Tuesday, January 29, 2013
#Random 1
Minggu lepas aku pulang ke kampung,
Minggu pertama balik selepas bekerjaya,
Pertama kali memandu sorang-sorang,
Perjalanan yang mencabar dan mendebarkan..
Cuti hujung mingu tak panjang mana,
Tapi cukup dan puas dapat meluangkan masa dengan keluarga,
Ahad tiba,
Bermula perjalanan pulang ke kotaraya,
Dari kampung ke kota ambil masa sejam setengah (tolak-tambah),
Tapi masa yang di ambil dekat dua jam.. T.T
Jalan Jem..
Berhenti di masjid berhampiran untuk solat maghrib,
Tak biasa dengan kawasan tersebut,
Mintak bantuan Encik Navi..
Alhamdulillah selesai solat maghrib..
Meneruskan perjalanan ke rumah,
Tiba-tiba seruan alam memanggil..
Argh..perutku.. -.-"
Misi terpaksa di ubah..
Cari stesen minyak/ masjid/ surau terhampir..
Jumpa akhirnya..
Tanpa berlengah, pakir kereta, kunci kereta, Zoom...
Alhamdulillah..
Cari kunci..TAK ADA.."Ah, sudah..mana pulak kunci ni.."
Berbekalkan lampu hp, cek kat kereta,
SAH, tertinggal dalam kereta.. -.-"
Argh..serabut2...nak mintak tolong kawan serumah,
Rumah dengan kawasan kejadian agak jauh..
"Allah kan ada...solat kat sini, lepas tu mintak tolong kat jemaah"
Agak gelisah..takut..cuak..sangat2 berharap ada orang sudi bantu..
Seusai solat isyak..terus keluar dan minta bantuan salah seorang jemaah yang ada
Alhamdulillah Pakcik Abu sudi tolong
Tapi ak tak berapa yakin dengan kesungguhan Pakcik Abu ni..
(Maaf pak cik saya buruk sangka dengan pak cik)
"Pakcik balik rumah kejap, carik SENJATA.."
Aku tinjau kawasan sekeliling,
Ada satu bengkel kereta, Tapi tutup..
Tanya kedai sebelah.."Kadang-kadang pomen tu bukak malam2, cuba telifon"
Tanpa berlengah, terus dail dan menyatakan hajat..
Pomen tengah solat, aku cuma tinggalkan pesan..
Dan terus berdoa "Mintak-mintaklah pak cik pomen bukak malam ni.."
Alhamdulillah Pakcik Abu datang semula dengan SENJATA..
Alhamdulillah, berbekalkan senjata Pakcik Abu dan ilham yang ALLAH berikan kepada kami,
Kereta berjaya di buka kurang dari 10 minit...
Terima Kasih ALLAH,
Terima Kasih Pakcik Abu,
Terima Kasih Pakcik Pomen,walaupun tak dapat datang..
p/s: Alhamdulillah ALLAH pertemukan dengan pakcik Abu yang pernah alami situasi yang sama untuk membantu aku. Alhamdulillah Pakcik Pomen sangat perihatin, sebab return call aku.
Friday, June 15, 2012
...Jika itu yg terbaik bagi diriku...
Alhamdulillah, syukur, di beri kesempatan waktu utk terus bernafas di bumi Allah,
Alhamdulillah, syukur, terus di uji, tanda Allah sayang pada diri ini,
Alhandulillah, syukur, di beri peluang dan ruang utk berkongsi,
Sejauh mana dan setinggi mana keyakinan kita terhadap pertolongan Allah kepada kita..?
nak sharing satu kisah:
SESEORANG mengeluh pada seorang Guru, 'Dimanakah keadilan ALLAH, telah lama aku meminta dan memohon padaNya namun tak pernah dikabulkan.. aku solat, puasa, bersedekah, berbuat kebajikan.. tapi tak satupun keinginanku dikabulkan.'
Padahal seorang teman yang ibadahnya teruk, bicaranya menyinggung hati, akhlaknya buruk, tapi apa yang dimintanya terkabul dengan cepat. Oh sungguh ALLAH tidak adil..'
Guru berkata, 'Pernahkah engkau didatangi peminta-minta?'
'Pernah, tentu saja' Kata orang itu serius.
'Bayangkan jika peminta itu berpenampilan seram, bertato, bertindik, nyanyiannya tak merdu memekakkan telinga, apa yang kau lakukan?'
Orang itu menjawab, 'segera kuberi wang agar dia cepat berlalu dari hadapanku'
'Lalu bagaimana jika peminta itu besuara merdu mendayu, menyanyi dengan sopan dan penampilannya elok, bersih lagi wangi, apa yg kau lakukan?'
'Kudengarkan dan kunikmati hingga akhir lagu lalu kuminta ia bernyanyi lagi sekali lagi dan tambah lagi..', kata orang itu sambil tertawa.
'Kalau begitu boleh saja ALLAH bersikap begitu pada kita hambaNya.
Jika ada manusia yang berakhlak buruk dan dibenciNya berdoa dan memohon padaNya, mungkin akan dia firmankan pada malaikat 'Cepat berikan apa yang dia minta. Aku muak dengan pintanya.'
Tapi bila yang menadahkan tangan adalah hamba yang soleh yang rajin bersedekah, maka mungkin saja ALLAH berfirman pada malaikatNya : ' Tunggu. Tunda dulu apa yang dipintanya, aku menyukai doa2nya, Aku menyukai isak-tangis nya. Aku tak ingin dia menjauh dari Ku setelah mendapat apa yang dipintanya. Aku ingin mendengar tangisnya karena Aku mencintainya..' :'(((
Sunday, October 9, 2011
..Jom berubah..
- Ketika anda menjawap panggilan telefon/ ketika anda bertemu@terserempak dangan rakan-rakan?
- Ketika menerima pemberian dari orang lain?
- Ketika berpisah dengan rakan-rakan?
- Ketika menyaksikan perkara luar biasa?
- Ketika menerima pelawaan rakan-rakan untuk menghadiri majlis kesyukuran?
- Jika rakan bertanyakan khabar?
● Instead of Thanks, Say JAZAKALLAH
● Instead of Bye Bye or Take Care, Say FI IMAANILLAH
● Instead of Wow or Great, Say SUBHANALLAH
● Instead of Okay, Say INSHALLAH
● Instead of saying I am fine, Say ALHAMDULILLAH
Wednesday, October 5, 2011
..kenangan itu..
| Keretaapi menuju ke stesen Fukushima |
| Kapal terbang yang membawa AM pulang ke Malaysia |
| JOM berlepas! |
p/s: Maaf la ye..AM kekurangan idea utk update blog ni..insyaALLAH next entry gempaQ punye
Friday, September 23, 2011
..Perempuan Rajin Ulangkaji..
Saturday, August 13, 2011
..aktiviti hujung minggu..
![]() |
| Senget la pulak |
![]() | ||
| Buaian | Gelongsor versi budak baru belajar |
![]() |
| Pandangan depan |
![]() | |
| Pandangan belakang |
![]() |
| Ni paling best |
![]() |
| Kat Malaysia pon ade jugak, tapi versi Jepun ni Kemas dan Lebih Selamat |
Friday, August 12, 2011
..hanabi 2011..
| katak | pikachu | smile | love |
| rama-rama | anpaman (salah satu karekter kartun Jepun | katak | UFO |
Note:
1.Apa itu Hanabi?
2.Jenis Hanabi?
p/s: Menghitung hari untuk balik ke Malaysia, bakal merindui keletah anak2 buah..alahai (T.T)
Wednesday, August 10, 2011
...#7 WORDLESS WEDNESDAY...
Sunday, August 7, 2011
..88 kali percubaan, 4 kali berjaya..
Alhamdulillah masih di beri nikmat kesihatan yang tidak ternilai harganya. Tergugatnya kesihatan, maka tergugatlah keseluruhan hidup seseorang pada hari tersebut. Demam yang agak lama tempoh hari mengajak AM bermuhasabah apa kebaikan dan keburukan yang telah AM lakukan bagi memanfaatkan nikmat kesihatan kurniaan ALLAH yang Esa.
Alhamdulillah ALLAH telah memberi peringatan yang terbaik kepada AM, supaya tidak mempersia-siakan nikmat kesihatan yang diberikan.
Kita boleh berjaya dengan hanya sekali percubaan,
Kebiasaanya tidak ramai yang berjaya dalam percubaan kali pertama.
![]() |
| Game played: 88 | Game Won: 4 | Last won: 03082011 |
AM bagi contoh terdekat dengan diri AM, iaitu peperiksaan.
Mode peperiksaan berubah mengikut peredaran tahap di mana kita berada.
Zaman U,
Ada peperiksaan pertengahan semester, Ujian 1, Ujian 2, Tugasan, Kuiz, Peperiksaan Akhir.
Bila gagal di pertengahan jalan, tidak semestinya kita telah gagal untuk 1 semester.
Gagal bagi AM, apabila AM tidak berjaya mendapat markah 1/2 daripada markah penuh.
Jangan mudah berputus asa dan terus berusaha untuk capai yang terbaik.
Zaman Matrik,
AM bukan seorang pelajar yang pandai,
Lebih kepada orang yang perlu lebih berusaha untuk berjaya,
Banyak kelemahan,
Orang kata "Study Smart".
Jika AM tak berjaya menguasai satu-satu subjek dengan baik,
AM akan cari orang yang boleh score dalam subjek tersebut,
Dan photostat semua tutorial, jawapan soalan tahun-tahun sebelumnya,
AM akan pergi satu-satu dan belajar dari situ,
Buat ulangan bagi setiap soalan, pahamkan cara kerja.
Praktikal untuk subjek Matematik.
Zaman Sekolah,
AM lebih suka mengimbau kenangan semasa PMR,
Kiranya ini zaman kegemilangan yang boleh di banggakan,
Zaman AM PMR dulu, Kebanyakkan soalan dalam bentuk objektif, ABCD,
Cara AM belajar dulu sangat best.
AM akan beli banyak buku latihan,
Kalau AM malas nak jawab, Selalunya Sejarah.
AM akan tengok jawapan,
AM highlight keyword soalan dan jawapan,
Jadi AM study buku latihan,
Zaman ni soalan putar-putar situ je,
Tak tau la sekarang dah lain pulak ke.
![]() |
| Kalah lagi, kali terakhir menang 03082011 kot, bila la nak memang lagi ni, frust sangat dah ni. |
p/p/s : Kali ni entry bukan pasal Jepun, Tapi masih idea dan di post dari jepun. boleh la, janji jepun.
Saturday, August 6, 2011
..1 Ramadhan di perantauan..
Friday, August 5, 2011
..pendidikan..
Alhamdulillah kesihatan AM beransur pulih, cuma batuk masih berbaki.
Pendidikan, secara tidak formal bermula sejak kita kecil lagi. Seawal kita dapat menyebut perkataan pertama yang mak pak kita dok ajaq. Mula dari situ kita belajar mengenali dunia sedikit demi sedikit, dari seindah dunia fantasi kepada semencabar
Mari kita kaji sedikit pendidikan di Jepun
*jimat duit pampers.
Yuran tadika mencecah RM 600, sepenuhnya tagungan keluarga. Mempunyai unicorm khusus. Kanak-kanak di dedahkan dengan aktiviti2 yang meransang IQ, tak de la stress sangat ngadap buku/buat keje sekolah. Contoh, mewarna (karyon/warna air/ etc), kraftangan (origami/ etc), memasak (siap pengang pisau) dan mereka tidak di ajar mengenal ABC mahupun huruf kanji.
Yuran nursery murah sedikit, mungkin 1/4 daripada yuran tadika, kerajaan tanggung sedikit. Pakaian bebas. Aktiviti agak bebas, dan waktu tidur 12pm-3pm.
Di Jepun pengguna jalanraya paling dihormati adalah pejalan kaki. Kalau laluaan tersebut merupakan kawasan HOT atau kawasan paling ramai budak sekolah lalu, pengguna jalanraya yang lain akan diberitahu.
![]() |
| Papan tanda kawasan HOT |
![]() |
| Sebelum melintas amik dulu bendera ni. Ada bekas kat seberang jalan untuk letak bendera ni semula. |
Sama seperti Malaysia, ada menengah rendah (PMR) dan menengah tinggi (SPM). Tapi AM tak pasti kat Jepun ada ka dak periksa macam ni. Setakat yang AM tahu, bila nak abes skolah,16 tahun, akan ada 1 peperiksaan besar. Keputusan peperiksaan ni tidak digunakan untuk kemasukan ke universiti. Untuk masuk ke universiti, mereka perlu menduduki peperiksaan di universiti yang di hajati. Maksudnya disini, penilaian untuk ke universiti di uruskan oleh pihak universiti sendiri, bukan dari kementerian.
Sunday, July 24, 2011
..cerita dari bumbung..
![]() |
| AM ambik gambar ni dari tempat parking JUSCO, tingkat 4 |
Friday, July 22, 2011
..Membuang di negara orang.. Part 2
Antara warna yang terdapat kat jadual ni merah, kuning, oren, pink, biru, dsb. Salah satu warna adalah hijau.
![]() |
| Kategori hijau |
![]() |
| Contoh sampah dalam kategori hijau Note: Gambar sebagai hiasa, rugi la buang semua ni, banyak lagi tu... |
![]() |
| Ada arahan kat jadual, maaf je, gambar jadual tu kecik sangat |
![]() |
| Note: Baris 1: Bulan ; Baris 3 (hijau): Tarikh. Mengikut jadual, sampah diatas boleh dilupuskan pada 1 ogos 2011. |
- Rajin asingkan sampah, rumah besepah sekejap, jual kat tempat kitar semula, dapat duit, tersenyum puas dapat pelihara alam sekitar untuk warisan.
- Rajin asingkan sampah, tak rela rumah bersepah, hantar kat tong2 kitar semula, tersenyum puas dapat pelihara alam sekitar untuk warisan
Kebetulan time AM pergi shopping, pekerja supermarket tenggah punggah sampah dari tong kitar semula. Menangis orang kitar semula kat Malaysia tengok ni, banyak kot. Masyuk2.
p/s: Ramadhan kian tiba.
Thursday, July 21, 2011
..Membuang di negara orang.. Part 1
![]() |
| Jadual buang sampah mengikut kategori |
Sampah domestik= sampah dari dapur, ok ni teori AM.. Sebut je dapur, tempat paling kerap kita kunjung adalah singki. Singki kat jepun ada penapis, nak habaq kat hang, biji cabai (cili) pon tak lepas penapis ni. Dapat bayangkan tak betapa bersihnya air yang mengalir kat longkang!.. Menurut sumber yang boleh di percayai, tujuan penapis ni, untuk 'tos' / keringkan sampah-sarap sebelum dibuang dalam tong sampah.Dapat bayangkan tak betapa keringnya sampah kat jepun!
Ada beza ka ada penapis dengan tadak? ADA. AM bagi contoh mudah. Jika sampah kering, Tiada air sampah dari lori sampah, Jadi tiada pencemaran bau dari air sampah! berguna sungguh penapis ni, Memelihara air yang mengalir dari rumah.
![]() |
| Singki style jepun. sumber klik sini AM paham yang tulisan melayu je, |
![]() |
| Rumah + check point buang sampah |
![]() |
| Rumah sampah tidak berair & tidak berbau |
![]() |
| Siap ada penyapu dan penyodok untuk bersihkan lagi. Dan yang penting tak pernah dicuri /diambil orang |
Thursday, July 14, 2011
...tetamu diundang...
- Kita hendaklah menyambut dan mengalu-alukan kedatangan mereka.
- Sebagai tuan rumah, kita hendaklah menunjukkan kemesraan dengan muka yang manis.
- Wajib menutup aurat.
- Menggunakan bahasa yang sopan dan baik ketika bercakap.
- Menyediakan makanan dan minuman mengikut kemampuan.
- Memastikan rumah dalam keadaan yang bersih dan kemas.
- Mengiringi tetamu ke muka pintu ketika hendak pulang.
Masa VVIP nak masuk dewan, semua pelajar diarahkan bangun, sebagai tanda mengalu-alukan kedatangan beliau. Dengan penuh gayanya melangkah ke kerusi empuk di bahagian paling hadapan. VVIP mendapat layanan terbaik sebagai tanda menghormati tetamu. Sebagai contoh, VVIP akan duduk dahulu kemudian diikuti oleh VIP, semasa bangun untuk memberi ucapan, VIP akan bangun sebagai tanda hormat kepada VVIP. Sebelum majlis melabuhkan tirai, VVIP mesti dapat hadiah, dan diakhiri dengan jamuan makan. Masa VVIP nak balik, pengetua hantar sampai pintu kereta, dan ucap "Terima kasih kerana sudi datang"
Wah betapa istimewanya VVIP dalam satu-satu majlis. Part yang paling best, bagi ucapan perasmian, duduk 3-4 jam, dapat hadiah dan makan. Memang layak pon dpapat hadiah, sbb sanggup korbankan masa utk datang majlis
Saturday, July 2, 2011
Laporan Pertama AM
.:Asslamulaikum:.
Alhamdulillah diberi peluang untuk buat entry kat blong En Bos, sebelum jari ni menari dengan lebih rancak, I would like to introduce myself (erk!, sori manglish), aku,saya,kami ,ana ,cek AM.
Kami pernah dapat offer tuk wat entry kat sini, tapi masa tu kami tadak idea nak tulih pasai apa, So, setelah pikaQ punya pikaQ pasai tawaran dari En Bos, kami decide nak sumbang seberapa banyak artikel yang kami termampu (Doakan kami dapat hasilkan banyak karya no~!)
La ni, kami ada kat salah satu tempat impian MC, review sini, tempat yang ke 5, Ya betui sangatlah tu, kami kat Jepun la ni..Jadi kami berbesar hati nak buat entry pasai negara matahari terbit ni. Kami taklah hebat sangat pasai Negara orang ni, insyaAllah, ruang dan peluang yang ada ni kami kongsi pengalaman sikit. Kut ada sapa2 nak tnye boleh la, kami jawab takat yang kami tau @ tanya sapa2 yang dah lama kat sini..
Jadi untuk entry permulaan ni, kami nak cerita sikit, bak kata org kg kami Frequently Ask Questions (FAQ) kepada orang2 yang pegi obersi ni.
1/ Berapa beza masa dengan Malaysia?
1jam
2/ Sekarang musim apa?Kene pakai baju tebal ke?
Musim Panas, Tak yah baju tebai2, panas sama ja cam kat Malaysia, hari ni suhu 300C, kata orang berpengalaman, kadang-kadang boleh sampai 380C, Panas tak?
3/ Jepun matawang Yen,¥ ke? Berapa kadar tukaran wang?
Ya, Yen,¥. Kadar tukaran ikut keadaan semasa, boleh cek kat Pengurup Wang Berlesen, Masa kami nak pi,¥ 1000=RM37.50.
4/ Cam mana rupa duit Jepun?
Sumber: http://www.nihonsun.com/2009/01/19/japan-a-closer-look-at-kanto-tokyo-practicalities/
Dengan soalan terkahir tadi, makaberakhirlah entry kali ni, kot ada yang nak bertanya, silakan, insyaAllah kami jawab sebaik mungkin.
Sekian saja dari AM, Wassalam~~
p/s: ¥ 50 tak de dlm gambar.
...tq...
...mengarut...
-
Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang.. Minggu lepas aku pulang ke kampung, Minggu pertama balik selepas bekerjaya, ...
-
.:assalamualaikum:. Alhamdulillah..masih lagi bernyawa. Dan Alhamdulillah juga, belog aku juga masih bernyawa. Seinfiniti Terima Kasih kepa...
-
PRE-REGISTRATION & REGISTRATION OF COURSES FOR JULY – NOVEMBER 2009 IMPORTANT REMINDER 11 AUGUST 2009 Students will be str...

























