Sunday, August 7, 2011

..88 kali percubaan, 4 kali berjaya..

.:Assalamualaikum:.

Alhamdulillah masih di beri nikmat kesihatan yang tidak ternilai harganya. Tergugatnya kesihatan, maka tergugatlah keseluruhan hidup seseorang pada hari tersebut. Demam yang agak lama tempoh hari mengajak AM bermuhasabah apa kebaikan dan keburukan yang telah AM lakukan bagi memanfaatkan nikmat kesihatan kurniaan ALLAH yang Esa.

Alhamdulillah ALLAH telah memberi peringatan yang terbaik kepada AM, supaya tidak mempersia-siakan nikmat kesihatan yang diberikan.

Berbalik kepada topik diatas,
Kita boleh berjaya dengan hanya sekali percubaan,
Kebiasaanya tidak ramai yang berjaya dalam percubaan kali pertama.
Game played: 88 | Game Won: 4 | Last won: 03082011
Sebagai seorang pelajar,
AM bagi contoh terdekat dengan diri AM, iaitu peperiksaan.
Mode peperiksaan berubah mengikut peredaran tahap di mana kita berada.

Zaman U,
Ada peperiksaan pertengahan semester, Ujian 1, Ujian 2, Tugasan, Kuiz, Peperiksaan Akhir.
Bila gagal di pertengahan jalan, tidak semestinya kita telah gagal untuk 1 semester.
Gagal bagi AM, apabila AM tidak berjaya mendapat markah 1/2 daripada markah penuh.
Jangan mudah berputus asa dan terus berusaha untuk capai yang terbaik.

Zaman Matrik,
AM bukan seorang pelajar yang pandai,
Lebih kepada orang yang perlu lebih berusaha untuk berjaya,
Banyak kelemahan,
Orang kata "Study Smart".
Jika AM tak berjaya menguasai satu-satu subjek dengan baik,
AM akan cari orang yang boleh score dalam subjek tersebut,
Dan photostat semua tutorial, jawapan soalan tahun-tahun sebelumnya,
AM akan pergi satu-satu dan belajar dari situ,
Buat ulangan bagi setiap soalan, pahamkan cara kerja.
Praktikal untuk subjek Matematik.

Zaman Sekolah,
AM lebih suka mengimbau kenangan semasa PMR,
Kiranya ini zaman kegemilangan yang boleh di banggakan,
Zaman AM PMR dulu, Kebanyakkan soalan dalam bentuk objektif, ABCD,
Cara AM belajar dulu sangat best.
AM akan beli banyak buku latihan,
Kalau AM malas nak jawab, Selalunya Sejarah.
AM akan tengok jawapan,
AM highlight keyword soalan dan jawapan,
Jadi AM study buku latihan,
Zaman ni soalan putar-putar situ je,
Tak tau la sekarang dah lain pulak ke.

Untuk jadi orang yang berjaya, bukan hanya dalam akedemik sahaja,
Akedemik merupakan batu loncatan untuk seseorang berada pada satu tahap yang tertinggi dalam masyarakat,
Walaupun tahap akedemik kurang,
kelebihan dan kekuatan terhadap benda lain sangat baik dan bagus berbanding mereka dengan tahap akedemik yang tinggi.

Kalah lagi, kali terakhir menang 03082011 kot, bila la nak memang lagi ni, frust sangat dah ni.
p/s: Maaf En. Bos, AM curik tulang main game, tak menang-menang, tu yang lama tak update blog. jangan potong gaji bulan ni ye En.Bos

p/p/s : Kali ni entry bukan pasal Jepun, Tapi masih idea dan di post dari jepun. boleh la, janji jepun.

6 comments:

AnakPakZohar said...

berusaha.. doa .. tawakal.. insya Allah.. kejayaan di pengakhiran.. ^^

AM said...

@yad'z

tambah lagi 1 yad'z, formula senang nak ingat

DUIT: Doa|Usaha|Ikhtiar|Tawakal

Anonymous said...

Ya Allah, terima kasih atas pkongsiannya. Amat-amat mbantu insyaallah. Aufa pun bukan budak2 yg dah originally genius, mmg kene byk usaha, byk struggle dan lah subjek tu tough2. syukran am.

eh, mmg gune nama am ke? maaflah kalau selame ni panggil dengan nama daus :)

MFbAH said...

@Fahmie Firas

Salam kenal juga..thaks ya! ^_^

MFbAH said...

@cik AF

hehehe..betol la daus tu. Yg tulis ni AM, kwn daus... ^_^

AM said...

@Aufa
AM penulis bersama blog daus, ade sorang lagi penulis bersama utk blog daus, MC..
InsyaALLAH berkongsi pengalaman, manis beljr dari pengalaman org ni.. ~(^.-)~

...tq...

...mengarut...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...