Showing posts with label vacation. Show all posts
Showing posts with label vacation. Show all posts

Monday, January 30, 2012

...orang kata tanahnya tinggi...

assalamualaikum

Alhamdulillah..sudah mendapat sedikit kerajinan untuk menulis. hehe. Tak la terbuang masa aku yang agak lapang ni. Alhamdulillah.

Alhamdulillah juga tahun lepas ktorang satu family dapat berkumpul melancong. hehe. Walaupun just dalam Malaysia, tapi tersangat la seronok sebab dapat berkumpul ngan family.

Walaupun aku duk sebuk ngan sem 7, tapi aku still pegi gak. haha. Mana leh aku tinggal. Sah2 la nanges. haha.


Zahra ngan Zafran yang tak pernah sejuk

Ktorang g tanah tinggi. Sejuk~~ Orang duk kata tanahnya tinggi. So, ktorg nak pegi la test ketinggiannya. Maka, jawapannya adalah sangat tinggi. Mabuk aku mendaki dan menuruni. Abah pun leh muntah, inikan aku. hahaha. Camne la orang leh suka g sna. Adoyai~~

Tapi dua budak comel atas ni steady je. Nak je aku gigit dorang. Aku tengah mabuk leh lak kaco2 aku. hahaha. Dah la tak sejuk langsung. Kalo adek tu tak kisah la, tengok badan bersalut lemak. Penebat haba terbaek tu. hehe. Abang tu yang aku terkejut. Kurus kering bak melayang2 andai ditiup angin tu pun leh tak sejuk. Huish~~


Maaf ye mak, terblock la. hehe. Comei giga Fikri jeling aku camtu. Mesti dalam hati dia duk cakap, "Hensemnya abang aku ni" hahaha


Fikri tengah pujuk aku suh beli strawberry..sorry la ye adik, abangmu ini tidak punya ongkos..haha


Tyme ni nak g beli barang2 cameron. Siyesly, aku tak suka shopping tempat ramai2 ngan sesak2 camni. Sesak nafas aku. hahaha. Kalo nak ajak aku shopping, ajak g tempat takde orang je. Walau seronok jalan2..*demand


Dua orang minah mana ntah tetibe suh aku tangkap gambar dorang. hahaha. Yg belah kiri yang muka sebijik cam aku tu adalah akak aku. Dah berpunya. Maka hendaknya tawaran untuk menjadi abang ipar aku sudah ditutup. Yang baju ungu muka ala2 cina bermata sepet tu adik aku. Kata nya single lagi. Maka sekiranya saudara2 berkenan dan sudi menjadi adik ipar aku, contact la aku. Kita slow talk. haha


Pelik giga mamat nih. Sehat ke tak?!~ 


I love my family. Uhibbukum Fillah ya Usrati  ^_^


Kalo g Cameron tak g Ladang Teh cam tak lengkap. Ni proof yang ktorang dah menjejak kaki ke Cameron Highlands. Tapi aku still blurr n confuse, apa yang menarik sangat kat Ladang Teh ni. Aku tengok cam biasa je. Anybody could explain it???


Alahai...tak terkata aku tengok gambar ni. Hmmm..Indahnya ciptaan Allah!  =.="


Ok, nie aku tengah marah sebab dorang nak bergambar sangat ngan aku tyme hujan2. Ada ke patot. haha. Banyak ag masa nak bergambar ngan aku, ni tyme2 ujan jugak la duk wat kalut. Aduiyaiii~~~


Ini Strawberry dan ini fakta. Harap tiada sebarang bantahan. Jika ada sebbarang kekeliruan, sebaiknya tuislah surat bantahan bertaip dan hantar kepada saya dalam tempoh 30 hari bekerja. Terima kasih.


Aku seorang abang yang sweet. Ini pernyataan dari adek aku. Aku taktaw la kat mana ke"sweet"an aku. Malu aku. *blushing*


Sila abaikan orang di belakang. hahaha. Aku taktaw motif gambaq nie. Maybe nak wat muka comal kot. Tapi..ntah..no comment...hahahahahahahahahhaah!

Penat dah aih menulis nie. Sehingga jumpa lagi. Jangan lupa solat on time! Jangan lupa spend time ngn family!

^_^

p/s: Kalo dah kawen, siyes taknak honeymoon kat cameron. Hahaha.
p/s/s: selamat datang ke CAMERON HIGHLANDS~

Sunday, March 6, 2011

...Trainee Day...

Assalamualaikum..Alhamdulilah, tidak lagi diuji dengan kesempitan masa, so, dapatlah jenguk jap belog ni. Dah bersawang nie. Nak kemas2 sikit. Petang ni, takde la nak share apa sangat. Just nak belog psal "MME TRAINEE DAY" kt Pahang ngn Terengganu. Btw, thanx to Zubir, Fadziel dan Amirul kerana sudi menjayakan program ni. Hahaha. Disebabkan aku giler jawatan, aku lah yang melantik diri aku sebagai Pengarah Program;



***

MME Trainee Day
Fadzil,Amirul,Firdaus,Zubir
Pengarah: Firdaus
Bendahari: Amirul
Biro Pengangkutan: Zubir
Biro Penginapan: Firdaus
Biro Program: Fadziel
Driver: 1. Amirul
            2. Firdaus
            3. Fadziel
         4. Zubir

1st hotel,"mahal giler'
2nd hotel."ni kt melaka ke kuantan?

Deluxe Hotel

Deluxe Hotel; macam mewah je..uwek~

Ktorg bertolak dari Ampang pkul 2.00pg. Lalu Karak then ikut LPT sampai lah Kuantan dalam pkul 5.00pg. Then, cari hotel yang murah, pkul 6.00pg baru check in kat "DELUXE HOTEL"...euww~ (Seriously bluerk~~). Mentang2 lah murah, service macam haram. Aku assume hotel ni hotel orang selalu wat projek. Astaghfirullah. Jauhkan kami dari perkara2 maksiat. Then, pkul 10pg chek out. Terus g Cherating. Hampeh punya signboard. Tgh2 follow signboard, tbe2 tak de dah signboardnye. Sesat kot. 1st sesat sampai nak masuk Highway balik KL dh..haha..2nd lak sesat sampai Terengganu. Adoi~ Wat abes minyak je. 

Pantai Cherating
Lepas penat mencari CHERATING, akhirnya, dengan takdir Allah, sampai la ktorg. Skang, tugas Biro Penginapan untuk cari Chalet lak. Dengan muke yang hensem dan penuh Confident, dapatlah aku sebuah Chalet yang dekat ngn pantai. Ada Aircond, 2 katil Queen Size n Toilet. BESH! TERBAEK! so, check in chalet, Solat Zohor, Tidor. haha. Punyer la bosan aktiviti, tidor je. Bangon dalam asar, ktorg serang pantai Cherating sampai Maghrib..
Aku paling ensem kan???
Apabila azam Maghrib berkumandang, ktorang pun pulang. Siap2 solat semua, ktorang g diner. Melantak giler. Disebabkan muka aku yang ensem plus mulut yang ramah, aku berjaya mendapatkan makanan2 tersebut dengan harga yang berpatutan. hahaha. 

Malam lak, budak2 ni dah penat kot. Aku tak nak tidor ag, so, aku ajak tengok "Oh Yeah". Gelak kaw2 tu. Pastu, tgk semua cam bosan je (hampeh la dorg ni), ktorg pon tidor. Sejuk giler, tp blur nak wat apa. Subuh baru off kan air cond. Sengal kan. Hahahah
UiTM Trainee
UniKL Trainee
Macam budak2~
Aku Kelemasa


Kaki sape paling busuk??!


Free show, "Selamat Tinggal anak Penyu"


Sedap giler!
Tak sabar kot nak melantak!
Aku je lebih2..yg len hampeh~

Pagi ahad lak, ktorg g pantai sekali lg, ni sesi Photoshoot lak. Hahaha. G beli baju uniform sepasang semua. pastu siap2 nak g Ganu. Nak antar Fadziel kat Kerteh. Dia kna transfer sna. Sian dia. hahaha
1st tyme tggi kot!

Jangan tinggalkan kami~~ haha
Mcm kt kg je suasana ni
Sampailah Terengganu dan inilah Workshop MME kt Ganu. To Fadz, Bye2~ Tak care!
MME Workshop kt Terengganu
Bye2 Fadziel!

BUDGET

Sewa Kereta: RM 180 + RM 30
Minyak : RM 100
Tol: RM 60
Penginapan: RM 120
Total: RM 490/4 pax = RM 122.50 /pax




***

Alhamdulillah, misi dan visi Trainee Day nie adalah untuk merapatkan Ukhwah antara Trainee. Bila ikatan Friendship tu kuat, maka, kita akan bekerja dengan sangat2 Happy. Ktorang nak create environment kerja yang mcam satu family. So, setiap orang akan rase bertanggunjawab antara satu sama lain. Bak kate pepatah, Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Besh2. Just nak share adab2 ketika ber"rehlah":
1. Mulakan perjalanan dengan Doa Naik Kenderaan
2. Jangan terlalu gembira.
3. Jangan memandu ikut perasaan ataupun dengan perasaan yang show off kt kwn2 len yg ko terror bawak keta.
4.Berpakaian menutup aurat. Walaupun berada dalam chalet or mandi pantai. Ingat, menutup aurat itu WAJIB
5. Jangan pentingkan diri sendiri. Ingat kawan2.
6. Jangan lupa minta restu Mak Ayah.
7. Jangan terlampau berkire.
8. Sharing is Caring kot.
9. Jangan takut sesat kt jalan. Takutlah sesat dr jalan Allah!
10. PALING PENTING! Jangan tinggal solat.

piousISsoleh
~Bisakah ku gapai~ 

Sunday, September 26, 2010

...wALiMaH...

Assalamualaikum..

Hampir sebulan lebih tak menjenguk ke blog ni..ada la rupe sawang2 sket dh ni..org tyme raya bersihkan sawang, but, aku, biarkan sawang merebak kt "piousISsoleh" ni..hmm..actually, dh masuk sem5 ni baru rase ke"degree"an ke"mekanikal"an..ngee~ sangatsangatsangat BUSY ngn mcm benda dunia..adeh! Mungkin Allah nk ng peringatan kt aku n kwn2 len ttg "Ingat 5 Perkara B4 DTG ANOTHER 5 MATTER" n one of them is "LAPANG B4 SEMPIT"...arrgghhh, biler nak abes semua ni! selalu gak aku mengeluh cmnie..huhu, manusia kan..kuat x berpuas hati..biler la nk berubah ni..doakan aku menjadi orang yg lebih baek eh..

sekadar hiasan =)


Ish3, dh melalut ni..actually, nak start entry terbaru ni ngn citer walimah kawan ke5 KISAS yang dh selamat dgn jayanyer mendirikan masjid..Tahniah to Anas n Shamsinar..
"Barakallahulakuma wa Baraka a'laikuma wa Jamaa' Bainakuma fil Khair"


Seronok sgt hari sabtu 25 sept tu coz mcm2 dh jadi n rmai kenalan KISAS dh "dijumpai" semula..Ya ALLAH bahagianyer hati ini tatkala itu..rase mahu berhentikan seketika masa yang sedang berputar..tp mase tu memang rase betapa jeles nyer masa dengan keakraban kami.."Ya Allah, engkau telah tautkan hati2 ni n moga2 ia ditautkan keranaMU n ke arah jalanMU" ~ameen~

Thanks to Haris Aysraf, Fahmi, Hakim Jaafar, Muzakkir, Dzulkifli, Lutfi, Hafiz, Ridhwan, Fawwaz, Naim, Tong, Muhaimin, Najmuddin, Safwan, Cham, Naufal, Alif (kwn naufal), Paan, Omar, Marwan n Nazrul Aizad sape2 yg pegi..maaf yg tertinggal~





"Ya Allah, aku mohon kepada-Mu dikurniakan seorang isteri yang solehah,
yang dapat membantuku menyelesaikan urusan duniaku dan urusan akhiratku.''


p/s: hari tu juga terjumpa seseorg dgn tidak sengaja..apakah?? adeehh~~


piousISsoleh
~bisakah ku gapai~

Monday, June 7, 2010

..bRoGa..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, dpt lg tulis kt blog ni (smbil dgr nasyidfm) ..cm diari la..so, kali ni nk share aktiviti lpas panjat Gunung Nuang..ktorg, COTA10 g panjat Bukit Broga, Semenyih lak..tyme tu awal2 sem ag, so, x de assingment la..tu yg bermaharajalela sket tu..

Broga ni bukit je, bak kata naufal la (Mr Pres COTA10)..so, aku cm assume cm Bukit Larut x pn Bukit Bendera..leh nek pakai jeep je..hehe..tp
smpai2, mak aiih..ni kwsn pe ni..


syafiq, ayie n aziim

naufal, aku, zubir, syafiq lg??!

4.30 pg - 4.45pg
Bangun tidor dgn malas skali..wat tahajud jap..kemas2 barang n sume pastikan cocktail (mknan o minuman rasmi COTA10) ada ditempat yg sepatotnya...

Taklimat ringkas ttg perjalanan oleh Mr Presiden..bahagikan sape nek motor n kete cz ktorg gerak ngn sebijik keta kancil, 3 bijik motorsikal..

Destinasi pertama adalah di rumah Luqman..ktorg berenti rehat utk solat subuh then brekfas..pastu baru bergerak ke Semenyih dr Bangi.

5.15 pg
Tunggu Fitrie, Aziim, AyiE n Shafiq..Dorg tersesat jap..so, akibat ngantok sgt, aku amek kesempatan tdor tepi highway..kt longkang tu..

sepanjang duk atas motor ngn ifan, aku duk melalak je, takot tertdor..huhu

6.00pg - 6.15pg
sampai di umah Luqman..bapak ah, besar siot..rupenyer dia setaman ngn Dr Fadzilah Kamsah..sampai je, sume solat kt ruang tamu..rehat2 jap..mkn bekpas..tq to luqman yg prepare bekpas ktorg..x lupe pada mak cik n pak cik gak~


6.20pg
bertolak ke Broga selepas sesi bergambar di halaman umah Luqman

7.00pg
Panjat Broga..
Ktorg ingat ktorg lah yg paling awal..so, leh la naek dgn aman..smpai je, masyaAllah, ramai giler..tp sumenyer Cina..rajin dorg, Melayu Islam mna? Kalo aku x panjat bukit tu pn, aku tgh tdor ag..huhu..malu2...

SO, bermulalah sesi pendakian..kekadg tersangkut gak cz kna beratur amek gilran..n kt stu, terujilah semangat tolerenrasi..seriously, sume bertolak ansur..respect sume..

pendakian bermula

maskot kali ini



9.00pg
Smpai puncak..bes giler..SUBHANALLAH, lawa sgt2....sampai atas, cdg nk wat air teh, tp malangnyer, gas la poblem, so, mkn LAI je..

Sepanjang sesi pendakian, banyak giler gambar yg ktorg amek:

irfan, zubir, aku

puncak ke brape ntah..

mengambil giliran

alhamdulillah, puncak utama

insyaALLAH, pejuang ISLAM!


10.00pg
ktorg dh start turun sbb dh nk ujan..so, kna sampai bwh sebelum basah..maka, berlumbalah..

tp ada yg pilih nk turun ngn leisure je cz nk bergambar..hehe..


Alhamdulilah..sume berjaya sampai di bawah tanpa sebarang kecerderaan(betul ke eja ni??)..tp, akibat turun bagaikan itik pulang petang, maka, berhujanlah kami..bes gak, atas motor duk kna ujan..sejuk gler..tp besz..rugi sape naek kete..x mencabar!


PEP 6585, kenderaan irfan ditumpang aku


Lepas selesai pendakian, ktorg pulang ke rumah Luqman..cadangnyer nk amek TV yg disponsor olehnye..tp, rezeki Allah kasi kt mna2 kn, maka mak Luqman dh masak nasik ayam,,sedap sgt..Murah rezeki mak cik n family..usai mkn, lepak2...baru balik Shah Alam balik..naek motor ag..


COTA10:Broga Edition~


"Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat

gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah),

misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka

memikirkannya"

(al hasyr: ayat 21)






piousISsoleh
~bisakah ku gapai~

...tq...

...mengarut...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...