Monday, January 30, 2012

...orang kata tanahnya tinggi...

assalamualaikum

Alhamdulillah..sudah mendapat sedikit kerajinan untuk menulis. hehe. Tak la terbuang masa aku yang agak lapang ni. Alhamdulillah.

Alhamdulillah juga tahun lepas ktorang satu family dapat berkumpul melancong. hehe. Walaupun just dalam Malaysia, tapi tersangat la seronok sebab dapat berkumpul ngan family.

Walaupun aku duk sebuk ngan sem 7, tapi aku still pegi gak. haha. Mana leh aku tinggal. Sah2 la nanges. haha.


Zahra ngan Zafran yang tak pernah sejuk

Ktorang g tanah tinggi. Sejuk~~ Orang duk kata tanahnya tinggi. So, ktorg nak pegi la test ketinggiannya. Maka, jawapannya adalah sangat tinggi. Mabuk aku mendaki dan menuruni. Abah pun leh muntah, inikan aku. hahaha. Camne la orang leh suka g sna. Adoyai~~

Tapi dua budak comel atas ni steady je. Nak je aku gigit dorang. Aku tengah mabuk leh lak kaco2 aku. hahaha. Dah la tak sejuk langsung. Kalo adek tu tak kisah la, tengok badan bersalut lemak. Penebat haba terbaek tu. hehe. Abang tu yang aku terkejut. Kurus kering bak melayang2 andai ditiup angin tu pun leh tak sejuk. Huish~~


Maaf ye mak, terblock la. hehe. Comei giga Fikri jeling aku camtu. Mesti dalam hati dia duk cakap, "Hensemnya abang aku ni" hahaha


Fikri tengah pujuk aku suh beli strawberry..sorry la ye adik, abangmu ini tidak punya ongkos..haha


Tyme ni nak g beli barang2 cameron. Siyesly, aku tak suka shopping tempat ramai2 ngan sesak2 camni. Sesak nafas aku. hahaha. Kalo nak ajak aku shopping, ajak g tempat takde orang je. Walau seronok jalan2..*demand


Dua orang minah mana ntah tetibe suh aku tangkap gambar dorang. hahaha. Yg belah kiri yang muka sebijik cam aku tu adalah akak aku. Dah berpunya. Maka hendaknya tawaran untuk menjadi abang ipar aku sudah ditutup. Yang baju ungu muka ala2 cina bermata sepet tu adik aku. Kata nya single lagi. Maka sekiranya saudara2 berkenan dan sudi menjadi adik ipar aku, contact la aku. Kita slow talk. haha


Pelik giga mamat nih. Sehat ke tak?!~ 


I love my family. Uhibbukum Fillah ya Usrati  ^_^


Kalo g Cameron tak g Ladang Teh cam tak lengkap. Ni proof yang ktorang dah menjejak kaki ke Cameron Highlands. Tapi aku still blurr n confuse, apa yang menarik sangat kat Ladang Teh ni. Aku tengok cam biasa je. Anybody could explain it???


Alahai...tak terkata aku tengok gambar ni. Hmmm..Indahnya ciptaan Allah!  =.="


Ok, nie aku tengah marah sebab dorang nak bergambar sangat ngan aku tyme hujan2. Ada ke patot. haha. Banyak ag masa nak bergambar ngan aku, ni tyme2 ujan jugak la duk wat kalut. Aduiyaiii~~~


Ini Strawberry dan ini fakta. Harap tiada sebarang bantahan. Jika ada sebbarang kekeliruan, sebaiknya tuislah surat bantahan bertaip dan hantar kepada saya dalam tempoh 30 hari bekerja. Terima kasih.


Aku seorang abang yang sweet. Ini pernyataan dari adek aku. Aku taktaw la kat mana ke"sweet"an aku. Malu aku. *blushing*


Sila abaikan orang di belakang. hahaha. Aku taktaw motif gambaq nie. Maybe nak wat muka comal kot. Tapi..ntah..no comment...hahahahahahahahahhaah!

Penat dah aih menulis nie. Sehingga jumpa lagi. Jangan lupa solat on time! Jangan lupa spend time ngn family!

^_^

p/s: Kalo dah kawen, siyes taknak honeymoon kat cameron. Hahaha.
p/s/s: selamat datang ke CAMERON HIGHLANDS~

5 comments:

yad'z said...

eh2.. entry kite cam same jek.. hehe.. kite pon baru lepas holiday kat cameron... =)

piouspdosh said...

@yad'z aka adik

Tiru2!! hahaahah~

hafiz hafizol said...

untunglah yadz pun g holiday..

MinahSpekMerah said...

eeh...rajin nye org 2 hapdet...eeh eeh eehh~~

Firdaus® said...

best la dia ke cameron =) epi tak pernah sampai lagi..huu =)

...tq...

...mengarut...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...