Wednesday, July 20, 2011

...luahan perasaan...

.:ASSALAMUALAIKUM:.

Alhamdulillah...segala kesyukuran dirafakkan kepada Allah atas segala nikmat yang telah diberikan. 

Alhamdulillah, hari ni jugak dapat aku publish entry ketiga. Rajen la plak aku ni ber"belog". hahaha.

Actually, entry kali nie lebih kepada luahan perasaan. Aku dah penat tanggung hal ni sorang2. Aku perlukan seseorang untuk dengar segala cerita aku. Aku dah tak terdaya nak simpan benda ni sorang. Aku harap lepas korang baca entry ni, korang akan support aku. Korang akan lebih faham tentang aku. Korang akan sedar yang aku tak minta semua ni. *apehal macam emo lak mamat ni?? haha

Hari Isnin lepas, aku teman mak aku g beli tudung. Aku la yang bawak kereta. Laju jugak la. Tapi takpe, bukan kawasan speed trap or ada polis pun. So, aku pun pecut la Ok, tersasar dr landasan cerita sebenar. Then, sampai kat kedai tudung, aku pun duk belek2 la tudung2 tu. Takde la aku nak try2 sebab sah2 kena lempang ngan mak aku bertubi2.

 Mak aku lak dah rambang mata nak pilih yang mana satu. Kejap2 g test tudung kaler merah jambu Puteri UMNO kat depan cermin, pastu kaler hijau bendera PAS, berani gak mak aku g try tudung kaler kuning BERSIH. Hahaha

Sementara tunggu mak aku memuaskan hati beliau, aku pun mengelamun la. Takde la jauh mna aku  mengelamun. Just terbayang, kalau la bini aku pun suka beli tudung macam mak aku, aku dah ada pengalaman teman mak aku kt kedai tudung. erk~ gatal! 

Tengah duk mengelamun tu, tibe2 aku disapa oleh seorang pekerja kedai tu berpangkat mak cik. Mak cik tu ada bertanya satu soalan yang mengguris hati aku ini dan menimbulkan kegusaran di hati aku.

"Adik ni  ________ ke???"

Pergh!! Nak mengalir air mata aku. Tapi demi mak aku yang sedang bersuka ria tu, aku rela berduka. Kang, kalo aku nanges, tibe2 mak aku perasan kang, bergaduh lak ngn mak cik tu. So, aku sekadar mendiamkan diri sambil senyum terpaksa..huhuhu

Balik dari kedai tu, aku buang segala ingatan di kedai tudung tu. Segala soalan dan sangkaan bertubi2 makcik tu aku lemparkan jauh2. Aku balik kampung ni nak bersuka ria. Nak mengembangkan badan aku yang duk mengempis ni je. So, Alhamdulillah, saban hari, aku berjaya menghapuskan memori silam itu dari sejarah hidup aku.

Tapi, malangnya, benarlah kata orang,langit tak selalu cerah. Hari ini, memori silam itu menjenguk aku kembali. Orang kata, sejarah itu tidak boleh dipadam. Tepat sama sekali. Tatkala aku pergi ke pejabat sekolah mak aku untuk menolong mak aku yang menyuruh aku bekerja sebagai kerani (nanti aku share dalam entry berikutnya), sekali lagi, sangkaan yang sama dari mak cik kedai tudung dilontarkan oleh rakan sekerja atau dalam orang putihnya colleague mak aku.

"Adik ni _____ ke??"

Ya Allah, kuatkanlah hatiku ni. Aku tak berdaya lagi untuk tidak menidakkan sangkaan2 mereka yang tidak mengerti aku yang sebenarnya. Aku sangat sedih. Sedih sesedihnya..Maka, hari ini, aku ingin menepis segala sangkaan melulu mereka terhadapa aku. Beberapa keping gambar di bawah bakal membuktikannya...


Gambar #1


Gambar #2


Gambar #3

Jelas bukan?? 

Gambar #1 ketika aku berusia 15 Tahun. Aku dalam Tingkatan Empat dan merupakan seorang student Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang. 

Gambar #2 pulak, inilah gambar terbaru aku. Baru diambil 2 minggu lepas. Hensem kan?? haha. Ketika ini, usia aku baru duplohsatutahunsetengah...

Gambar #3 lak, gambar ketika aku berusia 13 Tahun. Aku di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kurau, Bagan Serai. Ketika ni aku Form 2. Baru balik sekolah. Tengok2 akak aku tengah try kamera, so, aku terus g photoshoot tu. Hahaha.

So, beza kan aku ketika sekolah dan alam dewasa di Universiti??? Aku harap lepas ni takde dah sangkaan2 yang menyangkakan aku ni budak sekolah yang selalu ponteng sekolah. Takde dah soalan yang berbunyi...

"Adik ni tak pergi sekolah ke???"
(jawapan bagi tempat kosong dalam perenggan2 diatas)

Aku juga mahu bebas merayau menghabiskan cuti 2 bulan aku. So, janganla pandang aku sebagai budak sekolah yang tengah ponteng sekolah sambil membawa dua henset dan menaiki kereta yang dipandunya sendiri. hahahaha. 

Budak2 sangat ke muka aku ni??? Risau lak aku nanti, tyma aku nak kawen kang, tok kadi taknak nikahkan aku lak. Yer la, kalau makcik2 tu boleh ingat aku ni budak sekolah, sah2 la tok kadi tu juga berfikiran sedemikian rupa. Haishh~ Minta dijauhkan. Aku nak kawen~~ hahaha

Teringat satu hadis Rasullullah SAW;

 “Apabila penghuni syurga memasuki syurga, pembuat pengumuman akan mengumumkan: (engkau telah dijanjikan Allah bahawa) engkau akan hidup di dalamnya dan engkau tidak akan mati; engkau akan hidup sihat di dalamnya dan tidak akan jatuh sakit; engkau akan sentiasa muda dan tidak akan menjadi tua; engkau akan sentiasa dalam kedamaian dan tidak akan berasa sengsara” [ Riwayat Muslim ]

p/s: So, kalau nnak selalu jadi muda, kenalah masuk syurga. Kalau nak masuk syurga, kenalah berusaha dari sekarang!!

11 comments:

-- Pengawal Hina™-- said...

salam..
dorang sebenarnya nak taw rahsia wajah kekal awet muda laa.. tapi dorang segan nak tanya tuu.. hehe =)

Nurul Ain Najwa binti Azam said...

hahaha...lwk ah...:P

MinahSpekMerah said...

hahahahaha!!!!

laaaa.cian kne simpan sorg2.npe x cite ngn aku?klo x bole ak gelak kt ko secara live.wakakaka!!!!

NURUL AIN said...

huhuhu...kita menghadapi masalah yang sama.....huhu

AnakPakZohar said...

hahhahaa... ok lah tu abg... awet muda.. heheh... =)

Fakhrul Izzat bin Ahmad Shukri said...

akhirnya jumpa jugak orang yg senasib dgn aku ! hahaha. slalu gak ditanya "adik tingkatan brape?" -__-"

forever love said...

alahai.. ciannya die.. hihihi.. takpela.. kene ada janggut panjang sikit nie.. hehe

NUR AIN MD NOH said...

hahahahahahahahaha hakhakahakhak....
>gelak jahat<..owh ponteng skolah ea..hahaha..non stop ak gelak =p

Anonymous said...

BWAHAHAHAHHAHAHAAAAAAAAAAAAAAAAA ni mesti tempek tomato kt muka nih :P

Anonymous said...

suka statement bawah skalii ! - aliaa rasyidina

yunZatie said...

masalah kita sama

...tq...

...mengarut...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...