Monday, June 6, 2011

5 tempat impian

::..Assalamualaikum..::

Alhamdulillah.Bertemu sekali.Disepanjang 2 hari bos aku balik kampung,jadi aku pon nak la menambah lagi entry utk bulan ni.

Seperti biasa,aku mmg takde idea.Biasala kalau dh cuti sem ni otak mmg beku.Susah nak pikir.Neuron2 dlm otak sume pakat tido.Tapi akhirnya dapat gak idea yg xberapa best ni.Tiba2 aku terpikir nak cerita pasal 5 tempat impian aku semenjak kecik smpai sekarang.Sebenarnya lebih dari 5 tempat yang aku teringin nak pi,tapi yang 5 yg bakal aku cerita ni mmg yang TOP 5.
Ada yg dah ku jejaki.Ada lagi yang masih dlm anganan.


Kota madinah dan makkah.



Kedua-dua kota suci umat Islam ni dah pun aku jejaki mase lepas aku form 5 dulu.Alhamdulillah,Allah bagi rezeki.Dua pengajaran besar yg aku dapat mase mengerjakan umrah:

1)Niatlah dan berusahalah utk pegi tunaikan haji sewaktu usia muda.
2) menunaikan umrah atau haji menggunakan wang atas usaha sendiri lebih terasa nikmatnya dari pergi secara percuma.


United Kingdom

UK adalah tempat yg sgt2 aku nk pegi sejak dri kecik lagi.Aku sgt teringin nk tgk mcm mana kehidupan kat sana.Nak rasa cuaca kat sane.Nak rase mcm mane sejuknya kat sana.Lepas tu nak tgk bunga yang cantik2.

Alhamdulillah mase thn 2009,ada rezeki kesana.Kat sana,aku duduk kat Birmingham.Betullah kata2 pujangga,semakin banyak kita berjalan dan teroka bumi Allah ni,makin banyak yang kita boleh belajar.Antara benda yang aku belajar selama sebulan bermusafir disana:

1)Orang putih sgt ada manner berbanding org2 kita.
2)Kalau nak sambung belajar kat overseas lepas ni,aku kene pilih negara yang panas sikit.Sbb aku tak boleh tahan dgn cuaca kat sana.Dan inilah pengajaran plg BESAR!

Kat bawah ni antara koleksi gambar aku masa kat sana.Sorry kalau gambar tak menarik.Sbb aku main letak je ni.

Pak guard istana Buckingham.mereka sgt takde perasaan.aku buat lwk kat situ pon mereka buat dunno je.

 sebagai seorang yang suka bola,pengalaman tgk bola disana mmg superb!ni kt stadium aston villa.

 walaupun serius aku xsuka man.u tapi tak salahkan aku nk melawat?ala melawat je..kan bos?

depan istana buckingham.tempat kaum kerabat diraja england.termasuklah si william dgn kate.



Istanbul

Istana Topkapi
Aya sophia

Istanbul adalah tempat yg paling dan sangat-sangat aku idamkan nak pergi sekarang ni.Tapi,belum berpeluang.Ini semua gara-gara lepas aku baca buku tentang Sultan muhammad Al-Fateh.Buku tu dah buatkan aku jatuh cinta dgn Istanbul! 

Kalau ke sana nanti aku nak lihat binaan dalam Aya Sophia ni.Aya sophia ni dulunya sebuah gereja,tapi lepas Sultan muhammad dapat kuasai Kostantinopel (nama Istanbul dulu),ia ditukar kepada sebuah masjid.Tapi malangnya,masa pemerintahan mustafa kamal attartuk,masjid ni dah ditukar menjadi sebuah muzium sehinggalah sekarang.

Aku jugak teringin nk tengok meriam yang Sultan muhammad gunakan sehingga dapat menumbangkan empayar Byzantium yang sgt hebat ketika tu dan mcm-mcm lagi lah yang aku nak tahu pasal sejarah Istanbul ni. 
~Eh kalau pi honeymoon kat sini nanti pun best jugak kan?haha.=P gelenyar!



Sepanyol


Istana Al-Hambra

Ni lagi satu tempat yang sangat aku nak pergi.Tapi,belum berpeluang.Sebab utama nak pergi ke sini adalah sebab aku nak tengok sendiri sejarah peninggalan Islam yang pernah bertapak dengan gemilangnya kat negara ni satu ketika dulu.Aku sangat teringin nak tengok Istana Al-Hambra ni dan belajar tentang kisahnya.

Kalau ada sapa2 nak buat pertandingan kat blog,lepas tu hadiahnya percutian kat sini bagi tau ye!Kompem aku join!


Jepun

Tokyo Tower

Last but not least.Aku teringin nak pi Jepun!Sbb utama nak pi sana sbb aku nak rasa kehidupan orang-orang yang bermata sepet ni.Aku teringin nak rasa suasana kat sana.Lagi satu sebab aku ni mase kecik-kecik SANGAT gilakan kartun Doraemon.mase kecik tu aku teringin sangat nak tengok rumah orang jepun.sama tak mcm dlm kartun tu.Bagi aku rumah diorang sangat unik.mcm kotak.

Bila ada program nak pi luar negara kat uni aku,aku mesti tak lupa utk cadangkan Jepun.Tapi disebabkan kos nak pi sana agak mahal,jadi mmg susah sikit nak laksanakan.
Takpe,insyaAllah satu hari nanti,ada rezeki,aku akan ke sana.


Sebagai kesimpulan,bermusafir untuk melihat bumi Allah ni akan membuatkan minda kita lebih terbuka.Kita juga akan belajar sesuatu yang baru.Kita pi jalan2 bukan setakat nak melancong dan seronok2 je.Kalau mcm tu la niat kita,buat rugi duit dan tenaga je pi jalan jauh2.Hehe.
Ok sebelum aku tamatkan bebelan,jom hayati lagu mirwana ni


Berjalan,bermusafirlah,
melihat kebesaran Tuhan 
yang diciptakan untuk
mereka yang berfikir,
dan bersyukur di atas nikmat
dan kurnianya,
nilai harganya,iman dan taqwa,
bagi hamba yang setia.



-Sekian dari mc-


13 comments:

Aisyah Aina said...

pernah pergi UK je...tu pon dalam mimpi..haha XD

AnakPakZohar said...

nak sangat jejak tanah suci.. insya Allah taun depan.. doa kan ye... =) .. next nak pi korea.. wuu.. teringin~~~~~

MFbAH said...

@MC

Dear MC,

Boss sgt bangga ngan kamu..haha..sbb kamu sokong MAN U secara diam2. Kalo tak, takdenye kamu sanggup menjejakkan kaki kt situ..haha..Biler mau bawak boss melancong ni??

MFbAH said...

@Aisyah Aina

Hehehe...baru nak jeles sbb dh sampai UK, rupe2 nyer dalam mimpi..hehehe..kalo mcm tu, dh bayak kali la sampai =P

MFbAH said...

@Yad'z aka adik

Waa...besh nyer nak g tanah suci. Teringin sangat2 nak pegi. Tp takde peluang ag. Btw, nape org suke g korea? Tak minat langsung..haha =P

Anonymous said...

mc said....

kalau ada rezeki insyaAllah satu hari nanti akn pergi jugak.=)

@bos
eh eh eh.bos jgn salah sangka bos.aku dtg situ hanya nak 'mmbuka minda' je.ape pulak aku nak bwk bos,aku pekerja je.patutnye bos la kene bwk aku melancong.sbb bos adalah BOS.xgitu?hehe

zubr said...

fuyoo die da g umrah la... =)

klu ad rezeki lepas dpt g haji ak nak g dubai.. hehe~~

@taufiqhelios said...

nak pegi sume...tambah2 yang no 1 tuh.. the dream of my life kot nk pegi sana :)

yunZatie said...

MATANG GERDU takmo pergi ka? letak la gambaq..pemes kampung saya u.haha

NUR AIN MD NOH said...

teringin sangat sangat sangat nk g mekah tuk kerjakan haji..kalau ade rezeki inshaALLAH..tpi antar parents dlu..hehe ^_^

MFbAH said...

@yunZ

Matang Gerdu?? hehehe.. selalu pi la. Tiap2 tahun pi matang gerdu =P

MFbAH said...

@Ain

Hm..bagus ini anak..btw, parent aku dah g, so, tyme utk aku g lak..hehe

AnakPakZohar said...

best lah bang korea... tengok pic kengkawan.. pehh... shantekkk... pe kate sponsor kite gi sane.. boleyy?? heheh

...tq...

...mengarut...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...