Saturday, November 14, 2009
...Kau, Kawan, Sahabat & Teman...
Album : Tika Itu
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com
Ketika mula bertemu
Terasa bagai telah lama bersua
Kau sambut hulur tanganku
Bertegur sapa penuh mesra
Masa terus berlalu
Dan kita tetap seiringan berjalan
Menempuh onak liku
Lalui semua suka dan duka bersama
Biarlah apapun rahsia
Dan kelemahanmu tetap engkau temanku
Riangnya saat kita ketawa
Asyik senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Andainya tetap serupa
Adakalanya kita juga saling terluka
Namun di akhirnya kita tetap bersama
Dan kini dipisahkan dua benua
Saling mengejar cita
Tak pernah kulupakan
Detik yang indah bersamamu temanku
Huuuu....aaaaa.....(ulang dari mula)
Kupasti suatu masa
Engkau dan aku kan bertemu semula
Kembali menjalinkan detik nan indah
Untuk kenangan bersama
*indahnya ukhwah sebegini..aku rindukannya n mahukannya...segala2nya kerna Allah*
...jalanituPINTASkeneraka(2)...
Saturday, October 17, 2009
...jalanituPINTASkeneraka(1)...
“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka itu seperti berpuasa sepanjang tahun.”
[Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 1164 (Kitab al-Siyam, Bab disunatkan berpuasa enam hari dari bulan Syawal)]
Erm, alhamdulillah, terdetik juga di hati ini untuk mencoret sedikit dalam blog yg x seberapa ini..myb, lepas nie dah x de msa cz sudah sebuk ngn finale..harap, apa yg dicoret kan ini bukanlah untuk dibangga kan n apatah lg utk mendapat pujian..ini, hanya sekadar satu beban kepada aku, agar aku boleh terus sedar bahawa setiap apa yang aku perkatakan adalah tanggungjawab aku..amat tertarik n takut dgn firman Allah dibawah :
"wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Itu sangatlah dibenci disisi Allah jika kamu menyatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan" (surah as-saf, ayat 2-3)
Nau'zubillahiminzalik...namun, kekadang,sebagai manusia yang setiap ketika ditandangi syaitan (walaupn kita tahu sentiasa bersama malaikat pencatit amalan),kita kekadang terbuat apa yang dilarang Allah..kita melarang sahabat kita berkepit dgn perempuan, namun, kita sendiri berkapel sebenarnya...kita men"sinis" org yg mendedahkan aurat, namun, kita sendiri menampakkan pusat..kita mengaibkan org yg tidak solat, tp kita sendiri melewatkannya..kita menangis hiba melihat ibu bapa yang ditinggalkan anak-anak mereka, namun, kita juga yang jarang menghubungi parent kita...inilah kehidupan!
Teringat kata-kata naqeeb aku,
"sesungguhnya jalan ke syurga itu dipenuhi onak duri yang berliku-liku, namun, jalan ke neraka sudah dibentangi dgn red carpet"
Then, bila kita berjaya melakukan perbuatan seperti dalam firman Allah diatas..makanya, itulah jalan pintas ke neraka..bukan niat untuk menghukum sesiapa..namun, semuanya berbalik kepada diri aku sendiri..aku juga acapkali berkelakuan sedemikian..namun, seperti yang dikatakan td, agar2 ini menjadi beban bgku agar dpt menghadapi transformasi yg diidami..kerana dalam menggapai "pious" yang dicari, aku perlukan satu tekanan yang bukan tekanan dari insani~

Saturday, October 3, 2009
...bicara hatiku VS fenomena...
Bicara hatiku
Album : Istimewa Tiada Dua
Dalam lesu
Album : Tika Itu
Fikiran ku melayang jauh
...itulah QOLBI...

Monday, September 28, 2009
...n0ta hati se0rang lelaki... -episod 2

...n0ta hati se0rang lelaki...

Sunday, September 27, 2009
...selamat kembali!!!...

bz sket ( byk gak la assgment nk kn )
berada dlm bulan puasa (g terawih, tadarus n plg byk wat, tido!!! )
tenet lambat cm siput ( pkai wifi jarak jauh )
dpt hp baru ( 5 megapixel tu, so, duk belek hp je la )
ada sket masalah emosi ( ececeh, alaan jep tu )
sebuk setlekan masalah org ( mslah sendirik sape nk setlekan??? )
Thursday, July 30, 2009
...peKung itu peKung aku...
"ye la...tp..."
"erm... =( "

ketiga-tiga situasi td sbenarnya nk tunjuk kn sifat kita sbg seorg "pemberi"...kita ni mmg berkira dgn bnda2 dunia..bilakah kita nk menjdi seorg pemberi yg benar2 memberi?? maka, memberilah kerana Allah n krn kasih sgla kerana Allah...sesungguhnye Allah Maha Kaya! buangkn sifat berkira2 krn kita lgsung x layak utk berbicara mngenai nya...sekadar renugan bersama~
Wednesday, July 29, 2009
...inDAhnyEsBgPemBeRi...
*serius??
*yup...aku suke ag dpt adiah...kita leh dpt sumthig tu without byar anything pn..leh jimat
*erm..if then, juz u imagine, if u hav a child, n ko pn dah keje..one day tu, ko kna g
outstation, jauh lak tu, then, ur child pn pesan yg dia nk adiah...dsebabkn terlalu syg
ko pn beli la teddy bear yg sebesar bayju (pnjam jap ye hani)...
*biler balik umah, ko trus bg teddy tu kt ank ko..dia pnyer la sonok x terkire..pe yg
rse tyme tgk ank ko gembira??
*mestila gembira...ye la ank kn...tp situasi skang len la...aku x de ank ag..lgpn aku bkn
memberi pd ank aku...
*ye la..tp isu nyer tetap sma..ko still memberi...tp nape ko rse gembira sgt biler
memberi pd og yg btul2 ko syg??
*erm...(diam ngn membisu)
*haa...so, keywordnyer...utk memberi dgn lebih bahagia..kita perlulah memberi kerana Allah yg suh kita memberi...n yg paling penting...jgn memberi cz nk dpt sumthing balik....
*ala..aku kn manusia..biasa la rse2 cm tu...
*then, try la jd mnusia biasa dgn sifat luar biasa!!!
*erm..ok,then..pasni aku nk memberi sepenuh hati...bkn krn manusia...
(nota hati seorg lelaki,ustaz pahrol mohd juoi)

Saturday, July 25, 2009
Friday, July 24, 2009
...ukhwah benar demam itu...

berbalik kpd tajuk asal entry ini, lepas sorg tu kna, tersinggahlah "virus" itu pd aku...mule2 rase cm besa je, tgk2 tgh on da way nk ke klas aku termuntah lak (malu siot muntah d khalayak rmai )..pastu, muntah skali lg tyme klas mechanic material..then, tyme klas BEL 499, muntah lg..huhu... pastu, x leh dah la nk tahan..trus ke pusat kesihatan (pk) bersma irfan menggunakan keta fitrie yg telah byk memberi jasa pd kitorg sume ( tq ifran n fitrie )...
kat pk, dpt no 4039..bilik no 4 n doctor yg merawat ku adalah seorg lelaki...seusai memeriksa ku, doc tu berkta,"demam biasa je ni, nnt sya kasi satu set ubat n mc ea"...mka, aku pn tersenyum dgn riangnye melangkah keluar dr pk..smpi kt umah, aku ingat aku je demam..tgk2 fareez pn demam gak..lepas aku baik..fareez stil demam sket, tp berjangkit pula pd ayah long (shafiq), azim n zubir..skang yg tgal yg x demam ag adalah naufal, luqman, fitrie, n irfan...tggu la korg!! kta se umah kn mempunyai ukhwah yg mantap..bak air dicincang kn x kan ptus...haha...
akhir kata..hepi holidy sume..jgn lupe stady mandarin n maths...lpas cuti nh da quiz~
selamat la korg meminum hundred plus...

...h1n1...
SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengumumkan cuti pertengahan semester bagi sesi pengajian Julai-November 2009 dipercepatkan bermula 27 Julai ini berikutan kes jangkitan Influenza A (H1N1) di beberapa kampus cawangannya. Menurut kenyataan Jabatan Koporat UiTM, cuti semester itu diawalkan kepada 27 Julai hingga 2 Ogos berbanding cuti yang dijadualkan terdahulu dari 17 September hingga 27 September. Cuti semester baru itu berkuatkuasa bagi seluruh cawangan UiTM termasuk kampus induk Shah Alam kecuali bagi kampus Lendu di Melaka.

Thursday, July 23, 2009
...beLATEd n beCOMEing...
i juz wanna wish "hepi belated bezday" to LUTHFI....n "hepi becoming bezday" to AIE....
*to luthfi : walaupun aku x dpt folow korg m"celebrate besday ko..tp aku still ingat hari itu adalah besday ko...
*to aie : get ready la mlm besday ko..abes la ko...(ngeh3,dlm nada jahat)
"perkara yang paling aku menyesal sekali dalam sehari ialah apabila terbenamnya matahari, umurku berkurangan tetapi amalanku tidak bertambah"
(ibn mas'ud)
Monday, July 20, 2009
...pastinya perjalanan ini...
- NAMA : HAMBA ALLAH
- ASAL : TANAH
- GELARAN : INSAN
- ALAMAT : BUMI
- DESTINASI : ALAM AKHIRAT
- MASA : ALLAH SAHAJA YANG MENGETAHUI
- KEPADA SEMUA PENUMPANG,ANDA DIMINTA MENGAMBIL PERHATIAN KERANA PERJALANAN INI AKAN BERLEPAS PADA BILA-BILA MASA.
- MAKA, HENDAKLAH DISEDIAKAN SEGALA MUATAN INI DENGAN KADAR SEGERA.BEKALAN TERSEBUT ADALAH: AMAL SOLEH, SEDEKAH JARIAH, ANAK SOLEH YANG MENDOAKAN IBU BAPANYA DAN ILMU YANG BERMANFAAT.
- LAIN-LAIN BARANG YANG DITEGAH ADALAH TERTAKLUK ATAS TANGGUNGJAWAB PENUMPANG.

...perJalanaN...
Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku setelah Nabi menempuh tahun dukacita di mana Nabi telah kehilangan orang yang paling dikasihi dalam hidupnya, iaitu isteri baginda, Siti Khadijah, dan bapa saudara baginda, Abu Talib.
Peristiwa Israk Mikraj ini mengandungi banyak pengajaran yang boleh dijadikan iktibar. Namun, saya begitu tertarik dengan 2 pengajaran pentingdaripadanya iaitu
1. Kewajiban solat lima waktu telah dianugerahkan kepada umat Muhammad. Kewajiban solat diwahyukan terus tidak seperti kewajiban ibadat lain seperti zakat dan puasa yang diturunkan sebagai wahyu dan disampaikan melalui Jibril. Itu menunjukkan betapa penting dan istimewanya solat. Kewajiban solat juga adalah hadiah yang paling berharga kepada Nabi untuk merawat segala kesedihan dan kemurungan yang baginda hadapi.
Solatlah sebenarnya jalan penyelesaian kepada segala masalah yang kita hadapi. Andai kita berhadapan masalah yang berat yang tak tertanggung, kekecewaan yang tak terbendung, kebuntuan mencari jalan keluar, keresahan dan kekosongan jiwa, kembalilah kepada Allah. Carilah pengampunanNya dan berbicaralah terus dengan Nya.
Hamburkanlah segala duka lara dan resah gelisah jiwa kepada Yang Maha Pencipta, dalam setiap sujud kita. Jangan disimpan kemarahan kita kepada manusia. Lepaskanlah segala kekecewaan kita itu dan mengadulah kepada Yang Maha Bijaksana.
2. Israk Mikraj juga menguji keimanan kita untuk beriman kepada Allah dan Rasulnya dalam hal-hal yang di luar jangkauan pemikiran kita. Sahabat Nabi seperti Abu Bakar beriman dan percaya dengan sepenuh hati bahawa Nabi memang telah pergi ke Palestine dan merentasi 7 langit pada satu malam.
Bayangkanlah jikalau perkara yang sama itu disampaikan pada kita sekarang. Adakah kita akan mempercayai dan beriman dengannya sebagaimana Abu Bakar? Atau kita akan mula menggunakan logik akal kita lalu akan menolak kesahihan peristiwa itu dengan alasan tak masuk akal dan tak logik? Kita akan mula mengeluarkan teori sains yang kita tahu yang menafikan manusia boleh merentasi 7 langit hanya dalam satu malam. Mungkinkah jugakah kita akan ketawa sinis dan mempersendakan berita itu sebagai karut?
Maka, renung2kanlah~
Thursday, July 16, 2009
...dYnAMiCs vs uKhwAH...
(al-balad, ayat 17)
argghhh!!!!
tesyen2 nyer subjek nih..ni la satu2 nyer subjek yg amat susah n slow untuk mengejarnyer..(sob3)...subjek nih dah la memerlukan basic yg amat strong dlm "basic mechanics n vector"...dah la basic mechanics sem satu tu pn agak truk..nseb bek vector agak ok..leh l gk faham sket2..(tp mngambil msa yg lma utk memahaminyer d sebabkn msa belajar telah d pendekkn utk memberi laluan kpd diri ini utk m'study bleach)...cmne la leh dpt klas lecturer baru ni..beliau ajar ok je tp aku je la yg x ok..tp aku still memerlukan seorg lecturer yg memahami kondisi ku sbg seorg budak yg "terror" bio terpksa melompat ke "engineering field" atas sebab2 tertntu...huhu...
kalo ikut kn hati, perasaan n jiwa ini, mmg la nk tukar klas..nk je g amek klas encik asri (beliau ini amat ku kenali, maka, mybe leh memudahkan pemahaman aku)..tp, disebabkan skang ni aku bukan berada dlm situasi yg membolehkan aku bertukar klas ber"seorang"an krn perlu menjaga hati rmai pihak..penah dgr x?? "kawan ketawa bpak byk, tp kwn nages mak aii susah kot nk cari" or on the other hands, "susah nk cari kwn or member yg nk share susah kita sma2"...
erm..mmg benar, kefahaman itu milik ALLAH YG MAHA BIJAKSANA..then, kalo aku pgang tu, i should be redha je la dgn decision yg telah di buat oleh some of "them"..but, at least, try la utk berbncag bersma2...kita kn duk dlm jemaah...x bez la nnt ada org rse x bez ngn org len ke, hape ke..huhu~ tp nk wat cmne, bak kata en asri, "setiap org x akan mempunyai fikrah yg sama"..then, ktorg tgh usaha utk membetulkn fikrah msing...
erm, tp aku lak mmg kna consider org len gak..myb, beliau nk kurangkan beban yg di tanggung olehnyer...tp, besa la kn..manusia yg hina dina ni..kena la take tyme..tp, yg sure nyer, aku bkn x puas hati or marah ngn sesiapa..tp, biarlah kita decide apa2 bersama2...cz kita mmg bersama2...then, i m so sorry la ea...hehe~
p/s: nseb bek da blog, leh la jdkan blod ini sasaran utk melepaskan tensyen...
* apa2 pn, truskan blaja dynamic itu sebaik mungkin, then, tawakal kpd ALLAH...

Monday, July 13, 2009
...mo0d itu sudah kembali...

mlm lak,aku sebuk memasang meja stady yg baru je smpai tyme tgh semayang maghrb..patu on9 jap, then, dpt tgk schedule utk this sem..bapak la, pnyer r x bez..x de cuti mid serm..WAAA!
ada ke patut, cuti midsem tu d combine kn skali ngn rya?! dpt la 11 hari je..x patut2~ yg lg tak bes, sblm cuti tu ktorg kna lalui 10.5 mggu stady...tension gak la nengok jadual tu...tp, yg pelik nyer, lpas tgk jdual tu, tetbe jer, mood yg d cari sudh di jumpai...yeyeyeye~
alhamdulillah...
*fakta menarik*
1. subjek2 sem ni...EPE 491,MEC 411,MAT 485,MEC 421,BMD 401,BEL 499...
2. isnin n rabu hanya ada satu klas...
3. selasa n khamis kelas penuh...
4. dah leh semyang mumaat kt surau al-islah, yg hnya belakang umah ktorg jer...
Saturday, July 11, 2009
...soRRy...
Tuesday, June 30, 2009
...3rd...
..."unknown"...

Wednesday, May 27, 2009
..mutiara..
Luqman al-Hakim seorang yang terkenal dengan kata-kata hikmah sehingga mendapat perhatian setiap lapisan golongan masyarakat. Antara kata-kata hikmah beliau ialah:
# Sesiapa yang berbohong hilanglah air mukanya dan sesiapa yang buruk akhlaknya banyaklah dukacitanya.
# Akan datang kepada manusia suatu zaman tidak akan reda mata orang yang bijaksana.
# Sesungguhnya orang bertalam dua muka bukan seorang yang jujur di sisi Allah.
# Aku pernah memindahkan batu-bata dan memikul besi, tetapi aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih berat daripada hutang.
# Tidak ada sesuatu yang lebih meletihkan badan daripada permainan.
# Aku pernah makan makanan yang baik dan memeluk yang terbaik tetapi aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih lazat daripada kesihatan.
# Janganlah kamu duduk lama di dalam tandas kerana ia akan mewarisi penyakit buasir.
# Berdiam diri itu adalah hikmah (perbuatan yang bijak) sedangkan amat sedikit orang yang melakukannya.
# Sesungguhnya lama bersendirian itu dapat memahami untuk berfikir dan lama berfikir itu adalah petunjuk jalan ke syurga.
# Kehinaan dalam melakukan ketaatan kepada Allah lebih mendekatkan diri daripada mulia dengan maksiat (perkara menyebabkan dosa) kepada-Nya.
# Kata-kata nasihat amat menyukarkan bagi orang bodoh, sebagaimana sukarnya berjalan di atas jalan yang tidak rata bagi seorang tua.
# Sekiranya kamu di dalam solat, jagalah hatimu, sekiranya kamu makan, jagalah kerongkongmu, sekiranya kamu berada di rumah orang lain, jagalah kedua matamu dan sekiranya kamu berada di kalangan manusia, jagalah lidahmu.
# Tidak ada kebaikan bagimu untuk mempelajari apa yang belum kamu tahu sedangkan kamu belum beramal dengan apa yang kamu tahu.
# Ingatlah dua perkara iaitu Allah dan mati, lupakan dua perkara lain iaitu kebaikanmu terhadap hak dirimu dan kebaikanmu terhadap orang lain
Thursday, May 21, 2009
..mati itu pasti..
assalamualaikum...
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.
Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
PENUTUP
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.
Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh Mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain.
Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencarikeredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri
petikan yg aku dpt dr http://halaqah.net/v10/index.php?topic=219.0. Terfikir juga akan kebenarannya. Benar atau tidak? namun, dlm rancangan yg aku tgk td, ustz akhil hayy pn membca kn tanda2 ini..
...tq...
...mengarut...
-
Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang.. Minggu lepas aku pulang ke kampung, Minggu pertama balik selepas bekerjaya, ...
-
.:assalamualaikum:. Alhamdulillah..masih lagi bernyawa. Dan Alhamdulillah juga, belog aku juga masih bernyawa. Seinfiniti Terima Kasih kepa...
-
PRE-REGISTRATION & REGISTRATION OF COURSES FOR JULY – NOVEMBER 2009 IMPORTANT REMINDER 11 AUGUST 2009 Students will be str...