Tuesday, March 15, 2011

...miSTeRi pKul 3...


***
Jam sudah menunjukkan tepat Jam 12.0o malam. Diluar sudah mula berembun. Sunyi. Sesekali terdengar bunyi kucing berkelahi. Mataku sudah berat untuk bertahan. Lalu, aku pun mula melepaskan roh aku pergi buat sementara.

Terkejut. Lantas aku terjaga. Seakan-akan ada orang lain di dalam rumah ini selain aku. Namun, aku hanya bersendirian di rumah ini. Mungkin perasaan sahaja. Mula melelapkan kembali. Terdengar lagi bunyi seakan-akan orang berjalan. Bukan seakan-akan. Tapi memang jelas. Bukan seorang sangkaku. Lebih dari seorang. 

Terus mulutku ligat membaca ayat kursi. Hati masih berdebar-debar. Takut barangkali. Apabila keadaan makin reda, terus ke melihat pd jam. Pkul 3. Hmm...bukan hari ini sebenarnya. Sudah lama berlarutan. Abaikan. Hanya mahu bermain sahaja. 

Terus teringat teguran seorang rakan mengatakan ada sesuatu yang sering bertenggek di ampaian. Gulp! Adakah dia berkata benar? Kemudian, bermain pula peristiwa seorang anak sedara menjerit ternampak kelibat itu.
 

Lantas aku bangon, berwudhuk. Bersolat. Memasang ayat-ayat Al-Quran. Kembali tenang. Tidor semula =)

***

Misteri ini masih belum dapat dirungkai oleh tukang cerita ini. Namun, beliau seakan-akan sudah biasa dengan perkara ini. Beliau akan terjaga tepat jam 3. Beliau sering berkata, "Aku tak keseorangan, aku ada Allah"..Bukankah sudah menjadi janji Allah bahawa "Dengan Mengingati Allah, jiwa akan tenteram". Maka, lebih Allah dalam setiap masa. Lebihkan ketakutan kepada Allah (balasan2 Allah terhadap perkara2 yg di larang) daripada terlalu memikirkan ketakutan kepada kelibat itu. 

Sekadar mengingatkan kepada diri dan rakan, kelibat itu juga Makhluk Allah. Telah disebut dalam Al-Quran;

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku." (Surah al-Dzariyaat, ayat 56)

Mungkin kelibat datang untuk "membantu" kita untuk bangun pada malam hari berqiamullail kepada Allah. 

Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. 
(Surah Al-Isra', ayat 79)
  
Dan..apabila kita ber"Qiamullail", kita telah meletakkan Allah benar2 dalam hati kita. Dan, bukankah janji Allah;

“Ketahuilah bahawa dengan mengingati ALLAh itu, hati akan menjadi tenang.”
(Surah Ar Ra’ad, ayat 28)

Apabila mendapat ketenangan yang abadi ini, InsyaAllah, setiap gangguan yang dihadapi, jiwa kita kan sentiasa tenang. Basahkan lidah dengan ayat2 Allah. InsyaAllah! Kita akan amat dapat merasai, Allah sentiasa bersama kita.
Terjumpa artikel dari Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Klik la di sini untuk bacaan yang lebih lanjut. Memang menarik.



piousISsoleh
~Bisakah ku gapai~

1 comment:

hafiz hafizol said...

woah... bagus la ko nie.. hehehe...

...tq...

...mengarut...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...