Monday, January 30, 2012

...reasons...

assalamualaikum

Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran pada Allah SWT kerana masih memberi kesempatan kepada kita untuk terus hidup pada hari ini.

Selawat dan salam keatas junjugan besar Nabi S.A.W serta ahli keluarga baginda kerana dengan usaha baginda dan sahabat2nya, kita Islam telah tersebar di serata bumi.

Salam takziah kepada keluarga Allahyarhamhu Syukor Taufiq, member satu batch aku kt Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, UiTM Shah Alam, yang telah pergi menghadap Illahi. Al-Fatihah.

Dah lama tak menulis. Dah lama jugak tak berupdate. Agak lama tidak mengunjungi belog aku nih. Maka dan jika maka, dah jadi routine kpd beloger2 yang baru nak update belog setelah lama menyepi *bajet ada follower ,nak share REASONS nape belog ni bersawang...haha

1. SEMESTER 7 yang busy
Siyesly, sem 7 sangat perit. Bukan setakat menangis je, meraung, menjerit, mengilai, menyendiri semua dah buat. haha. Patot la senior2 suh duk pesan be prepared la sem 7, baru la aku dan ktorg sedar ke"azab"an sem 7. Walaupun aku dah wat CONTROL ENGINEERING tyme shortsem dgn harapan leh meringankan bean di sem 7, namun, ternyata penarikan itu tidak mendatangkan apa2 kesan dan impak yang besar. Sebaliknya akulah insan ter"busy" dalam umah tu. Letih oit! huhu

2. DESIGN 2
Ni antara subject yang sangat penat. Kesinambungan dari design 1. Design 1 ni ktorg kena design a new product. So, ktorg wat "HURDLE" *jangan tanya apa benda ni yg berada dalam SPort Device nyer category. Deisgn 2 lak, kena fabricate SENDIRI product dlm design 1 tu. Maka, akibatnya, bermukimlah kami di dalam bengkel selama 14 minggu tanpa rehat. hahaha. 

Group aku kena duk bengkel on Monday started from 1400 till infiniti. Maksudnya, waktu tamat duk bengkel takde, depends la kt group korang. haha. Aku lak ditempatkan dalam "COMPOSITE" department. Sangat penat mem"fabricate" composite. Maen ngan fiberglass, epoxy plus hardener yg selepas beberapa penggunaan hardener tanta sebarang precaution, baru ktorg diberitahu yg hardener ni BAHAYA! Alhamdulillah, takde apa2 terjadi walaupun pada awal pengetahuan tu tersangat la cuakkkk~~~

Design 2 ni selain dari penat physical, mental ngan emosi pun penat gak. Yer la, nak berdepan ngan kerenah2 manusia. Kekadang nak je sumpah dorang jadi batu. Mana tak nyer, derhaka tak bertempat. haha. Selaen tu, ktorg diuji dengan khabar angin yg buruk pasal product ktorg. Ada kate design BODOH la, ada kate product yg leh siap sehari je, ada kate tak layak difabricate. Huish, emosi kena kuat bro!! hahaha

3. DYNAMIC SIMULATION OF HUMAN LOCOMOTION
Haaa, subject ni aku suke. Ni tajuk final year project (FYP) aku. Aku wat pasal biomechanics. Best o0o0o~ Tapi ni gak penyumbang nape aku jarang update belog. Yer la, tiap2 minggu kena update LOGBOOK, so, kesan daripadanya adalah memang terabai la belog aku tu. Haish~ Tak istiqamah kan aku ni. Beloger apa la camni. Sob3  =.=



Nie antara content dalam FYP aku. Kena kaji Human Locomotion Cycle. Subhanallah! Sangat2 menarik. Siyesly, kita nie (manusia) tak mampu wat apa2 tanpa kehendak dan keizinan Allah. Ini fakta! Just belajar Locomotion Cycle dah leh nampak dengan jelas kebesaran Allah. Cuba bayangkan, dalam satu step (langkah) ada masanya kita sedang terbang. Siyes! Maksudnye, none of our legs are touching the ground. Tapi kita sangat tak sedar rite?? Sebab benda ni berlaku sangat pantas. Maka, sehendaknya..

"Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya 

engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak 

akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang. (17:37)"




3. FIRE PRECAUTION SYSTEM
Uwaa~~ Ni subjek yang agak sakit. Assignment nyer melampau. hahaha. Dengan TEST yg sangat susah. Tapi siyesly, belajar subjek ni baru la aku nampak aplikasi ke"engineering"an..haha. Mini project nyer pun mencabar giga. Dah la aku antara the lucky one utk present mini project depan kelas. Giga! hahaha. Kira macam proposed fire precaution system kat selected building. huhu. Disebabkan terlampau sebuk dengan Assignments and prepared for all the Tests menyebabkan aku tak dapat nak meluangkan masa untuk menghapdet..maaf la ye followers sekalian *bajetretiss


"The world’s largest fires can be extinguished by pouring a cup of water at the right time."


4. FINITE ELEMENT METHOD
Nie antara subjek favorite aku. Disebabkan lecturer aku suka sangat bercerita di dalam kelas, aku takkan miss kelas ni sebab takot tak dapat dengar cerita2 dia. haha. Walaupun lecturer ni tersangat la strict, tapi cerita2 dan celoteh2 nya membuatkan kami gembira. cewwaahh~~  Tapi malangnya, subjek ni tersangat la banyak test nye. Selang dua minggu je ada test. Sampai dah tak cuak la nak g exam. hahaha. Mini project subjek ni pun melampau gak. haha. Ada ke suh g analysis jambatan. Ktorg mekanikal la encik, bukan civil. haha. Maka apabila budak mekanikal wat keje structural, banyak giga la masa ter"spend" kat situ. Haaa~ So, ni gak penyebab belog aku tak berupdate! huhuhu



See! Jambatan ktorang kuat. Tak runtuh pun even dah applied load seramai 444 orang dengan average berat around 60kg - 70kg. Hahaha. Sape2 nak wat jambatan lepas ni, panggil la ktorang ye. hahahaha.

Ok la, malas dah nak taip. Tapi ni antara sebab2 belog aku tak berupdate. huhu. Ada lagi, tapi nanti2 la aku tulih. Malas.hahaha. Anyway, thanx banyak kepada sesiapa yang sudi singgah kat belog buruk nie. Maaf andai mengecewakan ye~

^_^




1 comment:

AnakPakZohar said...

baik2..... persoalan kehilanganmu kini telah terjawabb.. hehehe

...tq...

...mengarut...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...