Thursday, December 8, 2011

...seketul daging, sekeping qalbi...

Assalamualaikum

Alhamdulillah..
Masih punya semangat berkongsi 
Berkongsi lagi perihal hati
Kata orang..
Memberi akan lebih gembira daripada menerima
Oh..seakan bakal menyangkal kata itu
Masakan tidak gembira orang yang menerima
Andai menerima sesuatu berharga
Apakah si pemberi yang berkurang itu
Bisa terus bergembira??
Ahh..mana mungkin kata itu benar..
Maaf..diri terlupa
Diri terleka lantas tertinggal satu perkara
Ya..amat benar memberi bisa lebih bahagia
Bahagia tatkala memberi dengan kasih sayang
Mana pernah dalam sejarah
Seorang ayah tidak bahagia melihat anaknya berjaya
Masakan tidak, sudah separuh hidupnya
Hanya untuk "memberi" pada sang anak
Dan kini, masih boleh terus senyum
Senyum bukan sekadar menunjuk-nunjuk
Senyumnya persis seorang yang bahagia
Oh...barangkali bukan sekadar bahagia
Tetapi ibarat seorang yang sangat bahagia
Ahh..ingin sekali merasa bahagia
Lantas, mulalah untuk memberi 
Bukan sekadar memberi
Memberi bersama kasih sayang
Ahh..susah bukan??
Barangkali punya masalah dengan hati
Ayuh, kita sama koreksi hati
Bukan sekadar mentafsir jasadi
Perlu bertanya pada hati
Agar hati bisa terus menjadi qalbi
Pesanan sang arif, Al-Ghazali
Carilah hatimu di tiga tempat
Sewaktu bangun membaca Al-Quran
Jika tidak ketemu,
carilah hatimu ketika mengerjakan solat
Andai masih lagi belum berjumpa,
duduk bertafakurlah ingati mati
Jika masih sukar ketemu,
Pohonlah dari Allah untuk punya hati yang baru
Kerana hakikat tatkala itu
Kau tidak punya hati.
Astaghfirullah..
Moga diri ini tidak pernah tidak punya hati
Sabda Rasullullah..
Dalam jasad anak adam ada seketul daging
Andai baik daging itu,
Maka baiklah seisi anggota jasad
Andai buruk daging itu,
Lantas buruklah seisi anggota jasad
Ketahuilah..
Daging yang seketul itu adalah hati
Banyak peringatan perihal hati
Bicara bagaimana menjaga hati
Benar..orang selalu kata
Hati insan itu mudah berbolak balik
Apakah punya harapan kembali andai terus berbalik??
Sudah tentu, kerana Allah Maha Pengampun
Ikatlah hati dengan mujahadah yang tinggi
Bukankah syurga dipagari kesusahan
Neraka pula dipagari keseronokan
Andai mahu berada selama disyurga
Perlu dilalui "pagar-pagar" kesusahan
Kerana itu akan membawa bahagia abadi
Andai mahu cepat mengalah 
kerana sakit terkena duri berpagar
Bersedialah hadapi panas yang membakar
Nau'zubillah..

Tidak ingatkah kita pada Suci Sekeping Hati?


Sekeping hati dibawa berlari
Jauh melalui jalanan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Didepan matamu para pejuang
Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menuggu mangsa
Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap
Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba



No comments:

...tq...

...mengarut...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...