Sunday, January 23, 2011

...M.A.R.A.H...

Assalamualaikum...

Hmm..tibe2 rajin lak nk wat post baru. Sambil2 tgk Badminton td ngn sambil log in kt daily logbook, alhamdulillah, dpt idea utk share something..

"Aku bukan nak marah, tp kalo aku x marah, ko wat salah lg"
-si A bermarah dgn nada yg marah

"Budak ni!!!, mak cakap skali dengar je la"
-ngomel Mak Cik B memarahi anaknye yg setahun baru

"Sy nak sebarang kesilapan pon, kalo x, u're FIRED!!"
-herdik Bos C tak tentu psal

Ya..BENAR! Aku pun suke marah. Ntah..rse mcm berkuasa biler marah org..Rse bahagie je tgk muke org tu cam nk nangis. Lihatlah dunia, aku insan hebat!

Adeh~ Ni lah yg barangkali aku rase biler marah org. Marah kwn2 aku ke, marah anak buah aku ke, or marah adik2 aku ke. Tp since i was in real working life, n aku berada di bawah org (~senang kata like junior, so, mmg kna buli la), baru aku rase kesan kna marah.

Siyesly, biler kna marah dpn org rmai, terdiam gak. Lebih rela kna tumbuk skali je coz saket tyme kna tumbuk je. Dr kna tengking dpn org rmai, saket nya lama kot..

"Hmm..no hard feeling ea"
-Ujar si D, memohon maaf barangkali

Susah kot nak hilangkan kesan sakit kt hati ni. Mulut mmg leh kata, "Yes..it's ok" tp dlm hati ni duk sumpah seranah, carut mencarut n memaki hamun sape yg tahu kan. (Except ALLAH YANG MAHA MENDENGAR). Astaghfirullah..sia2 je dpt dosa kering.

So, untuk diri aku, aku ingin ingatkan. Kawallah marah mu. Jagalah jiwa sekitarmu. Semaikan kasih sayang pd mereka. Terkesan aku dengan Surah Al-Insyirah (some tafsir sebut Ash-Syarh);
[1]
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu, dadamu
(wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?

[2]
Dan Kami telah meringankan daripadamu, bebanmu (menyiarkan Islam) -
[3]
Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
[4]
Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
[5]
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa
sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

[6]
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya
tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

[7]
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh),
maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

[8]
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon
(apa yang engkau gemar dan ingini).


Subhanallah! Indah sungguh Surah ini. Hati begitu tertarik dgn ayat ke 5 & 6. Ya! Tiap2 kesukaran disertai kemudahan. Itu janji Allah. Yakinlah. Namun, pernah kah kita terfikir, mengapa ayat ini diulangi sebanyak 2 kali? BENAR! Sebagai penegasan adalah satu jawapannya. Tetapi, hati ini begitu tertarik dgn kupasan seorg insan ini.

"Sekadarkah kita, ayat ke 5 & 6 ini mempunyai unsur psikologi. Psikologi bagaimana? Dalam kajian, insyaAllah, hati manusia bisa lembut jika perkara yg hendak ditegurkan itu diulangi (repitisi) dengan nada yang lembut. Lihat! Contohnya;

"Adik, jom solat dengan abg"
Namun, adik kita masih lg berdiam diri leka menonton.

"Adik, kita solat dulu, lpas ni kita tengok tv balik"
Mungkin hati dia sudah sedikit terkesan.

"Jom teman abang solat. Kita solat sma2"
InsyaAllah..


Ya..kita sedang mahu menegur. Tapi bak kata pepatah orang melayu,
"Bagai menarik rambut dr dalam tepung, rambut jgn putus, tepung pula jgn berselerak"
Itulah metode nyer. InsyaAllah..dgn izin Allah, lembutlah hatinya. Cube kita reflect dlm kehidupan kita, seringkali kita memarahi orang lain, kekdang kita kategorikan sebagai menegur. Tp menegur kah dgn mengherdik di khalayak ramai? Menegurkah bila suara ditinggikan?

MasyaAllah..indah sungguh kupasannya. Ringkas. Namun, amat terkesan. Mungkin sangat terkesan biler baru sahaja diherdik. Biasalah, hati manusia. Sentiasa berbolak balik. Maka, kita perlukan sesuatu untuk sentiasa meng"guide"nya agar terus tetap.

"Jangan marah, nnt cepat tua"


piousISsoleh
~Bisakah Ku Gapai~

Saturday, January 22, 2011

...berSyukur...




“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu,
dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”.
(Ibrahim:7)

Assalamualaikum..

Astaghfirullah..semacam tidak bersyukur diri ini. Ya Allah, ampunkan dosa2 aku. Betul kata junior aku;

"....manusia memang x kan lari dari rasa cemburu..
fitrah manusia memang nak yang terbaik untuk diri sendiri...
sebab itu islam ajar cara untuk bersyukur..
jadilah insan yang bersyukur..."

Alhamdulillah..Allah datangkan aku dengan peringatan ini. BENAR! Aku belum ckup bersyukur. Kalo tidak, masakan aku boleh mengeluh. Masakan aku bisa berasa cemburu. Allah! Ampunkan aku. Maafkan aku teman2.

Ya..mungkin ini bukan rezeki aku. Namun, Allah telah kurniakan dgn bermacam2 nikmat. Sedarlah wahai aku! Perhatikan satu persatu nikmat2 itu. Sudah cukupkah aku bersyukur? Cukuplah menjadi insan yang tamak. Kembalilah kepadaNya.

Kepada yang meningatkan. Terima kasih kerana ingatkan aku. N teruslah mengingatkan aku agar aku terus teringat =)




piousISsoleh
~Bisakah Ku Gapai~

...3 in 1...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, masih belum terlambat utk bersyukur atas keputusan yg Allah berikan. Namun, disebalik itu, aku jd makin takut.

Apakah aku akan terus bersyukur?
Apakah aku akan jd hamba yg angkuh n riak? (~nau'zubillah)
Apakah aku akan terus leka?

InsyaAllah..aku sedang berusaha menjadi aku yg aku (sperti dalam post sblm2 ini =))

***
Sekarang, ramai kwn2 aku sedang menjalani praktikal. Bermacam2 cerita dh dikongsi bersama. Berlainan versi "layanan" dan "pengalaman" yg telah dikutil sahabat2 n kawan2 aku. Kini, mata beralih pula kpd calon2 pelajar praktikal ke luar negara. Alhamdulillah, tahniah kpd mereka.

"Rezeki mereka!"

Ungkap aku pd rakan2. Mungkin sedang memujuk hati yg kdg2 diketuk rasa cemburu. Mana mungkin "mungkin", seharusnya "Pasti".

Mereka bertnya,

"ko x jeles ke x dpt pegi oversea?"

Balas aku,

"X de lah..CV pn x hantar..mna nk dpt"

Balas mereka,

"Ada je yg x hantar, tp dpt je!"

Balas aku,

Ntah..aku pun kekadang keliru.

JELES vs x de perasaan

CEMBURU lwn ntah

Ntah..mungkin yg terpilih itu dr mereka2 yg rapat dengan aku..Syaitan sedang mengetuk jiwa aku untuk cemburu dgn mereka. Maafkan aku wahai mereka2. Aku doakan mereka2 berjaya.

***

"Nape ko baik sgt hr ni?"

"Eh? Ntah! Hr jumaat kot"

"Haha..dh agak dah!"

Adeh! Ntah, cmne aku leh jawab mcm tu. Astaghfirullah. Terkejut barangkali krn soalan tersebut keluar dr mulut seorg kwn. Tergelak kecil juga aku. Betul ke aku ni baik. Atau sedang terus berlakon di pentas lakonan dgn membawa anugerah "Pelajar KISAS". Keliru juga aku. Mungkinkah selama ini aku hanya berpura2. Nau'zubillah! Rugi nyer aku kalo itu benar.

B.A.I.K = Betul Aku Ini Karing (Caring actually)??

Semuanya bermula bila aku "care" pd dia. Haha..lawak juga! Betol, ini masih janggal disini. Tidak di KISAS.
K.I.S.A.S = Kawan Itu Sangat Aku Sayang

Apakan daya..fikrah itu belum tiba lg. InsyaAllah, akan tiba juga. Teringin rase berkongsi kemanisan ukhwah itu. Barangkali masih belum khusyuk meng"amin"kan doa rabitah. Marilah kita berusaha =)

***

"Jom tgk wayang pkul 7.00 mlm nnt"

"X nak ah..pkul 7 kot. Kang terlepas maghrib"

"Hmm..x pe la kalo x nak. Aku qadha je maghrib"

Mudah sungguh berkata2. Marah juga aku. Ingat!

"ISLAM itu mudah.
Namun, bukan untuk dipermudahkan"


Terkesima sebenarnya aku mendengar jawapan itu. Barangkali dia hanya mahu menguji aku. Atau dia sebenarnya kurang mengerti. Mungkin dia sekadar bergurau. Semua ini aku list kan dlm senarai "Husnozhan" aku. Sambil berkeras, mana mungkin itu dibenarkan. Bukan ada sebarang darurat. Sekadar mengejar pkul 7, tayangan. Bukan berada dlm medan perang. Hatta ketika berperang pn wajib bersolat dalam waktunya.

Allahuakbar! Jauhkan aku dan mereka2 dr sebarang perkara untuk mempermudahkan agamaMu ini. Kuatkanlah kami dalam jalan kebenaranMu. Bimbinglah kami ke arah cahaya KebenaranMU.

Bukan mahu meng"aib"kan dia. Namun, sekadar mahu memberi gambaran, inilah dunia luar. Buat adik2 di institut agama, bersedialah kamu semua. Kita pikul tanggungjawab ini. Kita sedang jinjing amanah ini.

Ingatkan aku andai aku terlupa tujuan aku diciptakan

"Khalifah Allah"
"Daie ilallah"
"Hamba Allah"


***

Sekadar berkongsi tiga (3) peristiwa yg terpalit dlm ingatan aku. Maaf pd mereka2 yg terasa. Bukan untuk memalukan sesiapa. Sekadar berkongsi untuk cube mengingatkan diri tentang ingatan2 yg pasti. Moga diri ini akan terus teringat dang mengingatkan.



piousISsoleh
~Bisakah ku gapai~

...C.E.O...



1st week:

"What is your vision and mission to be here?"

"As proposed by my education system,
i wanna get a real exposure in working environment"

6th week:
"Did you already got the full picture of your vision and mission?"

"Oh..for sure. I did!"

Assalamualaikum..

Alhamdulillah,dpt ilham nk menulis. Nak menulis sesuatu dr hati. Nak menulis sesuatu yg dah dilalui. Nak menulis sesuatu supaya tulisan ini bisa mengingatkan diri ini kembali satu hr nnt..

Actually, sgt terpegun dgn "Rules n Cultures" kt company yg aku tumpang praktikal. The 1st two mandatory rules are "God Fearing" and "Ibadah". Tbe2, rase mcm berada dlm biah yg solehah. Alhamdulillah. Then, ada lg another 48 rules like meticulous, thoroughness, punctuality n so on..Tp bak kata CEO;

"As long as you become a true Muslim, then,
you'll have no problem with any of those rules and cultures"

"Kita x yah fikir mcm mna nk jd Melayu yg Terbilang,
Cukuplah berusaha menjadi Muslim yg benar2 Muslim,
krn hanya dgn Muslim itu akan dpt melahirkan Melayu yg Terbilang"

Subhanallah!
Ya..benar apa CEO ckap. Hebat sungguh fikiran seorg CEO ini. Siyesly, aku kagum, impress. Mmg sgt2 Humble.

"Bila masuk waktu solat, solatlah dlu. Tinggal kejap kerja kamu
walaupun dateline nye kejap lg. At least kita tau dateline kerja kita.
Tp, adakah kita tahu dateline kita di dunia ni?"

Alhamdulillah
..diberi kesempatan oleh Allah untuk menumpang sekejap di syarikat ini. Bukanlah hebat mna.
Tidaklah se"gah" mna namanye.
Tidaklah punyai projek beratus2 juta.

Bukanlah public listed company.

Tidaklah punyer bangunan bertingkat2.

Tidak juga ada sahabat ikhwah disana.


Namun, bg aku, lebih hebat dr company yg punya projek berjuta2,
namun, hasilnya syubhah.

Lebih
hebat dr company yg punya rmai sahabat usrah,
namun, hati masih tidak kuat bertaut antara satu sma lain.


Bukanlah utk memuji, jauh skali utk memuliakan, namun, sekadar mahu berkongsi rase bahagia di hati. Mungkin, satu hari nnt aku bisa jd seperti dia. Mampu berjaya bukan hanya dlm dunia, namun, insyaAllah disana akhirnya.

"bersama CEO rumahku"

piousISsoleh
~Bisakah ku gapai~

...tq...

...mengarut...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...