Thursday, October 21, 2010

...Kini Hatiku SeBESAR Kolam...

Alhamdulillah..sudah cukup berani plus yakin andai aku katakan aku sudah pulih. Mungkin bukan sepenuhnya namun cukuplah dahulu "sekadar pulih". Alhamdulillah...segala pujian bagi Allah krn kirimkan aku mereka.

Walaupun kekadang "itu2" sering menduga, mengetuk pintu2 hati agar terus gundah, namun aku sudah ada pengubatnya. Bukan dia, jua bukan dia tp DIA.

Mungkin orang kata aku makin pelik. Ada jua menduga aku makin sombong. Terdengar juga menyangka aku sudah bukan seperti biasa. Macam2 pandangan meraka. Tp aku cukup mengerti diri aku krn aku tetap aku.

"Analogi"

Ringkas. Padat. Berkesan. cewahh, ala2 TV3 lak

"Di tangan ku ada dua bungkus garam. Masin. Aku tuang sepenuh garam ke dalam cawan berisi air. Lalu airnya ku teguk. Cukup sekadar mencecah bibir. Sangat Masin. Tidak terdaya. Kemudian, sebungkus garam ku larutkan dalam kolam. Beberapa ketika, airnya ku minum. Nyaman. Segar. Ke mana hilangnya masin garam itu? Pelik."

"inilah ujian"

Sangat sakit andai hati yang berdepannya terlau kecil. Terasa pedih di seluruh pelusuk hati. Lantas...Gugur. Jatuh. Putus Asa dgn kehidupan. Mudah bukan hati kita tertewas. Bukan kita sebenarnya..tp lebih kpd aku. Akal pula lemah mentafsir. Sekadar tertumpu kpd solusi yg negatif. Tiada bahagia.

Cuba, luaskan hati ku berdepan ujian. Luas kan seluas mungkin. Lapangkan selapang2nya. Terus, akalku jua di lapangkan. Jauh. Luas. Lantas..aku masih tersenyum. Muka sekadar senyum. Senyum yg benar2 puas. Subhanallah. Bahagia sudah lama di depanku.

"Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita." - iLuvIslam

Maka, besarkan hatiku, hatimu. Agar bahagia lebih mudah menyinar. Ringkas formula nya. Sukar di amal kan. Mungkin, krn kurang percaya. Atau terlalu memenangkan hati yg kecil. Mengapa perlu takut utk besarkan hati. Hadapi lah dengan realiti, krn ujian itu bukan menyusahkan,bukan membebankan. Sekadar proses tarbiah utk menempuh perjalanan yg singkat utk ke sana. Carilah beral kita. Andai, terlalu memikirkan masalah itu n ini, apakah matlamat kita tercapai. Mana mungkin khilafah Islam tertegak andai individu muslimnya masih terikat dgn masalah sendiri yg tidak pernah selesai2. Kita bukan sekadar hidup, namun, hidup bermatlamat. Maka, fahamilah dengan hati. Fahamilah dgn hati wahai FIRDAUS. Luaskan hatimu wahai FIRDAUS...



piousISsoleh ~bisakah ku gapai~

Sunday, October 17, 2010

...MuHaSaBaH...

Assalamualaikum...

jom kita koreksi diri



piousISsoleh
~bisakah ku gapai~

Saturday, October 16, 2010

...AlQuran Berwarna Jingga...

***

Acap kali aku memohon agar aku menjadi aku yg sebenar
Merintih, mendesak, memohon agar itu dikabulkan
Namun, aku tetap aku yang aku
Bilakah aku akan menjadi aku yg sebenar?

Tiba-tiba aku berada bersama mereka
Mereka kelihatan seperti aku yg aku idamkan
Inikah aku yg aku mahukan?
Letih hati aku meraung
Payah rasanya menjadi aku yg sebenar
Mengapa?

Apakah salahnya menjadi aku yg sekarang
Bukan aku meminta untuk menjadi aku yg sekarang
Bukan jua pinta mereka untuk melahirkan aku yg sekarang
Mungkin ujian bagi mereka n juga aku yg sekarang
Bukan tidak pernah mencuba menjadi aku yg sebenar
Namun, penat rasanya menjadi aku yg itu

Kemudian aku tercampak lagi ke mereka
Mungkinkah ini satu latihan dan ujian
Latihan untuk menjadi aku yg sebenar
Ujian menguji layakkah aku untuk menjadi aku yg sebenar
Agak berjaya nampaknya
Hati jua seakan menerima
Mungkin tidak terlalu tertekan untuk itu
Atau mungkin sudah cukup bersedia menjadi aku yg sebenay

Dia datang
Mungkin hadiah
Mungkin jua dugaan
Aku lebih suka menduga dia adalah anugerah
Alhamdulillah
Allah sudah kabulkan permintaanku
Dikirimkan dia supaya cukup rasanya hidup ini

Dia dan Aku
Bisa jua jadi Aku dan Dia
Rasanya baru semalam berjumpa
Namun, bagaikan sedekad memahami
Dialah penghibur aku
Akulah pendengar setia dia
Dialah menceriakan aku
Akulah tempat dia mengadu

Namun, mungkin ujiaan itu telah tiba
Adakah aku terlampau bersangka buruk?
Ataupun memang benar tafsiran aku
Dia seakan berlari
Makin jauh dia berlari
Adakah dia melarikan diri
Dan aku
Terus mengejar
Walaupun luka itu masih berdarah
Aku kuatkan jua

Kini aku sudah tidak berdaya
Jatuh tiba-tiba ditengah larian
Mungkin segala kekuatan habis berbekal
Penat merintih moga dia berpatah balik
Walaupun sekadar memaafkan aku
Ataupun cukup melemparkan senyuman
Kerana aku masih perlukan
AlQuran Berwarna Jingga itu..

***


"Seseorang itu tidak merasai kemanisan iman
sehinggalah dia mengasihi seseorang hanya kerana Allah,
sehinggalah dicampak ke dalam api lebih disukainya
daripada kembali kufur selepas Allah menyelamatkannya,
dan sehinggalah Allah dan Rasul-Nya
lebih dia cintai berbanding yang lain daripada kedua-duanya."


piousISsoleh
~Bisakah ku Gapai~




...bahu sape?...


thanx Zubir coz remind me bout one song
really bermakna n penuh dgn ketenangan

"Menagislah DiBahuku"

Kau datang padaku seperti biasa
Kusambut bahagia dengan tangan terbuka
Kau balas dengan senyum seadanya
Kutahu ada sesuatu yang berbeza

Kau hanya diam seribu bahasa
Hanya matamu yang cuba berbicara
Bahwa saat ini hatimu terluka
Kau tahu ku ada di sini untukmu

Mencuba tak berkedip menahan tegar di hujung mata
Hingga kau pun tak kuasa, berderailah air mata
Dalam pelukku kau curahkan semua

Menangislah …
Kadang manusia terlalu sombong tuk menangis
Lalu untuk apa air mata telah dicipta
Bukan hanya bahagia yang ada di dunia
Menangislah …
Di bahuku kau berikanku kepercayaan
Bahwa laramu adalah haru biruku
Kerna aku adalah sahabatmu
Menangislah … (dibahuku ku disini untukmu)
Menangislah … (dibahuku kerna ku sahabatmu)

Seriously, aku still tercari-cari sahabat dlm lagu ni..kalo kt KISAS, ada kt merata2..tp kat sni, Ya Allah, letihnyer mencari. Walaupun kt sni join usrah, tiap2 kali perjumpaan baca doa rabitah, tp ktorg still x da lg ukhwah semantap KISAS. Mungkin air liur kami masih belom sebati, ataupun terlalu berhati-hati takut mendatangkan fitnah ataupun aku yang tidak memberi sepenuhnya.. Hmmm..dalam lagu td, aku paling suke yg 3rd paragraph tu.. Yess! It's true yg bukan hanya bahagia yg ada di dunia, then, we should cry..Lepaskan sume..Kt KISAS N KMK, aku selalu wat..kat KISAS siap ada Doc peribadi lg, thanx to Doc Fahmi.. He's been a very good listener. Tp kt UiTM, aku hnya menangis 2 KALI shj..apakah maksudnye? Hati aku semakin keras? atau aku semakin keras? atau x da bahu utk aku menangis? Till now, aku sendiri x taw jawapannye. Im seeking for da answer..anybody can help me??


ke aku terlalu mengada2 utk sume ni?? ke budak lelaki mekanikal sumenyer berjiwa keras?? so, i hav to be like "them" la?? ok, i'll try..n now im still trying..still trying..n keep trying..aku still boleh senyum..aku still boleh gelak..aku still leh bergurau..well done zahir's firdaus!! Then, jom diagnose batin's firdaus, mak aihh, bengkak gler..dh mcm 3 kali ganda saiz biasa..biler nk meletop ni?? biler nk stop fuctioning ni?? biler nak ganti ngn hati baru ni?? salah doseageubat ke? or terlebih letak air penawar? or ada jin bersarang dalamnye?? confused! still confusing...

p/s: sape2 nk pinjamkan bahu korg? =)

Sunday, October 10, 2010

...Important News...













Sorry, the owner of "piousISsoleh" is mentally down. piousISsoleh is temporary closed for the maintenance. Please pray for him. =)





Saturday, October 2, 2010

...Dugaan aku n Dugaan Mereka...



Patutkah manusia menyangka bahawa mereka
akan dibiarkan dengan hanya berkata:

“Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji
(dengan sesuatu cubaan)?


(Al 'Ankabuut: 2)

Assalamualaikum...

Jumaat, 1 oktober 2010, 0001 mlm:

Allahuakbar! Terasa beratnyer diri ini..Apakah segala beban ini hanya pada aku?? Aku sedang diuji! Seringkali terfikir, mampukah n tatkala ini, hatiku semacam bersepakat dengan jiwa ini betapa sudah tidak mampu aku harungi semua ini. Mahu sahaja aku hentikan segalanya andai dalam kudratku...arrggghhh!! Mana dia rakan usrah yang mendoakan DOA RABITAH bersama??? Mana dia rakan2 yang selalu KETAWA bersama?? Mana dia akak2 n adek2ku?? Tiba2, terasa kosongnyer dunia aku..Ujian apakah ini?? Dugaan apakah ini?? Mengapakah kepada aku jua?? Bertubi2 menerjah ke hati ini..Esok perlu bersedia dengan berbagai ujian dunia lagi..Bisik hati kecil, "Ya Allah, ambillah nyawa ini segera..sudah tidak mampu aku berada dalam pentas lakonan ini lagi"

(Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya:“Tuhanku telah memuliakan daku!” Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: “Tuhanku telah menghinakan daku!” (Al Fajr, 89: 15-16)

Jumaat, 1 oktober 2010, 0116 mlm:

Cuba aku berhijrah ke alam mimpi, namun, mata ini seakan berkolaborasi dengan fikiranku..sungguh kusut. Sakit Hati! Benci! Sedih! Kecewa! Lantas aku bangun n terus berwudhu'. Alhamdulillah, ketenangan itu sudah mula menyinggah dihati. Terus membuka buku dan mulakan revision. Sesekali terdengar suara. Sesekali terpandang. Peristiwa tadi terus menerjah! Kemudian datang pula masalah2 yang lain. Aku TEWAS! Mudah sahaja aku dikalahkan. Beberapa ketukan kelukaan yang dianggap ujian ini menghentak jiwaku, aku terus menyerah. LEMAH nyer. Subhanallah, ujian apakah ini? Seolah-olah aku menidakkan janji Allah dalam kitabnya. Astaghfirullah! Hamba apakah aku ini?!

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya. Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi p ercayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.


Jumaat, 1 oktober 2010, 0237:

Selesai membaca Al-Mulk, terus aku mati seketika. Terasa ringan di situ. Berharap agar diberi mimpi2 yang indah agar dapat mengubat kepedihan menanggung segaa dugaan ini. Alhamdulillah, seakan-akan Allah mendengar rintahan hambaNYA ini. Oh!, mana mungkin "seakan-akan" kerana ALLAH PASTI mendengar segalanya. Allah Maha Mendengar~ Terasa bahagia apabila bertemu Emak, Abah, Akak, Eda, Pijah, Nisah n Fikri. Walaupun sekadar dalam mimpi, namun, puasnyer bertemu mereka seolah-olah dalam realiti. Bergelak ketawa. Bergurau jenaka. Berhibur Mesra. Tiada sebarang tangisan. Alangkah bahagianyer andai hari2 ku seperti ini. Sentiasa disisi mereka. Apakah mereka tiada sebarang masalah mahupun ujian?

‘Dan selalulah berharap kepada Allah tentang sesuatu
yang menyebabkan untuk tidak menderhakai Allah.
Takutlah kepada Allah dengan sebenar-benar takut
(taqwa), tentu engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat Allah’

Jumaat, 1 oktober 2010, 0553:

Sekejap rasanyer bertemu mereka. Tiba2, roh aku pulang. Mungkin terkejut dengan laungan azan dari pak arab disini. Bingkas bangun. Solat. Al-Mathurat. Kemudian, hati berbalah. Tidur atau menelaah? Dua lagi tests melambai dihadapan. Tiada usaha, tiada kejayaan. Tiada kejayaan, tiada kegembiraan. Mana mungkin aku akan biarkan kedukaan bertambah lagi. Terus mencapai buku Shigley's Mechanical Engineering Design. Tak faham! Apakah? Maka, terus teringat pada mimpi itu. Lalu, terus melangkah ke kamar lagi.

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa s
esungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya
tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

(As-Syarh,94: 5-6)

Jumaat, 1 oktober 2010, 0942:

Selesai solat Dhuha, terus di meja menelaah. Namun, tiba2, kenangan manis roh aku malam td singgah sebentar di mindaku. Sekali lagi terpancar, bahagianya mereka. Apakah tiada ujian untuk emak, abah n lain2? Atau disebalik senyuman mereka itu telah diselitkan sesuatu yang perlu aku rungkaikan. Penat juga berfikir. Hampir tiada jawapan ditemui. Lantas, terus mendail ke rumah. Sengaja bertanya khabar. Disamping mohon doakan anakanda meraka ini berjaya. Abah angkat. Ceria suaranya. Mahu sahaja aku menangis. Rindu. Seronok dia bercerita tentang akak yang pergi ke rumah eda kerana membawa anak-anak muridnya ke pertandingan robotik. Gembira abah memberitahu pijah ada program hujung minggu ini, dia kena melukis. Bahagia bunyinya ketika memberitahu Nisah baru sahaja pulang ke Daurah. Lantas, sedikit ketawa bercerita tentang adik yang menuang sabun dalam kolah. Bahagianya abah. Suara emak pula berkumandang. Soalan pertama nya, rambut abang sudah dipotong? Rimas sungguh beliau dengan rambutku. Allahuakbar! Beberapa ketika telefon ku matikan.
Wahai anakku, janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan sahaja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu memberi kesengsaraan”
(Luqmanul Hakim)

Jumaat, 1 oktober 2010, 1000:

Mungkin Allah mahu menenangkan hati ini. Lantas terus terfikir dan memikir, betapa setiap orang dari mereka telah diuji dengan pelbagai dugaan dan mereka BERJAYA mengahadapinya. Lihat ganjarannya. Bahagianyer mereka. Malunya aku. LEMAH! LiHat sahaja pada emak, usah dipandang pada masa lalu yang jauh terkebelakang. Imbas kembali ketika emak mengandungkan adik, terpaksa ditahan dalam wad hampir dua bulan akibat uri dibawah. Ketika itu dalam bulan puasa dan raya. Lalu pada raya ke 10, lahirlah adik kedua. Namun, bukan sebagai insan yang normal. Alhamdulillah, kami telah ada ahli syurga dalam keluarga. Namun, lihat sahaja pada emak. KUAT! TABAH! REDHA! Tiada sebarang air mata kekecewaan mengalir. Sangat2 bersyukur adik dilahirkan dengan selamat. Walaupun melalui pembedahan. Inilah dugaan emak. Dan telah berjaya emak harungi.

Kemudian, terus teringat pada abah. Semuda darjah tiga, ibu abah telah diambil oleh Allah. Darjah Tiga, n abah adalah anak lelaki sulung. Segalanya di bahu abah. Setelah tok Aminah, Pak Tam n Pak Su juga telah kembali bertemu Allah. Abah keseorangan sebagai rujukan. N abah sangat KUAT! CEKAL! TABAH! Lagi aku malu pada mereka.

Akak pula, beliau diuji dengan KEMEWAHAN. Nampak seakan KEBAHAGIAAN. Namun, bukan mudah menjadi orang yang mewah di dunia n cuba untuk mewah di akhirat. Namun, akak terus mencuba. Aku doakan agar akak akan terus KUAT.

Teringat pula pada Eda. Ujiannya dari UPM lagi. Diuji antara tanggungjawab JEMAAH dan KELUARGA. Kekadang emak merajuk kerana Eda jarang pulang ke rumah. Bukan tidak mahu, tetapi tanggungjawab itu alasannya. Namun, Eda masih KUAT! TIDAK MUDAH MENGALAH! n kini semakin bijak menguruskan hidupnya. Mungkin kerana sudah berkeluarga. Pijah, baru sahaja sembuh dari demam.

Pijah lagi kuat. Diuji dengan pelbagai tekanan. Ditekan dengan pelajaran,pujian n bandingan. Dahsyat UJIANnya. Andai aku, mesti sudah TEWAS. Namun, kini pijah BERJAYA. Beberapa kali anugerah DEKAN miliknya. Mampu tersenyum dia kini.

Adik perempuanku, Nisah. Seringkali mendapat sakit. Paling lemah ketahanan badannya antara kami. UJIAN jua untuknya. Seringkali itu adalah halangan. Kekadang dimarahi n diperli kerana "kelembikan" nya. Bukan itu pintanya. Namun, itu bukan lagi alasan baginya. Sudah berada di PERLIS. Jauh di utara Malaysia. Keseorangan membawa kesakitan itu. Dan Nisah tidak pernah mengeluh. Mungkin muda itu sudah sedar itu UJIAN Allah. Aku?? Allahuakbar!

Lantas, terus teringat kepada adik kesayangan semua. Penghidap Syndrom Down. Bukan itu dipintanya. Yakin aku katakan yang jauh disudut hatinya mahu jua jadi insan yang NORMAL. Namun, itulah UJIAN buat adik. Selalu menjadi bahan ejekan. Selalu dimarahi. Selalu diketawakan keranan keletahnya. Tapi, adik terus bahagia. Anugerah dari Allah untuk kami.

***
Baru aku mengerti mengapa Allah datangkan mereka dalam mimpiku. Mahu aku renung kembali dugaan2 mereka. Aku bukan keseorangan dalam diuji. Setiap orang akan diuji dan Allah tidak akan menguji kita diluar kemampuan kita. Sebuah kehidupan pasti menjanjikan ujian. Setiap ujian perlu dihadapi dengan bijaksana. Sentiasalah dekat kan hati kita pada Allah kerana kita akan sedar bahawa kita diuji bukan sekadar diuji. Ada something untuk kita. Redha kan la diri dan sabarlah dengan setiap ujian. Mana mungkin kita bisa lari dari setiap ujian kerana bagi orang yang bijak ujian itu sedang mengajar kita. Allah sedang mengajar kita erti kesabaran. Keikhlasan kita sedang diperiksa. Apakah selama ini kita benar2 ikhlas atau pura2 ikhlas. Aku seringkali terlupa bahawa Allah tu Maha Mengetahui segalanya. Andai ini menjadi peganganku, tiada mungkin aku bisa mengeluh atas setiap ujian.

"Ya Allah, ampunkanlah segala dosa-dosa ku"

Saad bin Abi Waqqas pernah bertanya kepada Rasulullah saw., "Siapakah orang yang paling berat cubaannya ?"

Jawab baginda, "Di antara orang-orang yang paling berat cubaannya ialah para nabi, kemudian mereka yang seumpama dan seterusnya. Seseorang itu diuji sesuai dengan kadar agamanya. Jika dia mempunyai kekuatan dalam agamanya, maka beratlah ujian yang diterimanya.Sekira agamanya lemah, tentu dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Ujian akan selalu datang menimpa seorang hamba selagi dia masih berpijak di atas bumi, dan sehingga tiada lagi kesalahan padanya.” (Riwayat Tirmizi)

sayang mereka =)

...tq...

...mengarut...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...