.:assalamualaikum:.
Alhamdulillah..segala puji agi Allah SWT atas segala nikmat yang dikurniakan.
Entry kali ini sekadar satu luahan. Luahan perasaan barangkali. Luahan rasa kecewa juga mungkin.
Sebelum itu, just nak share satu video. Video lama ni. Video lagu "Sepuluh Budak Hitam". Masa kecik2 dulu femes gak lagu ni. Siap hafal ag. Kalo maen tyme petang2 tu, mesti nyanyi lagu ni ramai.
Alhamdulillah..segala puji agi Allah SWT atas segala nikmat yang dikurniakan.
Entry kali ini sekadar satu luahan. Luahan perasaan barangkali. Luahan rasa kecewa juga mungkin.
Sebelum itu, just nak share satu video. Video lama ni. Video lagu "Sepuluh Budak Hitam". Masa kecik2 dulu femes gak lagu ni. Siap hafal ag. Kalo maen tyme petang2 tu, mesti nyanyi lagu ni ramai.
So, selain dari dapat ingat balik lagu ni, apa yang korang dapat dari lagu ni?? Mula2 nampak macam Kesepuluh-sepuluh budak hitam tu adalah kawan baik. Tapi bila sorang-sorang ditimpa masalah, masing-masing biarkan je kawan dorang. Takde sebarang usaha untuk menyelamatkan kawan2 dorg.
Bile bicara tentang PERSAHABATAN, FRIENDSHIP, UKHWAH aku mesti tersentuh. Sebab sampai skang, aku masih rindukan kawan2 aku masa kat KISAS ngan KMK. Mereka memang memberi kasih sayang persahabatan sepenuh jiwa.
Kat KISAS, ktorang ada 5 Uniques in KISAS. Mase mula2 register, ada senior tanya aku. Aku dah la tengah homesick, blurr2 lak tu, sah2 la tak dapat jawab. Then, senior tu suh aku cari 5 Uniques in KISAS. Adehh. Penat mencari, last2 jumpa kat dinding asrama aku gak. hahaha..melalut dah ni..haishh~ Tapi nak cerita antara 5 Uniques in KISAS adalah FRIENDS and UKHWAH.
Mungkin disebabkan FRIENDS and UKHWAH tu Unique kat KISAS, so, skang aku rasa amat payah untuk rasa manisnya persahabatan dan ukhwah yang dasarnya kerana ALLAH. Barangkali, aku tidak memberi sepenuhnya. Atau barangkali aku tidak menerima sepenuhnya. Atau aku, kamu dam kamu sekadar membaca DOA RABITAH bukan untuk memahaminya.
Teringat perkara2 asas dalam persahabatan. Pertama, Ta'aruf (perkenalan). Kemudian, Tafahum (memahami/mengetahui). Akhirnya, Takaful (membantu). Kalo dulu di KISAS, kami bukan sekadar perlu tahu NAMA, ASAL, SEKOLAH LAMA sahabat2, kami juga bakal disoal perihal kegemaran2 mereka. Maka, untuk lebih mengetahui tentang seseorang, kita perlu lebih mengetahuinya. Itu hukumnya.
Agak kecewa bile ada yang sudah berada dalam sistem-sistem tertentu tapi masih lagi belum menghadam rukun2 yang menguatkannya. Entah. Sangat kecewa bila antara ahli-ahlinya perlu ada kerahsiaan yang melampau. Atau perancangan persendirian. Seolah-olah sudah meletakkan satu penghadang (barrier) antara satu sama lain. Mana mungkin kita bisa rapat. Mana mungkin kekuatan itu akan tetap utuh.
Benar! Kekadang aku juga pernah kurang berkongsi. Tapi, sekadar perihal remeh temeh itu bukan satu yang perlu dihebohkan. Bukan untuk menghias kesalahan dengan keindahan, tapi, sekadar menukar istilah salah kepada kebenaran. Sangat berbeza bila kita berahsia mengenai sesuatu yang oleh mengeratkan aku, kamu dan kamu. Sangat berbeza!
Seolah-olah aku tidak bersama kamu-kamu. Ya! Tersisih. Terasing dalam ketawa. Bukan satu bentuk uzlah syu'uriyah. Tapi, telah di"uzah"kan oleh kamu, kamu dan kamu yang sudah faham apa itu hakikat syahadah. Ingat, aku juga insan. Insan itu punya hati. Hati insan pula mudah berbolak-balik. Diri perlu bijak kawal hati. Diri yang lain juga perlu faham hati-hati yang lain.
Sepuluh tidak akan pernah jadi sepuluh kalo tiada satu. Usah dicanang serata dunia kita telah bersatu andai kita sendiri sudah buangkan "satu" dari pakatan kita. Ingat! Dua tidak akan pernah bertukar tiga selagi satu tidak ditambah masuk. Empat akan selama-lamanya jadi empat andai empat sendiri menjadi penghalang untuk menjadi lima. Lima pula tidak akan terus berkembang andai tidak bersedia terima satu untuk jadi enam. Enam tidak akan bertukar ganjil andai tidak mahu berubah menjadi genap. Tujuh tidak akan pernah menjadi lapan jika tidak mengajak satu untuk bersama. Lapan tidak akan terus kuat andai satu disingirkan. Sembilan pula masih perlukan satu untuk menjadi sepuluh.
Sangat cemburu dengan UKHWAH mereka-mereka yang dalam sistem yang sama. Semuanya seakan berada dalam diri masing-masing. Kuat bonding mereka. Mungkin, amat menghayati sejarah tentera-tentera Islam yang syahid selepas masing-masing lebih mementingkan sahabatnya ketika masing-masing amat memerlukan air. Aku, kamu dan kamu juga tahu kisah ini. Namun, betul kata mereka, amat beza antara "FAHAM" dan sekadar "TAHU".
~UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA~
No comments:
Post a Comment