setiap kali aku menyusuri jalan itu,
dan setiap kali itu juga empat mata ini tidak lepas untuk melihat Ia.
jalan itu jalan aku sehari-hari.
Ia nampak indah,
tak kira ketika di baluti kabus pagi,
tak kira ketika matahari perkasa sedang menguasai,
tak kira ketika malam mula menyanyi lagu sepi,
dalam apa2 waktu,keadaan atau apa sekalipun,
Ia adalah indah.
begitu indah.
walaupun Ia berada jauh,jauh sekali dan tersangat lah jauhnya.
Ia indah,
apabila hati ini menterjemah setiap pandangan itu,
sehari2 aku,
selama mana aku berada di jalan itu.
senyum2 kita,
ketawa2 kita,
gelak2 kita,
borak2 kita,
secret2 kita,
semua itu ter peta secara tiba2 satu per satu dalam kepala dan jiwa
dan hati ni mulalah bermain dengan satu benda yang dinamakan,
pe-ra-sa-an.
aku tahu aku tidak dapat lari,
aku cuba buang jauh2,
semua nya buntu.
ini mungkin kerana....
jalan itu adalah jalan aku sehari-hari.
dari kotak kecil ini,
aku hanya...
memandang Ia,
redup.
dan itu lah mampuku.
kali ini tiada mungkin lagi,
aku pasti,
kerana jalan itu adalah jalan aku sehari hari!
No comments:
Post a Comment