Thursday, July 14, 2011

...tetamu diundang...

.:ASSALAMUALAIKUM:.

Alhamdulillah..segala puji bagi ALLAH Tuhan Sekalian Alam. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W kerana atas usaha baginda, Islam tersebar di serata dunia. Alhamdulillah.

Alhamdulillah juga..masih berkesempatan untuk meng"update". Sudah lama untuk tidak berkongsi. Sudah lama juga tidak menjenguk belog sendiri. Agak rindu berkongsi. Namun, kekangan demi kekangan yang timbul menyebabkan usaha meng"update" terbengkalai *skemanyaayat 

Teringat peristiwa minggu lalu. Amat banyak mengajar. Barangkali menegur dalam mengajar. Pengalaman yang mengajar aku betapa tetamu itu mulia. Aku pernah jadi tetamu. Pernah juga menerima tetamu. Namun, aku cukup malu kerana aku tidak berupaya meraikan tetamu-tetamu aku. Dan, pengalaman-pengalaman ini menegur aku dalam belajar.

#Peristiwa Satu
Mulanya sekadar lepak di luar rumah. Sekadar meneman kawan aku berjumpa kawannya. Barangkali boleh dikatakan sebagai kawan baru. Kawan baru dari kalangan mat rempit. Ini serius. Kawan baru yang kaki motor.
 Dan hari itu, Malaysia vs Taiwan. Ktorg agak rushing untuk mencari kedai-kedai makan yang tayang perlawanan bola. Tapi, maklumlah, tempat orang, sukar mencari dan menjumpai. Maka, berkeputusan untuk lepak dirumah sambil menonton bola.
Lantas, kawan baru yang tidak pernah membuat air terus ke dapur. Ke hulu ke hilir sambil memegang jag. Meminta bantuan dari akak ipar yang dalam pantang. Sangat semangat dan bersungguh-sungguh menyiapkan air minuman. 
Terkesima aku. Kemudian, Maghrib tiba. Ktorg bercadang mahu beransur mencari surau. Solat Maghrib lagi penting dari bola. Mohon membawa diri. Dan sekali lagi aku terkesima. Bersungguh-sungguh menyuruh ktorg menunggu ibunya yang ke pekan. Lantas, di paksa solat Maghrib dirumahnya. Jemaah. Seisi Keluarga. Indah! 
Tatkala solat, ibunya pulang. Seusai solat, penuh hidangan makan malam di atas meja. Lantas, untuk tidak menyusahkan tuan rumah, ktorg tetap mahu beransur. Dan sekai lagi, ditahan dari pulang. Kini, ibunya yang bersungguh-sungguh menyuruh kami menjamah. Sedih. Keluarga yang tidak cukup makanan, namun, tetap berkongsi bersama ktorg. Sayu. Masakan yang cukup sedap. Amat lazat. Lauk yang sangat ringkas, namun, ikhlas itu yang menyedapkan. 

#Peristiwa Dua
Seperti perasaan tetamu biasa, pasti mulanya malu. Lima saat berada dirumah orang, terus ke meja makan. Makan malam. Hidangan sudah terbentang. Sedap. Tapi, malu masih megekokkan aku. Seisi keluarga mula turun. Penuhi meja makan. Seakan serius semuanya. Aku? Sudah tentu terus kenyang dengan ke"kekok"an..hahaha..mulanya, teman aku memulakan bicara. 
Barangkali menghangatkan suasana. Kemudian, bicara itu disambut oleh ketua keluarga. Ayahnya mula meng"interview" aku. Namun, interview yang santai. Bersulam jenaka. Lantas, seorang demi seorang mengambil peranan. Bermacam-macam cerita dikongsi. Kebanyakkan nya cerita jenaka, namun, masih membawa peringatan-peringatan berguna. Alhamdulillah. Hilang kekok aku. Terasa sebahagian dari mereka. Seakan tidak mahu berginjak dari meja makan. Barangkali, tempat itulah yang mengeratkan mereka. Alhamdulillah.    



Antara adab-adab memuliakan tetamu ialah :

  • Kita hendaklah menyambut dan mengalu-alukan kedatangan mereka.

  • Sebagai tuan rumah, kita hendaklah menunjukkan kemesraan dengan muka yang manis.

  • Wajib menutup aurat.

  • Menggunakan bahasa yang sopan dan baik ketika bercakap.

  • Menyediakan makanan dan minuman mengikut kemampuan.

  • Memastikan rumah dalam keadaan yang bersih dan kemas.

  • Mengiringi tetamu ke muka pintu ketika hendak pulang.


# Corat-coret AM


Dalam satu majlis, paling tidak mesti ada seorang tetamu Very Very Important Person (VVIP). Masa AM sekolah rendah, selalunya Pengerusi PIBG sekolah yang jadi tetamu VVIP. Mai kita imbau sat kenangan masa sekolah rendah dolu2. 


Masa VVIP nak masuk dewan, semua pelajar diarahkan bangun, sebagai tanda mengalu-alukan kedatangan beliau. Dengan penuh gayanya melangkah ke kerusi empuk di bahagian paling hadapan. VVIP mendapat layanan terbaik sebagai tanda menghormati tetamu. Sebagai contoh, VVIP akan duduk dahulu kemudian diikuti oleh VIP, semasa bangun untuk memberi ucapan, VIP akan bangun sebagai tanda hormat kepada VVIP. Sebelum majlis melabuhkan tirai, VVIP mesti dapat hadiah, dan diakhiri dengan jamuan makan. Masa VVIP nak balik, pengetua hantar sampai pintu kereta, dan ucap "Terima kasih kerana sudi datang"


Wah betapa istimewanya VVIP dalam satu-satu majlis. Part yang paling best, bagi ucapan perasmian, duduk 3-4 jam, dapat hadiah dan makan. Memang layak pon dpapat hadiah, sbb sanggup korbankan masa utk datang majlis yang boring ni. Bagi AM tak salah kita layan tetamu yang berziarah ke rumah/ rumah sewa/ bilik kat kolej sebagai seorang VVIP.

~JOM RAIKAN TETAMU UMPAMA VVIP~

3 comments:

MFbAH said...

Nice AM! Thanx byk2 tlg bos.

AnakPakZohar said...

yup.... betul2... kita kena memuliakan tetamu.. =)

forever love said...

setakat nie insyaAllah boleh melayan tetamu sebaik-baiknya

...tq...

...mengarut...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...