Friday, November 25, 2011

Dear Kawan [catatan untuk Kawan]

Dear Kawan,
Aku sangat sayang kau.
Banyak kali aku fikir.
Kenapa aku terlalu syg kau.
Tapi jawapannya masih k.o.s.o.n.g.
Mungkin dari luar aku tak nampak macam apa yg aku katakan.
Tapi tak apa,memang itulah yang aku harapkan dari kau.

Dear Kawan,
Kau nak tahu,
Aku selalu doakan kau dalam solat aku,
Aku doakan kau supaya Allah berikan kesejahteraan hidup dunia dan akhirat dekat kau.
Jarang untuk aku lupa untuk menyebut nama kau dalam solat aku.
Orang kata kalau kita sayang seseorang kita kena doakan dia.
Jadi,doa itu memang untuk kau kawan.

Dear Kawan,
Kau pun tahu hobi aku kan.
Pernah dulu aku bagitahu kau sesuatu.
Kalau kau masih ingat dan kalau kau faham.
Tapi,kau nak tahu sebabnya?
Sebab bagi aku itu saja cara yang paling boleh aku tunjukkan yang aku sayang kau.
Aku suka tengok muka kau bila kau senyum,
Bila kau buat ekspresi muka kau yang ntah apa2
Kau sangat comel Kawan.
Aku paling suka bila kau kata kau suka hasil tangan aku tu.
Aku rasa dihargai.

Dear Kawan,
Kau nak tahu satu perkara yang sangat sangat aku harapkan dari kau?
Aku harap kau dapat berubah satu hari nanti.
Sebab aku yakin kau budak baik.
Kau bukan mcm budak2 yang lain.
Ya,aku sangat yakin yang kau memang budak baik.
Aku tahu,ramai orang di luar yang suka hentam sana sini pasal itu,
Tapi,tak bagi aku.
Aku yakin.
Kau akan berubah satu hari nanti.
Dan memang itu juga yang aku pinta dari Allah untuk kau sehari2.
Semoga Allah buka kan pintu hati kau Kawan!

Dear Kawan,
Selama kita berkawan,selama kita kenal,selama kita rapat,
Aku minta maaf atas segala-galanya.
Terima kasih atas segala-galanya.

Dear Kawan,
Sebenarnya banyak lagi yang aku nak beritahu kau,
Tapi aku tahu aku tak mampu dan cukuplah setakat ini
Dan sesungguhnya memang aku takkan beritahu kau.
Mungkin.
Sampai bila-bila.

Dear Kawan,
Aku tak kisah kalau kau tak sedar kehadiran aku dalam hidup kau
Aku tak kisah kalau kau tak sedar yang aku sayang kau
Aku tak kisah kalau kau tak pedulikan aku
Aku tak kisah kalau kau tak hargai aku
Sebab sayang aku terhadap kau tanpa sebab.


Tapi bila aku terjumpa ini.

" When someone comes into your life,ALLAH sent them for a reason.Either to learn from them,or be with them until the end"

Dan hanya sekarang aku tahu apakah sebabnya.
Alhamdulillah.Terima kasih ya Allah.








2 comments:

hafiz hafizol said...

eherm... lame membisu bai??

NuryBella said...

ehem2..siapakah?
utk i eh? hahaha thanks! (mode perasan)
nway it's nice :)

...tq...

...mengarut...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...