Saturday, August 6, 2011

..1 Ramadhan di perantauan..

.:Assalamualaikum:. 

Alhamdulillah dipilih dan diberi peluang oleh Allah berpuasa di bumi Jepun. Pelajar degree IPTA bergembira menyambut Ramadhan atau berpuasa penuh bersama keluarga, termasuklah En Bos, tapi AM diberi peluang yang amat bermakna, yakni menyambut Ramadhan di Negara orang. Dan ini merupakan pengalaman pertama, AM harap ini bukan yang terakhir.

Macam mana muslim kat Jepun tahu 01082011 adalah 1 Ramadhan 1432

Walaupun dah masuk 6 Ramadhan , masih belum terlewat untuk bercerita tentang perkara ni. Di Jepun, mereka tiada badan khas/majlis fatwa untuk menentukan tibanya 1 Ramadhan.

Jadi, bagi mengetahui tibanya bulan yang mulia ini, mereka akan merujuk kepada Negara islam terdekat yang mempunyai majlis fatwa. Dan Malaysia merupakan Negara islam yang telah dipilih sebagai rujukan.

Dalam dunia dihujung jari, tiada masalah untuk berhubung dengan ahli keluarga mahupun kawan dsb untuk mengetahui mengenai perkara ini, tidak sampai 1 saat.

Jadi, sejurus sahaja khabar berita di sampaikan, maka bermula tarawih di surau2.

AM tidak tahu mengapa Malaysia di pilih, mungkin kerana komuniti Malaysia yang ramai di kawasan ini berbanding negara jiran Malaysia yang lain, seperti Indonesia.


p/s : Oleh kerana musim panas, siang lebih panjang dari malam, jadi puasa di Jepun 15 jam, di Malaysia 12 jam.

2 comments:

piouspdosh said...

@AM

Thanks banyak2 sebab dah rajen update...hehehe..btw, demam dah baek??

AM said...

@ En Bos
Rase tanggungjawab tu tinggi sikit, bersalah plak rasenye tgk blog tak update2, Alhamdulillah dah sihat..

...tq...

...mengarut...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...