.:assalamualaikum:.
Alhamdulillah..
Allah masih lagi memberi peluang untuk aku mengerjakan Solat Isyak hari ini.
Alhamdulillah juga, baru selesai blogwalking meninjau rakan2 belog dari KISAS.
Entah..
Tibe2 aku rindu KISAS
Teringat hari pertama menjejakkan kaki di Bumi Waqafan
Masih terbayang kali pertama ditinggalkan mak abah
Kali pertama juga berpisah dengan adik
Kali pertama berjumpa abang2 n kakak2 yang punya nur diwajah.
Aku rindukan Al-Mathurat lepas Subuh dan Asar
Aku rindu mencatit isi2 penting kupasan tazkirah para muzakkir
Aku rindukan minum petang selepas Asar
Aku rindukan Al-Mulk setengah jam sebelum hari esok
Aku rindu teman2 bersembang ketika prep
Aku rindukan Liqa' Al-bab
Aku rindukan Shabab Cergas dikala pagi hari
Berlari2 keliling bumi waqafan
Sayu..
Ya..masih sayu tika ini
Terima kasih sahabat
Terima kasih kerana jadikan aku sebahagian kisah kalian
Terima kasih kerana ajar aku makna Sahabat
Terima Kasih jua perkenalkan aku pada Ukhwah
Teringat aku pada Baju Melayu Kuning
Terbayang memakai Baju Batik Hijau
Serban, Jubah dan Celak di mata
Bertenggek dalam Surau Saidina Ali
Kekadang tawa disitu
Ada juga air mata pernah tumpah disitu
Bermasam muka itu adat berkawan
Namun, tak pernah berlarutan
Bukan semua orang membenci, perlu ada yang suka
Mungkin kisah aku tidak sehebat mereka
Mungkin aku sekadar watak sampingan dalam ceritanya
Mungkin aku sekadar insan yang lebih biasa dari insan biasa
Namun, aku juga punya kenangan
Aku juga pernah tanamkan hati aku disana
Aku juga pernah merasai tautan hati itu
Maka, aku juga berhak merindu
Ya..aku masih rindu
Masih rindu mahu tidur di Omar
Masih rindu menyinggah di Ali
Masih rindu mencari teman di Khalid
Kekadang terlupa aku Thariq
Ya..kini aku sedar
Aku pernah jadi sebahagian dari KISAS
Kolej Islam Sultan Alam Shah (2005-2006)
p/s: Mahu Al-Mulk berseorangan. Perlu masa bersendiri agar aku bisa sedar, aku pernah berada di KISAS.
8 comments:
kenangan itu indah.. =)
ayat suci Al Quran Insya Allah mampu tenangkan hati yang resah dan sarat dengan rindu... =)
Aku rindu pada satu nama.. Pioush Pdosh..
bagi saya KISAS, sama seperti kata Abg Azuan (ketua umum).. kehidupan 2 tahun yang berlalu ibarat 2 minit, tapi dapat mengubah baki kehidupan kita..
Tempat diri mula mengenal Tarbiyah.. =)
riiiinnnnduuuuuuuu!!!
saya pon rindu... terima kasih sbb bg sy rasa rindu jugak.....huhuhuhuhu....
fi amaanillah...:)
alhamdulillah, rindu itu ada ubatnya. kenangan itu satu memori yg mendidik kita bila kita terlupa.
TERINGINKAN KAWAN UNTUK BERSAMA2 BUAT BENDA NI SEMUA.
salam.. awk.. mane dapat video nie? huhu..dari RESTU ke? mahu2!
Post a Comment