Thursday, July 21, 2011

...(contest) anda bagi gambar, prince bagi RM50!!...

.:ASSALAMUALAIKUM:.

Alhamdulillah..masih lagi diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk mengerjakan Solat Subuh pada hari ini. Moga-moga, masih berkesempatan untuk mengerjakan Ibadah Puasa pada tahun ini. InsyaAllah.


Kategori: Gambar Ketika Melancong

Ramai orang berpendapat, melancong itu adalah pergi melawat ke tempat-tempat yang menarik. Namun, bagi aku, aku lagi suka definisikan melancong itu adalah pergi ke suatu tempat yang baru untuk menenangkan fikiran.  *perghh! bermadah lak..haha

So, kebanyakkan tempat melancong aku adalah ketika aku "melancong" ke Gunung-gunung atau Bukit-bukit yang terdapat di Malaysia. "Melancong" sambil menjalankan aktiviti outdoor. Menarik wook! hahaha..


Bergambar di puncak GUNUNG DATUK, REMBAU, NEGERI SEMBILAN. First tyme aku mendaki. Panciiittt! hahaha. Tapi best sebab dapat tengok Sunrise. Ktorg azan dan Solat Subuh Berjemaah kat puncak. Mesti pelik kan, nape ktorg pakai baju melayu?? hahaha. Sebab sajejep nak pakai baju melayu. Melayu la sket..haha


Ini lak ketika aku dan kekawan laen "melancong" ke GUNUNG NUANG, SELANGOR. Gambar ni masa tengah mendaki. Ni rehat kejap. Alang-alang rehat, tangkap gambar dulu. haha. Masa turun dari gunung ni semua berlumba-lumba. Sebab nak terjun dulu dalam sungai yang ada kat base camp. Malam kat Gunung Nuang ni best, nyaman je~~


Motif utama tyme ni adalah nak pegi amek TV kat umah kawan aku. Tapi, alang-alang umah dia dekat ngn BUKIT BROGA,SEMENYIH,SELANGOR..so, terus ktorg g melencong eh2 "melancong" ke sna. Bukit ni ramai giga orang. Kena beratur-atur sebelum sampai puncak. Alahai~~ Tapi, Subhanallah, lawa kot pemandangannya  ^_^


Gmbar ni lak ketika "melancong" waktu exam. Exam kan ada gap sket, so, ktorg g la "melancong" menenangkan fikiran kat SUNGAI GABAI, SELANGOR. Sg Gabai ni popular dengan tempat berkelah. Air Terjun dia best. Siap leh slide ag. So, ktorg pun bermalam kat sini semalam. Tapi ada peristiwa pahit kat sini. Ahhh, malas dah nak ingat! huhu


Ni gambar yang membuktikan aku pertama kali jejak ke Negeri Kelantan. Aku "melancong" kat GUNUNG STONG, KELANTAN. Subhanallah, cantek giga tempat ni. Air Terjun kt sini adalah yang tertinggi kat Asia Tenggara. Memang kalo sekali tergelincir, alamatnya, tak balik la kau. Semart kan?? Biru je semua..haha


Mesti korang dapat cam aku kan? Aku la yang lompat paling tinggi tu. Ni saje2 je g CHERATING,PAHANG untuk melompat-lompat.hahaha. Tyme ni aku tengah praktikal. So, ni g ngan kawan2 se"praktikal" la ni. Ni gak ketika nak g antar kawan aku yang kena transfer kat Terengganu. Kira macam "melancong" sambil mengucapkan selamat tinggal la..haha


Gambar terakhir ni ketika aku "melancong" ke BUKIT TABUR, SELANGOR. Sebelum aku cuti. Tengah buat shortsem kat UiTM. So, alang-alang aku baru jumpa ngn bestfriend aku tu, terus ajak dia melancong kat sini. Kat puncak ni boleh nampak UIAM ngan Bandaraya Kuala Lumpur. So, takde la menarik sangat view nya..hahaha

Dah habes dah gambar2 aku ketika "melancong"..haha..ada je gambar melancong kat tempat-tempat menarik. Tapi bagi aku tak menarik nak dikongsi sebab tempat-tempat menarik ni, kau google pun leh jumpa. Hahaha. Ramai sangat orang pergi. ^_^

2 comments:

SHEHAN ISMAIL said...

ini mcm kna msuk kt brsama kawan jugak..;p Bes kan melancong? ;p Mommy punya macam ni pulak.. http://shehanzstudio.blogspot.com/2011/06/contest-2-anda-bagi-gambar-prince-bagi.html

Ida said...

Jom usha2.. http://idacreativecraft.blogspot.com
leh join GA jugak kt ctu.. ;p

...tq...

...mengarut...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...