assalamualaikum
Alhamdulillah...seinfiniti kesyukuran di"rafak"kan pada Allah SWT atas kurniaan nikmat2NYA khususnya nikmat Iman dan Islam. Selawat dan Salam buat Rasullulah SAW kerana atas perjuangan dan semangat juang banginda, Islam itu tersebar ke hampir seluruh dunia..Alhamdulillah..
Alhamdulillah juga, dapat juga aku menghapdet belog ni. Lama giga dah tak berhapdet belog ni. Maaf kepada sesiapa yang follow dan terasa hampa kerana tiada sebarang proses penghapdetan yang berlaku. Maaf banyak2 kerana aku punya time management yang agak teruk. Sedang cuba membaikinya.
Mesti korang pelik kan, nape la tetiba malam ni aku menghapdet. Sah2 la aku ada benda nak tulis kan. Haha. Hmm..tibe2 aku rasa rindu balik zaman rajen berbelog dulu. Bila ada masalah je dulu, aku share kat sini. Bila aku rase gembira je, aku kongsi kat belog. Bila aku nak marah je, aku tulis kat belog. Bila aku gembira sekalipun, aku share ngn belog. Tapi tu dulu..n mungkin aku nak berpatah balik kepada dulu..
So, aku start hapdet pertama aku dengan tulis cerita hati aku *cewahh . Ntah nape malam ni, aku dah tak berapa nak kuat hadapi apa yang aku tengah hadapi ni. Ini siyes. Tapi pelik gak, nape perlu malam ni?? Nape tak malam semalam ke..malan dua minggu akan datang ke..malam merdeka ke..nape perlu malam iniiii???
Jawapannya, ALLAH sahaja yang mengetahui.
Barangkali Allah nak tegur aku jangan terlalu gembira sehingga bisa lupakan DIA. Mungkin, Allah sedang mengajar aku betapa manusia itu punya hati yang sentiasa berbolak-balik. Mungkin juga Allah nak ingatkan aku bahawa hanyalah Allah lah sebaik-baik tempat bergantung..
Mungkin before this aku amat bergantung kepada manusia. Terlampau dan teralu bergantung kepada manusia. Hinggakan aku terlupa, sampai bila dia boleh mendengar semua rintihan aku. Sampai bila dia bisa memahami aku. Sampai bila dia akan datang kat aku bila aku perlukan dia. Sampai bila dia akan teman aku bila aku sendiri takleh "teman" diri aku.
Tapi..aku terlupa..aku terlupa yang ALLAH tak pernah hampakan hambanya. ALLAH tak pernah tinggalkan hambanya yang sedang dalam kesusahan. ALLAH tak akan pernah mengeluh kerana asyik dengar rintihan kita. ALLAH tak pernah jemu "teman" aku tatkala aku sendiri takleh "teman" diri aku..
Ya..aku punya kawan, aku punya sahabat..tapi aku sangat pasti betapa mereka2 itu bukanlah yang kekal. Aku juga ada ALLAH, ALLAH YANG ESA, dan aku tersangat pasti bahawa ALLAH KEKAL SELAMANYA KERANA ALLAH MAHA KUASA.
Maka, kenapa aku perlu bersedih tatkala mereka tiada upaya bersama aku. Mengapa aku perlu kecewa tatkala mereka tidak memahami aku. Kenapa aku perlu bermurung durka tatkala aku bukan seperti mereka..
kerana sesungguhnya ALLAH sentiasa bersama aku, kamu, kita...
...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. [2:216]
...Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita.. [9:40]
...Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita.. [9:40]
p/s: bukan tidak mahu, tapi tidak mampu. Maka sebaiklah jagalah hati mereka yang tidak mampu ini kerana kamu tidak merasa seperti apa yang dirasainya...
No comments:
Post a Comment