Saturday, June 4, 2011

amin....amin....amin....amin

::..Assalamualaikum..::

Astaghfirullah astaghfirullah astaghfirullahal'azim
Alladzi la ilahailla huwal hayyul qayyum wa atubu ilaik..

Amin amin amin amin
Ku bermohon padamu ya Allah
Tetapkan imanku sentiasa padaMu
Berserah padaMu

Sesungguhnya solat serta ibadahku
Hidup dan matiku
Hanyalah untukMu
Hanyalah untukMu
Ya Allah......
La ilahaillallah

Ku bermohon padaMu
Tiap detik ku mengharap kebaikanMu
Lindungilah aku selamatkanlah
Dari seksa api yang azab sengsara
La ilahaillallah

Ku bermohon padaM
Permudahkanlah segala urusan 
Rahmatilah segala pemberian
Kurniakanlah aku dunia dan akhirat


Lirik yg sungguh menusuk kalbu kat atas ni sebenarnya lagu utk satu drama kat tv2.Namanya drama Makbul.Korang boleh tengok cerita ni setiap hari Khamis pukul 9-10 mlm.Ada 15 episod.

Apa yg menarik sgt pasal drama ni sampai aku nak share dengan korang adalah sbb dia punya mesej utama dan pengajaran dlm cerita ni.Mesej utama yang nk disampaikan pengarah kat penonton adalah tentang kuasa dan kekuatan doa.Ia akan mengajar kita mcmana utk kita yakin dan percaya bahawa Allah itu sentiasa mendengar doa kita dan akan memakbulkan doa kita.

Mai baca sinopsis drama ni :

Drama Makbul mengisahkan kehidupan seorang kontraktor, Anuar yang kurang mempercayai keberkatan doa dalam kehidupan seorang Muslim. Anuar berpendapat setiap kejayaan yang dimilikinya adalah hasil daripada usaha gigih dan kebijaksanaannya.
Krisis ekonomi dunia telah menjejaskan syarikat miliknya. Pada masa yang sama syarikatnya mendapat tender kerajaan untuk membina sebuah kolej.
Syarikatnya berdepan dengan masalah untuk mendapatkan pembiayaan bank menyebabkan dia membuka pintu hati untuk menaja 12 orang kampungnya menunaikan umrah dengan tujuan untuk mendoakan beliau mendapat kelulusan pinjaman bank nanti.
Suatu hari, dia bertemu dengan salah seorang penduduk kampung bernama Bol yang teringin mengerjakan umrah. Dia merupakan pemuda kampung yang lurus bendul dan sering kali diperlekehkan oleh sesetengah masyarakat setempat di kampung berkenaan.
Akhirnya Bol diberi peluang menggantikan tempat Imam Rosdi (Fathil Dani) untuk menunaikan umrah walaupun pada mulanya Anuar menolak untuk menghantar pemuda itu kerana buta huruf.
Pelbagai peristiwa berlaku selepas jemaah pulang dari Tanah Suci yang membuatkan penduduk kampung beranggapan Anuar seorang ‘wali’.
Anuar berasa tertekan dan pelik dengan gelaran itu dan akhirnya bersembunyi di rumah Bol untuk mengelakkan daripada orang kampung yang selalu mendesaknya mendoakan apa yang mereka hajati.Sekian.

So,kalau korang free korang jgn lupe tgk cite ni.Setiap Khamis,9 mlm,TV2.Dari korang melalut tengok cite hantu yang ntah apa2 tu,lebih baik korang tengok cite ni.Ade gak paedahnye.Lagipun aku sebenarnya sangatlah penakut tgk cite hantu.hahaha.

Sebelum berpisah,mari kita layan ini bidio lagu diatas bsama2.


Allah S.W.T befirman:

"Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takabur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina"

 [Surah al-Mu'min: 60]

Sabda Rasulullah S.A.W:

"Tidak seorang pun pendoa, melainkan ia berada di antara salah satu dari tiga kelompok ini: Kadangkala ia dipercepat sesuai dengan permintaannya, atau ditunda (pengabulannya) demi pahalanya, atau ia dihindarkan daripada keburukan yang menimpanya." 

[Hadis riwayat Imam Ahmad dan Al-Hakim}

8 comments:

MissF said...

thx sharing... tenang jap...

yad'z said...

kite pon tengok cite ni.. tengok tajuk pon dah terpikir .. hahah.. betul rupenye.. ngee~~

yad'z said...

kite pon tengok cite ni.. tengok tajuk pon dah terpikir .. hahah.. betul rupenye.. ngee~~

munira sajuti said...

tengok title post dah trus nyanyi lagu ni,, bace2 je, betol. hehe kite pun suke gile kott tengok cite ni. lagu pun sedap, storyline die best. xleh blah, jalaluddin hassan tu laa. sabo jela. *emosi tetibe*


psst : perasan tak, lagu ni cam lagu INSYAALLAH, maher zain

piouspdosh said...

@MissF

Lagu ni tenang kan..sbb lagu ni guide kita supaya ingat Allah selalu =)

"Dengan mengingati Allah, jiwa akan tenang"

piouspdosh said...

@Yad'z aka Adik

Abang tak pernah tgk cter ni, tp abg suke dgr lagu dia..cter dia cmne? Best tak??

piouspdosh said...

@Munira Sajuti

Hehehe...lagu dia best kan..Tapi tak pernah tengok cter dia ag. Best ke?? Nape ngan Jalaluddin Hassan? Dia jahat ke?? hahaha.. byk lak soklan..


pssst: ada ke? lima puloh kali dgr pun tak dpt gak tang mna ada iras2 InsyaAllah, Maher Zain tu..hehe

Anonymous said...

mc said...

lagu ni mmg ade mcm lagu insyaAllah versi melayu!hehe.bos kene dgr betul2 balik ni.

bos tengok la.best!rasenye kalau tengok online pon boleh.

...tq...

...mengarut...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...