Monday, July 25, 2011

...kampungku...

.:ASSALAMUALAIKUM:.

Alhamdulillah..masih lagi diberi peluang oleh Allah untuk bergelar hamba nya yang hina lagi dina di dunia ini. Moga-moga segala perlakuan dan perbuatan aku dapat dikira sebagai ibadah.

Hari ni nak berkongsi aktiviti aku join minggu lepas. Ni lebih kurang macam orientasi la. Hahaha.

Program: Pengenalan kepada bendang dan pokok nyiok

Tempat: Bendang Pak Su kat Nibong Tebal, Penang
Masa: 5.30 petang
Pengarah Program: Mak dan Abah

See! Nampak sangat aku ni berlagak orang bandar sampai mak n abah wat aktiviti bersifat kekampungan camni kat aku. Haha. Tapi best kot. Macam2 leh blajar. Tapi malangnya, tyme aku pegi tu, sume padi dah abes. Dah masak pun. Dah jadik beras dah pun. So, tyme tu tanah bendang kering. Tengah nak gembur balik. 


Dah takde padi dah. Yang ada rumput ngan rumput. Nseb bek aku kenal lagi padi tu camne, so, takde la tak tercapai objektif mak abah aku. hahaha



Panjang giga kan lalang?? Lalang betol! Sian kat mak n adik aku. Terperangkap dalam lalang. Mak aku suh aku datang menebas. Tapi seperti biasa, aku akan menolak perlawaan mak aku tu dengan bersopan. 

Bukan apa, kalo aku tolong tebas, kesian kat pak cik yang selalu menebas tu takde keje dah. Camne nak cari sumber pendapatan kalo camtu kan?? Betol tak??


Ni pokok padi kan?? Ke lalang?? Tapi macam padi je aku tengok. Sebab orang tua-tua selalu cakap,

"Ikut resmi padi, makin tunduk makin berisi.."

So, kalo tengok betol2, pokok kat gambar tu tengah "menunduk" kan?? So, confirm la padi kan?? Ke aku salah?? 


Ni lak?? Cer teka, cer teka...hahaha

Eh2,lupe lak tujuan asal datang sini. Actually, mak, abah, aku dan adik nak cari buah nyiok (buah nyiok ni sama maksudnya ngn buah kelapa). Nama asal buah ni adalah Buah Nyiur..Tapi, disebabkan telah di"utagha"kan perkataan ni, jadilah Buah Nyiok...sedapkan bunyi nyer??

So, tyme ni aku belajar buah muda, buah separa tua, buah tua, buah tua tua. Hahaha. Buah Kelapa Muda, air nya leh diminum. Sedap o0o. Tambah sejuk2. Isi pun lembut. Buah Kelapa Tua lak isinya leh wat santan. Santan leh masak gulai. Sedaappp!!


Mak aku cakap dulu, kat sini masa kecik2 mak aku berkelah lepas penat kat bendang. Mak aku kata syiok tengok air yang jernih, ikan lompat2, sambil angin bertiup sepoi2 bahasa melayu. 

Tapi kalo skang?? Kalo la mak aku ajak berkelah kat sini, sah2 akan ku tolak perlawaan mak aku tu dengan baek. Sebab nya, permandangan tatkala hari ni adalah amat menyayat hati. Tapi geram je tengok ikan keli, ikan haruan duk lompat2. Macam mengejek aku je tak dapat tangkap depa. Ceiitt!!


Akhir nya, jumpa pun sasaran kami. Malangya, setelah penat mencari, dapat la empat biji kelapa ni. Yang laen semuanya dah dikebas. Tapi, Alhamdulillah, ada la jugak kan. Naseb bek ke"empat-empat" buah ni elok. So, takde la terkilan sangat. Alhamdulillah.

So, lepas dapat hasilnya, kami terus menuju ke Pasar Malam untuk membeli belah. Mak aku cakap lepas ni aku kena tolong ayah aku "pecerah bendang". Aku pun taktw kena buat apa, tungguuu dan lihaattt je...hehehe..

3 comments:

eja said...

bestnyer kg gitu..kg sy tnh sawah padi sume org dh wat rmh..haha..

Syahir Ramli said...

best plak tgk kg yg ade bendang ni...

yad'z said...

best lahh... untung lahhh ade kampungg~~~ T_T

...tq...

...mengarut...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...