Friday, August 20, 2010

...jiKa tERaKHir buAtKu...

Jika Terakhir Buatku
Saujana

Oh Tuhan
Hamba-Mu ini kekeliruan
Sukar mencari jalan yang benar
Kerna dipaut hasut dunia
Mencintai yang lain lebih dari-Mu

Oh Tuhan
Hidayah-Mu pernah hadir
Hingga kering airmataku menitis
Namun terkadang aku berpaling
Kerna mengejar nikmat dunia sementara

Hari ini ku bimbangi
Jika terakhir hidup
Adakah lagi subuh esok
Untuk ku bernafas
Dan sujud mengabdi pada-Mu
Oh Tuhan

Berikan daku kesempatan
Menebus kesalahan
Lantaran dosa dan noda
Dan sengaja melupakanmu
Hadirkan damai
Sebelum di hujung nafasku

Oh Tuhan
Berikan daku petunjuk-Mu
Untuk ku meniti ke jalan redha-Mu
Izinkan daku mengulangi
Janji-janji yang baru
Taubat nasuha setulus untuk-Mu
Oh Tuhan

Rahmat kasihMu Tuhan
Ampunan-Mu ku damba



piousISsoleh
~bisakah ku gapai~

Wednesday, August 18, 2010

...MALAM GEMILANG RAMADHAN...


JEMPUTAN DIBUKA KEPADA SEMUA WARGA FKM UiTM SHAH ALAM. SILA BAWA RAKAN-RAKAN ANDA BERSAMA-SAMA. BERSAMALAH KITA MERAIKAN MEREKA YANG KURANG BERNASIB BAIK.

p/s: malam tu ada kelas ganti...erm, camne???


piousISsoleh
~bisakah ku gapai~

...(-_-*)....

Assalamualaikum...

adoyyyy...
pening kot TEST THERMAL td..
tgk satu soklan X DAPAT JAWAB..selak lg tgk soklan len SAMA GAK...
hahaaha...
cam x STUDY lak..
tu la sape suh BUSY sangatsangatsangat
erm..td ada 75 marks..
paling TINGGI aku target 10 je...
haaaahh!!!
biar betoi!
arrrgghhhhh...x kan nk GIVE UP dh...
tp SIYES x de semangat..
or patot aku kna LEBIH semangat..
cz nk tunjuk kt aku...
aku x READY ag....
tolong aku....
"alaa, rilex je, TEST baru kot"
ok, fine! TIDOR jom~..
&%^*#@!!
STUDY la lg..
kasi FAHAM la sengal..
tp BANYAK kot benda laen nk settlekan..
hiiisshhh...
BALIK kampung la cmni..
tolong mak wat BENDANG...
pastu 5 tahun lg..
aku NANGIS...
aku bawak KANCIL...
kawan2 aku bawak MAZDA RX7...
tp aku kn MALAYSIAN...
kena la SOKONG barangan tempatan..
alasan!
nk SENANGKAN hati konon....
YA ALLAH...
baru minggu ke-7 kot..
jap2.."baru?"
adoyyyy....
DAH minggu ke-7...
biler aku nk READY ni?...
so....
READY la dr skang..
KURANGkan waktu TIDORmu...
sob3...
x leh TIDOR ke?..
KURANG la sengal!!!...
tambah2 bulan RAMADHAN ni...
erm...
lagi2??
FOKUS2 dalam kelas...
wuuraggh(menguap)..
mna leh kot..
dh NGANTOK sangat..
haha..
ok la, SEE U NEXT SEM la cmtu..
gulp!
erm....ok2...


Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia2, Allah s.w.t tahu betapa keras engkau sudah berusaha…

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih, Allah s.w.t sudah menghitung air matamu…

Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu saja, Allah s.w.t sedang menunggu bersama denganmu…

Ketika kau merasa sendirian dan teman2mu terlalu sibuk untuk menalipon, Allah s.w.t selalu berada disampingmu…

Ketika kau fikir bahawa kau sudah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi, Allah s.w.t punya jawapannya…

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan, Allah s.w.t dapat menenangkanmu…

Jika tiba2 kau dapat melihat jejak2 harapan, Allah s.w.t sedang berbisik padamu…

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur, Allah s.w.t telah memberkatimu…

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban, Allah s.w.t telah tersenyum padamu…

Ketika kau miliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi, Allah s.w.t sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu…

Ingat bahawa dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap, ALLAH SWT TAHU…



piousISsoleh
~bisakah ku gapai~

Tuesday, August 17, 2010

......aHLaN waSaHlan ya RAMADHAN (3)...

Assalamualaikum..

Alhamduillah...dh hari ke-7 berpuasa, sudah 6 kali aku berbuka, 7 kali terawih, 5 kali witir,2 kali sahur..hari ni terbangon sahur serentak dgn msg yg dpt dr adek aku..seyes x caye, 5 kali gak la baca msg tu =)

"Bangon3x bang"
msj dr adekku jam 5.00 pg

"Dah bangon lom?"
jam 5.05pg, dr abang

msg korang pelik, apa yang besz SANGAT dpt msg dr ABANG n ADEK..hmmmm, then, for those yg knal aku akan lg pelik, sejak biler aku ada ABANG kn?? adik tu mmg x dinafikan ada, siap 2 org ag, Hanisah n Fikri, tp ADEK ni baru ada..actually, ABANG n ADEK ni msing bukanlah yg KANDUNG, pt yg ANGKAT je..actually, both of them adalah dr KISAS..yg abg angkat aku ni dlu adalah SENIOR yg PALING aku menyampah..haha..sket2 nk MARAH aku...tp dialah yg PALING BAIK ngn aku skang..dh mcm adik beradik..mak, abah n akak pn tau gak..yg kes ADEK aku ni lak, dia leh kata SUPER JUNIOR aku la..x pernah jumpa lgsg kt KISAS..tuptutptutp RAPAT..UKHWAH kn...semuanya INDAH andai krn Allah...

Mungkin, still x jawab ag sbb apa aku gembira dpt msg dorg..selama ni, cz BUSY SANGAT, rse keseorangan, rse dh x LARAT sangatsangatsangatsangat..tbe2, dorg dtg..YA ALLAH, engkaulah MAHA MENGETAHUI..walaupun, juz simple sentence tp aku rse gembira sangatsangatsangat cz aku baru SEDAR yg aku ada org lain selain mak, ayah, family kandung..HEBATnyer KISAS bentuk UKHWAH..selalu terfikir, andai bisa terus berada di KISAS,aku org pertama yg akan disitu..seriously, semenjak dua menjak ni asek rase kosong, rse sorg2 je kt UiTM cz disaat aku perlukan orang nk dengar, aku x jumpa sape2..tp alhamdulillah, ALLAH dh datangkan kpd aku dua insan yang benar2 baek..aku x kesah org nk ckap aku PELIK cz ada abang n adek angkat lelaki, org kata gay la..tp insyaAllah, UKHWAH INI HANYA KERANA ALLAH..

Bukan bermaksud kwn2 UiTM ni x besh, tp thap ke"UKHWAH"an tu still x TINGGI lg..mungkin aku yg x bg sepenuhnya..tp kekdang aku juga mahu sesuatu dr mereka..teringat kata-kata SAIDINA ALI;

andai terasa pendek tanganmu utk membalas seadanya..
panjangkanlah lidah mu untuk mengucapkan TERIMA KASIH

so, utk diriku, rajin2lah senangkan hati org, sbb orang akan sentiasa senang untuk menyenangkan kita ketika kita memerlukan kesenangan setelah dihimpit oleh benda2 yang tidak menyenangkan dalam kehidupan yang kekadang senang n kekadang tidak senang


piousISsoleh
~bisakah ku gapai~

...aHLaN waSaHlan ya RAMADHAN (2)...

Dalam sebuah hadis, Nabi (saw) bersabda:
Tidaklah berpuasa itu dari makan-minum semata, tetapi berpuasa itu adalah dari
perbuatan kosong dan perkataan keji. Maka jika kau dicaci orang atau diperbodohnya,
hendaklah kamu mengatakan: “saya ini berpuasa, saya ini berpuasa!”
(hadis riwayat Ibnu khuzaimah dan Ibnu Hibban)


Jelas kepada kita bahawa puasa yang berkualiti bukan sekadar menahan diri dari dari makan-minum. Tetapi kita perlu juga menahan diri dari perbuatan kosong (lagha). Cuba bayangkan berapa banyak perbuatan lagha yang kita buat hari ini; dari berbual kosong sehingga kepada bermain computer games atau menonton television. Sebaliknya kita perlu sibukkan harian kita dengan kerja-kerja yang produktif; untuk dunia dan akhirat kita. Jika mempunyai luang dari waktu bekerja mencari nafkah kita, sibukkan diri dengan membaca al-Quran, terjemahannya atau berzikir atau i’tikaf atau menghadiri majlis ilmu atau membaca buku-buku agama dan seumpamanya.

Satu lagi adab penting orang berpuasa ialah mengawal lidah dan perasaan. Orang yang berpuasa adalah seorang yang tenang, sabar dan berhati-hati dalam percakapannya. Puasa itulah membolehkan beliau untuk mengawal diri dari memberi tindak balas negatif apabila diuja dengan perkara-perkara negatif oleh orang lain.

Abu Hurairah (ra) berkata bahawa Rasulullah (saw) bersabda:
Dan puasa itu merupakan perisai, maka janganlah seseorang yang berpuasa itu berkata
keji dan meninggikan suara atau mencaci maki. Dan seandainya dicaci oleh seseorang
atau diajaknya berkelahi hendaklah dijawabnya: “saya ini berpuasa, saya ini berpuasa!”.
(hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Annisa’i)

Begitu kuat tuntutan kita menjaga lidah ini ditekankan lagi dalam sebuah hadis lain pula
di mana Nabi (saw) bersabda:

Sesiapa yang tidak menghentikan perkataan-perkataan dusta dan melakukan kedustaan itu, maka Allah tidak merasa perlu ia meninggalkan makan-minumnya. (hadis riwayat Jama’ah kecuali Muslim)

Marilah kita berusaha dan berdo’a agar Allah swt mempermudahkan kita menjalani ibadah puasa kita dengan paling sempurna. Semoga puasa kita hari ini lebih baik dari semalam, dan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.


tenangkan =)











piousISsoleh
~bisakah ku gapai~

...aHLaN waSaHlan ya RAMADHAN...

Assalamulaikum..
Actually, entry terbaru ni di buat slps "tercabar" ngn adek aku..dia pn dh ada blog, n stat2 blog dia dh ada 4 posts..erm..seriously, sem 5 ni baru rse ke"mekanikal"an nyer...sangatsangatsangatsangatsanagt LETIH! byk komitmen n byk amanah..Allahuakbar! time ni la akan jumpa sape kawan sebenar..n time ni juga baru rase UKHWAH ITU SANGAT INDAH..syukran jazilan ya KISAS =)

Alhamdulillah, sem5 ni dpt berbaik ngn adik2 junior part 1..ni sume sebab pogem Mechanical Interactive Group (MIG). Setakat ni kami dh berkumpul bersama dlm 2 program. A Nite with Wall Climbing n Santai D'Congkak.. kredit to Fitrie n Aziim as pengarah progam..Well Done! Wlaupun, byk sangatsangatsangatsangat MASALAH, tp alhamdulillah, still dpt atasi..

Ni cter pasal MIG,psal EXCO KEROHANIAN N KEPIMPINAN SMF-FKM pn ada juga tanggungjawabnyer. Skang tgh busy utk terbitkan risalah yg dinamakan MANIS (stands for Mahasiswa Mekanikal Soleh) n program Malam Gemilang Ramadhan Bersama Anak-Anak Yatim..Ya Allah, sangatsangatsangatsangatsangat PENAT! Kekdg mmg rse x larat sgt..dlu, ada adek aku tolong dengar prob..tp skang mungkin dia BUSY..maklomlah bakal DOCTOR..so, mmg kna hadapi sorang2..sekali lagi, teringat ZAWIR,FATIH,ACAP,RAQEEB..ya Alah, sangatsangatsangatsangat RINDU kan UKHWAH itu..

Hmmm...dh termelalut ni..actually, entry ni nk wish "HEPI RAMADHAN KAREEM"..sama2lah kita berusaha merebut segala mutiara dlm BULAN MULIA ini..alhamdulillah, naqeen ada kasi satu borang mutabaah..InsyaAllah, moga2 borang tu dpt membantu ke"ISTIQAMAH"an aku dlm beribadat..dan moga segala pekerjaan yang aku lakukan dapat dikira sbgai ibadah...



Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kami berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa .
(Surah al-Baqarah: 183)



piousISsoleh

~bisakah ku gapai~

...tq...

...mengarut...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...