Saturday, January 22, 2011

...3 in 1...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, masih belum terlambat utk bersyukur atas keputusan yg Allah berikan. Namun, disebalik itu, aku jd makin takut.

Apakah aku akan terus bersyukur?
Apakah aku akan jd hamba yg angkuh n riak? (~nau'zubillah)
Apakah aku akan terus leka?

InsyaAllah..aku sedang berusaha menjadi aku yg aku (sperti dalam post sblm2 ini =))

***
Sekarang, ramai kwn2 aku sedang menjalani praktikal. Bermacam2 cerita dh dikongsi bersama. Berlainan versi "layanan" dan "pengalaman" yg telah dikutil sahabat2 n kawan2 aku. Kini, mata beralih pula kpd calon2 pelajar praktikal ke luar negara. Alhamdulillah, tahniah kpd mereka.

"Rezeki mereka!"

Ungkap aku pd rakan2. Mungkin sedang memujuk hati yg kdg2 diketuk rasa cemburu. Mana mungkin "mungkin", seharusnya "Pasti".

Mereka bertnya,

"ko x jeles ke x dpt pegi oversea?"

Balas aku,

"X de lah..CV pn x hantar..mna nk dpt"

Balas mereka,

"Ada je yg x hantar, tp dpt je!"

Balas aku,

Ntah..aku pun kekadang keliru.

JELES vs x de perasaan

CEMBURU lwn ntah

Ntah..mungkin yg terpilih itu dr mereka2 yg rapat dengan aku..Syaitan sedang mengetuk jiwa aku untuk cemburu dgn mereka. Maafkan aku wahai mereka2. Aku doakan mereka2 berjaya.

***

"Nape ko baik sgt hr ni?"

"Eh? Ntah! Hr jumaat kot"

"Haha..dh agak dah!"

Adeh! Ntah, cmne aku leh jawab mcm tu. Astaghfirullah. Terkejut barangkali krn soalan tersebut keluar dr mulut seorg kwn. Tergelak kecil juga aku. Betul ke aku ni baik. Atau sedang terus berlakon di pentas lakonan dgn membawa anugerah "Pelajar KISAS". Keliru juga aku. Mungkinkah selama ini aku hanya berpura2. Nau'zubillah! Rugi nyer aku kalo itu benar.

B.A.I.K = Betul Aku Ini Karing (Caring actually)??

Semuanya bermula bila aku "care" pd dia. Haha..lawak juga! Betol, ini masih janggal disini. Tidak di KISAS.
K.I.S.A.S = Kawan Itu Sangat Aku Sayang

Apakan daya..fikrah itu belum tiba lg. InsyaAllah, akan tiba juga. Teringin rase berkongsi kemanisan ukhwah itu. Barangkali masih belum khusyuk meng"amin"kan doa rabitah. Marilah kita berusaha =)

***

"Jom tgk wayang pkul 7.00 mlm nnt"

"X nak ah..pkul 7 kot. Kang terlepas maghrib"

"Hmm..x pe la kalo x nak. Aku qadha je maghrib"

Mudah sungguh berkata2. Marah juga aku. Ingat!

"ISLAM itu mudah.
Namun, bukan untuk dipermudahkan"


Terkesima sebenarnya aku mendengar jawapan itu. Barangkali dia hanya mahu menguji aku. Atau dia sebenarnya kurang mengerti. Mungkin dia sekadar bergurau. Semua ini aku list kan dlm senarai "Husnozhan" aku. Sambil berkeras, mana mungkin itu dibenarkan. Bukan ada sebarang darurat. Sekadar mengejar pkul 7, tayangan. Bukan berada dlm medan perang. Hatta ketika berperang pn wajib bersolat dalam waktunya.

Allahuakbar! Jauhkan aku dan mereka2 dr sebarang perkara untuk mempermudahkan agamaMu ini. Kuatkanlah kami dalam jalan kebenaranMu. Bimbinglah kami ke arah cahaya KebenaranMU.

Bukan mahu meng"aib"kan dia. Namun, sekadar mahu memberi gambaran, inilah dunia luar. Buat adik2 di institut agama, bersedialah kamu semua. Kita pikul tanggungjawab ini. Kita sedang jinjing amanah ini.

Ingatkan aku andai aku terlupa tujuan aku diciptakan

"Khalifah Allah"
"Daie ilallah"
"Hamba Allah"


***

Sekadar berkongsi tiga (3) peristiwa yg terpalit dlm ingatan aku. Maaf pd mereka2 yg terasa. Bukan untuk memalukan sesiapa. Sekadar berkongsi untuk cube mengingatkan diri tentang ingatan2 yg pasti. Moga diri ini akan terus teringat dang mengingatkan.



piousISsoleh
~Bisakah ku gapai~

1 comment:

syafiq zaharin said...

salam....nice post...tapi manusia memang x kan lari dari rasa cemburu..fitrah manusia memang nak yang terbaik untuk diri sendiri...sebab itu islam ajar cara untuk bersyukur..jadilah insan yang bersyukur kerana dalam ayat alquran ada tertulis

Kemudian saya akan memperdayakan mereka dengan mendatanginya dari muka, dari belakang, dari kanan dan dari kiri. Dan Engkau tidak akan menemui lagi kebanyakan mereka sebagai golongan orang-orang yang bersyukur. (Al-A'raf: 17)...

...tq...

...mengarut...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...