Wednesday, July 20, 2011

...pemandu peribadi...

.:ASSALAMUALAIKUM:.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan Salam buat Nabi Muhammad SAW kerana atas usaha baginda bersama sahabatnya, Islam tersebar jauh di serata dunia dan pernah memayungi 2/3 dunia. Subhanallah!

Lama juga tak berkongsi. Nseb bek ada Wordless Wednesday ni, so, tergerak la jugak hati aku nak update belog. Alang-alang update untuk #WW baek aku terus buat satu entry. Hehe. AM ngan MC masing2 sibuk berjalan di tempat baru. Sampaikan terlupa nak unpdate belog aku ni. Apa punya pekerja la..hahahahaha.


Aku skang kat Bagan Serai, Perak. Kat kampung halaman tercinta. Cuti masih berbaki hampir dua bulan. So, agak bertuah sebab tahun ni dapat puasa penuh kt umah. Selalu nya, dapat 2-3 hari je. Kalo dulu, bukak pose je mesti sedih. Sebab hari2 makan benda yang sama. So, tahun ni, insyaAllah, dapat la aku mengembangkan badan aku sket.

Dah seminggu aku kt kampung. Mak aku tengah wat "Sesi Mengembangkan Aku" sebab mak aku ckap aku kurus sangat. Hahaha. Hari2 kena paksa makan. Hari2 aku tolong mak aku masak lauk yang sedap2. Harap2 naek la sekilo dua, leh nampak lagi hensem..hahaha

Sebelum aku balik kampung, aku transit jap kt Melaka ngn Ampang. Perghh! Macam baru balik dr oversea lak. Padahal duk Malaysia je. Hahaha. Masa aku duk Melaka ngn Ampang, aku dapat kerja kt sna. Alhamdulillah, dapat gak la menambah duit poket.

Kat Melaka ngn Ampang, aku bekerja sebagai Pemandu Peribadi. Gempak tak bunyi nyer?? hahaha. Best gak jadi drebar untuk akak2 aku ni. Pagi2 dah kena bangun. Panaskan enjin. Angkut barang2 masuk kereta. Angkut anak2 buah masuk kereta. Nseb bek tak kena mengangkut mak2 dorg skali. haha. Then, hantar dorg ke umah pengasuh. Pastu, pecut ke sekolah. Maklomlah takut punchcard warna merah.

 Baek tak aku?? hahaha..Seat belt ag tu..jgn maen2 ^_^

Balik umah, kekadang isi minyak kereta. G beli bekpas plus lunch. Sampai umah, kemas2 umah dulu. Paling aku tak suke kemas adalah dapur. Aku selalu termuntah2 bau benda2 basi. Hahaha. Sebelum masok dapur, mesti aku spray perfume banyak2 kt dapur tu. Kasi wangi sket. Hahaha

Habes kemas umah, kemas diri lak. Maklomlah, takde keje aku nak mandi awal2 pagi. Letak minyak rambut, tukar baju baru, pastu start bekerja. haha. Tengah2 hari sket baru aku mandi. Lepas mandi, aku makan. Lepas makan, aku tengok TV smbil on9. Pastu, Qailulah bak kata orang arab. Hahha

 Bler la nak hijau ni. alahaii~~

Lepas Zohor, baca buku. Pastu, get ready nak amek akak ngn anak2 sedara aku. Selalunya, tyme pergi tu mesti JEM. Siyes, tensyen. Hahaha. Rasa macam nak kuar keta then berjalan je. Hahaha. Tapi nak buat camne kan, benda yang tak dapat nak elak.

Tapi seperti biasa la, kat jalan raya pun, ada je makhluk2 Allah yang tak ikut undang2. Langgar trafik light. Drive sambil bergayut. Seat belt sangkut kat bahu. Speed lebih dari yang ditetapkan. Potong barisan la. 

Alamak, jam!!!!! hahaha

Tapi, kalo ada polis, semuanya berperangai mulia. Termasuk la aku. Kekadang, nak je aku suh polis2 ni jaga setiap jalan. Baru bertertib pemandu2 kat Malaysia ni. Tapi kesian la pak kt Polis DiRaja Malaysia, dorang pun manusia gak. Kena la gak berehat kan. Huhuhu.

Hmm, kalo la setiap pemandu memandu dengan perasaan yang Polis ada dimana2, mesti molek je dorang drive. Macam kita juga, kalau lah setiap masa kita sedar yang Allah sentiasa melihat kita kerana ALLAH MAHA MELIHAT, mesti kita takkan buat larangan2 Allah kan? Tapi malangnya, yang ni yang susah kita nak sedar. Tambah2 aku. 


~JOM IKUT PERATURAN ALLAH~

4 comments:

MinahSpekMerah said...

teeheee~
lama dh xde post baru dri bos.
bagus2.

forever love said...

muka terkejut tue takleh blah.. hihii..

boleh banje saya/... yeay!!

AM said...

Erk, en bos, perli tu, he3, Tunggu marathon entry dr AM.. ~.~

AnakPakZohar said...

hahaha... wahh.. packed tul jadual abg... jadual study pon kalah ek.. hehe

...tq...

...mengarut...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...