ni kat FB dia,baru aku faham kenapa kita berkahwin.
Bukan suka2.
Kalau tak,takkan lah Rasulullah S.A.W mengatakan berkahwin itu adalah sunnahnya.
Jadi,kawen pasti ada tujuan yg betul2 tujuan.
Bukan tujuan2 yang dicipta sendiri.
Tapi ia sebenarnya bertujuan utk kita memahami siapa Tuhan,siapa hamba.

Jadi,aku kat sini nak share apa yg ustazah aku dah tulis.
Aku tahu mcm panjang.Dan kalau bnde pjg orang pon malas nak baca,termasuk aku.
Tapi cuba baca dan fikirkan.


Mengapa berkahwin?
Mengapa perlu menjadi suami isteri?
Kalau kita minta jawapan kepada kebanyakkan orang
Jawapannya hampir sama sahaja
Jawapannya itu ialah untuk hendak menunaikan
Tuntutan naluri semulajadi
Atau hendak menunaikan tuntutan biologi
Kalau tidak, sepi atau tidak bahagia dalam hidup ini
Atau tidak ada hiburan.

Kalau jawapan ini jadi pegangan ramai orang
Maka tujuan berkahwin itu sudah terlalu sempit
Dan bernilai murahan
Tujuan itu secara tidak disedari
Manusia telah menjatuhkan taraf dirinya kepada haiwan
Kerana haiwan berkahwin kerana tujuan ini juga
Sama-sama tidak ada cita-cita masa depan
Dan lebih global

Kalau itulah tujuan berkahwin itu
Sekiranya tujuan itu terbantut
Ertinya maksud perkahwinan itu ternafi atau batal
Apabila ternafi atau terbatal
Hilanglah bahagia, tidak ada hiburan
Seperti sakit, keuzuran tuntutan batin
Yang tidak diduga, setelah tua

Orang mukmin sejati,
Yang takut dan cintakan Tuhan
Faham maksud perkahwinan
Berpandangan jauh, berjiwa besar, bersifat global
Tujuan perkahwinan lebih jauh
Daripada yang dinyatakan
Inginkan mengikut sunnah Nabi
Menghiburkan Rasul
Ingin mendapat zuriat yang banyak, bertaqwa pula
Dapat menyambung perjuangan ibu ayahnya
Agar Islam terus bersambung
Ibu dan ayah dapat pahala
Hasil perjuangan anak-anaknya
Selain itu, suami isteri ada kawan untuk berbincang
Tentang Tuhan, Islam, perjuangan Islam
Tentang nasib umat Islam
Berbincang tentang ilmu, nasib agama, bangsa dan negara

Orang yg menghayati apa yg telah disebut tadi
Ia adalah satu hiburan, kebahagiaan dan kepuasan
Tuntutan naluri atau tuntutan biologi itu
Sudah maklum terjadi sendiri bila ransangan terjadi
Tapi bukan matlamat utama di dalam perkahwinan
Matlamat utama lebih besar dan lebih jauh dari itu

Seperti yang dinyatakan
Orang yang berkahwin
Yang mempunyai cita-cita yang besar
Terlalu banyak hiburan sebagai suami isteri
Memperkatakan Tuhan, perjuangan, nasib umat Islam
Itu kebahagiaan dan kepuasan
Bahkan satu keindahan
Kalau naluri kurang dapat ditunaikan
Banyak lagi hiburan yang lain
Seperti yang telah disebutkan
Jika kebahagiaan rumahtangga
Terletak pada tuntutan naluri sahaja
Itu orang tidak ada cita-cita besar
Orang yang tidak berpandangan jauh daripada perkahwinan
Oleh itu tidak timbul cakar harimau, bukan itu matlamat
Cakar harimau tak payah diajar-ajarkan
Itu sangat memalukan
Oleh itu jangan dibesar-besarkan
Bukan itu matlamat perkahwinan
Mengajar suami isteri semata-mata tuntutan naluri, macamana, bagaimana
Ini mengajar orang Islam bercita-cita murahan
Padahal cita-cita pekahwinan dalam Islam,
Cita-cita yang mahal,
Cita-cita yang murni,
Cita-cita Islam, cita-cita yang cemerlang
Cita-cita Islam dan umat Islam masa depan
Orang yang bertaqwa itulah hiburan,
Itulah kepuasan, itulah kebahagiaan
Itulah cita-cita umat Islam yang silam
Di dalam perkahwinan

Mari kita anjakkan paradigma kita
Tentang memahami perkahwinan.
-Semoga para pembaca dpt berfikir dan mengambil manfaat....=)

by:ustazah sumaiyah sulaiman




-kenapa aku rasa mcm tak pernah tgk scene ni dlm KCB walaupun dh puluhan kali aku ulang tgk cite tu?.ke ni cite lain?-


Friday, May 27, 2011

...Special Topics...

.:assalamualaikum:.

Alhamdulillah..masih lagi berupaya untuk menunaikan Solat Subuh di pagi Jumaat ini. Alhamdulillah, masih juga berupaya untuk menjenguk belog aku nie. Thnax to MC for the latest entry. Nice beb!

Hari nie, semua pelajar UiTM akan buat Pre-Registration untuk courses sem depan. Maka, kitorg yang bakal menjengah sem 7 dr Fakulti Mekanikal nie tengah pening nak decide untuk Special Topics. Tu tak cerita lagi pasal Final Year Projects (FYP). Sah2 la lagi berkusut fikir. 

So, research demi research dah dibuat. Senior demi senior dah ditemui. Discussion demi discussion dah dibentangkan. Akhirnya, Alhamdulillah, sudah mampu untuk membuat keputusan. Mungkin bukan keputusan lagi barangkali. Lebih kepada finaize perancangan. Ya, kita hanya mampu merancang. Ingat! Kita merancang, Allah juga merancang. Namun, perancangan Allah jauh lebih baek dari kita.

"Antara Minat, Kawan dan Keupayaan"




Mungkin, inilah indikator2 atau manipulator yg digunakan mereka2 untuk memilih. Ada yang lebih meletakkan minat sebagai asas kepasa pemilihan. Ada juga sekadar mengikut kawan2 umpama belangkas yang sentiasa melekat. Ada juga masih blurr mencari akibat terlampau tertekan dengan mereka2 yg sudah berupaya merancang.

AKU??

Ntah..ikut minat dan keupayaan barangkali. Mungkin, ada juga sipi2 kriteria pemilihan berdasarkan pengaruh kawan. Actually, masih lagi buntu mana satu bidang pengkhususan. Kata orang, Oil n Gas itu tiada life, tp bisa kaya mengalahkan pegawai bank. Kata orang lagi, Construction itu menarik, tp kena jauh merantau mencari site. Kata orang HVAC itu seni, tp setiap masa dgn mesin, apakah?!  

Lecturer pesan, Special Topics sanga membantu dalam mencari kerja. Maka, pilihlah sebaik mungkin. Satu persoalan bermain2 di kepala? Apakah aku tidak bisa kerja andai tersalah pilih Topics2 yang Special? 

MEREKA??

Barangkali sudah ada pemilihan. Sudah ada perancangan. Sudah jelas matlamat mereka. DUIT. KERETA. BANGLO. ISTERI. ANAK. Alhamdulillah, mereka berupaya merancang. Mungkin, boleh bertenggek celahan mereka mencari matlamat aku pula. 


SWOT


Apakah itu? Dia kata membantu untuk merancang. Hmmm.. S.W.O.T analysis. S is for Strengths. W is for Weaknesses. O is Opportunities and T stands for Threats. Macam mudah. Berupaya membantu. Perancangan yg sistematik. Perancangan dari hati sendiri.

BALIK PADA "DIA"

Apa2 keputusan perancangan ini haruslah dibalikkan kepada DIA. Maknaya, segala2nya kerana Allah. Baru rasa manisnya hidup sebagai seorang pelajar. Aku yakin, semua pilihan2 itu ada erti tersembunyi. Maknanya, ada mesej2 yg akan disampaikan atau akan kita dapat secara tidak langsung. Bersedialah! Ayuh!





"hidup di dunia ini seperti perjalanan yang terlalu panjang dan terlalu banyak perhentian sementara, sehingga kadang2 terlupa sebenarnya diri ini hendak ke mana"

result degree uitm 17 Jun.lalalala~

..::Assalamualaikum::..

Alhamdulillah.Aku masih berkesempatan utk menulis lagi.

hakikatnya,mood aku skrg adalah: 

CUAK!! 

Kalau dlm stage cancer ni,aku ada dalam stage yg ke-4!Iaitu INVASIVE STAGE dimana kebanyakan orang akan 'padam' lepas mengalami stage ini.







sudah tentu korang pandai mmbaca kemudian memahaminya kan?

Alahai.
Sblm ni kata 2 Julai.Girang lah hati time tu.Skrg,rasakan!!

Tibe2 teringt pulak structure ubat ciptaan sendiri mase exam.Bukan satu yang aku cipta.Tapi banyak!Dan kesemuanya kelihatan begitu pelik dan hodoh sekali.

ada la serupa gini peliknya



Tapikan,lambat laun keputusan tu kita akan pasti hadapi!
mcm MATI.

Jom sama2 kita doakan supaya Allah bagi kejayaan yang terbaik buat kita dan kawan2 kita.
Kalau kita doa,jgn lupa tolong doakan kwn2 kita sekali.
Berjaya ramai2 kan lagi best dri sorang2.
Kan?

Jgn jadi sombong. 

Berdoa,

Biarlah ikhlas,
Dan sungguh2 dari hati. 



-MC-


~semoga lulus paper endocrine dgn pharm analysis~



Tuesday, May 24, 2011

...Apa Korang Rasa??...

.:assalamualaikum:.

Alhamdulillah..demam dah makin ok. Dah stabil kata bahasa perubatan. Rmai tnya aku, cepat nyer baek demam? Apa ubatnya? Haaa..senang je ubat nye. 

Aku ada kawan yang sangat caring

Yang observed segala aktiviti aku. Tyme aku kena makan ubat, ubat dah tersedia. Tyme aku kena mandi, aku kena heret ke toilet. Tyme aku tak makan, tbe2 bubur mekdi dh ada tepi aku. Dan InsyaAllah, cepat la baek demam. Jangan lupa gtaw mak ayah yg kita demam, sbb for sure dorg akan doakan supaya kita cepat sembuh. Dah terang lagi bersuluh kan doa mak ayah antara yg dimakbulkan :)

Hmm, actually, nak cter psal bnda laen. Tbe2 malam tadi aku teringat peristiwa beberapa tahun lepas (sebelum berada di UiTM). Aku tengah tdor. Dalam pukul 3 barangkali. Tbe2, aku terbangon. Bukan sebab mimpi yang ngeri, tapi sekadar tibe2.

Dan akibat tibe2 itulah, aku terdengar perbualan dua orang kawan. Perbualan?! Yaa.. perbualan mengenai aku yang lebih menjurus kepada keburukan2 aku. Yaaa! Aku dengaq depa duk rancak kutuk aku (dalam bahasa utagha nya). Astaghfirullah! Apa korg rase?

Apa korg rase lagi, rumate korang yg dalam bilik pijak semut pun tak makan, tapi kat belakang menjaja citer buruk pasal korang?? (yang ni aku tak pernah rase)

Apa korang rase, biler korang kol sorang nie, dia tak angkat dengan niat, tapi dia angkat dengan tidak sengaja. Kemudian ko tengah dengar dia duk berceloteh keburukan ko? (yg ni pun aku tak pernah rase)

Lagi satu, apa korang rase, bler ex korang yg korang yg dh clash tu, satu hari korang terbaca wall dia tgh rancak kutuk ex dia gak which is kau. Mungkin dia terlupa untuk unfriend kau, dan kau gatal2 bukak wall dia sbb rndu la konon, last2 kena kutuk. Hahaha (ni pun aku tak pernah rase sbb aku takde awek)


So, berdasarkan situasi2 di atas..apa yg kita akan buat untuk deal ngn benda2 nie. Sah2 la hati kita akan terguris. Kalo bebudak laki, sah2 la penumbukan demi penumbukan akan berlaku. Kalo perempuan lak, sah2 la satu lagi tali silaturrahim terputus.


FRIENDS Season 2

See!! 



Macam dalam citer di atas, sebagai orang yang normal, maka, tindakan yang normal adalah dengan melepaskan kemarahan dan kebencian dekat orang "tersebut". Ya! Itu tindakan yang biasa untuk orang yang biasa. (teori orang normal)


Mengapa kita perlu jadi biasa di kalangan yang biasa??


Maka, jom try jadi insan luar biasa. Atau dalam bahasa pasarnya, orang di luar normal. Erk?! Atau orang kurang normal. Let's us thinking bout that, kalo orang tu tgh "citer" pasal kita kat orang laen, maka, segala logik pemikiran orang yang normal mesti ada something kat kita yang dia tidak berapa senang dan berapa puas hati. Betol tak?!


Mungkin kita tak berapa paham, kenapa dia perlu buat macam tu kan. So, kita berbalik pada  teori orang normal tadi. Sebab dia normal la dia wat mcm tu. Kalo dia di luar normal, dia kan berhadapan ngn dia dan face-to-face ngan kita untuk sampaikan apa yang dia tak puas hati. (teori orang di luar normal)


So, tak kan kita nak tangani benda nie dengan teori orang normal jugak kan? Jom! Jom kita try teori orang di luar normal. Kalo orang yang normal sedang menjaja cerita pasal kita kat orang normal yang lain dan kita terdengar secara tidak sengaja, maka kita patot bersyukur kerana secara tidak sengaja kita dah tahu benda yang mungkin kita wat yang tidak menyenangkan orang lain. Then, kita patot berterima kasih kat orang normal tu. Sebab kita dah jadi orang yang di luar normal. Orang luar biasa! (teori orang di luar normal)


Susah bukan?!


Yaa..seriously, memang susah. Tapi berbaloi! Pertama, kita akan terus tidak terasa dengan kutukan dia. Kedua, kita telah berusaha untuk menyenangkan hati dia. Dan ketiga, kita telah menarik dia untuk menjadi orang di luar normal macam kita. Tahniah!


So..


Ketepikan teori orang normal. Hadamkan teori orang di luar normal. Maka, kita akan jadi orang luar biasa. Ingat, memang susah benda nie, tapi jalan ke syurga itu bukan senang!






~JOM JADI LUAR BIASA~


p/s: ini entry yang panjang. Sekali lagi, maafkan aku Hafiz Hafizol. Aku tau kau tak suke baca panjang2.haha

Monday, May 23, 2011

Original VS Generik.Oh apakah?

::Assalamualaikum::

Selamat berjumpa buat kali yg pertama.Hehe.Sebelum tu,nak perkenalkan diri dulu.Aku,MC.Aku ni sebenarnya teringin nak ada blog sendiri.Tapi,rasanya, mcm xreti nak buat dan aku seorang yg sgt2 la pemalas.Bila pemalas,xde maknenya la nak ade blog sendiri.Jadi dgn tak malunya,aku pun menyibuklah dlm blog kwn aka bos aku ni.


Bos aku ni asek membebel mintak aku buat entry.Tapi aku tak tahu nak buat pasal apa.Dan aku sebenarnya tak pandai nak mengarang ayat pon.Sbb tu mase skolah2 dulu aku selalu dpt markah yg hampeh bila ujian.Naseb baik spm tu..hehehe..Ok nak vangga 5 saat!

Jadi,disebabkan takde nya langsung idea yg menarik,aku rasa kalau aku bagi info pasal bidang aku ni pon ok jugak.Lain sikit dari post2 bos aku sblm ni.Tp aku bkn pandai sgt pon.Jadi aku akn terangkan serba ringkas apa yg aku tahu pasal benda ni.Tapi bkn menyeluruh.Kalau nak penuh2,nanti aku bagi nombor fon lecturer aku kt korg.So,korg boleh la tnye dia.

Ok balik pada tajuk.Korg mesti dlm hidup ni penah mkn ubat kan?Sapa yg tak pernah tu mmg dia kebal tahap dewa lah.Sebenarnya,apa yg aku cuba sampaikan ni mmg bende yg sgt2 perlu dan sgt basic yang korg tahu pasal ubat.Aku sblm ni kalau makan ubat pon pakai hentam je.Tp bila dh blaja sikit2 ni,bru la aku insaf sbb aku bru tahu kepentingannya.So,jom baca!tambah ilmu!

Ubat ORIGINAL?
Ubat original ni adalah ubat yang asal yg dikeluarkan oleh sesebuah syarikat.Selepas sesebuah syarikat lakukan R&D dan dpt temui satu ubat,dan time tu tak ada syarikat lain yg hasilkan ubat tu,so ubat tu adalah milik syarikat tu.

Untuk pengetahuan korang semua,bila satu2 ubat nak keluar kat pasaran bukannya mudah.Ada ubat yg mengambil lebih dri 10 tahun,kdg-kdg 20 tahun utk di marketkan.Dan kos nya mmg la bejuta lemon dan bebilion.Ubat2 ni jugak akan melalui mcm2 fasa sblm boleh di marketkan. Setiap fasa tu mmpunyai syarat yg sgt sgt sgt sgt sgt STRICT!Kire ubat2 yg dh ade kat pasaran tu mmg terer la sbb diorg dh lepas semua fasa-fasa tu.Mase first year dulu aku ade blaja phase2 nya.tapi skrg aku dh lupa. Maklumla,umo dh meningkat.hihi.

So,bila ubat tu dh lepas sume fasa-fasa tu,nama ubat tu akan di patenkan utk bberapa tahun.kire utk hak milik la ni.Brape tahun tu depends jugak.Ada yg 20 tahun dan ada yg lebih.Ak pon xarif sgt pasal tempoh2 paten ni.Sori.

Utk contoh ubat yg still dlm di paten skrg adalah sidenafil nitrate atau nama famesnya Viagra®.Org laki kompem tahu ubat ni kan.Org yg menggedik2 dari lelaki nk jadi perempuan tu pon aku rasa tahu jugak.Kt dlm dunia ni,xde mana2 syarikat yg kluarkan Viagra® selain dri syarikat Pfizer.



Contoh lain ubat yg dah habis tempoh paten plak,mcm Augmentin®
 yg mengandungi amoxycillin+clavulanic acid.Ia sejenis antibiotik.Ala,korg selalu kot makan ubat ni kalau demam ke ape ke.Disebabkan ubat ni hak milik paten nye dh tamat,so boleh la syarikat lain amik structure ubat tu dan kandungan lain dan produce ubat yg sama.Contohnya mcm Pharmaniaga.Diorg keluar kan ubat ni tapi dlm brand yg berbeza iaitu Co-amixoclav®


.
Ubat generik?

Ubat generik ni adalah ubat yg sama seperti ubat original.Cume ia di produce oleh syarikat lain. Mungkin berbeza bentuk,warna,rasa.Tapi kandungannya dan kegunaannya sama je dgn original.

Contohnya mcm yg kat atas td tu Co-amixoclav®.Contoh lain mcm paracetamol. Mcm2 brand ade kat pasaran.Kita ada Panadol®,Uphamol 650® dan lain2 lah.Takpun loratadine.Ubat selsema yg sgt fames dikalangan student sbb ia tak menyebabkan ngntok.Yg original tak silap aku namanya Clarinase®.

Harga?
Harga utk ubat original konfem lagi mahal dri generik.Sbb nya diorg kene kaver kos R&D utk pembuatan ubat tu.Berbanding dgn generik,diorg just amik sturucture ubat yg dh di invent oleh syarikat tu dan produce balik.So,tiada kos yg diperlukan utk R&D disitu.

Dan utk pengetahuan korang,lebih 50% ubat yg digunakan kat hospital adalah ubat generik.Sbbnya kosnya lagi murah berbanding original.

Kegunaan.
Kegunaan ubat ni sama je.Sbb kandungan bahan aktif dlm tu semua sama.So,ubat generik ni mmg selamat digunakan.

Jadi lepas ni, korang kalau gi farmasi nanti xyah la kecoh2 kalau xdpt ubat yg sama mcm yg korang nak atau yg mcm korang gunakan sebelum ni.Apa yg korang patot buat adalah,lepas tukang kedai bagi ubat tu,korang tgk active ingredient nya,sama atau tak dgn ubat yg korg guna sebelum ni.Dan juga,tengok dos nya.Itu yg plg penting.Pharmacist ni sebenarnya,berhati perut jugak.Diorg nak bagi patient beli ubat yg murah.Tapi kdg2 patient ni nk jugak yg original.Padahal benda yg sama.Kesan pon sama.Tapi nak jugak hentam pharmacist tu kaw2.Alahai!

Dan bile sebut pasal murah2 ni,aku nak bagi satu contoh.Disebabkan aku takde farmasi sendiri lagi,so aku bagi contoh harga ubat yg ada dekat klinik Dr Azwan ni.Dia kata,ubat original iaitu Norvasc 10 mg yg mengandungi amlodipine besylate utk darah tinggi harganya rm 4.80 sebiji.dan ubat generiknya Vamlo yg ade amlodipine besylate gk yg dikeluarkan syarikat Ranbaxy berharga rm 2.50 sebiji.Tengok,brapa ringgit yg korg dh jimat kalau korg guna ubat generik.Kdg2 sesetengah org tak percaya ubat generik sbb katanya tak bagus la.Sbb bkn yg ori.Padahal kesannya sama je.

-kalau dlm exam,aku benci kalau dia suruh lukis stucture2 ubat mcm ni-


Kesan.
Disebabkan ubat ni mengandungi bahan aktif yg sama,jadi kedua-dua jenis ubat ni akan bagi effect yg sama kat si pengguna.Ubat2 ni akan menjalani proses yg sama dlm badan kita.Samada distribution of the drug thruout the body, its metabolism ataupun excretion of the drug from our body.aku rasa kelakar kalau aku melayukan term2 ni.

Bagi ubat generik,sebelum di keluarkan kat market,dia juga akan jalani ujian dimana utk memastikan ubat tersebut dapat memberi kesan yg sama mcm ubat original.So,no worries utk guna ubat generik lepas ni.Hehe.

Ok.Tamat membebel.

Di harap info yg xseberapa dari seorang yg masih tak cukup ilmu ni dpt mmbantu korg.Kalau bosan dgn post ni sorry bnyk2.Lain kali,aku post lagi.Dan kpd mana2 pharmacist kot2 ade yang terbaca bende ni kalau ade silap,sila kasitahu ye. Maklumlah bdk baru belajar.Sblm terlupa,aku nak bg kredit kat Dr Azwan. Aku ade amik info skit dri blog dia tapi aku lupa link dia.Tapi aku tak plagiarize eh.Cume jd reference je.Tenkiu tuan doktor!hehe.Ok korang.Bye!Wassalam.

"KNOW UR MEDICINE,ASK UR PHARMACIST!"

Sunday, May 22, 2011

...catatanku...

.:assalamualaikum:.

Alhamdulillah, walaupun demam tak kebah lagi, telinga aku masih berupaya untuk mendengar. Maka, aku pun dengar la koleksi2 lagu aku. So, nak share satu lagu dari seberang. Hehehe.


Ni antara lirik2 yang aku suke

Mengapa semua menangis
Agar aku selalu tersenyum
Usap air matamu
Aku tak ingin ada kesedihan

Burung sampaikan nada pilu
Angin terbangkan rasa sedih

Tuhan, terserah padaMU
Aku ikut mahuMU Tuhan
 

...keseorangan...

.:assalamualaikum:.

Alhamdulillah..masih lagi diberi kesempatan untuk hidup. Moga hidup aku hari ini lebih bermakna dari semalam.

Alhamdulillah juga kerana Allah berikan aku demam. Kerana dengan sebab itu, aku bakal lebih menghargai sihatku nanti. InsyaAllah.

Alhamdulillah juga Allah tinggalkan aku keseorangan hari ini. Kerana dengan itu, aku bisa selalu ingat aku ada Allah!
 
Credit to CandyChipsmore

Tertarik dengan "Law of Friendship" ini. Dihadiahkan oleh kawanku 

"Never make your friend feel lonely"
"Jangan sesekali biarkan kawan anda keseorangan"

Nice! Maybe, most of my fwens tak taw kot law n..hehe..sbb tu aku sorang2 hari ni..haha

Actually, aku paling benci weekend biler kat kampus. Siyes! Kalo boleh, aku nak ada weekdays je. 

Kenapa?? 
Sebab, biler weekend je, aku akan sorang2. 

Kenapa?? 
Sebab aku takde awek, aku takde moto, aku takde kawan yg nak ajak aku lepak. 

Kenape?? 
Sebab aku tak ada awek, aku tak kaya nak beli moto, aku tak mampu nak bayar duit minyak. 

Kenape?? 
Sebab kalo aku ada awek aku akan lupe kawan aku, family aku org sedang2 je, aku nak simpan duit sbb nak kawen cepat2!

Mengade2 kan aku? Hahah. Tapi inilah kehidupan aku pada weekend. Kosong. Naseb bek ada kawan maya. Naseb bek ada Facebook, Twitter, Belog. Nseb bek ada citer FRIENDS. Leh bayangkan aku akan dapat kawan mcm dalam cerita tu.

Sedih??
Takde la. Dah biasa pon. Alah bisa tegar biasa.

Abes tu, nape bising2??
Sebab, aku nak tacink malam ni. Aku nak rase sedih jugak. Orang kate, hidup nie bukan sekadar untuk gembira.

Dah ok??
Dah2..dah lama dah. Tapi weekend minggu depan jadi balik.Takpe2 biasa dah =)

so??
Teruskan hidup! Dan ingat

"Aku tak pernah keseorangan, sebab aku ada ALLAH!"




Friday, May 20, 2011

...kaWan...

.:assalamualaikum:.
Alhamdulillah..masih lagi diberi kesempatan untuk meng"update" dalam belo aku nie walaupun agak busy dengan kelas plus tengah demam skang nie. 
Pertama2nya, meri kita sedekah kan Al-Fatihah kepada seorang blogger iaitu pemilik kepada belog "telur dibasuh" yang telah kembali ke rahmatullah pada hari khamis bersamaan 19 May 2011. Alhamdulillah, ramai kenalan2 maya mendoakan beliau dan sedekahkan Al-Fatihah kepadanya. Moga2, beliau ditempatkan bersama para solihin. 
Tbe2 terfikir lak, kalo tyme aku takde nnt, ada ke yang akan ingat aku. Hmm..so, biarkan masa yang tentukan. Sah2 la tyme tu aku pun tak tau kan sape yg ingat kt aku sebab aku dah kat tempat laen. Kalo ada, aku ucapkan terima kasih la banyak2 sebab sudi jadi kawan aku.
credit to MC
Tadi, tengah godek2 laptop, terjumpa satu gambar ni. Kawan baek aku kasi. 
when things don't quite go your way,
save me in your playlist,
so you won't forget this,
"you still have me on replay"

credit to YUNA
Kekadang, biler aku duk sorang2. Aku selalu terfikir.
"KAWAN tu apa?"
Ramai gak kawan FB aku

Ntah..I have no idea. Maybe, kawan2 maya dari SB, FB,TWITTER adalah kawan. Mungkin, kawan2 sekolah2 lama dr SK TAMBUN,SK MATANG GERDU, SMK SRI KURAU, KISAS adalah friends. Barangkali, kawan2 dari KMK, UITM adalah pengyou. 

"KAWAN tu macam mana?"

Aku impikan kawan macam dalam citer ni

Ntah..I have no idea. Maybe, kawan tu macam dalam lagu Kawan nyanyian UNIC. Mungkin, kawan tu macam kawan2 dalam citer FRIENDS. Barangkali, kawan tu adalah mereka2 yang ada dalam gambar2 aku.

So..ada banyak jenis kawan. Ada kawan baek, ada kawan jahat, ada kawan rapat, ada kawan rak berapa rapat, ada kawan maya, ada kawan dunia realiti, ada kawan makan kawan, ada kawan pentingkan kawan. Macam2 jenis kawan ada.

Maka, terpulanglah kepada kita nak jadi kawan yang macam mana. Eh, kenapa aku cakap terpulang kepada kita?? Yer la, cube kita fikir balik, kita juga adalah kawan kepada kawan kita. Kalo kita mahukan kawan yang baek, kita kena la jadi dulu seorang kawan yang baek kepada kawan kita. 

Maka, janganlah mengeluh kalo kita ada kawan yang leh makan kita tyme dia lapar sedangkan kita pun pernah telan kawan kita tyme kita tak kenyang. Berbelit2 kan aku cakap. Tapi, inilah kehidupan.

Dan, kalo kita dah beri terbaek kepada kawan kita, tapi dia tidak memberi terbaek kita, kita tidak perlu berasa apa2. Sebab, kita memberi bukan kerana dia dan DIA. Tapi kita sedang memberi untuk menerima sesuatu dari dia. Belajarlah memberi bukan untuk menerima. Then, kita akan rase, manisnya berkawan
So, pinjam kata2 ni dari seorang kawan maya;

"We get do frustrated when friends only come to us when they need something or when they are troubled and need us to make them feel better. Just imagine how many times we do that to ALLAH. Yet ALLAH continues to listen to us and forgive us for our ungratefulness"

Aku sayang kawan2 aku

...tq...

...mengarut...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...