Thursday, February 10, 2011

...Minyak vs Air...

Assalamualaikum…alhamdulillah, masih ada kesempatan utk berblogging jap. Hari ni (rabu) rase sgt sgt sgt tak besh! Dari pagi lagi rase tak macam selalu. Mathurat pun baca skip2 ngn tergesa2. Takde pn kejar pape. Tp ntah. Hati ngan jiwa ni rase tak brape nak semangat.

Mule2 dah wat satu kesalahan. Turun umah antar akak, tp tak bawak kunci umah. So, dah buang mase nk naek amek balik. Then, tertinggal trolley kt tempat parking. Malam baru sedar. Naseb baek tak der org kebas. Hmmm…sampai tempat keje, terkejut coz courier documents penting yg n kantar ke Indonesia still tak sampai ag. Mule2 delay atas alasan tak lengkap isi invoice, skang ni baru nk gerak ke Indon. Then, check2 balik kt system, rupenyer alamat ada termiss. Allah! Siyesly MATI!

Actually, project ni la boss paling suke. Aku tak pernah tgk beliau sesemangat ni. Then, bila dah jd mcm ni, satu hari tak tenteram. Hmm..sebenarnya, yg tulis alamat tu bukan aku. A fwen of mine. Tp aku taw, dia mmg tak sengaja. Siyesly tak sengaja. Sape2 pun tak faham yg salah tu adalah tak sengaje! Skang, doakan lah agar benda tu sampai ke tngan org yg sepatotnya. Allah yang mengatur segalanya. Allah Maha Mengetahui.

***

Project ni namanya water injection. Jom aku citer sket. Biler kat reservoir minyak, volume minyak tu dah kurang, so, susah la nk sedut minyak tu kuar. Disebabkan itulah, kna kasi minyak tu tinggi sket dr level yang asal. Then, cara paling besh is dgn inject water into the reservoir. Tak kan nk kambus ngn tanah. Habes lak tanah kt Indon nanti. Air takpe la, dah 70% kat bumi, siap leh recycle balik. Berbalik pd air ngn minyak td, kita sume sudah tahu kan, sejak azali lagi, air ngn minyak tak leh mix together to perform a solution. So, atas sebab ini lah, air digunakan. Ketumpatan minyak yg lg rendah dr air, menyebabkan minyak akan berada atas air. Air la akan sentiasa menyokong minyak. Tak pernah lak ada air mogok lak ngan tolak minyak ke bawah dia. Baek kan air ni.

So, jom kita reflect dlm hidup kita. Tak nak ke kita jadi mcm air ni. Sentiasa menyokong org len, supaya org yg kita sokong tu, leh tolong org len lak. Cube kita tgk,

Air tu tolak minyak ke atas, biler minyak kt atas, orang leh sedut minyak tu kuar. Leh la pakai minyak tu kat kete g surau.

Sma la macam kita. Tak kisah la org tak nampak kita wat jasa pun, biarlah kita jadi silence contributor pn, biarlah kita kat bawah pun, biarlah kita saket ngn letih sket pun, biarlah wang ringgit habes melayang2, asalkan kita tengah tolong orang len yang nak tolong org len lak. Tak ke dpt saham sket. Senang 2 je kan. Orang yg kita support tu pun, bukan nk g wat bnda yg leh rosakkan kita. Dia cume perlu bantuan kita untuk men”optimumkan”kan usaha dia. Then, dr situ, usaha dia akan lebih lancar. Dapat tak?? Firdaus Senang kata la, sama2 lah kita menyokong kepada mana2 usaha yang bermanfaat kpd org len. Macam kita dermakan kat surau tyme hr jumaat, duit tu org2 masjid utk deco-deco masjid gak. So, masjid tu lebih la selesa. Biler selesa, senangkan satu kampong yg dtg utk tidor dengar khutbah.


”Hendaklah kamu tolong menolong dalam kebaikan dan ketaqwaan, dan janganlah saling membantu dalam perbuatan dosa dan permusuhan. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat keras dalam hukuman-Nya.”




piousISsoleh

~Bisakah ku gapai~

3 comments:

Anonymous said...

pttkah dmarahi?

Anonymous said...

Tidur dgr khutbah? :p

3 post sehari..suka..padat dn ringkas.^_^

Anonymous said...

i wonder la,is there any interaction between that oil and water ha?oil tu akan ter affected by water tak?almaklumlah,sy bkn org physics.haha.

...tq...

...mengarut...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...