Thursday, July 21, 2011

..Membuang di negara orang.. Part 1

.:Assalamualaikum:.

Alhamdulillah, Diberi peluang dan ruang untuk melihat dan merasai serta mendalami cara hidup di tempat orang. Maaf kepada yang tertunggu-tunggu entry dari AM.

AM nak cerita pasal sampah. Ya, sampah. Membuang Sampah di negara Orang.
Cara buang sampah kat Malaysia ngan Jepun lain sangat. AM nak fokus kepada sampah domestik, iaitu sampah yang kita hasilkan sepanjang kita buka mata di waktu pagi hingga kita tutup mata di waktu malam. merujuk kepada sampah yang dihasilkan dari rumah

MALAYSIA
Jika di Malaysia, kebiasaanya jadual pungutan sampah 3 x seminggu. Segala jenis sampah di longgok. Sampah diletakkan di halaman rumah, dan lori sampah akan memungut sampah tersebut untuk di bawa ke tapak pelupusan sampah. Semudah itu.

JEPUN
Sama juga seperti di Malaysia, sampah akan di punggut 3x seminggu (Note: Hanya sampah yang di hasilkan di dapur) , tetapi, tidak semua sampah boleh di buang pada masa yang sama. Kat sini, setiap rumah akan di edarkan jadual punggutan sampah yang telah di asingkan mengikut kategori.
Jadual buang sampah mengikut kategori
Sampah-sampah telah diasingkan mengikut kategori dan warna-warna tertentu. Jadi kalu buta huruf macam AM, boleh la menghayati jadual yang warna-warni ni. Pertama kali tengok, AM tak sangka ni jadual buang sampah. Siap bagitau cara nak buang. Sebelum pegi lagi detail pasal jadual ni, AM citer balik pasal sampah domestik.

Sampah domestik= sampah dari dapur, ok ni teori AM.. Sebut je dapur, tempat paling kerap kita kunjung adalah singki. Singki kat jepun ada penapis, nak habaq kat hang, biji cabai (cili) pon tak lepas penapis ni. Dapat bayangkan tak betapa bersihnya air yang mengalir kat longkang!.. Menurut sumber yang boleh di percayai, tujuan penapis ni, untuk 'tos' / keringkan sampah-sarap sebelum dibuang dalam tong sampah.Dapat bayangkan tak betapa keringnya sampah kat jepun! 

Ada beza ka ada penapis dengan tadak? ADA. AM bagi contoh mudah. Jika sampah kering, Tiada air sampah dari lori sampah, Jadi tiada pencemaran bau dari air sampah! berguna sungguh penapis ni, Memelihara air yang mengalir dari rumah.
Singki style jepun. sumber klik sini AM paham yang tulisan melayu je, jangan tanye lebih..
Sampah-sampah ni perlu dihantar sendiri oleh tuan rumah ke check point lori sampah. See, awak buat sampah awak buang la sendiri. Menurut sumber, masa nak pindah rumah, kita akan di beritahu check point untuk hantar smpah.
Rumah + check point buang sampah
Rumah sampah tidak berair & tidak berbau
Nasib la dapat check point dekat, buat nye dapat yang jauh, contoh macam kat bawah ni, tak de rumah pon kat kawasan sekeliling ni..
Siap ada penyapu dan penyodok untuk bersihkan lagi.
Dan yang penting tak pernah dicuri /diambil  orang
p/s: Entry akan datang AM bagitau cara guna jadual warna-warni ye!

...(contest #2) anda bagi gambar, prince bagi RM50!!...


.:ASSALAMUALAIKUM:.

Alhamdulillah..masih lagi diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk mengerjakan Solat Subuh pada hari ini. Moga-moga, masih berkesempatan untuk mengerjakan Ibadah Puasa pada tahun ini. InsyaAllah.


Kategori: Gambar Bersama Kawan Baik

Sepanjang Tiga Tahun aku di UiTM, aku ada ramai kawan. Tapi, for sure, kawan-kawan baik aku adalah mereka2 yang tinggal satu umah ngan aku. Ktorang siap ada Group sendiri lagi. Tak berdaftar lak tu. Sah2 la lepas ni kalau buat perhimpunan, kena tangkap punya. hahaha..


Ni la nama group ktorg..COTA..Ktorang ada sepuluh ahli termasok aku. So, aku ada 9 orang kawan baek la..ramai tak??? Best o0oo~


Aku bersama sembilan orang kawan baek aku. Baru habes maen bola secara maen2..lepas abes maen bola, makan spaghetti lak..masak sendirik tu~


Ni ketika fly..haha..gambar ktorang g seludup masok ke satu bagunan ni secara rahsia tanpa keizinan mana2 pihak pada jam 3pagi..haha..


Beratur nak naek ke puncak bangunan tu..haha..masing2 otak giga2...huhu


Tyme berbuka puasa. Masak BBQ ag tu. Muka semua tengah lapar ni. Lambat bebenor Pak Bilal azan nih..huhu

 

 Pada mulanya plan nak bergambar ala-ala tugu negara.tu yang muka serius tu. Tapi camni la hasilnya..haha


Maklomlah, masa kecik2 tak sempat nak maen semua benda ni. Nak pergi playground jauh giga dari umah. So, bila dah besar, baru la berpeluang melepaskan gian di payground..  ^_^


Ktorang kat mana2 pun susah nak berenggang. See! Even program Fakulti pun mesti ada yang sekali. Hahaha. Tyme ni nak decorate booth Fakulti Kejuruteraan Mekanikal untuk Ekspo Pendidikan UiTM. Alhamdulillah, menang la booth terbaik  ^_^



Gambar paling aku suka..ala2 old school tu..Semart je. N seperti biasa, aku la yang paling smart...hahaha


Akhir sekali, semoga ukhwah kami berkekalan dan dibina hanya kerana Allah.

~UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA~

p/s: Special THANKS to Fareez, Irfan, Zubir, Fitrie, Aziim, Luqman, Aie, Naufal, Shafiq for the meaningful friendship ^_^

p/s/s: bukan sekadar untuk join contest, tapi untuk share yang aku ada kawan yang baik di dunia ni  ^_^

...tq...

...mengarut...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...