Friday, July 24, 2009

...h1n1...

~keratan akhbar~


H1N1: UiTM percepat cuti pertengahan semester

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengumumkan cuti pertengahan semester bagi sesi pengajian Julai-November 2009 dipercepatkan bermula 27 Julai ini berikutan kes jangkitan Influenza A (H1N1) di beberapa kampus cawangannya. Menurut kenyataan Jabatan Koporat UiTM, cuti semester itu diawalkan kepada 27 Julai hingga 2 Ogos berbanding cuti yang dijadualkan terdahulu dari 17 September hingga 27 September. Cuti semester baru itu berkuatkuasa bagi seluruh cawangan UiTM termasuk kampus induk Shah Alam kecuali bagi kampus Lendu di Melaka.


Menurut UiTM, tindakan berkenaan diambil bagi memastikan ibu bapa tidak bimbang atau panik dengan laporan media berhubung penyebaran wabak H1N1 di kampus-kampus UiTM, dengan mengambil kira kepentingan akademik dan kesihatan pelajar. Menurut kenyataan itu, jika terdapat pelajar yang mengalami simptom jangkitan selepas tempoh cuti semester berakhir, mereka perlu mendapatkan rawatan lanjut di klinik atau hospital berhampiran dan hanya dibenarkan mengikuti semula kuliah selepas mendapat surat pengesahan yang mereka bebas dari H1N1. Cuti pertengahan semester tidak membabitkan kakitangan UiTM. Maklumat lanjut berhubung pengumuman itu boleh didapati melalui laman web UiTM di www.uitm.edu.my. - Bernama.






3 comments:

rufufu said...

http://ciku.uitm.edu.my/uitm/images/stories/announcements/pekeliling_naib_canselor_13_2009.pdf

nah tgk pekeliling yg ibrahim abu shah buat rini....

MFbAH said...

dah tgk pn..x leh nk msukn dlm blog maa..adobe maa..

rufufu said...

xpa..buat link dah la..;)

...tq...

...mengarut...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...