Showing posts with label contest. Show all posts
Showing posts with label contest. Show all posts

Thursday, July 21, 2011

...(contest #2) anda bagi gambar, prince bagi RM50!!...


.:ASSALAMUALAIKUM:.

Alhamdulillah..masih lagi diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk mengerjakan Solat Subuh pada hari ini. Moga-moga, masih berkesempatan untuk mengerjakan Ibadah Puasa pada tahun ini. InsyaAllah.


Kategori: Gambar Bersama Kawan Baik

Sepanjang Tiga Tahun aku di UiTM, aku ada ramai kawan. Tapi, for sure, kawan-kawan baik aku adalah mereka2 yang tinggal satu umah ngan aku. Ktorang siap ada Group sendiri lagi. Tak berdaftar lak tu. Sah2 la lepas ni kalau buat perhimpunan, kena tangkap punya. hahaha..


Ni la nama group ktorg..COTA..Ktorang ada sepuluh ahli termasok aku. So, aku ada 9 orang kawan baek la..ramai tak??? Best o0oo~


Aku bersama sembilan orang kawan baek aku. Baru habes maen bola secara maen2..lepas abes maen bola, makan spaghetti lak..masak sendirik tu~


Ni ketika fly..haha..gambar ktorang g seludup masok ke satu bagunan ni secara rahsia tanpa keizinan mana2 pihak pada jam 3pagi..haha..


Beratur nak naek ke puncak bangunan tu..haha..masing2 otak giga2...huhu


Tyme berbuka puasa. Masak BBQ ag tu. Muka semua tengah lapar ni. Lambat bebenor Pak Bilal azan nih..huhu

 

 Pada mulanya plan nak bergambar ala-ala tugu negara.tu yang muka serius tu. Tapi camni la hasilnya..haha


Maklomlah, masa kecik2 tak sempat nak maen semua benda ni. Nak pergi playground jauh giga dari umah. So, bila dah besar, baru la berpeluang melepaskan gian di payground..  ^_^


Ktorang kat mana2 pun susah nak berenggang. See! Even program Fakulti pun mesti ada yang sekali. Hahaha. Tyme ni nak decorate booth Fakulti Kejuruteraan Mekanikal untuk Ekspo Pendidikan UiTM. Alhamdulillah, menang la booth terbaik  ^_^



Gambar paling aku suka..ala2 old school tu..Semart je. N seperti biasa, aku la yang paling smart...hahaha


Akhir sekali, semoga ukhwah kami berkekalan dan dibina hanya kerana Allah.

~UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA~

p/s: Special THANKS to Fareez, Irfan, Zubir, Fitrie, Aziim, Luqman, Aie, Naufal, Shafiq for the meaningful friendship ^_^

p/s/s: bukan sekadar untuk join contest, tapi untuk share yang aku ada kawan yang baik di dunia ni  ^_^

...(contest) anda bagi gambar, prince bagi RM50!!...

.:ASSALAMUALAIKUM:.

Alhamdulillah..masih lagi diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk mengerjakan Solat Subuh pada hari ini. Moga-moga, masih berkesempatan untuk mengerjakan Ibadah Puasa pada tahun ini. InsyaAllah.


Kategori: Gambar Ketika Melancong

Ramai orang berpendapat, melancong itu adalah pergi melawat ke tempat-tempat yang menarik. Namun, bagi aku, aku lagi suka definisikan melancong itu adalah pergi ke suatu tempat yang baru untuk menenangkan fikiran.  *perghh! bermadah lak..haha

So, kebanyakkan tempat melancong aku adalah ketika aku "melancong" ke Gunung-gunung atau Bukit-bukit yang terdapat di Malaysia. "Melancong" sambil menjalankan aktiviti outdoor. Menarik wook! hahaha..


Bergambar di puncak GUNUNG DATUK, REMBAU, NEGERI SEMBILAN. First tyme aku mendaki. Panciiittt! hahaha. Tapi best sebab dapat tengok Sunrise. Ktorg azan dan Solat Subuh Berjemaah kat puncak. Mesti pelik kan, nape ktorg pakai baju melayu?? hahaha. Sebab sajejep nak pakai baju melayu. Melayu la sket..haha


Ini lak ketika aku dan kekawan laen "melancong" ke GUNUNG NUANG, SELANGOR. Gambar ni masa tengah mendaki. Ni rehat kejap. Alang-alang rehat, tangkap gambar dulu. haha. Masa turun dari gunung ni semua berlumba-lumba. Sebab nak terjun dulu dalam sungai yang ada kat base camp. Malam kat Gunung Nuang ni best, nyaman je~~


Motif utama tyme ni adalah nak pegi amek TV kat umah kawan aku. Tapi, alang-alang umah dia dekat ngn BUKIT BROGA,SEMENYIH,SELANGOR..so, terus ktorg g melencong eh2 "melancong" ke sna. Bukit ni ramai giga orang. Kena beratur-atur sebelum sampai puncak. Alahai~~ Tapi, Subhanallah, lawa kot pemandangannya  ^_^


Gmbar ni lak ketika "melancong" waktu exam. Exam kan ada gap sket, so, ktorg g la "melancong" menenangkan fikiran kat SUNGAI GABAI, SELANGOR. Sg Gabai ni popular dengan tempat berkelah. Air Terjun dia best. Siap leh slide ag. So, ktorg pun bermalam kat sini semalam. Tapi ada peristiwa pahit kat sini. Ahhh, malas dah nak ingat! huhu


Ni gambar yang membuktikan aku pertama kali jejak ke Negeri Kelantan. Aku "melancong" kat GUNUNG STONG, KELANTAN. Subhanallah, cantek giga tempat ni. Air Terjun kt sini adalah yang tertinggi kat Asia Tenggara. Memang kalo sekali tergelincir, alamatnya, tak balik la kau. Semart kan?? Biru je semua..haha


Mesti korang dapat cam aku kan? Aku la yang lompat paling tinggi tu. Ni saje2 je g CHERATING,PAHANG untuk melompat-lompat.hahaha. Tyme ni aku tengah praktikal. So, ni g ngan kawan2 se"praktikal" la ni. Ni gak ketika nak g antar kawan aku yang kena transfer kat Terengganu. Kira macam "melancong" sambil mengucapkan selamat tinggal la..haha


Gambar terakhir ni ketika aku "melancong" ke BUKIT TABUR, SELANGOR. Sebelum aku cuti. Tengah buat shortsem kat UiTM. So, alang-alang aku baru jumpa ngn bestfriend aku tu, terus ajak dia melancong kat sini. Kat puncak ni boleh nampak UIAM ngan Bandaraya Kuala Lumpur. So, takde la menarik sangat view nya..hahaha

Dah habes dah gambar2 aku ketika "melancong"..haha..ada je gambar melancong kat tempat-tempat menarik. Tapi bagi aku tak menarik nak dikongsi sebab tempat-tempat menarik ni, kau google pun leh jumpa. Hahaha. Ramai sangat orang pergi. ^_^

Monday, July 4, 2011

...satu dua tiga lekuk...

.:ASSALAMUALAIKUM:.

"...satu, dua tiga lekuk...jantan betina aku ketuk..."

Demikianlah persembahan adik Muhammad Firdaus Bin Abdul Halim, wakil dari TADIKA KEMAS Kem Syed Putra, Ipoh dengan tajuk ceritanya Sang Kancil dan Buaya versi sedih.

Gamat seketika dewan besar Pusat KEMAS Ipoh. Masing-masing ketawa sendirian. Ada juga sibuk mengambil gambar. Ada juga yang merenung sinis. Satu bahagian penjuru pula sibuk menundukkan muka. Namun, masih tiada tanda-tanda ada orang bersimpati dengan cerita sedih aku.

Aku pula. Masih tercegat di atas pentas. Penat mendalami cerita. Penuh emosi. Sedang teresak-esak bagaikan hilang barangan berharga. Jenuh mengesat air mata. Makin laju melimpah. Ya Allah, sedihnya cerita Sang Kancil dan Buaya ini.

Argh!! Abaikan mereka yang ketawa. Biarkan mereka yang menangkap gambar. Tumpukan pada mereka yang masih menunduk itu. Barangkali masih bersama-sama aku menghayati cerita sedih ini.


Ya! Aku sudah punya kekuatan. Kekuatan untuk meneruskan cerita ini. Mana mungkin aku sekadar berhenti di sini walaupun si peneraju acara begitu bersungguh mahu aku melepaskan microphone. Lantas, aku teruskan bait-bait cerita ku. Kadang kala bersulam duka. Masih menghayati barangkali.

Bukan senang mahu menjejak kaki di pentas negeri ini. Pertama dalam sejarah. Seawal usia 6 tahun sudah mampu berucap di khalayak ramai. Penuh dengan perasaan. Bak emosi yang terperangkap dilepaskan semuanya. Laju bertabur air mata aku. Seakan-akan tidak mahu berhenti.

Imbas kembali ceritanya...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..Terima Kasih kepada Pengerusi Majlis. Saya Muhammad Firdaus Bun Abdul Halim akan menyampaikan sebuah cerita berjudul Sang Kancil dan Buaya.



Pada suatu hari, terdapat seekor kancil sedang bersiar-siar di tepi sebatang sungai. Tiba-tiba dia ternampak sebatang pohon rambutan yang masak ranum. Dia teringin hendak memakan buah itu. 

Namun begitu, pohon rambutan itu berada di seberang sungai. Dia tidak tahu bagaimana hendak menyeberang sungai itu. Tambahan pula, di sungai itu terdapat banyak buaya. Tiba-tiba, dia mendapat satu idea. Sang kancil pun menjerit.

"Wahai sang buaya, aku telah mendapat perintah dari Raja Sulaiman untuk memberi kamu makan. Namun begitu, aku perlu mengira bilangan kamu dahulu. Kamu hendaklah beratur sehingga ke tebing seberang sana"

Sang buaya pun menuruti arahan dari Sang Kancil. Lantas, sang kancil pun mula memijak belakang sang buaya satu persatu.

"Satu, dua, tiga lekuk..jantan betina aku....err...errr...satu dua tiga errr...errrr...errrrr"

Allah! Apa sambungannya?? Lantas, cemas mula berlari di dalam badanku. Terasa seolah-olah beratus-ratus bola mata sedang merenung tajam. Otak pula ligat mengingat kembali bait-bait yang hilang.

"..satu, dua, tiga, empat, lima...err..errr...buaya..err..aku..."

Arghh!! Bagaimana bisa lupa pada sambungan rangkap keramat ini. Mataku terus melilau. mencari bantuan disebalik renungan-renungan tajam mereka. Alhamdulillah, sudah ternampak kelibat jurulatih aku. Mampu mengukir secebis senyuman tatkala melihat sinar pertolongan itu.

Ya Allah! Bantuan apakah ini. Mulut nya seakan-akan mengisyaratkan sesuatu. Barangkali sambungan dari rangkap keramat itu. Namun, mengapa perlu dijegilkan mata yang besar itu. Gerun. Ya! Aku cukup gerun melihat jegilan itu. Seakan-akan mahu menyebat aku beratus kali atas kesalahan terlupa sambungan rangkap keramat.

Aku masih di atas pentas. Kaku. Keliru. Serabut. Cemas. Dan, aku juga sudah tidak tahan mengekang air mata dari mengalir. Aku sudah tidak punya pilihan. Terpaksa aku lepaskan air mata aku bertabur. Mencari ketenangan dalam ketakutan barangkali.

Dewan pula tergamam. Sunyi seketika. Terkejut dengan reaksi spontan aku. Sebentar tadi tersenyum riang. Dan kini menangis sakan. Seketika kemudian, ketawa mula kedengaran. Makin ramai ke hadapan menangkap gambar aku. Terasa seolah-olah bintang popular. Terasa seolah-olah berjaya menghayati cerita.

Walau sekadar cerita Sang Kancil dan Buaya, aku mampu untuk menitiskan air mata di atas pentas. Walau bukan kerana menghayati cerita, sekadar terlupa beberapa bait ayat-ayat keramat, namun, soalnya aku mampu untuk menangis di atas pentas.

"...Demikianlah cerita dari...."

Kejap!

Cepat aku memintas. Mana mungkin aku bisa menamatkan perjuangan aku hanya kerana aku terlupa bait-bait keramat itu. Itu bukan sifat seorang pejuang. Aku masih punya kekuatan. Ketepikan mereka yang ketawa. Abaikan mereka yang sibuk mengambil gambar. Aku perlu berjuang kembali untuk mereka yang bergelar keluarga yang sedang tunduk. Tunduk malu barangkali. Namun, masih kekal tidak berganjak dari kerusi mereka. Masih memberi sokongan. 

Ya! Aku tidak bisa mengalah. Alhamdulillah, aku sudah bisa kumpul kekuatan untuk meneruskan pertandingan.

"Ya!! Satu, dua, tiga lekuk, jantan betina aku ketuk"

Seisi dewan kini gamat dengan tepukan. Tepukan untuk seorang pejuang barangkali. Penuh dengan sorakan kegembiraan. Aku sudah punya kekuatan itu. Kekuatan yang telah menjadi aku seperti aku kini. Kekuatan untuk terus berdiri utuh di hadapan orang. Berdiri untuk terus menyampaikan apa yang aku rasa perlu untuk dikongsi.

***
Sekadar berkongsi kenangan 15 tahun dahulu. Kenangan yang memberi pelbagai pengalaman.  Pengalaman yang membawa aku untuk terus berdiri. Berdiri walau dicaci. Tetap utuh berdiri walau keseorangan di hadapan. Kenangan yang mengajar aku erti "keseorangan". Walau sekadar keseorangan di atas pentas, namun, itu sudah cukup untuk mengingatkan aku, Allah sentiasa bersama kita.

Dan kenangan ini juga yang memberanikan aku untuk terus berdiri di atas mana-mana pentas. Kerana aku yakin, aku bisa untuk menyampaikan walau sekadar sebuah cerita rakyat.  Aku percaya, ilmu makin dikongsi makin lebat ia bercambah. 

Mungkin ada orang bersuara, mengapa perlu membuka aib untuk dicerita. Bagi aku, ini adalah sebahagian cerita aku. Dan aku punya hak untuk berkongsi dengan kalian. Kerana kenangan ini telah membawa kepada sinar-sinar kejayaan dalam hidup aku.

***
"Satu dua tiga lekuk, jantan betina aku ketuk"




sambil mengetuk kepala buaya sehingga sang kancil berjaya menyeberangi sungai. Apabila sampai ditebing sana kancil terus melompat ke atas tebing sungai sambil bersorak kegembiraan dan berkata

" Hai buaya-buaya sekalian, tahukah kamu bahawa aku telah menipu kamu semua dan tidak ada makanan yang akan diberikan oleh Raja Sulaiman".
Mendengar kata-kata Sang Kancil semua buaya berasa marah dan malu kerana mereka telah di tipu oleh kancil. Mereka bersumpah dan tidak akan melepaskan Sang Kancil apabila bertemu pada masa akan datang. Sang Kancil pula terus melompat kegembiraan dan terus meninggalkan buaya-buaya tersebut dan terus menghilangkan diri di dalam kebun buah-buahan untuk menikmati buah-buahan yang sedang masak ranum itu.

***


Contest Dr. Siti Hamidah dot com


Ingin menjemput dan mempersilakan Hafiz Hafizol, Atiq Salleh, Fatiah, Ain, Juliet, Syapiq untuk bersama-sama aku mengimbau kembali kenangan-kenangan kita  ^_^

Friday, June 10, 2011

...sunshine smile contest...

.:assalamualaikum:.

Alhamdulillah...masih lagi mampu tersenyum pada hari ini. 

Memandangkan hari ni aku suka senyum, so, aku pun belek2 la koleksi gambar2 aku yang tersenyum sambil tersenyum. Tiba2, aku dapat idea yang menyebabkan aku terus tersenyum. Idea tersebut adalah untuk join SUNSHINE SMILE CONTEST.



Aku yang tersenyum bersama adik aku yang sedang tersenyum. 

Mak Bedah selalu pesan kat aku;

"Senyum lah seindah suria. Sebab suria tu bagi cahaya kat orang. Biler orang lain dapat cahaya, dorg pun aku turut tersenyum. Bler dorang tersenyum, lagi banyak cahaya ada. Biler banyak cahaya, lagi ramai tersenyum."

Ustaz Mail lak selalu nasihatkan ktorg;

"Senyum tu sedekah. Biler kita senyum, kita dah senangkan hari orang yang tengok kita. Tapi jangan lak senyum menggatal :)  "


Ah Chong lak kata;

"yinwei xiao rong wo zhang de hen ying jun"
perasan Ah Chong ni..hehehe


Tibe2 teringat MR Thomas selalu cakap;


"If someone is too tired to give you a smile. Leave one of your own. 
Because no one needs a smile as mush as those who have non to give"


Aku nak ajak HAFIZ HAFIZOL, ADIK YAD'Z N NONIE untuk senyum skali ngan aku =)


***



SUNSHINE SMILE CONTEST STARTS NOW!!!!

Seperti yang dijanjikan, SUNSHINE SMILE CONTEST akan bermula HARI INI iaitu pada 22 Mei, 2011. HADIAH UTAMA BERUPA POLAROID INSTAX MINI 7S beserta INSTAX MINI FILM yang bernilai RM600.


CONTEST APE NI?


Sunshine smile contest ini adalah contest SENYUMAN PALING CERIA. Apa yang anda perlu lakukan untuk join contest ini hanyalah baca dan ikut syarat-syarat yang tertera dibawah. Contest bermula pada 22 Mei 2011 dan tamat pada 1 Julai 2011. Keputusan akan diumumkan pada bulan July 2011


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN


1. Sila follow kedua-dua penaja di link berikut:


http://mynameismyname-ashraf.blogspot.com/


http://aarrghitsme.blogspot.com/


2. Copy dan post entry ini di blog anda dan attach gambar (SATU GAMBAR SAHAJA. GAMBAR ANDA YANG SEDANG SENYUM) yang ingin dipertandingkan.


3. Senyuman mesti CERIA!! Ikhlas atau tak ikhlas belakang cerite..


4. Sediakan ENTRY khas contest ni dan link kan kepada saya di comment box entry ni:


http://mynameismyname-ashraf.blogspot.com/2011/05/sunshine-smile-contest-starts-now.html


5. AJAK minimum 3 orang rakan anda untuk join contest ni dan tag entry khas mereka di bawah gambar anda (kalau rakan follower sikit, boleh dikecualikan)


6. Untuk keselamatan jika blogger.com buat hal, sila link kan entry khas contest anda di:

http://www.facebook.com/pages/Sunshine-Smile-Contest/211819135518018?sk=wall


MUDAH KAN? HARAP TEPATI SYARAT DAN NANTIKAN PELUANG UNTUK MENANG =)


~JOM KITA SENYUM~

Wednesday, June 8, 2011

...contest muka terperanjat beruk...

.:assalamualaikum:.

Alhamdulillah..hari ni aku ada "semangat" untuk log in kat ..piouSpdosH..  ni. Terima kasih kat kawan aku aka MC yang telah menolong aku update belog ni. Terima kasih juga kepada mereka2 yang sudi singgah sebentar. Terima kasih banyak2.

So, memandangkan agak lama tak buat entry (asyik membaca entry orang je), aku pun decide nak memulakan entry pertama aku di bulan JUNE dengan join satu lagi contest (harap2 leh menang la..haha)


klik kat SINI dan sila JOIN

Hmmm, actually agak susah aku nak join contest ni. Pada mulanya aku agak keberatan nak join sebab aku dah give up cari gambar aku dengan beruk eh2,  gambar aku yang terperanjat b**uk. Yer la, muka macam aku wat macam mana pun still handsome tak macam b**uk gak *sile muntah berjemaah, aku terlebih perasan disini

Akhirnya...

Di Sungai Gabai

Gambar ni diambi ketika aku baru lepas mandi, tibe2 aku terperasan yang aku bukan kt umah lantas aku pun terkejut dan terperanjat. Tapi, sampai sekarang aku still tak paham nape aku leh wat peace tu eh. Dua2 belah tangan lak tu. Style giler gaya terkejut aku an..hahaha

Anyway, gambar tu cam kecik je kan. Takpe la, takde la malu sangat. Haha. So, aku mau tag HafizHafizol one of my bestfriend kt alam maya ni. Dia ada pesan yg kalo ada contest aku join, roger2 la dia. So, HH sile letak gambar yg menyebabkan kau takleh menang. Hahah

p/s: join sekadar suka2. 

Sunday, May 29, 2011

...MO NAK BAGI HADIAH. HANYA BUAT ENTRY "AKU INGIN BERUBAH"...



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Sekalung aprisiasi kepada Cik Aimaa Shameera selaku pengacara majlis, Yang di Hormati, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana dari Laman Muslimah Optimis. Seterusnya sidang pembaca yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, saya diberi kesempatan dan kekuatan untuk menghadirkan diri dan jiwa saya bagi menyertai MO NAK BAGI HADIAH. HANYA BUAT ENTRY  "AKU INGIN BERUBAH"

Sidang pembaca sekalian,

Saya tertarik kepada satu firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd ayat yang ke 11, mafhumnya;

“….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu 
sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….”

Apabila ditanya tentang "berubah", saya amat yakin bahawa setiap dari kita mempunyai senarai perkara-perkara perubahan yang mereka inginkan. Saya juga tidak terkecuali. Saya juga adalah diantara mereka yang mempunyai niat untuk berubah.

Sebenarnya, apa itu "berubah". Dari segi bahasa, berubah adalah satu kata kerja yang melambangkan tindakan yang diambil untuk melangkaui tindakan-tindakan yang biasa dilakukan. Dalam bahasa mudahnya, berubah adalah untuk menjadi lebih baik atau lebih buruk dari sebelumnya. Sebagai contoh, seorang anak yang baik berupaya untuk menjadi seorang anak yang derhaka kepada ibu bapanya. Ini adalah perubahan yang buruk.  Namun, anak itu juga mempunyai kecenderungan untuk menjadi hamba Allah yang soleh. Ini adalah contoh perubahan yang baik.

Sidang pembaca yang dirahmati Allah,

Jika ditanya kepada saya, apakah perubahan yang saya ingin lakukan. Secara normalnya, saya akan menyenaraikan beberapa perubahan-perubahan yang saya sekadar impikan untuk dilakukan. Sebagai contoh, setiap pagi, apabila bangun dari tidur, saya akan berfikir bahawa hari ini saya ingin berubah untuk menjadi seorang pelajar yang produktif di dalam kelas. Namun begitu, apabila di dalam kelas, saya tetap menjadi seorang pelajar yang biasa. Maka, saya tidak berupaya untuk menunaikan perubahan itu.

Seperti yang saya katakan, terlalu banyak impian-impian tentang perubahan yang saya ada. Namun, saya baru sedar betapa selama ini, saya hanya "ingin" berubah. Dalam erti kata lain, saya sekadar mengimpikan sesuatu perubahan itu berlaku. Kesannya, saya tidak berusaha untuk merealisasikan perubahan-perubahan yang sepatutnya diperlukan dalam diri saya.

Oleh itu, sidang pembaca sekalian, saya mempunyai satu perubahan yang saya perlu lakukan untuk mencapai perubahan-perubahan yang saya inginkan. Saya perlu berhenti mengimpikan perubahan, sebaliknya saya perlu bertekad dengan seupaya mungkin untuk merealisasikan perubahan-perubahan itu. Inilah perubahan yang saya inginkan. 

Mungkin, rakan-rakan pembaca masih belum jelas dengan perubahan saya ini. Biar saya perhalusi di sini. Selalunya, saya sekadar meletakkan impian untuk berubah. Oleh itu, usaha saya untuk mencapai perubahan itu hanyalah sekadar melepaskan batuk di tangga. Kesannya, sudah banyak perkara yang saya perlu berubah, namun, kebanyakkannya tergendala.

Maka, dengan itu, saya ingin berubah dari sekadar menjadikan perubahan itu suatu impian dengan berusaha semampu mungkin untuk berubah. Kerana dengan ini, saya amat yakin dan percaya, perubahan-perubahan yang tergendala akan menjadi realiti satu hari nanti. Sesungguhnya, usaha itu tangga kejayaan. 

Sidang pembaca yang dikasihi sekalian,

Sebelum saya mengakhiri kalam saya, saya tertarik dengan satu ungkapan;

"The man that decided to change on the 12th hour dies on the 11th"

Maka, dengan ini, saya mengajak rakan-rakan pembaca sekalian untuk bersama-sama dengan saya, berusaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikan perubahan-perubahan yang kita inginkan. Orang yang berfikir untuk berubah itu adalah orang yang berjaya. Namun, orang yang berusaha untuk berubah adalah orang yang beruntung. Berubahlah sementara kita masih  mempunyai kesempatan.

Hari ini mesti lebih baik dari semalam.

Sekian, Terima Kasih. Assalamualaikum.







Wednesday, April 13, 2011

...Minggu Orientasi UBM...

.:ASSALAMUALAIKUM:.

Alhamdulillah..saya amat bersyukur dan berbangga kerana terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Blogger Malaysia (UBM). Skang tengah minggu orientasi, so, busy sket. 


Assignment pun dah dapat. So, kepada Prof2 di UBM, saya submit assignment ni;

FRONT PAGE ASSIGNMENT


Sebelom semua soalan dijawab, meh saye introduce saye ye, 

Nama; Muhammad Firdaus Bin Abdul Halim
Nama Blog; piouspdosh

So, inilah jawapan kepada soalan2 assignment yang mencabar giler tu;

1. Sejak Bile Mule Ber"Belog"

Aku mula ber"belog" seusia 18 tahun. Nama belog aku yang mule2 tu is "Rumput Terhijau". Tapi malangnya, disebabkan zaman muda2 tyme tu, aku takde idea nak update. Then, jarang la aku bukak belog tu. Last2, aku terus lupa password nyer. Hahaha

Tapi, sekarang dah besh lak ber"belog". So, kalo ikotkan belog "PIOUSPDOSH" nie, aku stat create pd tahun 2009. Mule2 tu, entry aku kopipes je. Hahaha. Tyme tu lak tenet takde sangat, so, malas la nak g hapdet. Tyme tu pun aku tataw yang apa besh nyer "Follow-memFollow" ni, so, ada ke patot, aku g remove benda alah tu. Hahaha. Sengal jek. Patot la takde Follower <----walaopun skang ni pun takde followe..
2. Pandangan Mengenai Dunia Belog

In my opinion, Belog ni dah jadi macam satu medium untuk menceritakan bermacam2 perkara. Ada belog yang cerita tentang kisah peribadi, ada belog yang cter tentang orang yang disayanagi, ada belog yang cter psal keunikan produk2 diorang. So, it is versatile. Depends on blogger tu. 

Kekadang, dengan belog la kita leh tambah ramai kawan, getting closer with new friends, rapatkan ukhwah dengan kawan2 serta sahabat2 lama, tapi, kekadang, dengan belog juga kita leh putus saudara, hilang kawan baik dan memaki hamun orang lain.

So, like I sad before, it depends on blogger. It can be a good thing and also a bad thing.

3. Pandangan Mengenai IPTM

IPTM stands for Institut Pengajian Tinggi Maya. Memandangkan ianya adalah sebuah institut pengajian, maka, akan ramailah students yang bakal menuntut disini. So, blogger yang newbie plus noob macam aku ni leh la menuntut ilmu tentang dunia ke"belog"an dengan blogger2 otai. Waah, nice giler! 
IPTM can be a great institute kalo semua Blogger2 dalamnya (tak kira newbie or otai) bersatu. So, kat IPTM ni, leh la kenal2 dengan blogger2 femes, blogger2 artis, blogger otai n seangkatan dengannya.

Memandangkan aku ni pelajar cemerlang, so, aku tambah lagi satu soklan untuk diri aku senirik. Hahaha..


4. Harapan pada IPTM

Aku berharap kawan2 blogger laen leh la Follow  singgah belog aku yang tak besh langsung tu. Lagi satu, leh la kita berkenal-kenalan antara satu sama lain. Kepada barisan pengurusan UBM, aku ucapkan ribuan terima kasih dan sekalung tahniah atas sumbangan ini..




 

...tq...

...mengarut...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...