Tuesday, June 7, 2011

Bila korang rasa bosan masa lecture,korang akan....

::..Assalamualaikum..::

Selamat bertemu lagi.Hehe.Entry kali ni khas utk tatapan student yg berdedikasi mcm aku ni.Hehe.Yang dah keje pulak,korang boleh la imbau kenangan lama korang masa jadi student dulu.Ok,aku xnak bnyk membebel,jom kita baca!Hehe..


Bila korang rasa bosan time lecture korang akan:

1) mula mengambil henset korang dan cuba godek2 apa yg ada dlm henset tu walaupun tiap2 hari korang dok godek benda yang sama.

2)Korang akan mula menyumbat telinga korang dengan lagu yg ada dlm henset atau mp3 korang.Kemudian cuba memfeelingkan diri sesuai dgn lirik lagu tersebut.

3)Korang akan mula mengambil psp atau henset korang utk layan game.

4)Korang akan mula sms kawan korang atau boyfriend atau girlfriend korang untuk memberitahu mereka yang korang sedang bosan.

5)korang akan mula memerhatikan corak-corak pada baju yang korang pakai.Lepas tu baru tersedar yang kari yang tertumpah dibaju korang minggu lepas masih terlekat kat baju tu.

6)Korang akan atau seboleh-bolehnya menghabiskan kesemua gula-gula dan makanan yang korang bawak dlm beg korang tu.Kadang-kadang xcukup sampai mintak kawan sebelah.

7)Korang akan mula memikirkan lauk apa yang korang nak makan tengahari nanti.

8)Korang akan mula memikirkan tentang plan korang utk berjimba bersama rakan-rakan pada hujung minggu nanti dan mula mengira bajet duit sekiranya korang seorang yang bijak menguruskan kewangan.

9)Korang akan menyiapkan assignment yang diberi lecturer pada minggu lepas dan tarikh akhir hantar adalah selepas tamat lecture tersebut.Perasaan korang ketika tu:cuak dan gelabah.

10)Korang akan jadi senyap secara tiba-tiba sbb korang tengah study untuk test pada hari tu.Selalunya test tersebut adalah subjek yang lain dri subjek lecture tu.

11)Korang akan mula menjadi seorang pelukis dan melukis gambar2 yang menarik dalam buku nota korang sambil mencipta dialog2 yang merepek utk gambar2 tu.

12)Korang akan mula membuat surat berantai diatas kertas.Lepas sorang tulis atas kertas tu,sorang lagi akan balas atas kertas yang sama.Padahal orang yg balas tu duduk sebelah je.

13)Korang akan mula memikirkan tentang perkara2 yang buat korang bahagia.Contohnya kenangan dating bersama awek atau boipren tersayang pd minggu lepas.Lepas tu perasaan rindu mula menguasai diri.Lepas tu mula la berangan yg ntah apa2.

14)Korang akan keluar dari kelas untuk bersiar-siar dikawasan sekitar dengan memberi alasan untuk ke tandas.Kemudian korang masuk balik ke dlm kelas hanya selepas lecture tersebut tamat.

15)Kepada yang sibuk dengan urusan persatuan pelajar,masa ni la yang sesuai untuk settle kan benda2 yang tak settle lagi.Nak mintak tandatangan dekan ke,lecturer ke,nak naik HEP ke,sume bende korang boleh settle time ni.

16)Korang akan mula menoleh kebelakang (sekiranya korang duduk depan) dan tengok berapa orang yg dh terlelap dgr lecture.

17)Korang jugak boleh pegi fotostat nota2 yang korang belum dapat lagi.

18)Sape yang ade telepon canggih,korang akan mula ber facebook dan ber tweet menggunakan henset korang.Selalunya status atau bende yang korang tweet tu lebih kurang cmni 'bosan la lecture ni,'ngantok aku' ataupun 'bila la lecture nak habis'.

19)Korang akan mula memerhatikan rambut atau tudung kawan2 korang yg duduk depan korang,Lepas tu baru perasan yang kwn depan korang tu ada masalah kelimumur yg teruk.

20)Korang akan mula keluar ke toilet semata-mata untuk betulkan tudung bagi perempuan.

21)Korang akan jadikan toliet tu sebagai port terbaik untuk melepak.Selalunya lelaki yang buat mcm ni.

22)Korang akan membincangkan tentang crita atau drama yang best kat tv semalam.Pada yang minat korea time ni la diorang akan cerita pasal cerita2 kpop diorang tu.~kalau boleh aku xnk duduk sebelah bdk2 kpop ni.sbb satu bende pon aku xphm.hihi.

23)Korang akan mula bergosip tentang gosip kawan2 yang satu batch dgn korang.Yang sorang ni ada affair dgn junior,yg sorang ni dah break la bagai.Lepas tu mula la cetuskan spekulasi yg merepek2.

24)Korang akan baca manga yg korang bawak dan membayangkan yg hero tu adalah korang dan musuh tu adalah lecturer korang yg kat depan tu.

25)korang akan tido dgn gaya yang paling macho sekali!sampai lecturer pon xsedar yg korang tgh tido sebenarnya.

26)Korang akan taip BOSAN dan hantar ke 28555.~kalau korang buat ni,korang mmg mengong.


Haha.ok.cukup lah takat tu je.sebenarnya banyak lagi yang boleh di list kan.tapi pjg2 nanti orang xmau bace pulak.ni pon dh cukup pjg dah.hahaha.tapi kan,sebenarnya tak baik tau buat gini.Cube korang jadi mcm aku,sentiasa konsentret dlm kelas.hahahahahaha.Ok lah lain mase kita jumpa lagi.Wassalam.

rindu la plak dgn lecture hall ni

-Sekian.dari mc,utk anda,pembaca blog piouspdosh-

15 comments:

Afsar said...

aku buat yang #23 tu..kikikikiki

ni semua ni, dari pengalaman sendiri ker aper???hahahaha!!!!!

Aesya Zealous said...

banyaknyeeeee..haha mmg btul pun. kdg2 sampai satu tahap tu sehari xnak dgr lecturer ajar. dok diam buat taktau je..buat2 paham..hahAA

NUR AIN MD NOH said...

mostly yg dlm list nie ak penh wat..hahaha.. ^_^"

munira sajuti said...

best ni . hikhik. gua rase gua selalu buat seperti yang di listkan. except, except pasal bopren ngan artis bagai. tu blom lagi. #serius. okayybye

munira sajuti said...

tapi tapi, yang paling best buat ialah #12 tu. haha ade lagi satu nak tambah, kalo gua bosan kan, gua ngan membe, akan cipta entah pape punye game. HAHA

Anonymous said...

saya masih sekolah lagi..hehe..x lagi merasa semua nie..hehe..thun depan baru msuk u..insyaAllah...

Syahir Ramli said...

nak komen utk no.12 tu...hihiih... surat berantai dibuat seolah-olah sdg ber-YM....kdg tu siap ade BUZZ!! lagik...hahaha

Athirah Liyana said...

haha... betul! tp sem nii, lect sume garang2.. tak boleh buat benda lain dlm kls.. kalau dia nmpak, kena soal smpai kecutt peruttt! warghhh

mc said...

@afsar
haha.bleh dikatakan pengalaman sendiri gak la.tapi kebanyakannya dri pemerhatian mmber2 se batch aku.hahahaha.

mc said...

@aesyazealous

haha.aku selalu kot mcm ni.lagi2 kalau lecturer y asek nak nyumbat je.pastu ckp tak berenti.penat weh otak nak terima!hahaha

mc said...

@ain
hahaha.sape yg xpenah buat tu dia xcool langsung!tu mesti geng2 spek tebal pastu jalan laju2 sambil asek tunduk bawah je...hahaha.~eh tapi aku pon pakai spek gak.hihihi

mc said...

@kasmadiana.
insyaAllah..hehe.jom masuk pharmacy!~promot plak kat sini.hehehe

mc said...

@pak syahot
kau msti bgosip kan dlm kertas tu.haha.kau kan kaki gosip!

mc said...

@athirah liyana
haha.bese la tu.kalau lecturer gitu bila kita ngntok tahap xbleh tahan punye pon terpaksa tahan.

mc said...

@munira sajuti
aku pon tak terlibat hal2 boipren dan girlpren.teeeettt.

...tq...

...mengarut...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...