Jumaat, 1 oktober 2010, 1000:
Mungkin Allah mahu menenangkan hati ini. Lantas terus terfikir dan memikir, betapa setiap orang dari mereka telah diuji dengan pelbagai dugaan dan mereka BERJAYA mengahadapinya. Lihat ganjarannya. Bahagianyer mereka. Malunya aku. LEMAH! LiHat sahaja pada emak, usah dipandang pada masa lalu yang jauh terkebelakang. Imbas kembali ketika emak mengandungkan adik, terpaksa ditahan dalam wad hampir dua bulan akibat uri dibawah. Ketika itu dalam bulan puasa dan raya. Lalu pada raya ke 10, lahirlah adik kedua. Namun, bukan sebagai insan yang normal. Alhamdulillah, kami telah ada ahli syurga dalam keluarga. Namun, lihat sahaja pada emak. KUAT! TABAH! REDHA! Tiada sebarang air mata kekecewaan mengalir. Sangat2 bersyukur adik dilahirkan dengan selamat. Walaupun melalui pembedahan. Inilah dugaan emak. Dan telah berjaya emak harungi.
Kemudian, terus teringat pada abah. Semuda darjah tiga, ibu abah telah diambil oleh Allah. Darjah Tiga, n abah adalah anak lelaki sulung. Segalanya di bahu abah. Setelah tok Aminah, Pak Tam n Pak Su juga telah kembali bertemu Allah. Abah keseorangan sebagai rujukan. N abah sangat KUAT! CEKAL! TABAH! Lagi aku malu pada mereka.
Akak pula, beliau diuji dengan KEMEWAHAN. Nampak seakan KEBAHAGIAAN. Namun, bukan mudah menjadi orang yang mewah di dunia n cuba untuk mewah di akhirat. Namun, akak terus mencuba. Aku doakan agar akak akan terus KUAT.
Teringat pula pada Eda. Ujiannya dari UPM lagi. Diuji antara tanggungjawab JEMAAH dan KELUARGA. Kekadang emak merajuk kerana Eda jarang pulang ke rumah. Bukan tidak mahu, tetapi tanggungjawab itu alasannya. Namun, Eda masih KUAT! TIDAK MUDAH MENGALAH! n kini semakin bijak menguruskan hidupnya. Mungkin kerana sudah berkeluarga. Pijah, baru sahaja sembuh dari demam.
Pijah lagi kuat. Diuji dengan pelbagai tekanan. Ditekan dengan pelajaran,pujian n bandingan. Dahsyat UJIANnya. Andai aku, mesti sudah TEWAS. Namun, kini pijah BERJAYA. Beberapa kali anugerah DEKAN miliknya. Mampu tersenyum dia kini.
Adik perempuanku, Nisah. Seringkali mendapat sakit. Paling lemah ketahanan badannya antara kami. UJIAN jua untuknya. Seringkali itu adalah halangan. Kekadang dimarahi n diperli kerana "kelembikan" nya. Bukan itu pintanya. Namun, itu bukan lagi alasan baginya. Sudah berada di PERLIS. Jauh di utara Malaysia. Keseorangan membawa kesakitan itu. Dan Nisah tidak pernah mengeluh. Mungkin muda itu sudah sedar itu UJIAN Allah. Aku?? Allahuakbar!
Lantas, terus teringat kepada adik kesayangan semua. Penghidap Syndrom Down. Bukan itu dipintanya. Yakin aku katakan yang jauh disudut hatinya mahu jua jadi insan yang NORMAL. Namun, itulah UJIAN buat adik. Selalu menjadi bahan ejekan. Selalu dimarahi. Selalu diketawakan keranan keletahnya. Tapi, adik terus bahagia. Anugerah dari Allah untuk kami.
***
Baru aku mengerti mengapa Allah datangkan mereka dalam mimpiku. Mahu aku renung kembali dugaan2 mereka. Aku bukan keseorangan dalam diuji. Setiap orang akan diuji dan Allah tidak akan menguji kita diluar kemampuan kita. Sebuah kehidupan pasti menjanjikan ujian. Setiap ujian perlu dihadapi dengan bijaksana. Sentiasalah dekat kan hati kita pada Allah kerana kita akan sedar bahawa kita diuji bukan sekadar diuji. Ada something untuk kita. Redha kan la diri dan sabarlah dengan setiap ujian. Mana mungkin kita bisa lari dari setiap ujian kerana bagi orang yang bijak ujian itu sedang mengajar kita. Allah sedang mengajar kita erti kesabaran. Keikhlasan kita sedang diperiksa. Apakah selama ini kita benar2 ikhlas atau pura2 ikhlas. Aku seringkali terlupa bahawa Allah tu Maha Mengetahui segalanya. Andai ini menjadi peganganku, tiada mungkin aku bisa mengeluh atas setiap ujian.
"Ya Allah, ampunkanlah segala dosa-dosa ku" Saad bin Abi Waqqas pernah bertanya kepada Rasulullah saw., "Siapakah orang yang paling berat cubaannya ?"
Jawab baginda, "Di antara orang-orang yang paling berat cubaannya ialah para nabi, kemudian mereka yang seumpama dan seterusnya. Seseorang itu diuji sesuai dengan kadar agamanya. Jika dia mempunyai kekuatan dalam agamanya, maka beratlah ujian yang diterimanya.Sekira agamanya lemah, tentu dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Ujian akan selalu datang menimpa seorang hamba selagi dia masih berpijak di atas bumi, dan sehingga tiada lagi kesalahan padanya.” (Riwayat Tirmizi)

sayang mereka =)