.:Assalamualaikum:.
Alhamdulillah, Diberi peluang dan ruang untuk melihat dan merasai serta mendalami cara hidup di tempat orang. Maaf kepada yang tertunggu-tunggu entry dari AM.
AM nak cerita pasal sampah. Ya, sampah. Membuang Sampah di negara Orang.
Cara buang sampah kat Malaysia ngan Jepun lain sangat. AM nak fokus kepada sampah domestik, iaitu sampah yang kita hasilkan sepanjang kita buka mata di waktu pagi hingga kita tutup mata di waktu malam. merujuk kepada sampah yang dihasilkan dari rumah
MALAYSIA
Jika di Malaysia, kebiasaanya jadual pungutan sampah 3 x seminggu. Segala jenis sampah di longgok. Sampah diletakkan di halaman rumah, dan lori sampah akan memungut sampah tersebut untuk di bawa ke tapak pelupusan sampah. Semudah itu.
JEPUN
Sama juga seperti di Malaysia, sampah akan di punggut 3x seminggu (Note: Hanya sampah yang di hasilkan di dapur) , tetapi, tidak semua sampah boleh di buang pada masa yang sama. Kat sini, setiap rumah akan di edarkan jadual punggutan sampah yang telah di asingkan mengikut kategori.
Jadual buang sampah mengikut kategori |
Sampah-sampah telah diasingkan mengikut kategori dan warna-warna tertentu. Jadi kalu buta huruf macam AM, boleh la menghayati jadual yang warna-warni ni. Pertama kali tengok, AM tak sangka ni jadual buang sampah. Siap bagitau cara nak buang. Sebelum pegi lagi detail pasal jadual ni, AM citer balik pasal sampah domestik.
Sampah domestik= sampah dari dapur, ok ni teori AM.. Sebut je dapur, tempat paling kerap kita kunjung adalah singki. Singki kat jepun ada penapis, nak habaq kat hang, biji cabai (cili) pon tak lepas penapis ni. Dapat bayangkan tak betapa bersihnya air yang mengalir kat longkang!.. Menurut sumber yang boleh di percayai, tujuan penapis ni, untuk 'tos' / keringkan sampah-sarap sebelum dibuang dalam tong sampah.Dapat bayangkan tak betapa keringnya sampah kat jepun!
Ada beza ka ada penapis dengan tadak? ADA. AM bagi contoh mudah. Jika sampah kering, Tiada air sampah dari lori sampah, Jadi tiada pencemaran bau dari air sampah! berguna sungguh penapis ni, Memelihara air yang mengalir dari rumah.
Singki style jepun. sumber klik sini AM paham yang tulisan melayu je, |
Sampah-sampah ni perlu dihantar sendiri oleh tuan rumah ke check point lori sampah. See, awak buat sampah awak buang la sendiri. Menurut sumber, masa nak pindah rumah, kita akan di beritahu check point untuk hantar smpah.
Nasib la dapat check point dekat, buat nye dapat yang jauh, contoh macam kat bawah ni, tak de rumah pon kat kawasan sekeliling ni..
p/s: Entry akan datang AM bagitau cara guna jadual warna-warni ye!
Rumah + check point buang sampah |
Rumah sampah tidak berair & tidak berbau |
Siap ada penyapu dan penyodok untuk bersihkan lagi. Dan yang penting tak pernah dicuri /diambil orang |
3 comments:
Salam AM..
Pergh! Kemas giga kat Jepun. Kalo camtu la kat Malaysia, konpem ramai apply kerja ngn dewan bandaraya..takde la berbau sangat kan?
Amacam Jepun? Best?? Bnayak bawak hadiah utk bos? haha
wah..... sistematik betul..
@Bos
Salam bos, bak kate org, sedap mata memandang, tak serabut dgn sampah..AM rase dewan bandaraya pon tak nak hire ramai pekerja, sbb org malaysia berdisiplin semuanya.. Hadiah tunggu AM balik la ye..
@Yad'z
betul..betul..relevan cara cam ni..
Post a Comment